Sayangi kerana
Rabu, 22 Julai 2015
Khamis, 16 Julai 2015
HARI MELEMANG
Biasa hari terakhir di bulan ramadhan adalah hari yang paling sibuk di kawasan kampungku.. dari pagi sudah bemula proses membuat lemang... keseronokan makin bertambah jika dilakukan secara "Berderau" atau gotong royong.. mencari buluh..merendam beras pulut..mesin kelapa..meramas santan.. semua dilakukan gotong royong antara jiran sekeliling..walaupun masing2 menyediakan lemang tp tetap bertukar tukar lemang bila semuanya sudah masak.. yg membezakan adalah pencicahnya..ada rendam ayam..daging atau kaedah masakan lain..
Selasa, 14 Julai 2015
REHAT SEKETIKA JIKA MENNGANTUK
Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA.
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.
Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.
Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.
Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.
Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.
APA ITU POWER NAP?
Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).
Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.
Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.
INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.
Ahad, 12 Julai 2015
AKOK KEDUT
Pertama kali makan kuih akok semasa berada di Kota Bharu memang sedap..sebelum pada itu memang pernah merasai tapi tidak sesedap yang asal dari Kelantan.
Dari segi rupanya memang tak menyelerakan sebab cam kecut je..tapi bila makan..memang sedap..manis dan lemak sekata..lembut dan paling best rasanya.. sejak itu aku mula memilih tempat yang sedap kerana tidak semuanya memenuhi citarasa.kalau kat kawasan Selising kena berbaris tak pun tempah dari awal... itulah istimewanya kuih akok..
Jumaat, 10 Julai 2015
GURAU SENDA YANG MELAMPAU
Sekadar gurauan tahap poyo...
Seorang doktor Britain berkata: "Perubatan di Britain sangat maju kami pindahkan buah zakar seorang lelaki pada lelaki lain. Dalam masa 6 minggu lelaki itu boleh berjalan dan mencari kerja".
Doktor Jerman pula berkata:
"Itu takda apa2. Di Jerman kami ambil sebahagian otak seorang lelaki dan pindahkan pada lelaki lain. Dalam masa 4 minggu lelaki itu boleh berpikir dan mencari kerja".
Doktor Rusia pula berkata:
"Tuan2, kami ambil sebelah hati seseorang dan letak di dalam dada orang lain dan dalam masa 2 minggu dia boleh melintas jalan dengan berhati-hati dan pergi mencari kerja".
Doktor Korea pula berkata:
"Doktor2 semua itu teramat lah biasa, kami ambil keseluruhan akal seseorang dan pindah kepada orang lain dan dalam masa 1 hari dia boleh biarkan isterinya bershopping dan dia tidak bekerja".
Lalu Doktor Malaysia ketawa:
Kamu semua di belakang kami!
4 tahun yang lalu kami ambil seseorang yang tiada sebahagian otak, tiada sebelah hati, tiada buah zakar juga tiada keseluruhan akalnya and jadikan perdana menteri negara!
Kini seluruh negara mencari kerja!!!!
Selasa, 7 Julai 2015
KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH
Rabu, 1 Julai 2015
PILIH TELUR BUAT BAHULU
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...