Selasa, 29 April 2014

SUSAH MERUBAH SUKAR LAGI BERUBAH

Dalam situasi kehidupan sering menghadapi perkara yang berulang-ulang tetapi jika kita menpunyai akal dan daya usaha, masalah yang sama tidak semestinya kita selesaikan dengan kaedah yang sama,
CAKAP PUN TAK DENGAR,
DENGAR PUN TAK FAHAM
TAK FAHAM PUN, BUKAN MAHU BERTANYA,
TANYA PUN TAK MAHU BUAT,
BUAT PUN SALAH,
SALAH PUN TIDAK MENGAKU
MENGAKU PUN TAK MAHU BETULKAN
BETULKAN PUN TAK PUAS HATI
TAK PUAS HATI PUN TAK CAKAP.
CAKAP PUN TAK MAHU DENGAR (chorus)
Ulangan pada yang sama, sehingga tiada apa yang boleh diselesaikan, inilah dilema manusia yang tidak boleh berubah dan menerima kenyataan, berubah itu bukan beralih tempat,tetapi berubah bertukar dari yang sedia ada.

Apa yang penting bagaimana kita, dan siapa kita, dimana kita... kerana siapa pun kita, kita tetap insan.

Ahad, 27 April 2014

POLIS OH POLIS MENCARI KESALAHAN ATAU MEMBETULKAN KEADAAN ??

Menghabiskan hari minggu tanpa membuat apa-apa kadang membosankan, cari berita untuk dijadikan cerita itu adalah lumrah mereka yang berkecimpung dalam bidang ini, kesempatn berada di Kuantan, digunakan untuk meninjau persiapan Hoki Negara Ke Piala Dunia di Belanda Bulan Mei Nanti, kebetulan sedang berlansung Kejohanan Hoki Juara satu di Padang Hoki Wisma Belia Indera Mahkota Kuantan Pahang...
Korea Vs Canada.


Seperti Biasa Bila menjalankan tugasan menggunakan kenderaan sendiri, selalu menggunakan kereta yang "otai".. bukan apa..tidaklah tertalu bimbang bila diletakan ditempat tertentu,
Kereta Otai.
Balik dari liputan tersebut lebih kurang jam 2.30 pagi, tiba di kawasan Cheneh, ada sekatan jalanraya oleh polis, entah apalah yang difikirkan oleh polis tersebut, Kad Pengenalan, Lesen dan semuanya diperiksa, aku akur je, mungkin itu adalah tugasan mereka, kemudian ada yang mengeliligi kereta, diminta menekan "brek" selepas tu, " Encik, Parking tepi kejap "... aku ikut je.. lalu seorang lagi berkata " Encik,lampu plate tak nyala, encik pergi jumpa pegawai berhampiran kereta peronda"
Aku anggukkan je kepala, sesampai je kat kereta peronda ku lihat di Pintu Kereta tu tertulis (Police Tourist)
Macam2 diceritakan oleh Polis tersebut tentang kesalahan tersebut, akhirnya aku pun bercerita bahawa aku ni orang media, lalu ku tunjukkan kad perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, ku jelaskan kepada polis tersebut, tujuan aku ceritakan itu, bukan untuk mengelakkan kesalahan, kemudian aku pun bertanya tentang kesalahan aku ini, ada termasuk dalam ordinan lalulintas atau tindak, dia menjelaskan bahawa lampu brek ketiga adalah termasuk dalam jenis2 kesalahan, lalu ke perjelaskan lagi, kalau begitu tuliskan saja saman, tapi kalau tulis "lampu brek ketiga" tidak berfungsi, aku tak mahu tandatangan.. sebelum tu juga aku minta nama dan no anggota kesemua mereka dan datang dari Balai mana, mungkin mati akal berhujah, salah seorang dari mereka berkata " Kali ini kami lepaskan encik".... lalu aku menjawab, dalam kesalahan jalanraya tahap ke4... lebih kepada budi bicara, kesalahan yang tidak mendatang akibat kepada kemalangan, dan anggota yang sentiasa meletakan budi bicara ditempat diatas, akan disenangi oleh masyarakat dan diberkati dalam tugasan.......... lalu aku bersalaman dengan mereka dan mohon diri

