Isnin, 30 April 2012

RONDA-RONDA

Hari ini aku menyusul kembali jalan-jalan yang kulalui sepanjang berada di Kota Bharu. bukanlah kunjungan terakhir tetapi aku mengimbau kembali mula2 aku menjejakkan kaki di Kota Baharu,Kelantan. Dulu aku menyelusuri segenap lorong dan penjuru sewaktu habis kerja di tengahmalam, segalanya aku hafal dan hari ini aku lakukan sekali lagi.....
Mana-mana aku pergi sikap pemandu sama sahaja, tidak sabar dan cepat melenting, terlalu jauh perbezaan bila mereka memandu dengan sikap mereka diluar, ketika memandu sikap sabar itu memang teruji dan perlulah dipertingkatkan............ ini adalah akibat sikap yang kurang sabar dan terlalu ghairah menunjuk........ akibatnya dia bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi orang lain

Jangan terlalu emosi ketika memandu..............

AKU PENGAKAP


Emosi aku terganggu bukan kerana aku dan rakan2ku yang lain berpindah ke Terengganu berikutan peralihan Studio Utama tempat aku bekerja sebagai juruhebah, tetapi kerana sekeping gambar ini. Air mataku menitis dan emosi terganggu... aku pun tidak berapa faham kenapa ianya berlaku???. Apapun aku mengucapkan terimakasih kepada rakanku Anita Kassim yang masih menyimpan gambar ini.. Memanglahhhh.....
Apa yang aku ingat... sewaktu zaman kanak2ku aku memang suka berceloteh dan bercerita, banyak pertandingan yang aku sertai.. tetapi lama-kelamaan sifatku berubah menjadi pendiam...
Kalau nak tahu, dalam bulatan tu adalah aku..heheheh...tidak ku sangka begini rupanya aku sewaktu zaman sekolah rendah... emmmmm..sewaktu aku mencoretkan ini...airmata ku bergenang... teringat arwah mak!!!

Ahad, 29 April 2012

BERPISAH JUA..

Aku cuba mencoretkan sesuatu dari ruang legar pejabatku untuk hari ini, kerana hari ini hari terakhir aku bertugas di Pejabat ini.. Kami diarahkan untuk berpindah ke Pejabat Operasi yang baru Kuala Trengganu.Bagi aku merupakan perkara biasa dan lumrah dalam kehidupan walaupun ada juga rakan2ku yang agak emosi dengan perkara ini, maklumlah mereka tidak pernah merantau dan bekerja di luar.
Sepanjang aku berada disini, banyak peristiwa-peristiwa menarik yang dialami.. dan semuanya itu membuatkan semakin mengerti erti kehidupan.
Seperkara yang tidak akan kulupakan sebagai seorang penyampai radio ialah "Dihalau dan ditegah" ketika mahu mengambil hidangan.. padahal aku adalah salah seorang tetamu pada waktu tersebut... mungkin jua, manusia bila diberikan kuasa mudah lupa diri dan asal usul... emmm tak apalah..jadikan sahaja kenangan..
Mahu tak mahu aku terpaksa belajar bahasa Thai dan paling tidak membetulkan sebutan, apabila aku dikehendaki menemuramah Gabenor Empat Wilayah Nara di Konti Utama dan juga majlis makanan Thai di Pejabat Konsul...eeemmm walaupun tidak faham sangat..aku mendapat pujian dari mereka dan dijemput hadir ke Studio  mereka di Narathiwat..Radio NARA
Final Piala FA melibat pasukan Kelantan, aku telah diberikan amanat untuk membuat ulasan secara langsung... aku lakukan dengan caraku sendiri dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan sedangkan aku hanya duduk dalam konti dan menyaksikan pertandingan tersebut melalui kaca televesyen..hinggakan rakan setugasku tertipu.....hahahaha....
Sewaktu diadakan majlis2 bersama dengan pendengar adalah saat manis, mereka bukan sahaja datang beramai-ramai tapi membawa hadiah... memang banyaklah yang aku perolehi.... aku menganggap mereka ini sebahagian dari ahli keluarga... kemesraan dan gurau senda memang mengeratkan lagi di kalangan kami..
Tersentuh jua hati apabila jururawat dari Hospital memberitahu ada pesakit yang kritikal ingin sangat bersua.. tak sangka sampai tahap itu...Al-Fatihah untuk Pakcik Rosman Dan Adik Nur Azura...
Itu adalah rentetan peristiwa, dan banyak lagi sebenarnya yang berlaku...semuannya ku abadikan sebagai kenangan.................
Terimakasih jua dan rasa terharu bila ada yang cuba mempotretkan wajahku.......


