Isnin, 18 November 2013

WANITA ITU

Memang benar wanita itu sukar dimergertikan apabila kita cuba tidak memahami mereka, tetapi kita akan mengerti apabila membuat penilaian, tetapi siapakah kita untuk menilai seseorang...Mudah tapi sukar, sukar tetapi mengembirakan... apapun disebalik kejayaan seseorang pastinya adanya WANITA disebaliknya, begitu jua jika GAGAL.. jadilah wanita bukan hanya sekadar perempuan..Sekian

Khamis, 14 November 2013

HUJAH PRO DAN KONTRA

Hujah 1..
Saya rasa dah bertahun-tahun rakyat solat hajat untuk menumbangkan kerajaan zalim sejak zaman Tun M..Doa rakyat yang dizalimi akan termakbul, tetapi hingga sekarang BN masih lagi memerintah hasil doa dan solat rakyat yang ingin mejatuhkan kerajaan zalim,Percaya pada Islam saya yakin kerajaan BN tidak zalim, tetapi persepsi sesetengah pemimpin itu yang membuatkan rakyat berfikiran kerajaan zalim, namun Alhamdullillah rakyat masih lagi dapat menikmati kehidupan dengan aman dibawah BN...

Hujah 2.
Rakyat Pelestin sudah dizalimi sejak sekian lama, jutaan umat Islam seluruh dunia berdoa dan solat hajat untuk kejatuhan Zionis, tapi Zionis tidak pernah tumbang, adakah zionis tidak pernah menzalimi rakyat pelestin???..

Diatas adalah dua bentuk hujah, iatu pro dan kontra, sebagaimana zaman berubah begitu permikiran, semuanya pantas dan semuanya bernas, bagaimana kita menetapkan mana benar mana batil ialah atas pengetahuan dan ilmu yang kita miliki..Setiap hujah yang baik itu adalah besertakan dengan dalil..sekarang ini besertakan fakta... yang menjadi kekeliruan dan kecelaruan dalam permikiran kita, adakah dalil atau fakta yang digunakan itu benar...
Sekarang ini, ramai tidak memikirkan setiap dalil atau fakta itu benar atau tidak.. tetapi lebih kepada logikal dan boleh diterima pakai.Dari zaman para sahabat lagi berhujah itu sudah menjadi amalan untuk meleraikan kekusutan, tapi waktu itu semuanya berpandu pada dalil, nas, hadis..bukan pada dalil akal... dalil akal ini hanya berkesan untuk mematahkan hujah tapi bukan mencari kebenaran.
Jika YA...jelaskan kenapa... jika TIDAK.. berikan pandangan yang terbaik untuk menjadi rumusan di penghujung hujah.. kebatilan itu cepat diterima tapi natijahnya keburukkan akan diperolehi, manakala kebenaran itu memerlukan masa, tapi bahagia dipenghujungnya...

BALAS JASA YANG MEMBINASA

Episod baru membabitkan Penjawat awam tertinggi ini adalah antara kemelut yang dihadapi oleh kerajaan  yang bersabit perlantikan pegawai-pegawai teratas atau penyambungan kontrak mereka yang berulangkali setelah tempuh mereka bersara lama berlalu.

Amalan menjadikan beberapa jawatan teratas dalam Perkhidmatan Awam dan badan separa kerajaan, seperti Bank Negara, sebagai 'personel-to-holder' (khas untuk penyandang) telah membawa kepada KEALPAAN, KELEKAAN dan PERSEKONGKOLAN dimana mereka saling LINDUNG-MELINDUNGI.

Ada persara yang diberi lanjutan jawatan hingga lima tahun yang tidak pernah diamalkan sebelum ini. Turut dikhuatiri ialah penjawat seperti itu menggunakan maklumat dan rahsia kerajaan sebagai senjata..!! PENAWAR dan PENDINDING daripada TATA-TERTIB dan UNDANG-UNDANG.

Sementara itu, akibat menopoli jawatan oleh penyandang tertentu menyebabkan proses PERWARISAN jawatan terbantut atau TERHENTI TERUS.

Ramai para pegawai lain yang lebih layak dan sampai waktu mengambil alih tidak dinaikkan PANGKAT atau dipindahkan ketempat lain. Ada yang pencen tanpa sampai ke jawatan dan gred yang menjadi hak mereka. Ini adalah antara punca banyak kakitangan awam tidak berpuas hati terhadap kerajaan dan selepas bersara MEREKA BERPALING TADAH.

