Selasa, 23 September 2014

CARI JODOH CARA LAMA

Lucu pun ada, kadang hilang sabar juga dibuatnya,gara-gara pendengar yang suka sangat buat panggilan nak berkenalan dengan orang itu,orang ini, perbagai gelagat dan usaha yang dilakukan, dalam zaman canggih sekarang ini orang boleh berkenalan dalam berbagai medium yang ada, bukan seperti zaman dahalu, tapi orang dulu kira cam "gentleman" bila berkenan kepada seorang itu usahanya tidak putus hinggakan berjumpa dengan bomoh. apapun bila lihat kembali kaedah orang terdahalu mendapat kenalan tidak terduga oleh kita zaman sekarang,begitu jua orang dulu,tidak terfikir oleh mereka..zaman sekarang ni lebih mudah....

Beginilah mereka yang dahalu, tapi itulah cara yang terbaik waktu itu, cuma dulu mereka berkawan dengan sesungguh, ikhlas,jujur dan luhur itu diletakkan pada aras yang paling tinggi, bukan seperti sekarang umpama duit syiling " depan gambar lain,belakang gambar lain"...

Isnin, 22 September 2014

MUSUH DALAM PEJABAT

Makan sama-sama, berbual,bercerita, seperti tiada apa yang terpendam.lagaknya tiada agenda yang tersembunyi, tapi akhirnya letusan "hati busuk" menguasai dirinya. Begitulah tentang manusia dalam lingkungan kerja.
Kisahnya aku mengikuti mereka melakukan kerja-kerja yang diamanahkan, sebenarnya bukan bidang aku pun. Aku pergi sekadar untuk memenuhi ruang masa dan juga mengetahui dan belajar serba sedikit.Di Penghujungnya dia bagitau kat admin " Jangan benarkan atau luluskan claim aku"... Emmm.. aku pun faham dan sedar ruang litup aku dalam hal ini. Sedangkan aku bersengkang mata melakukan kerja2 yang menjadi rutin aku sendiri pun tak pernah aku nak claim.... Hampas punya manusia jenis ni... " Rencong di luar pepat didalam" Akhir kata Betina tidak akan menjadi perempuan.

Khamis, 18 September 2014

RAHSIA LELAKI MEMPAMERKAN RASA CINTA

Wanita ini kekadang tidak sedar atau terlepas pandang perbuatan suami atau teman lelaki yang mempamerkan rasa cintanya,kerana tidak semua lelaki mampu meluahkan perasaan melalui cara terbuka.Wanita perlu tahu tanda-tanda lelaki mempamerkan rasa cintanya melalui perbuatan yang membawa maksud tersirat :-

1.Tidak pernah mampu memberikan alasan mengapa dia cintakan anda walaupun berulangkali anda bertanya kepadanya.

2.Menerima anda seadanya, pada pandangan matanya,anda adalah wanita yang kelihatan cantik dan sempurna walaupun kadang-kadang anda merasakan berat badan makin meningkat dan muka tidak berseri.

3.Sering bertanya keadaan diri anda menerusi khidmat pesanan ringkas ataupun applikasi pesanan sosial,menerusi cara ini lelaki menyatakan rasanya dengan cara berbeza.

4.Sering mengingati tarikh penting mengenai diri anda atau kenangan bersama yang mungkin anda sendiri telah melupainya, tapi jangan terlalu berharap lelaki mengingati tarikh lahir dan tarikh statik yang selalu menjadi penanda aras bagi wanita.

5.Lelaki yang mencintai anda,akan memberikan barangan miliknya yang mungkin bagi anda barangan itu adalah biasa tapi tidak bagi seorang lelaki.

6.Ketika berbual kekadang lelaki akan terdiam seketika, sehinggakan perbualan tidak lancar seperti yang diharapkan, itu tandanya lelaki tersebut gugup kerana anda telah membuatkan lelaki tersebut berdebar-debar

7.Sentiasa ingin berada dalam perhatian anda, walaupun ianya mungkin merimaskan, walaupun anda membebel ataupun rasa sakit hati dengan sikapnya.

8.Saat dia merindukan anda dia akan membuat "perangai gila" seperti memandu ketempat anda tanpa pengetahuan anda.

