Khamis, 3 April 2014

BAYARAN BUKAN SEKADAR BAYAR.

Tempuhi tahun 2014 dengan perbagai cerita dan peristiwa, misi mencari MH370 masih lagi berterusan dan berbagai petunjuk demi petunjuk ditemui, dan berbagai andaian demi andaian dibuat oleh mereka yang berjiwa penulis dan juga mahu mencerita dari sudut pandang mereka, tanpa menghiraukan fakta dan juga perasaan keluarga dan rakan penumpang dan staff MH370,
Bagi aku, semuanya adalah kehendak takdir dan makna disebalik semuanya itu yang menarik minat aku ,tapi untuk kali ini aku mahu kongsikan cerita mengenai diri sendiri.
Di Kejiranan rumah aku menyewa ada buat kenduri kahwin, seperti biasalah aku pun pergi, untuk meraikan majlis jiran, bukan berat sangat pun, pergi makan je.. bukan seperti kenduri dikampung aku, semua gotong royong, kat sini semuanya katering, jadai datang berlenggang bawa perut jelah..
Entah macamana, bila tiba dimajlis tersebut aku diminta oleh tuan rumah untuk jadi pengacara majlis atau pun dj... kerana menurut tuan rumah, dj yang mereka upah tak dapat datang.. walaupun dalam keadaan serba salah aku turuti jua permintaan tuan rumah, sebenarnya bukan seber salah dengan tuan rumah, tapi yang menjadi kerisauan aku, bila sedang mengacara majlis tetiba dj yang mereka upah tu datang, itu je yang membimbangkan aku. Akhirnya majlis pun selesai dengan kedatangan rombongan pengantin dari pihak lelaki, dan Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar, ramai yang terpinga-pinga melihatkan aku mengacarakan majlis kerana lain dari biasa yang mereka selalu dengar dan perhatikan ( sebenarnya kawasan sini jarang majlis ada ada dj ).. Bila nak balik aku jumpa tuan rumah.. dia menghulurkan sesuatu dalam satu sampul, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, diraut wajahnya terpancar kepuasan.. Sambil berjalan pulang ku belek-belek isi dalam sampul.. Di dalamnya ada lima ratus ringgit dan aku merasakan tak sedap hati dan serba salah menyelinap dipemiranku..
Sebelah petang sebelum aku ke konti, aku singgah dirumah jiran yang buat kenduri, pulangkan semula wang pemberiannya, memang terkejut dia, bila aku memulangkan semula.. aku pun berkata sebagai seorang dj aku amik duit tu tapi sebagai seorang jiran aku tak sepatutnya mengambil... dan aku jelaskan bahawa duit itu mungkin penghargaan atas sumbangan aku, tapi bagi aku sumbangan tidak semestinya dengan duit.. Sebetulnya zaman sekarang setiap perkara memerlukan duit tapi budi tetap budi tiada nilai walau digantikan dengan duit.................. SEKIAN

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...