Rabu, 1 Julai 2015

PILIH TELUR BUAT BAHULU

Bila memasuki pertengahan bulan ramadhan..maka tuk aku ( Nenek ) mulalah sibuk.. antara kesibukkan ialah membuat kuih bahulu..yang jadi mangsa adalah aku..maklumlah aku je lah cucu yang tinggal dengan dia waktu tu..walaupun masih kanak2 tapi aku faham dan menurut perintah.. biasanya mencari sabut kelapa untuk membakar kuih bahalu adalah tanggungjawab aku.. antara bahagian yang aku malas sekali ialah untuk "memutar telur" lenguh bahu..selagi tak naik lagi tulah kena memutar.
Tapi pemilihan telur juga penting..kerana itulah yang menyedapkan kuih bahulu..cara nak pilih telur yang baik ialah... Setiap telur itu di rendam dalam air.
1. Tenggelam semua adalah telur yang baik, tenggelam secara mendatar.
2. Tenggelam sebahagian.. kurang sikit mutunya.
3. Jika telur itu timbul maka memang kualiti out...

Hehehhehe itu kaedah memilih telur... selamat mencuba...


1 ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...