Ahad, 31 Mei 2015

Turun Padang

Sesekali ada masa turun mengendalikan majlis perkahwinan memang menyeronok dan boleh berjumpa dengan orang ramai dan beramah mesra.
Sebagai seorang dj radio.perlu sebenarnya turun atau berada dlm majlis sebegini bagi meningkat keupayaan sebagai penyampai...dengan cara ini keupayaan akan teserlah.

Khamis, 28 Mei 2015

Jari dan tapak tangan

Jarang antara kita yang memanjakan diri  sendiri lantaran kesibukan yang kita ciptakan sendiri.Manja yang saya maksudkan bukan bermanja atau manjakan diri dengan orang lain tetapi menjaga kesihatan tubuh dengan cara tradisional warisan terdahulu..bukan susah pun kalau tahu teknik dan kaedah yang sesuai..ramai antara kita lebih mengutamakan wajah atau bahagian muka tetapi meminggirkan yang lain...lihat gambar dan cuba amalkan..tak perlu lama lama cukup sekadar dalam 10 minit dan 3 atau 4 kali seminggu.

Rabu, 27 Mei 2015

Menu orang kampung

Sesekali menikmati makanan ala kampung memang menyelerakan..Tetapi sekarang sukar nak cari kedai yang menjual masakan ala-ala kampung.

Ahad, 10 Mei 2015

DJ SENDIRI TAK FAHAM

Makin tak faham aku dengan sistem yang ada sekarang ini... oh ye lama betul tak update blog..sebabnya kesibukan yang tak sibuk mana hehehe... Kalau nak cakap ke orang nanti..jika salah faham..lain maksudnya..biarlah ku tulis disini sebagai luahan yang terbuka..sebagai penyampai radio aku jadi keliru dengan pengurusan yang ada sekarang ini..makin cerca merba dibuatnya..eeemmm.. buat masa sekarang ini hanya mood kerja sebab tak de kerja lain... itu je..  kalau ada kerja lain lama dah chauww dengan cara begini.. Bermula dengan segala segmen yang aku terbitkan dihancuskan kerana mengikut cakap yang syok kendiri..emmm aku pun di cop syok sendiri..
Dulu aku menerbitkan Carta Rock..Belaian Jiwa dan bermacam jenis segmen "gila" kerana ingin cuba bersaing untuk mendapatkan rating dengan kebolehan yang ada pada diriku..kerana bagiku rating tu penting untuk siaran radio dan program yang rapat dengan pendengar.. Tak kira status apa jua kelayakan dan pendidikan seseorang itu..bila dengar radio adalah nak enjoy dengan muzik dan cara penyampai...atau perkataaan lain nak release. dan setiap program mestilah cuba menarik orang untuk mendengar...bukan makin jauh...mana ada orang nak dengar cerita pembangunan..cerita suratkhabar..cerita orang berniaga itu yang aku tak faham... itu bukan nak naik rating......

KISAH AKU ANAK PENEROKA ( SIRI 5 )

AKU DAN SEPUPU SERTA MAKCIK,PAKCIK. Aku dan sepupuku dibesarkan di sebuah ceruk kampong yang jauh dengan orang ramai, kemudian apabila ...