Khamis, 24 April 2014

MENJADI DEEJAY YANG BAGUS

Diberikan peluang untuk menyampai taklimat ketika kursus, ada yang bertanya apakah elemen yang terbaik untuk menjadi Deejay ( penyampai ). Memang benar perkara ini ada diajar dalam kelas komunikasi massa tapi selalunya akan di "skip" kerana yang memberikan penerangan tidak berada dalam bidang penyiaran. Saya bermula dari zaman " Sebaran Am" dimana bukan sahaja diajar mencari berita, tetapi untuk menapis berita menjadi isu,propaganda dan cerita, yang paling penting adalah "etika".. yang bukan sahaja bergantung kaedah penyampaian tapi lebih kepada budi dan berhemah. Zaman sekarang sudah tenggelam semuanya itu, pada hemat saya pihak kementerian perlu memasukkan subjek " Lesterasi Media" iatu belajar mengukur akan kebenaran sesuatu berita dan cerita. Berbalik kepada radio untuk menjadi yang bagus ada beberapa perkara asas tapi sebelum itu perlu diingatkan "DEEJAY YANG POPULAR ITU TIDAK SEMESTINYA BAGUS,TETAPI KEBANYAKKAN DEEJAY YANG BAGUS ITU AKAN POPULAR " Popular itu membawa maksud disenangi oleh pendengar yang terdiri dari berbagai golongan,bermacam ragam dan taraf pendidikan. Elemen penting ialah :-
1.Lagu.
2.Sound Effect.
3.Suara Deejay.

A.Lagu
Kebanyakkan stesen radio swasta telah menetapkan "genre" lagu untuk disiarkan, pemilihan lagu ini penting, kerana memberi kesan kepada stesen radio itu sendiri.Penerbit atau deejay kena memahami situasi dan suasana  ketika bertugas,  jika ini diambil kira dalam permilihan lagu tidak hairanlah ianya dapat diterima, ada yang berkata lagu2 rancak ketika pendengar memandu bagi mengelakkan mengantuk, sebenarnya teori ini tidak benar dalam psikologi, lagu menpengaruhi emosi, jika lagu yang rancak mengiringi pemanduan pendengar, maka akan berlaku ketegangan, tidak dapat bersabar ketika jalan "jem", mudah marah kepada pemandu yang lain, disarankan ketika ini lagu2 yang segar.. kerana irama rancak dan irama segar itu adalah sesuatu berbeza, jika deejay atau penerbit seorang bijak dan tahu situasi, susunan lagu akan dibuat pada asas "sing along" iatu pemandu akan turut menyanyi bersama dengan lagu yang disiarkan, Bagaimana perkara ini dapat dilakukan ?.... Perlukan kajian penempatan itu adalah kaedah yang terbaik, pemandu di lembah Kelang tidak sama permikiran mereka dengan pemandu di kawasan Pantai Timur.Perlu diingat permikiran itu bukan tahap pendidikan.
B.Sound Effect
Kesan bunyi memainkan peranan yang penting dalam elemen penyampaian seorang deejay, tak kiralah deejay pasaraya,rumah orang kahwin,pesta,karvival atau sebaginya, Deejay radio seharusnya memahami apa yang dimaksudkan dengan kesan bunyi, ianya bukanlah bunyi dari lagu atau alatan muzik, kesan bunyi adalah cara terbaik untuk pendengar terus kekal mendengarkan radio dan deejay yang bertugas. Dalam hal ini, saya pernah mendapat tunjuk ajar dari Dato Tahir Ramli, beliau merupakan seorang yang pernah bertugas dengan BBC.Dalam segi penyampaian kena ada faktor "W" iatu "wave" ada turun naik dalam penyampaian tidak terus mendatar dan menpunyai "rima" yang sama sepanjang jam tugasan.Kefahaman tentang faktor W ini bukan sahaja setakat belajar melalui pembacaan ianya perlukan praktikal.. Seorang penjual ubat atau jurujual lelong adalah mereka yang menpunyai faktor "W" yang baik, jika berminat boleh cuba curi2 tengok bagaimana mereka semuanya melakukannya, saya sememangnya berpengalaman dan pernah belajar dari mereka, tidak salah belajar dari orang yang tidak menpunyai pelajaran yang tinggi tapi banyak pengalaman dan luas pengetahuan.
C.Suara Deejay
Suara seorang deejay itu adalah anugerah dari tuhan, ada yang bersuara besar (tone) dan suara sedemekian jugalah yang sesuai, seorang pensyarah saya pernah berkata, jika kita mengendalikan suatu program di khalayak, bila sahaja kita bersuara orang terus memandang dan mencari-cari arah suara, itu maknanya suara kita menpunyai aura yang boleh memikat, suara yang bagus tidak perlulah terjerit-jerit seperti kebanyakkan deejay radio di waktu ini, jika kita menpunyai suara yang bagus,gaya penyampaian dan juga ilmu yang sentiasa digali, nescaya kita akan disukai ramai orang.
Dari Elemen tersebut lagu, sound,effect dan juga suara, gabungan kesemuanya akan menjadikan seorang deejay itu terbaik, kepetahan dalam berkata-kata, menyampai sesuatu dan orang faham dan jelas apa yang disampaikan, sebagai seorang deejay bercakap terlalu panjang dan banyak pun tidak bagus,langsung tidak bercakap pun tidak elok, pengalaman dan pengetahuan sahaja yang menjadikan seorang deejay menjadi baik dan bagus dari masa kesemasa.
Sekian................