9.Jika anda menjauhkan diri darinya dia akan menyedari dan akan menghilangkan diri dari kehidupan anda,walaupun tindakan itu sangat melukakannya.

10.Jika anda pernah memberikan dia harapan dan kesempatan, dia akan sentiasa menunggu anda walaupun tanpa bicara, sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.

* Tulisan kali ini saya garap dari pembacaan dalam majalah mingguan wanita Bil 1580.


TANDA OTAK KANAN LEMAH

Tiba je rasa malas, malas nak fikir, malas nak memotivasikan diri, pemikiran pula sentiasa yang negatif, tiada semangat dalam apa jua perkara.... Sebenarnya itu tanda-tanda otak kanan kita lemah dan ada masanya tidak ada fungsinya.. Tanda-tanda otak kanan kita lemah ialah secara monolog kita berbicara dan bertanya pada diri sendiri..
1.Mana idea ni, tak ada idea aku hari ini.
2.Malasnya aku nak ambil tahu.
3.Aku tak kreatif macam dia tu.
4.Elehhh..macam bagus je...padahal displin dia pun kelaut.
5.Peduli apa aku, biar lantaklah dia lah..
6.Tak ada mood lah...
7.Aku yang tolong dia dulu.
8.Macamana nak buat ni,
Begitulah antaranya yang membawa makna kita tak ada disiplin,tidak prihatin,kurang ikhlas tiada fokus tidak pernah ada inovasi
Jika ini berlaku pada kita, otak kanan kita lemah, otak kanan ini adalah lebih kepada jiwa dan sifat kita yang tentunya boleh diubah dan ditukar jika kita mahu melakukannya.


Selasa, 16 September 2014

BICARA PENJURU PANDANG

Melihat gelagat di sekeliling, cara pengendalian sesuatu hal dengan cara yang berhemah serta bijaksana menjadi intipati kematangan seseorang,sebagai seorang yang agak lama dalam bidang ini, yang banyak melibatkan masyarakat walaupun hanya ruangan yang terhad.Aku tak mahu melatah dengan karenah dengan semangat "budak baru nak naik", sebagai orang yang banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sekilas jelingan sudah ku tahu apa maksud tersirat, apatah lagi dengan tingkah laku, sekiranya aku "di pulau" sekalipun oleh yang "hebat" ini, tidak rasa terjejas pun. Permainan itu telah lama ku ketahui dan sudah tahu apa penghujungnya, Semangat bangga dengan identiti dan entiti diri itu bagus, tapi jika terlalu sangat, ianya akan jadi takbur dan riak dan akhirnya tidak akan kemana.

Isnin, 15 September 2014

Kenali Personaliti Melalui Kumpulan Darah

Kenali Personaliti Melalui Kumpulan Darah
Anda seorang yang disenangi ramai? Anda pendiam dan suka menyendiri? Anda peramah dan suka bercakap? Anda seorang yang sensitif dan peka terhadap perasaan orang lain? Ramai yang percaya bahawa kumpulan darah kita boleh menggambarkan sifat seseorang itu. Artikel ini akan cuba menerangkan profil personaliti berdasarkan empat kumpulan darah: A, B, AB, dan O. Cuba bandingkan personaliti anda dengan profil di bawah, dan lihat sejauh manakah kebenarannya!

Kumpulan darah A
Mereka yang memiliki darah kumpulan A lazimnya merupakan individu yang tegas. Mereka lebih bersifat konservatif, bertanggungjawab dan sering menepati masa. Merekalah idola di kalangan rakan-rakan. Kerja rumah dan tugasan sentiasa siap pada waktunya. Paling berjimat-cermat dengan wang – sanggup tawar-menawar sehabisnya ketika membeli-belah. Setiap sen adalah saat dihargai. Tetapi sikap berhemah inilah yang menjadikan mereka lebih berjaya dan paling kukuh kewangannya berbanding mereka daripada kumpulan darah yang lain. Ramai pemilik darah kumpulan A kini berjaya sebagai ahli perniagaan, pakar ekonomi dan saintis.
Mereka mudah mesra dengan individu daripada kumpulan darah yang sama. Mereka juga lebih selesa bergaul dengan individu daripada kumpulan darah AB dan O. Mungkin kerana sifat mereka yang lebih konservatif dan berhati-hati, maka mereka lebih tertarik kepada sifat rasional dan sistematik yang dimiliki individu daripada kumpulan AB. Mereka juga lebih menghargai sifat kepimpinan yang ada pada individu kumpulan O, terutamanya yang dapat membimbing hidup mereka supaya lebih teratur dan sempurna.