Selasa, 24 April 2012

AKU ANAK GAYUNG.


Lafaz Kata pembuka bicara kali ini, semoga semuanya sihat sejahtera dilindungan yang maha Esa. Ramai yang tertanya kenapa aku meletakkan gambar Lambang gayung di "blog" ku. apa kaitan nya aku dengan Pertubuhan Seni ini.....................
Di Sekolahku dulu aku mula belajar ilmu mempertahan diri dari Arwah bapa saudara sepupu iatu cikgu Rashid yang bertugas di Felda Jengka satu. Ada pertalian darah dengan keluargaku dan aku sendiri berasal dari Chenor, dimana sejarah Negeri Pahang banyak berpusat disitu, dari Allahyarham Datukku Hasaan B.Akil yang juga adik beradik dengan Ali, Pendekar Chenor yang berkhidmat dengan Keluarga diraja, kerana sahsiah keluargaku yang terun temurun berkhidmat dengan istana, asal usul ini tidak dihebohkan oleh kerana beberapa sebab dan musabab yang bila aku seusia ini baru aku mengerti,
Ibu Saudaraku berkahwin dengan anak Tok Peran hebat iatu Tokki Hussin, yang menetap di Paya Ladang Kertau, Sewaktu zaman kanak2ku, aku dibesarkan jauh dari orang, kerana aku tokki dan tuk tinggal di satu tempat yang namanya "Jangkang" kami hanya turun ke baruh iatu Kg,Pantai Chenor seminggu sekali iatu pada petang rabu dan balik pada hari khamis petang.Kalau tidak silap ingatan ku, sebelah rumah tokki di kg,pantai ialah rumah Yaakob disebelah kanan dan Syed Agil antara orang yang disegani di kampung itu kerana kebaikannya.

Isnin, 23 April 2012

CATATAN SEORANG AKU

AKULAH PENYAIR YANG TURUN DARI GUNUNG
BERATUS TAHUN TELAH KU DUDUK DI SITU
BERATUS-RATUS TAHUN
KINI KU TURUN KE LEMBAH
MELIHAT MANUSIA
MISKIN KAYA,TAWA HIBA
HIDUP MEREKA MELATA-LATA
TANGAN KU GENGGAM
KU JULANGKAN KE UDARA
AKAN KUJERITKAN,BAGAIKAN HALILINTAR........
Bait-bait diatas sememangnya aku hafal, maklumlah selama 10 hari aku terperap di hutan Lata Kumbang di Merapoh Kuala Lipis ketika aku mengikuti kursus Jati Diri, masih ku ingat ketika itu aku masih lagi terlalu mentah untuk mengharungi kehidupan dihutan, kalau tak silap umurku waktu itu sekitar 18 tahun, kami semuanya seramai 30 orang dikumpulkan disitu dari seluruh negeri Pahang, diajar sepenuhnya dengan ilmu dan semangat Melayu PAHANG.. segala cerita sejarah mengenai tokoh-tokoh hebat diceritakan dan diperhalusi akan semangatnya tidak kiralah mereka ini dari haluan mana,
Kami dipecahkan beberapa kumpulan dengan keanggotaan ahli kumpulan seramai 6 orang, dan dalam kumpulan ku terdapat 2 orang budak asli, Jamil dan Ella namanya..dari Lata Kumbang Merapoh kami dikehendaki berjalan ke Kg.Raja Cameron Highlands berbekal kompas dan peta serta tunjuk ajar dari Komando 69 Ayah Hamid..Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuhi.Setiap petang kami dikehendaki mendirikan khemah di tapak yang diarahkan. biasanya kumpulan aku yang akan sampai dulu kerana kebijaksanaan Jamil dan Ella tentang selok belok hutan.Disebelah malamnya kami akan ditekan tubi dan diasak oleh penceramah yang boleh menjadikan kami gila,kerana mereka sememangnya pandai dan mahir dalam mempermainkan emosi dan semangat.Api perjuangan watan sentiap ditiup...

Walinong layang sari,
Puteri yang cantik
Turun bermain ditaman sayang
memetik bunga-bunga
Menyusun bunga,..............................

