Selasa, 14 Mac 2017

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI

Cuba semak berapa perkara dibawah ini yang anda alami?.
1. Nyeri pada kaki (semut-semut)

Gejala umum akibat tinggi kolesterol ialah rasa nyeri pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut.Rasa nyeri ini juga boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.
2. Kejang (cramp) di malam hari
Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang yang kolesterol tinggi mungkin merasakan kejang di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasasakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan.Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.
3. Kuku berubah
Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat selepas dipotong.
4. Kulit ikut berubah
Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki.Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.
5. Kaki menjadi sejuk
Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski bukan sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.
6. Proses pemulihan luka yang lambat
Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lambat sembuhnya.Gangguan edaran darah menjadi penyebab luka lambat pulih, atau kalau pun cepat tapi tidak sembuh sepenuhnya.
7. Mati rasa (Kebas)
Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami kebas atau mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut ada kaitan dengan penyakit gout. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata rasa kebas tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.
8. Cirit Birit
Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan.Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.
9. Lesu dikuti migrain
Meskipun ini bukanlah gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari puncanya iaitu terganggunya proses metabolisme lemak, maka tentu juga akan memberi kesan pada sistem pencernaan.Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul dalam saluran pencernaan menyebabkan rasa kenyang. Ini punca utama kenapa orang kurus juga tidak ketinggalan mengalami keadaan tinggi kolesterol.
Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan kemudiannya akan dikuti migrain kerana sebenarnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.
10.Menggangu Otak,Gangguan Emosi dan Penurunan kemampuan memori.
Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%.Oleh sebab itu, kegagalan proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu.
Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.
11. Perut kembung
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut di ruangan usus yang menghala keluar dari perut (sekitar duodenum). Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.
12. Berat badan berlebihan.
Lemak akan terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan itu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi menjadi obesiti.
13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)
Berlebihnya kolesterol akan menyukarkan peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi.Kesukaran tersebut akan memberi isyarat kepada jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal.Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan ada kalanya merasa berdebar-debar seperti orang panik.
14. Lipoma
Keadaan dimana terjadi pengumpulan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma.Ketulan ini biasanya muncul di sekitar belakang badan, leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk yang kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.
*Artikel ini berpandukan kepada laman sesawang turunkan kolestrol.com

OH! IKAN OH! KERAJAAN.

Terkadang terfikir juga, apa guna adanya kerajaan jika tidak dapat membantu “Rakyat Bawahan” yang tersempit,terdesak dan terpaksa mengharungi pelbagai desakan. Jika harga barangan keperluan yang tinggi itu mendapat impak kepada pengusaha iatu penternak atau nelayan, ada juga faedahnya tapi siapa yang makin kaya dan berkuasa???..
----------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan menetapkan harga siling bagi "ikan rakyat" termasuk kembung yang kini mula meningkat di pasaran. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata hanya pada waktu tertentu kerajaan akan mengawal pengeluaran ikan rakyat seperti larangan eksport dalam tempoh tiga bulan sepanjang musim perayaan. Beliau berkata, kenaikan harga ikan rakyat terutama kembung pada ketika ini didorong oleh faktor pendaratan ikan yang kurang berikutan masih dalam tempoh musim tengkujuh

"Mungkin tahun lalu ada kelainan (cuaca), tahun ini juga ada kelainan sebab keadaan cuaca tengkujuh yang agak berbeza sedikit (menyebabkan) kurangnya ikan didaratkan, maka menyebabkan harganya tinggi. "Sekarang ini kita tidak berhasrat untuk menetapkan harga siling bagi kembung, siakap serta ikan rakyat yang lain," katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, Shabery menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar-BN) berhubung isu kenaikan harga ikan sejak kebelakangan ini dan sampai bila ia akan berterusan. 

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, kenaikan harga mendadak itu tidak berpanjangan, dijangka selesai sebaik musim tengkujuh tamat. Bagaimanapun, beliau menjelaskan kementerian dan agensi berkaitan sudah mengambil langkah kawalan, dengan menyediakan stok penimbal ikan rakyat untuk dipasarkan ketika musim tengkujuh. Katanya, stok penimbal yang diusahakan pengusaha ikan mampu menampung permintaan pada musim tertentu, selain berdaya mengawal kenaikan harga mendadak.

Isnin, 13 Mac 2017

SHHH!!!! DIAMLAH.

Sana-sini…desas desus..sok sek sok sek… semua berkata,semua berbicara,semua mula bercerita, cerita dari sudut pandangan masing-masing, berkata dalam skop pengetahuan dan ada juga yang bercerita sekadar hanya sembang-sembang yang tak tahu hujung pangkal.



Ye… jika kita turun kebawah atau rapat dengan khalayak akan dapat mendengar semuanya, dapat tahu apa yang dimahukan dan apa yang tidak diperlukan.. pssssttt!!!!!! Ada cerita ni… patutnya buat cam gini..sepatut bukan itu caranya.. patutnya..sepatutnya dan berbagai lagi monolog andaian pandangan yang hanya berkisar di kawasan warung, atau di lobi hotel…. Nak berbunyi riuh, risau juga nanti dikatakan agen propaganda… Jadi yang membaca ni pun tak tahu apa ke HAL yang ingin dinyatakan, SEKADAR luahan yang yang tidak terungkap..