Bukan sahaja di peringkat Kerajaan pusat, budaya ini jua kian menular ke kerajaan Negeri yang beralasan menlanjutkan Kontrak kerana ingin mengenang jasa dan perkhidmatan,Sedangkan gaya permikiran mereka sebenarnya sudah tidak relavan dengan keadaan semasa, ada sesetengah pegawai kanan berfikiran seperti era Kolonial, minta dihormati dan diraikan pada tahap melampau, Ada juga sesetangah itu konon menjadi TEAM THINK bagi wakil rakyat. Perlu diingatkan cara permikiran mereka ketika mengetahui jabatan tidak sama di padang MASYARAKAT... di Pejabat mereka mungkin boleh memerintah tapi tidak di khalayak RAMAI... Kepada Ahli Politik Kerajaan atau Pembangkang... berhati-hati dengan pegawai berkenaan..Kebanyaakn dasar yang dibawa oleh pihak Kerajaan, tidak kiralah mana2 kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, DIGAGALKAN oleh mereka ini

P/S kepada remaja yang ada sijil tu simpanlah dalam album buat kenangan jer..nak dapat kerja dengan kerajaan 'sistem sambung kontrak telah diamalkan sekarang - 5 tahun, 10 tahun atau berkhidmatan sampai JIUN U All

Isnin, 11 November 2013

SEBUAH PERJALANAN ATAS KEJAYAAN

                                         
PERJALANAN INI (Sajak khas buat Pakcik Majid)

Aku impikan sebuah kejayaan
Membalut pasukan yang jadi kebangaan
Sekian lama diulit kegagalan
Walau usaha bermati-matian
Keringat gugur dipertengahan

Lalu aku tanamkan impian
Jika Pahang ku beroleh kejayaan
Akan ku atur sebuah perjalanan
Dari negeriku yang makmur dan aman
Menuju medan saksi kejuaraan
Dengan langkah dan kudrat jantan
Tak akan kutunggang sebarang kenderaan

Lalu segalanya sudah ditentukan
Tok Gajah negeriku mendukung kejuaraan
Menggembirakan hati segenap watan
Termasuk aku yang masih sendirian
Memikirkan apa yang aku nazarkan
Sesunggunya aku tetap kotakan

Dingin subuh bangkitnya kekuatan
Selesai azan dan tunai kewajipan
Aku melangkah dengan harapan
Semoga laluan tiada halangan

Tiada pelepasan, tiada paluan
Tiada imbuhan, tiada tajaan
Aku tekad menuju haluan
Bukan acara yang aku harapkan
Cukuplah sekadar doa keselamatan
Semoga aku dilindungi Tuhan

Beberapa hari aku berjalan
Dibakar mentari disimbahi hujan
Kudrat tuaku masih bertahan
Aku tekad meneruskan perjalanan
Hingga tiba arah tujuan
Walaupun lamanya hingga sebulan

Kata nista mula bertaburan
Caci dan keji menjadi santapan
Di laman maya berjuta tohmahan
Iringi langkahku dengan kutukan
Hanya sedikit menghulur minuman

Biarlah mereka teruskan umpatan
Bernazar perkara yang bukan-bukan
Kudrat tua yang tidak bertepatan
Mereka semua aku maafkan
Barangkali mereka dah cukup amalan

Aku bersyukur padamu tuhan
Itu semua bukanlah permintaan
Aku tak minta pangkat kebesaran
Atau disanjung sebagai pahlawan
Cukuplah sekadar menadah tangan
Mohon aku beroleh kesejahteraan
Kerana aku punya kesedaran
Aku hanyalah pengawal keselamatan

Bebarapa hari aku berjalan
Tak putus-putus membalas lambaian
Dari mereka yang punya kesedaran
Ada misi harus kusempurnakan

Seringkali aku terhenti berjalan
Pabila didatangi si anak watan
Turut merasa bahang kemenangan
Mengekori aku sehingga perhentian
Merakam potret sebagai kenangan
Ada yang sudi menjadi peneman
Kerana bimbang aku keseorangan

Kata mereka, aku kini menjadi tumpuan
Demi Allah, bukan itu yang aku hajatkan

Segala bantuan mereka berikan
Sebagai bekal dalam perjalanan
Walau itu bukanlah permintaan
Tapi mereka ikhlas berikan
Aku bersyukur padaMu tuhan
Untuk membalasnya tak punya kemampuan
Hanya padaMu kupohon balasan

Kata semangat yang mereka taburkan
Membuat aku terus bertahan
Memunggah kudrat atas sokongan
Anak watan yang berkongsi perasaan
Sehingga aku tiba di medan
Memacak bendera yang jadi kebangaan
Hitam Putih akan berkibaran
Menjadi saksi sebuah kejayaan.

Wahai negeriku yang makmur dan aman
Nantikan aku pulang ke pangkuan
Untuk aku teruskan kehidupan
Setelah misiku selesai dilaksanakan