Rabu, 23 April 2014

PULAU BIDONG

Pulau Bidong
Suasana Pantai

Senja Di Pulau Bidong

Perjalanan Ke Pulau Bidong


Dari 18 Hingga 21 Hb April yang lalu saya berkesempatan untuk bersama dengan rakan-rakan media yang lain ke Pulau Bidong yang berada dalam daerah Setiu, berhampiran dengan Pulau Redang, Kami menaiki bot kesana dari jeti Merang. Pulau Bidong ialah stesen penyeledikan UMT, Kos untuk menyediakan kemudahan bagi tujuan itu hampir 3 juta, dan satu2 pusat penyelidikan marin kepunyaan Universiti tempatan.
Berada disini bersempena dengan Sambutan hari Bumi yang diadakan saban tahun sejak 13 tahun yang lalu, Penganjur utama ialah Yayasan Coral Malaysia dengan kerjasama UMT, Persatuan Nelayan, Jabatan Perikanan,Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Kementerian Pertanian.
Apa yang menarik minat dan persoalan dan menjadi topik perbualan serta perbincangan..ialah pencemaran yang diakibatkan oleh kegiatan perlancungan dan juga kaedah terbaik menghidarkan pencemaran, meminimakan kerosakan kehidupan laut oleh para nelayan.. Disebalik sana pulau, terdapat sangkar ikan yang antara lain tujuan ialah untuk komersial, dari aspek ekonomi memanglah baik, tetapi pencemaran dari makanan ikan tersebut yang harus difikir. Sememangnya kawasan Pulau Bidong tidak digazetkan sebagai Taman Laut, tetapi jika tidak dikawal dengan cara yang baik, Keindahan yang dipinjam dari anak cucu ini akan musnah, Bertepatan dengan hari bumi pihak YCM telah mencadangkan satu kaedah terbaik untuk mewujudkan " Ladang Terumbu Karang" dan para nelayan dipelawa bersama bagi menjayakannya kerana ianya boleh membantu mempertingkatkan pendapatan para nelayan.
Akhirnya satu persoalan yang timbul..... dan masih lagi difikir.. Pulau tersebut adalah milik kerajaan Terengganu manakala Perairan adalah milik Persekutuan... Jika tercemar siapa harus dipertanggungjawabkan????