Kumpulan darah B
Mereka yang memiliki darah kumpulan B lazimnya lebih ceria dan suka bergembira ,merekalah yang paling senang teruja, impulsif dan sering bertindak di luar jangkaan. Mereka gemar melakukan sesuatu secara mengejut dan tiba-tiba. Mereka mungkin sanggup memandu selama 3 jam untuk mencuba gerai nasi lemak enak yang dibaca di dalam akhbar pagi ini. Mereka juga mungkin terus sahaja menempah tiket ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu hanya kerana beberapa rakan baru bercakap mengenainya. Mereka menceriakan suasana kerana mereka menghargai kehidupan dan akan berbuat apa sahaja untuk menikmatinya. Mereka juga lebih kreatif dan dengan mempunyai bakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah jika ramai yang telah berjaya sebagai artis, ahli muzik dan pelakon komedi. Mereka daripada kumpulan B selalunya berkawan baik dengan individu daripada kumpulan darah yang sama dan juga rakan-rakan daripada kumpulan AB. Sifat mereka yang bersemangat dan impulsif adalah sesuai dengan sifat kumpulan AB yang lebih tenang dan rasional. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua kumpulan ini lebih berpotensi untuk kekal dalam jangka panjang.

 Kumpulan darah AB
 Mereka yang memiliki darah kumpulan AB adalah pemikir yang hebat ,mereka lebih tenang, rasional dan teratur. Mereka menghargai banyak pendapat sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka mudah mengenali dan memahami orang lain. Mereka selalu dipuji atau sebaliknya apabila kelihatan terlalu tenang dan bersahaja meskipun krisis melanda. Mereka terkenal dengan kecenderungan untuk memberikan penjelasan panjang lebar mengenai sesuatu isu, lagaknya seperti seorang profesor. Selain mampu bersikap analitikal, individu berdarah AB juga seorang yang teratur. Contohnya, rak buku di rumah juga mungkin tersusun rapi dan mengikut aturan abjad yang betul! Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai individu daripada kumpulan darah ini yang berjaya sebagai penganalisis, diplomat dan akauntan.
Mereka daripada kumpulan AB mudah mesra dengan semua orang daripada setiap kumpulan darah. Sikap mereka yang rasional dan kemampuan untuk memahami orang lain memudahkan mereka mengelakkan diri daripada percanggahan pendapat yang mungkin menyebabkan pertengkaran. Kawalan emosi yang baik juga bermakna mereka jarang terjejas akibat sebarang perbalahan.

Kumpulan darah O
Mereka yang memiliki darah kumpulan O lahir sebagai seorang pemimpin ,mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah. Anda mungkin keberatan untuk memandu selama 3 jam semata-mata mencari gerai nasi lemak yang enak di luar bandar. Tetapi rakan anda yang berdarah O dengan mudah boleh memujuk dan menukar fikiran anda. Mereka memiliki karisma dan keyakinan yang cukup tinggi untuk membuatkan anda bersetuju dengan cadangan atau pendapat mereka. Malah, merekalah yang pertama mengangkat tangan apabila guru bertanya di dalam kelas. Mereka jugalah yang mula-mula memberikan pendapat di dalam mesyuarat di pejabat. Keyakinan yang tinggi serta keberanian yang menyerlah menjadikan ramai yang kini berjaya sebagai peguam, pengacara televisyen dan penceramah motivasi.
Mereka yang berdarah O lebih berkemungkinan untuk berkawan rapat dengan individu daripada kumpulan AB kerana sifat mereka yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat rasional dan tenang yang dimiliki oleh mereka yang berdarah AB membantu mereka membuat analisis dan menyelesaikan masalah. Mereka daripada kumpulan O pula boleh menunjukkan cara-cara menyerlahkan karisma dan membentuk keyakinan dalam pergaulan.Namun begitu, mereka di dalam kumpulan O lazimnya tidak begitu mesra antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing bercita-cita tinggi dan mungkin sahaja saling bersaing, sama ada di pejabat mahupun di rumah. Oleh yang demikian, individu berdarah O harus lebih berhati-hati dan belajar bertolak-ansur.
Kita semua berbeza, tetapi sebenarnya sama .Bagaimana? Tepatkah keterangan personaliti anda? Sebenarnya, tiada asas saintifik untuk mengenal pasti profil personaliti berdasarkan kumpulan darah. Itu hanyalah mitos dan stereotaip. Namun yang pasti, kita mungkin berbeza kumpulan darah, atau kumpulan sosial ,tetapi kita semua bersatu melalui darah yang sama merah.