Semangat dan cerita epic Negeri Pahang yang ada kaitan dengan Gunung Tahan sentiasa meniti dibibir Jamil...aku hanya mendengar sahaja... sesekali cuba menyampuk..Kehebatan Ella, gadis asli ialah kepantasan dia berjalan dan mengesan jejak memang aku kagumi.. pendek kata selama sepuluh hari aku berada dihutan bersama dengan kumpulan "Suria Jingga"... aku dapat menikmati pelbagai buah-buahan hutan dan juga Haiwan lazat santapan diraja zaman dahalukala..
Itulah antara secebis kenangan dan kisah aku sebagai anak Pahang, " AL-FATIHAH" buat rakan sekumpulanku Fahsuri yang meninggal dunia di Indonesia sewaktu mendalami ilmu agama disana,tidak tercapai hasratnya untuk menjadi penceramah dan pendakwah, beliau pergi buat selamanya setelah 1o tahun aku mengenalinya di Lata Kumbang Merapoh Kuala Lipis...
Apa dah jadi dengan tempat itu sekrang ni????.. Lata Kumbang mendapat namanya kerana air terjun berbunyi seperti kumbang diwaktu malam...memang mendamaikan
sekian............

Khamis, 19 April 2012

CERITA BARU DIPAWAGAM

Bukanlah untuk menghina sesiapa atau mengatakan yang di sana benar atau di sini betul.Tetapi akhir2 ini..kemana aku pergi inilah cerita yang sentiasa didengari.Semuanya memberikan pendapat dan andaian masing-masing, ada yang kontra dan menyokong.. Apa yang disokong aku sendiri tak tahu, apa yang dibangkang aku pun tak pasti.Ada yang diupah untuk membangkitkan isu dan memainkan sentimen dan ramai jua yang menjadi pak turut tanpa usul periksa. Kekadang kita menyokong sesuatu perkara hanya berdasarkan logik akal dan tidak mahu amil tahu apa yang sebaliknya, yang tersirat lebih besar makna dan natijahnya dari apa yang tersurat.Sama-samalah kita saksikan walaupun tidak mahu, kerana ianya berlaku di Negara kita yang kita sayangi.Prinsip asas kepada Rukun Negara perlulah dan harus atau kata yang lebih menggerunkan "wajib" kita ketahui.dalam hidup ini kita perlukan  benda lain bagi menggambarkan diri kita bagaimana?.. kita memerlukan cermin..kerana jarang cermin yang menipu tentang diri kita... tapi cermin itu hanya sudut luaran. yang dalaman hanya kita saja yang mengetahui,itupun jika kita nak ambil tahu..Yang Pastinya kita tidak akan menceritakan kurap dan panau yang ada di badan kita kepada orang lain.
Jom saksikan di PAWAGAM hati anda..........

RAHSIA AKU...

Sebenarnya inilah impianku..rahsia yang selama ini aku pendam...tidaklah terlalu lama tetapi bila difikirkan aku menjadi semakin rindu..kasih dan sayangku makin lama makin bertaut..namunpun begitu aku jua menyedari bahawa tanpa keizinanNYA pasti hasrat dan cita-citaku tidak akan kesampaian.
Telah aku dengar perkhabaran dari orang telah amati di dalam gambar memang cantik dan indah, aku membayangkan alangkah indah dan bahagianya jika aku dapat mendampinginya. Sayang dan kasihku makin menebal.
Sebenarnya inilah rahsiaku..inilah hasrat dan cita2ku..

Selasa, 17 April 2012

WASIAT RASULLULLAH S.A.W KEPADA SAYIDINA ALI ra

WASIAT RASULLULLAH S.A.W KEPADA SAYIDINA ALI ra
Wahai Ali,bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya.
-Tidak berpaut hatinya kepada harta benda duni
-Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
-Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya
-Jujur dalam berkata-kata
-Menjauhi segala yang haram.
-Merendahkan diri

Wahai Ali,bagi orang jujur itu ada tiga tanda-tandanya
-Merahsiakan ibadatnya
-Merashsiakan sedekahnya
-Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali,bagi orang yang taqwa itu ada tiga tanda-tandanya
-Takut berlaku dusta dan keji
-Menjauhi kejahatan.
-Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali,bagi ahli-ahli ibadah itu ada tiga tanda-tandanya
-Mengawasi dirinya.
-Menghisab dirinya.
-Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT.

Isnin, 16 April 2012

BIODIVERSITI

DEFINISI
Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.(sumber:estidotmy,February 2007)


KEPENTINGAN
A.KEPADA ALAM


1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI
Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan.Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.


2.MODIFIKASI IKLIMBiodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.


3.KAWAL HAKISAN TANAH
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi “mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.


4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah.Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B.KEPADA MANUSIA
1.NILSI INSTRUMEN

Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
CONTOHNYA, ANTHROPOSENTRIK-digunakan dalam memajukan BANK GENETIK khasnya untuk memajukan sector pertanian ,perhutanan,akuakultur dan penternakan.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.


2.NILAI INTRINSIK
Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “NILAI TERSENDIRI” dan “HAK UNTUK HIDUP”.Setiap benda hidup tidak kira haiwan,tumbuhan dan manusia mempunyai “hak asasi”masing-masing.Benda hidup mempunyai ingatan,emosi dan kesakitan.


MASALAH 
1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.

Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori sepsis terancam.Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.


2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang bolkeh mendatangkan hasil kepada negara membangun.Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity.Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.


3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM 
seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.


4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.


LANGKAH\USAHA UNTUK MENGATASI
1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA TELAH DILANGSUNGKAN PADA 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta.Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity,bioprospek,pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.


2. Malaysia adalah salahsatu antara 120 negara yang menandatangani
KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL ATAU NAMA SINGKATNYA CBD.Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan bioddiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang.Dalam perjanjian tersebut,Malaysia menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.


3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).
Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.


4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.
Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan Negara.

BIODIVERSITI

BIODIVERSITI

Biodiversiti adalah jumlah dan kepelbagaian keseluruhan organisma hidup di dunia yang membekalkan kepada kita sumber makanan, produk perubatan dan industri. Pemuliharaan biodiversiti penting untuk negara membangun seperti Malaysia supaya sumber genetiknya dapat dieksploitasi secara  berkesan. Biodiversiti dan pengurusan sumber semulajadi perlu dikawal supaya hasilnya dapat dimanfaatkan untuk jangka masa yang lebih panjang. Pengetahuan asas dan meluas mengenai biodiversiti sumber ini di Malaysia,
interaksinya dengan persekitaran dan pengurusan ekosistem yang sistematik adalah perlu bagi mengoptimumkan perkembangan industri di Malaysia. Integrasi yang sistematik di antara pengetahuan asas dan analisis saintifik yang canggih boleh meningkatkan penghasilan produk yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.


Kenapa Biodiversiti perlu dikekalkan? 
Biodiversiti adalah penting bagi memastikan ekosistem kita dapat berfungsi dengan baik dan normal.Setiap komponen ekosistem adalah berhubung kait di antara satu sama lain, sama ada secara ringkas ataupun kompleks. Kehilangan sesuatu spesies akan menyebabkan kesan yang buruk kepada keseluruhan ekosistem. Tumbuhan dan haiwan sangat penting di dalam hidup manusia. Ia bukan sahaja berguna untuk tujuan penyelidikan, pengajaran, dan rekreasi tetapi juga sering ditonjolkan di dalam karya-karya kesenian dan  kesusasteraan.Di banyak kawasan di Asia, hasil hutan dapat membekalkan sumber pendapatan tambahan kepada petani. Namun, pembangunan dan pemusnahan hutan akan menjejaskan biodiversiti di sesuatu kawasan.Kehilangan biodiversiti ini bererti kehilangan sumber gen yang berpotensi untuk dieksploitasi bagi kepentingan manusia sejagat. Nilai biodiversiti adalah terlalu tinggi dan sukar untuk diukur. Diversiti fauna dan flora yang tinggi di Malaysia harus dipelihara dan dikekalkan. Kehilangan biodiversiti dan kemerosotan persekitaran akibat daripada pembangunan yang pesat dan tidak dikawal akan menghasilkan kesan yang negatif kepada negara dan masyarakat. Keseimbangan perlu wujud di antara pembangunan dan pemuliharaan biodiversiti

SUSU IBU KASIH BAPA.

Adalah memalukan sekiranya kita sebagai seorang muslim yang sepatutnya tahu betapa besarnya fadhilat menyusukan anak yang dah sembilan bulan kita kandungi, tak bersungguh-sungguh dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Sedangkan orang yang bukan Islam pun berusaha bersungguh-sungguh menyusukan bayi mereka kerana mereka sedar ada 1001 kebaikan kalau mereka menyusukan bayi mereka.