Khamis, 17 April 2014

MEMBELA KAUM LELAKI DARI PANDANGAN LELAKI

Dilahir sebagai lelaki, kenalah jadi seorang lelaki, jangan lelaki yang tak berapa nak lelaki, lelaki dalam segi permikiran, perbuatan dan tingkahlaku.. Oleh kerana aku lelaki.. aku jua akui bahawa tidak semua lelaki yang ada akan menjadi lelaki idaman wanita, ramai jua yang membenci lelaki, tetapi bila seorang lelaki menjadi lelaki adalah kerana dia lelaki yang bertindak sebagai lelaki.aku berhak membicarakan sesuatu dari sudut pandang seorang lelaki..
Sering kite dengar tentang sifat dan keburukan seorang lelaki dari seorang wanita ,
bila sebut tentang CURANG ! lelaki . MAIN KAYU TIGA ! lelaki .
PENIPU ! lelaki . MENCABUL MARUAH ! lelaki . PERAMPAS DARA ! lelaki .
TETAPI ,
para lelaki , kurang bercakap tentang wanita . seperti wanita post sana . post sini .
seolah-olah . LELAKI ini terlalu buruk sifatnya !
MACAM laa ,
wanita itu tidak curang , menipu , main kayu tiga , perampas hak orang ,pengoda yang paling handal ! dan sebagainya !
MARAH !
apabila terdengar wanita dicabul maruahnya ! irogol ! ditipu oleh kekasihnya ! WAH ! wanita mula marah ! lelaki ini celaka ! lelaki ini tidak boleh dipecayai !
INGAT !
lelaki ini bukan nabi dan rasul yang kuat imannya . yang tinggi akhlaknya . yang suci sepenuhnya!
LELAKI ini manusia biasa wahai wanita ?
yang mudah tergoda dengan kecantikanmu .
ada lelaki yang baru ingin berubah ,
lalu kecundang kerana godaan kamu wanita !
CERITAKAN !
wanita mana yang dirogol ?
wanita mana yang ditipu ?
wanita mana yang daranya dirampas ?
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-** !!
adakah wanita yang berjubah labuh ?
adakah wanita yang bertudung labuh ?
adakah wanita yang tidak keluar bebas diwaktu gelap ?
adakah wanita yang taat kepada ibu bapa ?
adakah wanita yang kuat sifat malunya ?
jarang didengar wanita ini diperkosakan , wanita ?
JADI !
jangan keluar kenyataan seperti orang yang sempit akalnya .
jangan bercakap seperti kamu tidak kesekolah sebelum ini .
jangan bercakap seperti lelaki itu takut kepada ahklakmu .
KEMUDIAN !
wanita pandai membalas pula ?
lelaki sepatutnya melindungi wanita .
lelaki sepatutnya memelihara wanita .
lelaki sepatutnya berlembut dengan wanita .
WAHAI WANITA ?
sebelum lelaki melindungimu !
adakah kamu melindungi auratmu ?
sebelum lelaki memeliharamu !
adakah kamu memelihara ahklakmu ?
sebelum lelaki berlembut denganmu .
adakah kuat sifat malu kamu wanita ?
INGATLAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ,
SAMA-SAMALAH KITA SALING MEMBETULKAN KESILAPAN KITA .
SAMA-SAMA MENJAGA AHKLAK KITA .
SAMA-SAMA MENASIHATI . pesan NABI MUHMMAD S.A.W.
"SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH YANG TIDAK DIPANDANG, DAN MEMANDANG"

Isnin, 14 April 2014

PERANGAI DAN BUAH-BUAHAN

Rahsia Buah Kegemaran Mengikut Kajian Dr. Barnet

Dalam satu kajian yg telah dilakukan oleh Dr.Barnett,beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi.Menurutnya lagi,kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing2.Kaedah ini juga dikenali sebagai “Science of Fructology”..
Terdapat 7 kategori buah2an yang mempengaruhi kehidupan manusia.. 


1-JENIS LIMAU… Contohnya seperti oren,lemon,limau nipis dan limau bali.
Kamu cenderung kpd warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yg mencabar.Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kpd kamu.Ini krn kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yg unik sehingga rakan2 kamu yakin dgn nasihat dan pandangan kamu itu.
Orang luar sukar utk menilai dan mengenal diri kamu yg sebenarnya.Mungkin mereka boleh mengenali kamu dgn lebih rapat,namun ianya memakan masa yg agak lama.Kadangkala kamu hanya memperuntukan masa yg singkat utk bersendiri.Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika.Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dgn kamu.Kamu tergolong antara individu yg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dgn sebaik mungkin melakukan perkara2 yg menyeronokkan kamu…

2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang,betik,jambu,kiwi dan nenas.
Kamu sukakan pengalaman2 yg baru.Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yg boleh.Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu krn cara hidup kamu yg terlalu aktif.Kamu tidak sukakan sesuatu yg melibatkan kesakitan pada emosi kamu.Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yg tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab dengan kamu.Teman2 beranggapan diri kamu seorg yg mudah di dekati dan gemar berseronok.
Hakikatnya kamu ada pendirian yg tersendiri.Kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada org sekeliling.Simbol kamu itu melambangkan kamu seorg yg suka mengambil berat dan gemar berseronok…

3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal dan pear.
Kata kunci disini ialah kekuatan.Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling kamu.Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah.Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.
Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri.Kamu tidak bergantung harapan kpd individu lain utk hidup.Ramai yg beranggapan kamu adalah seorg yg berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya.Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yg terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yg kamu miliki itu.Kejayaan pasti menyebelahi kamu dlm setiap perkara yg kamu lakukan…

4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Seseorg yg murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yg memerlukan.Bagi diri kamu,wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu org lain.
Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yg ingin di tanam di sekitar tempat tinggal kamu.Kamu memiliki ramai teman rapat,ini krn kamu memiliki keperibadian yg romantic.Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dlm hidup.Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yg berhati2…

5-BUAH-BUAHAN JENIS CERI…
Contohnya seperti blackberi,blueberi,strawberi,raspberi,cranberi,anggur dan tomato.
Kamu gemarkan party dan keseronokkan.Kamu suka menggembirakan org lain.Kamu juga mudah dapat teman baru kerana kamu adalah seorg yg peramah.Kamu akan berusaha melakukan apa sahaja utk menjadikan sesiapa sahaja sbgai teman biarpun dengan cara yg amat pelik.Kamu bercitarasa unik.Hinggakan makanan yg menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan2 yg berperasa lain dari yg lain.
Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun ,keseluruhan personality kamu itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yg unik dan memiliki keistimewaan yg tersendiri.Simbol kamu melambangkan kamu seorg yg berpersonaliti…

6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti walnut,hazel,gajus dan lain-lain.
Kamu ini “moody” lah!!Kadangkala mood kamu berubah2 tanpa sebarang sebab.Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu.Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yg benar,kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu.Orang yg berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu.Dalam percintaan kamu adalah individu yg setia.Kamu sanggup mengenepikan teman2 kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.
Untuk mengenali kamu,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dgn lebih dekat.W/bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorg yg berpendirian...

7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.
Kamu berpandangan jauh.Bagi diri kamu,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala2nya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat.Kamu adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yg kamu miliki.Boleh dikatakan setiap persoalan yg kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2 sekeliling kamu.Teman2 kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti di hargai.Tekanan kerja yg kamu alami akan mendukacitakan kamu,tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dlm menangani cabaran2 mendatang.Kamu cenderung pada warna2 yg pelbagai.Kamu melambangkan diri kamu seorg yg bersopan santun dan memiliki hati yg lembut…

