Rabu, 24 Oktober 2012

TANYA VS JAWAB

 Seringkali dalam kehidupan kita, selalu bermonolog dalam diri... ada masanya ianya bagus kerana itu adalah muhasabah dan menginsafi, tetapi ada masanya bertanya dan jawapanya begitu mudah, buat apa kita nak memeningkan kepala pada perkara yang remeh..... TERUTAMA KALANGAN REMAJA......
1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-2.. bercinta sblm kawin haram.. bercinta selepas kawin.. halal.. pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-2. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah.  dah macam syirik pulak, Allah letak mana?
 
Selamat Hari Raya Aidil Adha..............

Jumaat, 12 Oktober 2012

MURUNG

Memasuki hari kelima aku berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II. sememangnya berada di Hospital sangat menjemukan jika tiada apa aktiviti yang dilakukan, apatah lagi jika kita seorang pesakit yang hanya terlantar di Katil...... perghhhhhh..mujurlah aku dibenarkan untuk mengikuti lawatan doktor ketika mereka merawat pesakit dari katil ke katil, banyak juga yang aku perolehi dan ketahui, sekurangnya menambah ilmu pengetahuan.. dalam masa itu ada juga aku berjumpa dengan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan emosi disebabkan perbagai faktor.. terfikir sendirian lalu aku mendapatkan pandangan dari Doktor-doktor yang bertugas....
Kemurungan yang dialami lelaki berbeza dengan wanita kerana tekanan hidup tidak sama, lelaki biasanya akan bersikap pemarah, agresif dan mudah terganggu manakala wanita pula akan memperlihatkan emosi tidak stabil, pendiam mengasingkan diri dan memendam rasa, namun secara amnya bolehlah dirumuskan dan dijadikan panduan umum, jika seorang itu dalam kemurungan.


  • Emosi Negatif dan rasa sedih berpanjangan
  • Perasaan tidak menentu, resah,sensitif dan keliru.
  • Hilang minat terhadap seks
  • Hilang rasa seronok
  • Sentiasa berasa letih
  • Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak
  • Rasa Kesunyian
  • Hilang harapan,keyakinan, berasa tidak berguna,bersalah,menyusahkan orang lain,rasa nak mati(bunuh diri).
  • Mengalami gangguan tidur ( Sukar untuk tidur atau tidur terlalu banyak )
  • Sukar menumpukan perhatian atau fokus
  • Mengalami gejala fizikal seperti pening,sakit belakang,masalah perut,dada sentiasa berdebar dan seluruh badan rasa sakit-sakit.
Sebagai ibubapa tanda diatas juga boleh dijadikan panduan untuk mengawasi tingkahlaku anak-anak terutama yang meningkat remaja.
Kenapa Kemurungan perlu dirawat dengan segera? kerana ianya akan memberi impak psikologi dan fisiologi ianya menjejaskan pemikiran,emosi dan perlakuan.Kemurungan adalah satu masalah yang boleh berulang terutama tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, Prinsip untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan ialah :-

  • Ubat anti kemurungan adalah kompenan penting dalam rawatan dan kemurungan adalah penyakit serius
  • Bincang dengan doktor mengenai perasaan dan kemajuan rawatan,jangan takut untuk bertanya
  • Fahami simptom kemurungan melalui rawatan,berfikiran positif dan carilah bimbingan dari mereka yang berkelayakan
  • Setiap rawatan ada kesan sampingan dan kesan itu menpunyai kadar yang tertentu pada setiap individu
  • Kemurungan akan berulang jika mendapat rawatan atau bimbingan yang tidak betul, penghapusan simptom yang dikenalpasti itu penting.
  • Banyakkan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekeliling yang wujud di persekitaran terutama dengan ahli keluarga kerana ianya boleh menghapuskan bayangan kemurungan dan mengembalikan ke alam keceriaan.Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, menonton rancangan yang penuh keceriaan seperti rancangan berbentuk jenaka, kartun, mendengar radio dan mendengar celoteh penyampai kegemaran.
  • Ubat anti kemurungan haruslah diteruskan sehingga mendapat nasihat dari doktor supaya berhenti, ubat ini tidak menyebabkan ketagihan.
Setiap apa jua perkara mesti ada senarai semakan, ataupun tanda-tanda sesuatu gejala, apakah senarai semakan tersebut?..adakah kita ini dalam kemurungan.. tanya pada diri sendiri dan jawab sendiri.jika ya.. bolehlah kita mengatasi dari awal......

  • Adakah anda sering bersedih tanpa sebab?
  • Adakah anda berasa diri tidak dihargai? anggap diri orang yang gagal?
  • Adakah anda menganggap masa depan anda kelam?
  • Adakah anda kerap merasa rendah diri?
  • Adakah anda berasa bersalah atas pelbagai perkara yang berlaku? menyalahkan diri sendiri?
  • Adakah anda mengalami masalah untuk membuat keputusan bagi kebanyakkan perkara?
  • Adakah anda kerap merasa marah dan geram?
  • Adakah anda hilang minat terhadap hobi,kerjaya,kawan-kawan dan keluarga?.
  • Adakah kurang semangat dan memaksa diri untuk melakukan banyak perkara?
  • Adakah anda melihat diri sendiri sudah tua dan tidak menarik?
  • Adakah selera makan sudah merosot? atau kini makan terlalu banyak?
  • Adakah anda semakin sukar untuk tidur?
  • Adakah anda berasa letih dan lesu sedangkan sudah tidur dengan lama?
  • Adakah anda sudah tiada nafsu terhadap pasangan anda?
  • Adakah anda sangat risaukan tahap kesihatan anda?
  • Adakah anda pernah terfikir hidup ini tiada ertinya atau terlintas mahu mati?...
Apa yang penting adalah kerjasama. kerjasa antara minda kita dan fizikal kita, selari dengan kebolehan yang ada. demekian menurut kata MR.MOHD TARMIZI MD NOR.. Beliau adalah Pakar Perunding Bedah Pediatrik tetapi banyak menggunakan kaedah psikologi dengan para pesakitnya. Walaupun aku bukanlah pesakit tetapi bertuah dapat menimba sedikit sebanyak ilmu yang ada.... semoga diberkati

KISAH AKU ANAK PENEROKA ( SIRI 5 )

AKU DAN SEPUPU SERTA MAKCIK,PAKCIK. Aku dan sepupuku dibesarkan di sebuah ceruk kampong yang jauh dengan orang ramai, kemudian apabila ...