Cuba semak berapa perkara dibawah ini yang anda alami?.
1.
Nyeri pada kaki (semut-semut)
Gejala
umum akibat tinggi kolesterol ialah rasa nyeri pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri
sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut.Rasa nyeri ini juga boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan
hingga ke punggung.
2.
Kejang (cramp) di malam hari
Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang yang
kolesterol tinggi mungkin merasakan kejang di bahagian tumit, jemari kaki, atau
kaki bahagian bawah. Rasasakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau
berada lebih tinggi dari kedudukan badan.Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat
kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara
perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.
3. Kuku
berubah
Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat
peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan
tumbuh lebih lambat selepas dipotong.
4. Kulit
ikut berubah
Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang
yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk
memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas
meja / bangku.Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi,
lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab
pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki.Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari
kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.
5. Kaki
menjadi sejuk
Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti,
kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila
disentuh, meski bukan sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat
tinggal).Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa
dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda
jumlah lipid dalam darah berlebihan.Jika anda mengalami gejala yang satu ini,
langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.
6. Proses
pemulihan luka yang lambat
Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri
pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lambat sembuhnya.Gangguan edaran darah menjadi penyebab luka lambat pulih, atau kalau pun cepat
tapi tidak sembuh sepenuhnya.
7. Mati
rasa (Kebas)
Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya
mengalami kebas atau mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut ada kaitan
dengan penyakit gout. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata rasa kebas
tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.
8. Cirit
Birit
Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap
satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan.Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan
tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan
tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak
secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan
dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah
satu kesannya.
9. Lesu
dikuti migrain
Meskipun ini bukanlah gejala yang pasti berlaku, tetapi jika
dilihat dari puncanya iaitu terganggunya proses metabolisme lemak, maka tentu
juga akan memberi kesan pada sistem pencernaan.Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul dalam
saluran pencernaan menyebabkan rasa kenyang. Ini punca utama kenapa orang kurus
juga tidak ketinggalan mengalami keadaan tinggi kolesterol.
Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah
pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan kemudiannya akan dikuti migrain
kerana sebenarnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.
10.Menggangu Otak,Gangguan Emosi dan Penurunan kemampuan memori.
Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan
kolesterol paling banyak, kira-kira 25%.Oleh sebab itu, kegagalan proses
metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu.
Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan
menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan
penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.
11. Perut kembung
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme
lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut di ruangan
usus yang menghala keluar dari perut (sekitar duodenum). Dari situlah awal mula
timbul masalah seperti perut atau dada kembung.
12. Berat badan berlebihan.
Lemak akan terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan
dari gangguan metabolisme lemak. Dengan itu, berat badan akan meningkat dan
mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi
menjadi obesiti.
13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi
(berdebar-debar)
Berlebihnya kolesterol akan menyukarkan peredaran darah kerana
terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai
kolesterol tinggi.Kesukaran tersebut akan memberi isyarat kepada jantung untuk
bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal.Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan
ada kalanya merasa berdebar-debar seperti orang panik.
14. Lipoma
Keadaan dimana terjadi pengumpulan lemak mengakibatkan
terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara
perubatan mendapat sebutan lipoma.Ketulan ini biasanya muncul di sekitar belakang badan, leher, tangan, perut,
dan kaki dengan bentuk yang kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci,
dan pusat tumor di bawah kulit.
*Artikel ini berpandukan kepada laman sesawang turunkan kolestrol.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan