Ahad, 29 Mei 2016

SUDAH SERIK


Banyak soalan yang ditanya, semakin banyak soalan bermakna semakin ramai ingin mengetahui, tapi buat masa ini aku lebih senang dengan cara sebegini walaupun hakikat hati ini memberontak, mahu melontarkan idea dan menyusun sesuatu , TAPI APA DAYAKU Hanya mampu melontar dalam "patukan keyboard"
Baru-baru ini memang ada ORANG BESAR bertanya, tapi akau memberikan jawapan sebagai orang kecil yang kerdil dalam perjuangan. Serik sudah rasanya bila aku dicop melakukan "PROVOKASI" kerana lantang dan lancang mengatakan " BAGUS KE CAM NI" dan akhirnya segala yang ku lakukan kerana minat telah hancuzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...Lihat je orang menari kerana orang menari tidak tahu yang tarian mereka SUMBANG.

Isnin, 23 Mei 2016

GROUP WHATAPPS

Anda yang mana satu dalam grup WhatsApp ini?

*1)WARTAWAN SAMBILAN* :
Tiap kali ada pengumuman tak kira pasal bola, cuaca, ceramah, moyang raja mati, artis bercerai dan apa saja, dialah orang pertama yang akan menyampaikan segala mak nenek jenis informasi. Betul atau tidak, dia peduli apa...

*2) BOS KEDAI RUNCIT* :
Tak habis-habis bagi arahan, komen dan tugasan walaupun hari cuti.

*3) KAUNSELOR* :
Yang ini sentiasa bagi kata kata pujangga,nasihat, perangsang dan semangat untuk ahli group.  Kata katanya indah penuh motivasi, walaupun semuanya takat copy paste saja...

*4) KUTU MALAM* :
Cuma aktif sebelah malam terutama bila tiba hari Khamis dok kecoh pasal malam Jumaat. Bila siang, dia tak bunyi langsung...

*5) HANTU KUBUR* :
Jenis ini hanya berbunyi bila namanya diseru atau terpaksa jawab soalan. Kalau tak, memang dia menyepi tak reti nak munculkan diri...

*6) KACANG NGAN YIN* :
Yang ni kalau muncul cuma pandai guna simbol ������ ja...

*7) BISU* :
Wujud sebagai ahli group tapi tak pernah berbunyi pun...

*8) PELAWAT KAUNTER PERTANYAAN* :
Masuk group untuk tanya soalan je, lepas tu hilang.  Masuk balik jika ada soalan lagi, lepas tu hilang semula...

*9) KEYBOARD GABAN* :
Hanya pandai cakap dalam group tapi kat luar menikus, macam hang cangkul daa...

*10) KAKI SENTAP* :
Yang ni pulak sikit-sikit terasa, lepas tu terus left group. Tak lama lepas tu, sibuk minta admin tolong masukkan dia dalam group semula...

*11) KAKI SEMBANG TAK CUKUP* :
Bila dok sembang dalam WhatsApp, ceritanya selalu tergantung tak bagi habis, lepas tu dia diam...

*12) BULUH MIANG* :
Bila ada je ahli perempuan baru masuk group, mula lah dia munculkan diri. Tak pun tiba tiba ada topik fasal gadis cantik, pun dia akan muncul..

*13) KAKI SKODENG* :
Tak habis habis dok keluar simbol �� �� �� ��

*14) KAKI BAHAN* :
Suka edit gambar orang, lepas tu pos masuk group sebagai bahan untuk membahan orang lain..

*15) KAKI LUDAH* :
Tak habis habjs suka puiii puiii ��������

*16) KAKI LOKASI* :
Asyik beri lokasi di mana dia ada. Masuk tandas pun kalau boleh nak bagi lokasi juga...

*17) KERANI* :
Nampak status typing je... tapi tak keluar keluar pun apa yang ditaipnya..

*18) WARTAWAN JALAN JALAN CARI MAKAN* :
Asal masuk je pos gambar makanan.

*19) LIDAH PANJANG* :
Yang ni kalau masuk takat hantar simbol �������� je...

*20) KING KOPI PASTA* :
Yang ni kerjanya asyik copy paste. Apa yang orang lain hantar. dia copy dan pos masuk group.

*21) USTAZ USTAZAH* :
Jenis ni pulak asyik pos hadis-hadis, ayat-ayat suci, ceramah agama.  Pokoknya pos dia semua yang kalah alim ulama.

*22) KING/QUEEN SELFIE* :
Ni pulak suka ambil gambar sendiri, lepas tu pos masuk group sampai naik menyampah orang dok tengok muka dia je...

Sabtu, 21 Mei 2016

PENGORBANAN SEDARAH (CERPEN)

ADIK KU SAYANG

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua

kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat

pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan

kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar d
an tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
semoga bermanfaat perkongsian ini.
Pengorbanan sekecil mana pun,pasti diingati..dikenang..janganlah berharap balasan semahal mana...kerana yg sikit itu sebenarnya ..itulah yg bernilai besar..
Ingatlah akan sillaturahim sesama manusia, apatah lagi sesama adik beradik..

Ahad, 15 Mei 2016

GURU PENYULUH JALAN


SETIAP TIBANYA 16HB MEI ADALAH SAMBUTAN HARI GURU, SEBELUM INI SAYA SERTAKAN CATITAN MENGENAI PENGALAMAN BELAJAR DENGAN GURU, TAPI UNTUK KALI INI BIARLAH SAYA MASUKKAN ENTRI "LUAHAN SEORANG GURU" DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA

Kepada anak anak didikku.
Tak perlulah bersusah payah meminta ibu dan ayah membeli hadiah buat cikgu
Kelak menjadi buah mulut konon cikgu
kebulur dengan hadiah hari guru.
Meskipun tak pernah keluar dari mulut
cikgu meminta kamu membawa ufti
Sempena hari guru untuk dirai.
Cikgu takut kamu rasa iri hati sesama sendiri
Melihat hadiah diberi oleh rakan2 lain.
Mengundang tekanan emosi
Lalu kamu lari sembunyi
malu dan kecil hati.
Lantas cikgu juga yang dicaci
Lebih lebih lagi bagi yang sedia membenci
Biarlah kami sambut sendiri
Beli hadiah sesama kami
Sedekah yuran untuk sambutan negeri
Untuk santapan VVIP
Jamu dan berdoa memohon berkat
Agar Allah kurniakan sabar dlm berkhidmat
Kepada rakan rakan guru sekelian
Terapkan sabar kukuhkan ukhwah
Dunia semakin banyak cabaran
Jika dulu
Rotanlah anak saya cikgu
Kini
Kamu cubit dia saya saman kamu
Semua itu sedang berlaku
Yang penting kita bersatu
Menuju matlamat suci
Mendidik dan membimbing
Manusia menjadi insan kamil
Hanya Allah sahaja yang tahu
Kita lebih banyak memberi
Demi anak didik yang kita sayangi
Walaupun bukan darah daging sendiri.

Selamat hari guru buat semua guru

*KREDIT UNTUK CIKGU NORZITA

Selasa, 10 Mei 2016

TOPI KALEDAR

Sari tu ambo bereti maye subuh sura kapung... tepi jale. Sura kayu papan lamo. Ambo soh hok blake skali nge tige orang lain. Ambo duk kane dkali. Mase tok ime rukuk, denga bunyi muto hondakak sapa... pahtu dengo org jale loghat gadoh...pah duk tepi ambo.. akak takbir pah rukuk ikut ime. Pahtu ikut ime sujud.. mase tu ambo dengar  *'kLEKUK'* bunyi mace bendo tratuk kuat sbeloh ambo.. "Ya Allah!", kato makmun hok baru sapa takdi. pah dia bangun wat gapo dok thu...bunyi akak takbir smula.. maye ikut ime sapa sudoh. Dia sambung rakaat hok tingga. Pah maye ambo tanye dia bunyi gapo tratuk kuat takdi? Dia senyum pah oyak ko ambo dia dok ingat buke *helmet*..

bguling ambo suko.. ��������

Isnin, 9 Mei 2016

PERMATA HATI SUAMI

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...
(Bacalah seketika)

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang,

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:
”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

Tuhan
Wanita yg membaca ini
wanita pilihanMu
wanita yg cantik, 
kuat & sabar...

Sayangilah dia serta kasihanilah dia.
Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya,
Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia.
P: TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....
■ Saya bekerja 24 jam sehari..
■ Sayalah ibu...
■ Sayalah isteri...
■ Sayalah anak perempuan..
■ Sayalah menantu...
■ Sayalah jam loceng..
■ Sayalah tukang masak...
■ Sayalah pembantu rumah...
■ Sayalah guru...
■ Sayalah pelayan..
■ Sayalah nenek...
■ Sayalah jururawat..
■ Sayalah jurukamera..
■ Sayalah pengawal keselamatan..
■ Sayalah kaunselor..
■ Sayalah selimut...
��saya x ada percutian
��saya x ada cuti sakit
��saya x ada cuti harian
��saya bekerja siang malam
��saya sentiasa 'on call'

Dedikasi untuk semua wanita.
Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam.Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
#copypaste
#respect
#aminnasaruddin

Sabtu, 7 Mei 2016

RESEPI NASI SARDIN

Hari ni saya mencuba sesuatu yang baru iatu masak nasi sardin.. Mengenangkan kembali zaman kepayahan hidup sebagai anak peneroka, setiap awal bulan peneroka dibenarkan mengambil secara kredit di PNF atau disebut kantin dikalangan warga peneroka, kadar kredit bergantung kepada pengeluaran sawit di ladang kerana waktu itu masih menggunakan sistem blok sebelum bertukar kepada sistem individu. Disetiap awal bulan memang sardinlah yang berada dlm senarai barang yang diambil di kantin, kerana murah.
Setelah ditolak payslip oleh pengawai adakala baki gaji bulanan kurang dari seratus ringgit.Dengan wang sebanyak itu jugalah untuk digunakan belanja harian dan belanja anak sekolah.. mana cukup.. mahu tak mahu peneroka terpaksa ambil barang di kantin dan dijual kepada peruncit.. biasanya gula dan tepung di "tonjol" istilah popular.
Baiklah.. saya tak mahu bercerita lebih panjang tentang kesukaran peneroka felda untuk entri kali ni.. saya nak cerita perihal nasi sardin..
CÀRA-CARANYA..
Masak nasi seperti biasa, kemudian bila dah mendidih dan air mulai kering, isi sardin dlm nasi tersebut dan gaulkan. isi garam secukup rasa..biarkan nasi tersebut masak.. dah siap NASI SARDIN.

Rabu, 4 Mei 2016

PROPOSAL/KERTAS KERJA DI TOLAK

Memang terbakar jiwa seandainya proposal yang kita sediakan ditolak atau kena " reject" tetapi itulah sering berlaku dalam dunia pekerjaan, ada masa ianya ditolak mentah-mentah tanpa alasan yang munasabah dan ada ketikanya ditolak beralasan...
Sebagai pekerja tak perlu sentap jiwa dengan hal tersebut, cuba perbaiki dan mengkaji dengan rasa lapang jiwa kenapa proposal yg kita buat tidak diterima :-
1. Tidak menepati kehendak..
2. Cara penyampaian tidak tepat.
3. Luar jangka dari kebiasaan.

Jika kita seorang yang kreatif dan berfikiran secara kritis. penolakan tersebut adalah cabaran yang harus didepangi.. idea kreatif bukan ada had dan tidak semua orang pandai menilai.
Jadi jangan terbawa kemarahan seandai proposal tidak diterima.. mana tau suatu hari nanti ianya akan diterima dalam situasi yang lebih baik...Ayuh!!!! ubah cara permikiran..
#aminnasaruddintee

Ahad, 1 Mei 2016

TAHUN RESAH

1Hb Mei datang lagi, bermakna sudah memasuki bulan kelima dalam kalendar masehi tahun ini.Jika dikira pencapaian prestasi kerja bagi tahun ini,bagi aku,ianya seakan merundum terutama dari aspek motivasi ,namun sebagai pekerja arahan dari pihak majikan harus dipatuhi selaras dengan keperluan syarikat.Minat untuk bekerja secara telus dari hati sedikit pudar kerana hal- hal yang berkaitan dengan karenah yang bagi aku menyempitkan rasa, namun untuk terus mendapatkan upah dalam setiap pekerjaan, minat harus ditempiaskan..SELAMAT HARI PEKERJA UNTUK SEMUA.

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...