Ahad, 13 April 2014

KATA ADALAH AKAL

Bermain dengan kata-kata dan mainan kata-kata seakan sama je bunyinya tetapi maksud yang tersurat disebaliknya hanya yang menulis dan mengungkapkan sahaja faham atau mengerti apa sebenarnya yang mahu diperkatakan.
Seseorang itu adalah bagus jika mempunyai banyak "prosa kata" dalam penyampaian tetapi dia bukanlah seorang yang bermain dengan kata-kata atau mainan kata-kata, indahnya bahasa melayu ,itulah kesimpulan yang harus diterima dan kita sebagai pengguna bahasa ini mestilah merasa bangga, walaupun dalam keadaan tertentu kita menyebut mengikut dialek/loghat tempatan, tetapi ianya tetap indah.
Cuma kerana zaman berubah, alasan untuk merubah segalanya mengenai kata-kata tidak boleh diterima pakai, bangsa korea atau jepun, maju macamana pun mereka tetap mengagungkan bahasa mereka tiada pengubahsuai dalam ungkapan.. Biasa saya dengar dalam penyampaian sesuatu program tv mahupun radio, dan kekadang kata2 dari si penyampai yakni juruacara,dj ataupun "anchor" program, membuatkan telinga berdesing, alasan mereka itu adalah penanda aras "trend" yang bagi saya sedikit pun tidak menggambarkan akan ketemadunan tetapi lebih kepada kebiadapan dan nilai kesopanan makin berkurang.Maju sangat ke kita ini apabila menggunakan gantinama " KORANG"... kenapa tidak menggunakan perkataan " ANDA... dan banyak lagi yang bunyinya canggih tetapi membingitkan.Lontaran suara penyampai terjerit-jerit, apa yang dilaungkan saya sendiri tak faham.
Suatu ketika saya pernah ditanya oleh seorang guru ketika berdiskusi dalam kelas, kata " Sila utarakan pendapat anda mengenai pertanian di negara kita " maka saya menghuraikan mengenai prospek, kemajuan dan halatuju pertanian di negeri Kedah, Perlis Dan Perak.. Maka cikgu tersebut bertanya ,kenapa pilih tiga negeri tersebut, kenapa tidak diperluaskan skop perbincangan ke negeri-negeri Seperti Pahang, Kelantan, Johor atau sebagainya... Jawapan dari saya " Saya MengUTARAkan pendapat, jika saya pilih negeri Johor contohnya saya akan mengSELATANkan pendapat begitu juga jika PAHANG, KELANTAN dan TERENGGANU saya fokuskan itu bermakna saya telah mengTIMURkan pendapat, cikgu tersebut diam seketika, lalu berkata, itulah adalah MAINAN PADA KATA,  sekian..........

Selasa, 8 April 2014

SUSAH SENANG TETAP MENYUSAHKAN

" Tak mahu menyusahkan orang lain" itulah ungkapan yang biasa didengar atau diluahkan bagi mereka yang mehu berdikari atau melakukan kerja tanpa mengharapkan bantuan orang lain, itu pandangan dari sudut positif yang yang menjadi objektif yang harus dicapai, dengan harapan apa yang dicapai akan menjadi kepuasan secara total
Tetapi tanpa disedari bahawa ungkapan itu ataupun cita-cita itu berbunyi agak "sombong".. mana mungkin dalam kehidupan ini kita tidak menyusahkan orang lain, bermula dari kelahiran kita telah menyusahkan orang lain, betapa ibu terpaksa mengusung kita ke hulu hilir dalam kandungan... " Alaa... itu kan mak kita, bukannya orang lain " jawapan atau alasan yang sering digunakan... Bila membicarakan orang lain selain dari diri kita mereka tetap orang lain walaupun ada pertalian darah sekalipun, cuma lagi dalam konsep tersebut itu terjurus kepada tanggungjawab.
Mana mungkin dalam hidup ini kita tidak akan menyusahkan orang lain cuma kalau boleh kita  harus memenimakan tahap " menyusahkan". Seharusnya kita jangan sombong dengan orang lain kerana tidak bermakna dalam dunia kita hidup berseorangan, terkontang kanting berseorangan, jika tercampak dalam hutan atau satu tempat yang kita tida kenali sudah membuat kita gundah dan gelisah menjalani kehidupan inikan pula tiada orang lain dalam dunia.
Sehingga kita mati sekalipun kita tetap menyusahkan orang lain, meminta orang memandikan,mengkafan,menggali kubur dan solatkan untuk kita." MENYUSAHKAN ORANG LAIN TIDAK SAMA DENGAN ORANG LAIN SUSAH KERANA KITA " dua perkara yang berbeza walaupun seakan sama, jadi pandai-pandailah kita membawa diri kearah mana. "HIDUP BIAR BERAKAL SUPAYA MATI TIDAK BERHANTU" sekian....................

