Khamis, 29 Mac 2012

PETUA / TIPS UNTUK MENJADI ISTERI MITHALI

Semua perempuan boleh menjadi isteri andainya ada lelaki yang sudi mengahwininya, tetapi tidak semua mampu jadi isteri mithali walaupun ramai yang layak bergelak "bini"... Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi isteri Mithali.disini saya perturunkan beberapa kaedah dan cara....:-


1.MENGGADAIKAN barang-barang kemas yang anda ada semata-mata untuk menggalakkan suami anda berjoli.



2.TOLONG pinangkan anak dara yang cun-cun untuk dijadikan madu anda.


3.SENTIASA tersenyum dan mengucapkan terima kasih apabila ditengking atau disepak oleh suami anda


4.JANGAN bantah apapun kata suami anda,disuruh duduk...duduk..disuruh berdiri..berdiri!!!


5.BUANG tabiat suka mengumpat keburukkan rumahtangga orang,sebaliknya tanamkan sifat merekacipta dan menyebarkan sebarang cerita tentang kebaikan suami anda.


6.PANGIL suami ada dengan nama "Mithali"...


Bolehlah mencuba jika ini bersesuaian dengan anda...selamat mencuba.......

Kenalkan diri...

Menghadiri sesuatu seminar atau kursus biasanya di sesi permulaan adalah majlis suai kenal...walaupun kekadang itu antara sendiri memang dah kenal antara satu sama lain..Tapi kerana itu adalah proses.. dan itulah adalah ketetapan...Dalam bab mengenal diri nie..sebenarnya ramai yang tidak mengenali diri sendiri.. aku bukan untuk membicarakan soal "Tasawauf" cuma sekadar merenung proses kehidupan dan menangani proses itu..
Kenali Kawan2 di Ruangan Cyber...
Ramai yang terpedaya dengan kejujuran di alam cyber... kerana ramai yang mencari kawan hanya dialam cyber..  kenapa perkara ini berlaku... kemungkinan yang besar ialah... kerana mereka yang suka berkawan di alam cyber ini adalah mereka yang "kurang" atau dengan kata lain mereka ada kekurangan... mungkin dikelas..di kampung..atau dipersekitaran yang realiti,mereka tidak diterima pakai.Jadi untuk mengalih arah,mereka menghalakan sifat berlawanan yang ada pada diri mereka di Alam Cyber... alam yang orang lain tidak begitu mengenali mereka ini..berlakun!!!!!
Memang mudah untuk memperdayakan orang yg tidak kenal kita..tapi itu bergantung kepada tahap IQ.. ramai yang cuba memperdayakan mangsa dengan penipuan..tetapi barang diingat!!!!! Penipu sebenarnya akan mudah lupa apa yang dia tipu...lambat laun..melaun akan diketahui jua...
Sekian edisi kali ini

Khamis, 22 Mac 2012

BUAT BAIK BERPADA-PADA

Pepatah melayu ada mengatakan " Buat Baik Berpada-Pada,Buat Jahat Jangan Sekali"... Ingatan yang selalu diberikan oleh arwah emak aku sewaktu keluar untuk ke sekolah, begitu jua apabila memasuki alam pekerjaan,tiada jemu  seorang ibu mengingatkan atau menitipkan pesanan. Bukan bermakna aku ini lupa,tapi memang itu naluri seorang ibu yang mahukan anaknya sentiasa diterima di kalangan masyarakat.
Bila aku meningkat dewasa, pesanan itu telah menjadi sebati dengan jiwaku..
Memang betul cabaran di hari ini,kalau kita baik selalu saja ditindas kerana kebaikan..niat murni untuk menolong orang pun disalah ertikan..Kena berhati atau atau berpada jika hendak membuat baik sesama manusia kerana melepaskan anjing tersepit itu pasti digigit, melepaskan manusia dalam kesesakkan mungkin akan dibalas tuba..ingat2lah wahai rakan..
Buat Jahat jangan sekali kerana sekali kita berbuat jahat,orang akan mengata dan memberikan kritikan.jadi ingin berbuat jahat..buatlah banyak2 kali,sekurang2nya orang akan takut...hehehehe.. jangan sesekali buat jahat jika berniat untuk menceburi dalam politik walaupun dalam politik itu banyak unsur2 kejahatan yang berpunca dari hati dan sifat rakus manusia.. Berdasarkan pada tanggungjawab sosial..ahli politik dibarat dan juga ngara maju ditimur khususnya Jepun dan Korea, apabila seorang pemimpin politik dikaitkan dengan maswalah sosial atau tingkah laku sosial mereka akan berhenti sebagai rasa tanggungjawab,ramai juga yang membunuh diri lantaran malu dengan sikap dan sifat mereka sendiri, tetapi di negara kita yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, makin banyak orang menuduh yg kita berbuat jahat,makin kukuhlah pulak dan makin bertambah pulak kaedah untuk meraih simpati penyokong..menterbalikkan fakta dan mengatakan ianya  suatu konspirasi telah menjadi agenda sejak 15 btahun kebelakangan ini..
Yang tua dengan cara tua..yang muda dengan cara muda,, tapi aku tetap ingat pesan mak " BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI"..

KISAH AKU ANAK PENEROKA ( SIRI 5 )

AKU DAN SEPUPU SERTA MAKCIK,PAKCIK. Aku dan sepupuku dibesarkan di sebuah ceruk kampong yang jauh dengan orang ramai, kemudian apabila ...