Rabu, 19 Februari 2014

PASUKAN DAN PENYOKONG

Musim Bolasepak bagi tahun 2014 baru sahaja bermula dengan dengan pasukan yang bertanding baru sahaja melengkap 5 perlawanan bagi edisi LIGA SUPER dan untuk Piala FA baru sahaja menamatkan saingan peringkat suku akhir kedua, Piala FA di percepatkan yang sebab musababnya hanya FAM sahaja yang mengetahui disebalik kemelut yang melanda. Disorot kembali Sejarah Piala FA ni sejak 5 tahun kebelakangan ini ada saja insiden yang merencahkan lagi saingan, seolah-olahnya makin hebat walau hakikatnya pencapaian skuad bolasepak tidaklah kemana.
Bekerja di Pantai Timur, berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan bolasepak, cuma tahun ini sorakan gema stadium di Kota Bharu tidak seperti-tahun tahun sebelum ini, iatu bermula tahun 2008 sorakan "GOMO KELATE GOMO " membangkitkan semangat pemain.. ketika insiden membakar trak polis didepan stadium selepas perlawanan piala FA Kelantan bertemu Negeri Sembilan adalah kerana semangat GOMO yang sentiasa dilaung, kerana penonton tidak menyukai tindakan pengadil.
Bila kesempatan bertanya kepada peminat tegar bolasepak Kelantan yang sentiasa turun ke stadium, kenapa laungan "GOMO KELATE GOMO " seakan berkurangan, seakan tidak senada dan seirama seperti dahalu.Mereka menyatakan bahawa penyokong kelantan sekarang terlalu pandai mengkritik tentang taktik dan sebagainya,tetapi tidak menyedari akan kemampuan yang ada sekarang, dahalu ketika kelantan cuba membentuk pasukan RED WARRIORS pasukan dari negeri dan kelab2 lain masih dalam zon selesa, selepas 3 ke 4 tahun Kelantan berjaya meraih perbagai kejayaan, pasukan lain mula buka mata maka bermulalah "PENIAGAAAN DALAM BOLASEPAK " secara khusus dan strategik serta plan yang rapi..dan dalam pasukan kelantan sendiri berlaku pergolakan, yang sebelum ini memandang sinis akan keuntungan perniagaan ini mula "kacau daun" setiap apa yang dilakukan oleh pengurusan Red Warriors cuba diciplak, tapi sebenarnya mereka hanya cuba menarik perhatian kearah politik.
Lebih menariknya laungan "GOMO KELATE GOMO" lebih senada dan kuat apabila team kelantan bermain di lembah Kelang dan juga Venue2 luar seperti di Pahang, Sarawak Dan Perak.. timbul persoalan, apakah pentokong di Stadium Kota Bharu sudah hilang suara ???....
Di Kuala Terengganu ada dua pasukan yang bertanding iatu TERENGGANU dan juga T-TEAM dan tentunya penyokong disekitar Kuala Terengganu lebih tertumpu pada pasukan negeri berbanding pasukan kelab, bermula PRA musim 2014 ku lihat stadium penuh bermula dari perlawanan persahabatan sehingga majlis memperkenalkan jersi ramai peminat yang turun, tetapi ada sedikit hal yang mendukacitakan aku bila bab menyokong dan penyokong, tiada lagi irama dan nada sama dikalangan penyokong, lebih lagi suka pada provokasi sesama sendiri, kumpulan penyokong ini mengutuk kumpulan penyokong itu padahal dalam masa yang sama mereka menyokong pasukan yang sama, kumpulan gendang tidak lagi senada dengan penyokong ultras, mungkin juga mereka mahukan perubahan dan keputusan drastik selepas pucuk pimpinan persatuan bolasepak bertukar, tapi mereka kena faham pertukaran itu hanya peringkat tertinggi sahaja,pekerja2 lain masih lagi sama jadi proses pengurusan tertinggi untuk membentuk team yang baik perlukan masa. PETEH GANU PETEH. semoga berjaya.
Panorama satu stadium kelihatan kuning hitam, memang meremang bulu roma bila berbicara tentang sokongan padu peminat bolasepak di Stadium Darul Makmur, kebanjiran mereka ini seperti era tahun 90an, cuma kali ini lebih ramai kerana kapasiti stadium telah ditambah, kalau nak diikutkan pencapaian sejak 5 tahun ini kejayaan skuad Tok Gajah tidaklah sehebat Kelantan dan Terengganu, terpelosok bermain di liga perdana, tapi titik punca sokongan peminat ialah apabila team ini bermain di Mini Stadium di Temerloh, disitu bermulanya pembentukan skuad ULTRAS yang antara terbaik di Negara ini, malah seorang rakanku dari Sweeden pernah berkata, tidak pernah melihat sokongan sebegini kecuali di beberapa negara Eropah.
Apapun aku sentiasa mengharapkan pasukan pasukan dari Pantai Timur ini bukan sahaja mencapai kejayaan tapi mengharapkan sesuatu yang lebih gah terutamanya dalam penyatuan penyokong..

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...