Khamis, 3 April 2014

BAYARAN BUKAN SEKADAR BAYAR.

Tempuhi tahun 2014 dengan perbagai cerita dan peristiwa, misi mencari MH370 masih lagi berterusan dan berbagai petunjuk demi petunjuk ditemui, dan berbagai andaian demi andaian dibuat oleh mereka yang berjiwa penulis dan juga mahu mencerita dari sudut pandang mereka, tanpa menghiraukan fakta dan juga perasaan keluarga dan rakan penumpang dan staff MH370,
Bagi aku, semuanya adalah kehendak takdir dan makna disebalik semuanya itu yang menarik minat aku ,tapi untuk kali ini aku mahu kongsikan cerita mengenai diri sendiri.
Di Kejiranan rumah aku menyewa ada buat kenduri kahwin, seperti biasalah aku pun pergi, untuk meraikan majlis jiran, bukan berat sangat pun, pergi makan je.. bukan seperti kenduri dikampung aku, semua gotong royong, kat sini semuanya katering, jadai datang berlenggang bawa perut jelah..
Entah macamana, bila tiba dimajlis tersebut aku diminta oleh tuan rumah untuk jadi pengacara majlis atau pun dj... kerana menurut tuan rumah, dj yang mereka upah tak dapat datang.. walaupun dalam keadaan serba salah aku turuti jua permintaan tuan rumah, sebenarnya bukan seber salah dengan tuan rumah, tapi yang menjadi kerisauan aku, bila sedang mengacara majlis tetiba dj yang mereka upah tu datang, itu je yang membimbangkan aku. Akhirnya majlis pun selesai dengan kedatangan rombongan pengantin dari pihak lelaki, dan Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar, ramai yang terpinga-pinga melihatkan aku mengacarakan majlis kerana lain dari biasa yang mereka selalu dengar dan perhatikan ( sebenarnya kawasan sini jarang majlis ada ada dj ).. Bila nak balik aku jumpa tuan rumah.. dia menghulurkan sesuatu dalam satu sampul, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, diraut wajahnya terpancar kepuasan.. Sambil berjalan pulang ku belek-belek isi dalam sampul.. Di dalamnya ada lima ratus ringgit dan aku merasakan tak sedap hati dan serba salah menyelinap dipemiranku..
Sebelah petang sebelum aku ke konti, aku singgah dirumah jiran yang buat kenduri, pulangkan semula wang pemberiannya, memang terkejut dia, bila aku memulangkan semula.. aku pun berkata sebagai seorang dj aku amik duit tu tapi sebagai seorang jiran aku tak sepatutnya mengambil... dan aku jelaskan bahawa duit itu mungkin penghargaan atas sumbangan aku, tapi bagi aku sumbangan tidak semestinya dengan duit.. Sebetulnya zaman sekarang setiap perkara memerlukan duit tapi budi tetap budi tiada nilai walau digantikan dengan duit.................. SEKIAN

ENAM JALAN BAHAYA DI KELANTAN.

Enam laluan dikenal pasti sebagai laluan yang kerap berlaku kemalangan  di Kelantan, perkara ini ditegaskan oleh Ketua Polis Kelantan Deputi...