SENARAI HARGA PROTON IRIZ


Khamis, 11 September 2014

SENDIRI............ SENDIRI LAGI



KITARAN KEJAYAAN SESEORANG

Pada...Usia 4 Thn,kejayaan anda ialah tidak kencing dalam seluar
Usia 8 thn, kejayaan anda mengenali jalan pulang ke rumah
Usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan)
Usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali...
yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut sunnah Rasulullah SAW...
Beramal soleh...

Rabu, 10 September 2014

CARTA ROCK DI RADIO MANIS.FM

SENARAI LAGU DALAM CARTA ROCK 10.09.2014 JAM 10.MALAM..DI RADIO MANIS.FM
Dengarkan di www.manis.fm Bagi Negeri Kelantan 90.60.. Terengganu 102.0 dan Pahang 95.1.

Lagu Yang Tersenarai

Selasa, 9 September 2014

PAKSI LAGU DI NEGARA JIRAN.

Senarai lagu lama... jarang dapat dengar lagu2 ni di corong-corong radio, kerana kebanyakkan penerbit atau dj2 di radio yang popular di Malaysia ni berpaksikan lagu-lagu Indonesia, penyanyi baru pun banyak mengambil atau meniru gaya pencipta dari sana, bukan sekarang tapi sejak dari dulu, cuma antara tahun Pertengahan tahun 80an hingga penghujung 90an, lagu banyak dihasilkan oleh pengkarya tempatan, antaranya Manan Ngah, M.Nasir ( Walaupun asal Singapura ) Ahmad Nawab,Akhbar Nawab, Saari Amri dan juga mereka yang berkecimpung dalam era "Rock Kapak"... selepas itu barulah ada Ajai, Pak Ngah dan beberapa orang lagi...Bukan tak ada bakat tapi, gitulah.... BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Ahad, 7 September 2014

GAYA TIDUR DAN SIFAT WANITA

Mana satu gaya anda...
1. GAYA BAYI
Ramai wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih kuat,lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.

6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Apa yang ditulis ini tidak semestinya betul,tapi kemungkinan tepat itu ada, Masalahnya kita tak tahu kita tidur gaya mana, sebabnya kita kan tidur.. hehhehehhee

Khamis, 4 September 2014

BUDAYA BODEK


BUDAYA bodek atau pengampu berlaku tanpa mengira sempadan masa atau tempat. Ia akan terus berakar umbi dan membiak, selagi ada faedah yang boleh diperoleh walaupun bertentangan dengan nilai adat dan agama.
Walaupun pada hakikatnya, ramai yang membenci budaya bodek itu kerana akan meninggal kesan negatif, sama ada kepada pembodek, orang yang kena bodek dan juga mangsanya.
Tetapi manusia secara lumrahnya, tidak akan pernah puas dengan apa yang diperoleh dan lebih cenderung kepada sikap tamak.
Bagi menangani budaya tersebut,KEJUJURAN adalah kuncinya segalanya. Sama ada dalam institusi keluarga atau organisasi,  pembodek dan mereka yang kena bodek adalah kelompok manusia yang mempunyai masalah akhlak.
 "Sekiranya anda bukan pembodek, maka janganlah cuba-cuba membodek. Jika anda sebagai bos yang telah termakan bodek, maka perbaikilah kesilapan."

Selasa, 2 September 2014

CARA MENIPU KAD KREDIT DAN DEBIT

Contoh...  
SILA BERRHATI-HATI KEPADA SEMUA!!
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan2 , just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.
lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:
Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad.(3 DIGIT NO BELAKANG KAD JGN SESEKALI BG PADA SESIAPA) en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!
Sila share kepada rakan-rakan anda.