Kita boleh bagi 1001 alasan sekiranya gagal untuk menyusukan bayi kita. Hakikatnya kita yang lebih tahu sama ada kita benar-benar telah berusaha untuk menjayakannya atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Tepuk dada tanya hati. 




Kasih sayang akan betul2 dirasai oleh anak2 yg menyusu... dibawah ini adalah contoh terbaik... lihat!!!! dan boleh ditiru jika bersesuaian dengan keadaan



Ahad, 15 April 2012

RAHSIA YANG TERBONGKAR...

Selama mana kita boleh menyimpan rahsia..kerana kekadang kita sendiri akan meruap-ruap nak bercerita dan menghebohkan rahsia diri kita.... tambahan pulak bila dirasakan dirinya hebat..sebagai contoh sekarang ni dengan medium canggih-manggih semua benda dan perkara yang berlaku ingin dihebohkan...Psssttttt!!!!!!
Apa yang aku nak katakan ini, ialah mengenai kehebatan seorang lelaki di planet Bumi ini, yang dikagumi oleh manusia.. tak kiralah kawan atau pun kawan.
Pastinya bila sebut Lionel Messi.... semua orang tahu.. Pemain Bolasepak terhebat masakini yang bermain untuk Kelab Barcalona.. dan Negara Argentina.... Lionel Messi.....Lionel Messi....
Di sebalik kehebatan sesorang itu mesti ada RAHSIA nya.... Dan inilah ingin aku bongkarkan... dan jangan terkejut kerana inilah rahsianya............ saksikan sendiri dan baca..

TAHUKAH ANDA??

TAHUKAH ANDA???.......

1.Jika sesuatu bulan bermula dengan hari ahad,hari yang ketiga belas adalah hari Jumaat, kalau ragu dengan fakta ini sila lihat kelendar SEKARANG.

2. Tiga fakta menarik : Lebih ramai manusia mati akibat nyamuk berbanding akibat perang..... Tali leher pertama dipakai di Crotia dan New Zealand adalah negara pertama yang membenarkan perempuan mengundi dalam pilihanraya iatu pada tahun 1890

3.Dianggarkan terdapat 30,000 helai bulu terdapat pada jambang seorang lelaki.

4.Air panas lebih berat berbanding air sejuk,kalau tidak percaya cuba TIMBANG

5.Manuia adalah satu satunya primat ( Mamalia peringkat tertinggi ) yang tidak menpunyai pigmen pada telapak tangan

BAHANA FITNAH

HAMMAD BIN SALAAH di dalam kitabnya yang berjudul Tanbih Al-Ghafilin menceritakan:-
"Ada seorang kaya ingin menjual hamba abdi kepada seseorang,lalu berkata kepada pembelinya,budak ini bagus dan tidak ada cacatnya,cuma satu saja perangainya suka membuat fitnah.Maka pembeli menganggap ianya perkara kecil lalu membeli budak tersebut"
Setelah beberapa hari budak abdi itu bersama tuan barunya, budak abdi tersebut menemui isteri tuannya dan berkata " Saya mendapat tahu yang suami puan akan berkahwin seorang lagi dan dia sudah sayang kepada puan, sekiranya puan mahu suami puan sayang kepada puan dan tidak berkahwin lagi,maka puan hendaklah mencukur janggut suami puan di bahagian leher ketika suami puan sedang tidur dan jangan beritahu kepada"
Selepas itu,budak abdi tersebut pergi pula kepada tuannya dan berkata " Saya dapati isteri tuan bermain cinta dengan lelaki lain,mereka bercadang untuk membunuh tuan ketika tidur,kalau tidak percaya,cubalah tuan pura-pura tidur dibilik tuan".
Tuan itupun masuk tidur dan ketika itulah isterinya masuk kedalam bilik tidur dengan membawa pisau cukur.Perlahan-lahan dia menuju kearah suaminya untuk mencukur janggut dibahagian leher, si suami benar-benar menyangka isterinya mahu membunuhnya, lalu dia bangun dan mengambil pisau cukur tersebut dan membunuh isterinya.Apabila berita pembunuhan itu diketahui, datanglah ahli keluarga perempuan yang mati itu untuk menuntut bela dan membunuh si suami pula dan datang pula keluarga si suami,juga mahu menuntut bela, maka terjadilah pergaduhan diantara kedua-dua pihak dan ramailah yang terkorban.

Ulasan :-
Kerana fitnah manusia akan berpecah dan saling menumpahkan darah, kerana fitnah jugalah sesuatu kaum itu akan hancur..Gejala firnah begitu meluas sekarang ini dengan kecanggihan teknologi dan kepantasan fitnah itu disebarkan amat menggerunkan..Mereka sanggup memfitnah sesama sendiri demi mendapat kuasa dan kedudukkan..

Khamis, 12 April 2012

ELAUN COLA UNTUK SWASTA DAN KERAJAAN







Berita baik yang dinantikan oleh seluruh kakitangan Sektor Swasta.

 Putra Jaya - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa April 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan  barang-barang.     



Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai
jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.


     Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk      
     mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang
     lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-                                          

     1. SuratPerlantikan Kerja - Original                                              
     2. SuratPengesahan Kerja- Original                                              
     3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas)                          

     
 dan...            


Ahad, 8 April 2012

ILMU PERISAI FITNAH

Maksud Ayat Surah Al-Hajj: 54
"Dan juga supaya orang-orang beroleh ilmu mengetahui ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu,lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya ; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin mereka orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus" 


HURAIAN
Fitnah dan khabar angin merupakan gejala kepada kerosakan masyarakat yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan perbalahan.Mereka yang tidah berhati-hati dan menerima fitnah berkenaan akan menjadi agen khabar angin dengan menyebarkan kepada orang lain
Oleh yang demekian,ayat ini menegaskan bahawa ilmu merupakan perisai kepada manusia dalam menghadapi cabaran-cabaran ini.Orang-orang yang diberikan oleh Allah S.W.T ilmu pengetahuan akan menjadikannya sebagai neraca dalam menentukan yang hak dan batil sehinggalah mereka benar-benar menyakini bahawa kebenaran itu datangnya dari Allah dan tunduk patuh kepada Allah S.W.T dengan hati yang tenang
Secara tidak langsung ayat ini juga menegaskan perlunya orang-orang mukmin itu menuntut ilmu yang menjadi pertunjuk jalan kepada mereka dalam menghadapi golongan yang sering menimbulkan tipu daya dalam pelbagai untuk mengarah kepada perlakuan maksiat kepada Allah S.W.T

KESIMPULAN
Fitnah merupakan agen kepada kerosakkan dan perpecahan masyarakat, oleh yang demIkian. umat Islam perlulah menpunyai ilmu yang menjadi perisai kepada mereka dalam menghadapi tipu daya dan fitnah dari golongan yang menderhaka kepada Allah S.W.T.Sesungguhnya Allah S.W.T adalah pemimpin kepada orang-orang yang beriman.

Sumber Rujukan
Ustaz Haji Sulaiman b.Awang
Koleksi Artikel Tafsir keluaran JAKIM

Sabtu, 7 April 2012

ISLAM ITU MUDAH

Maksud Ayat Dalam Surah al-Ma'idah
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanya ( Kepada Nabi ) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu.dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran,tentulah akan diterangkan kepada kamu Allah maafkan (kamu) dari ( Kesalahan bertanyakan ) perkara-perkara itu ( Yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran) kerana Allah Maha Pengampun,lagi maha penyabar"


Huraian.
Isalam adalah agama yang mudah.Mudah dalam ertikata dapat dilaksanakan di semua tempat,sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah kejadian manusia, oleh kerana isalam adalah agama yang mudah,maka tidak sewajarnya diperberatkan dan dipersulitkan dengan sikap mempersoalkan dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah S.W.T selain menghalang sesuatu pertintah itu dilaksanakan dengan sempurna. ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nya melaksanakan sesuatu amalan baik kecuali sekadar kemampuan mereka

Kesimpulan
Islam adalah agama yang mudah dan praktikal.Memberatkan perkara yang mudah sehingga melampaui batas kemampuan manusia hendaklah dijauhi. Islam tidak menyusahkan umatnya,sebaliknya manusia sendiri menyusahkan diri mereka.

Sumber : Ustaz Haji Sulaiman Awang
               dan Koleksi Artikel Tafsir keluaran JAKIM siri 1

Rabu, 4 April 2012

KENTUTKU...KENTUTMU JUA....



Salam.. Hari ni  nok share satu ciptaan terbaru oleh seorang lelaki dari Wuhan, China..
Ini doh kira kes terlebih kreatif... macam-macam.... kentut pun buleh buat duit sekarang ni...

Alat ini dinamakan sebagai perendam kentut.

 Diperbuat daripada plastik lembut dan kenyal, alat yang berbentuk tabung ini perlu dimasukkan ke dalam lubang bontot. Hujung tabung yang satu terbuka dan hujung yang satu lagi memiliki lubang-lubang kecil.  

 Kaedah Penggunaan

Sedikit minyak wangi perlu diletakkan ke dalam alat tersebut supaya kentut yang keluar kemudiannya menjadi wangi dan harum.

Pendapat Amiey....

Yang benornyer... mende ni keje bodo... lantakkkkkkkk r...
Jangan lepas ni ader pulok yak cipta 'Ringtone' untuk dimasukkan dalam alat ni... nanti berbagei-bagei bunyi pulok kita dengor... ye la... ringtone skrg ni orang dah buleh upload kat internet...

Bila dengor lagu sayup-sayup kat bawoh disusuli dengan bau wangi dari jenama imported pulok....
Ramei la orang berebut datang dekat... hehe... kerana nak mendengari kentutku !

Deejay Amiey........memanggggggglah kan

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Garam adalah mineral yang terdapat dalam makanan secara semulajadi atau ditambah semasa pemprosesan atau memasak.Garam boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti yang tedapat dalam sos,kicap,tauco,mayonis,keju,ikan masin serta serbuk dan kiub perisa.Garam diperlukan dalam jumlah kecil untuk kesihatan.Garam biasa yang digunakan dalam masakan mengandungi 99.9% Natrium Klorida ( Sodium Chloride).

Kesan Garam ke atas kesihatan
Pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah atau hipertensi.

Panduan Mengurangkan Pengambilan Garam.
*. Gunakan perencah asli jus limau dan rempah ratus
*. Kurangkan penggunaan garam,perisa tiruan,kicap dan taucu dalam maakan
*. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin,sosej,burger dan makanan                      segera
*. Kurangkan penggunaan mayonis dan keju dalam penyediaan makanan
*. Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin,telur masin,belacan,cencaluk budu serta jeruk asin buah-buahan dan sayur-sayuran.
*. Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram.
*. Baca Label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG)
*. Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu teh ( 6 g ) garam  atau 2400mg natrium

  Itulah yang dapat saya kongsikan.
* Sumber rujukan dari catatan Dr Majidah - Diet yang betul

Selasa, 3 April 2012

PETUA UNTUK YANG MUDA DAN YANG TUA

Alahai... Payah lak mata ni nak tido... puas dah mengira kambing di dalam gambar..aku cuba mengira bulu kambing yang terdapat didalam gambar pulak... tak mengantuk juga... ambil buku.. buka je sebuah novel.. laaa!!! dah tahu ceritanya.. biasalah novel ni :Standard Mendet" je story nyer ( Kebanyakkanlah )... Tetiba aku nampak satu buku yang dah berhabuk... huisss !!! bersawang pulak tu... Buku Petua.. jadi aku pun kongsikanlah apa yang dibaca nie dengan anda yang menjengah ke Blog aku nie..

1. Bagi yang masalah rambut tidak mahu tumbuh dibahagian parut dikepala ( bukan dilutut ye).. petuanya. Ambil sebiji buah keras,bakar hingga kehitaman dan berminyak,kemudian sapukan pada bahagian yg bermasalah,amalkan disetiap malam.

2. Untuk menghilangkan kesan bengkak ( tapi bukan hati yang bengkak ye) ambil beberapa helai daun kapal terbang dan tumbukkan,campurkan dengan sedikit kapur dan perahan limau nipis,bancuh pekat dan sapukan pada bahagian yang bengkak,biarkan hingga kering.

3.Ini sesuai untuk wanita yang mahukan menghilangkan bulu betis.. yelah..kalau perempuan banyak sangat bulu betis.. nanti naik kutu pulak kan.. cuba cara tradisional ni tidak menjadi kesalahan,dan bukannya susah pun.Ambil sedikit daun lada dan kapur sireh,tumbukkan sehingga lumat, lumurkan bahan campuran itu tadi pada betis biarkan hingga kering kemudian basuhlah... berkesan..mudah dan menjimatkan..

Itulah antara yang dapat aku kongsikan...selamat mencuba..

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...