LALUAN ECRL KERETA API PANTAI TIMUR.

Berita gembira diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan apabila menambah laluan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 16 Kilometer, Wakaf Baru Ke Pengkalan Kubor, Tumpat,ECRL ini dijangkan siapa menjelang 2022, apabila siap kelak, perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kelantan akan mengambil masa 4 jam, berbanding 12 jam sekarang.
Laluan ECRL
ECRL ini akan menghubungkan 23 buah stesen yang melalui Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan serta bermula di terminal pengangkutan bersepadu Gombak,Selangor.

Ahad, 12 Mac 2017

RAMALANKU... PIALA FA 2017

Undian peringkat suku akhir Piala FA 2017 terlahpun berlangsung , pertembungan dua musuh tradisi Pahang melayani kunjungan JDT pada peringkat pertama di Kuantan.Pada saingan pusingan pertama Liga Super 2017 menyaksikan JDT membenamkan cabaran Pahang di Larkin 3-2.

Saingan Piala FA adalah situasi yang agak berbeza, Pahang pada musim ni dibawah kendalian Dollah Salleh merupakan pasukan yang menpunyai jentera serangan yang ampuh dikuatkan lagi dengan kehadiran penonton yang bakal memenuhi setiap ruang di Stadium Darul Makmur.Pastinya Sengit untuk JDT yang merupakan juara edisi 2016. Jangkaan saya,Pahang Layak 

Kedah merupakan pasukan pilihan untuk layak kepusingan seterusnya,dalam undian suku akhir Kedah akan bertemu dengan PKNP yang dibimbing oleh Abu Bakar Fazim, diatas kertas sememang Kedah dijangka mudah meratah pasukan dari Perak ini tapi sesuatu yang harus diingat, PKNP menewaskan The Red Warrior sebelum membenam cabaran Kuantan FA di pusingan ke-3.Layak ke pusingan suku akhir akan menaikkan lagi. Jangkaan saya Kedah Layak 

JADUAL UNDIAN PIALA FA 2017

Pertembungan dua pasukan dari liga perdana, bakal menyaksikan salah satu pasukan dari liga perdana akan layak ke separuh akhir,saingan dari liga perdana tidak boleh dianggap “enteng” oleh pasukan yang berada di liga Super. Negeri Sembilan bertemu Pasukan Negeri Bawah Bayu, Sabah.Jika dinilai dari prestasi semasa Negeri Sembilan menpunyai kelebihan untuk bertemu antara Pahang atau JDT di saingan separuh akhir nanti.Sabah pula sedang bergelut untuk mencari rentak  terbaik pada pengamatan saya Sabah masih lagi  yo-yo.Pada Musim ini Negeri Sembilan berada di puncak prestasi dengan mengungguli carta liga perdana 2017,walaupun bergelut di pusingan ke-3 sebelum menewaskan Pulau Pinang. Jangkaan Saya Negeri Layak ke separuh akhir

Satu lagi slot Separuh akhir yang akan ditentang oleh pasukan kedah atau PKNP ialah pemenang antara Terengganu dan Sarawak. Walaupun Irfan Bakti diberi dana yang cukup untuk saingan tahun ini,tetapi mutu permainan skuad peteh masih lagi belum mencapai apa yang dikehendaki, memerlukan minit terakhir pada tambahan masa untuk mengesahkan Terengganu layak bertemu pasukan setempat T-Team. Kalangan peminat tempatan mengatakan ianya seperti satu skrip yang telah diolah.Sarawak antara pasukan dari Liga Super yang layak ke peringkat suku akhir, Piala FA merupakan jalan keluar  pasukan "Ngap Sayot" mengubati kekecewaan peminat di atas prestasi kurang stabil pasukan ini.Jika diteliti dari semangat juang, Sarawak mampu menumbangkan sesiapa sahaja terutama jika bermain di Kuching.Saya memilih pasukan Sarawak layak ke Separuh Akhir.


Pusingan pertama peringkat separuh akan dilangsung pada 30 Mac 2017 dan 1 April 2017 manakala pusingan ke-2  akan berlangsung  21 dan 22 April 2017.

Isnin, 6 Mac 2017

KENAPA ANAK KUCING DIBUNUH

Pasti dikalangan kita pernah melihat KUCING MAKAN ANAKNYA, andai tidak pernah melihat pasti pernah terdengar ceritanya.Persoalannya KENAPA kucing makan anaknya sendiri?. Sewaktu zaman kanak-kanak, saya pernah dua tiga kali melihat. Apakah Punca Haiwan ini makan anaknya, setiap sesuatu kejadian itu ada RAHSIA disebalik Kucing kampung biasanya yang akan makan anaknya atas sebab-sebab tertentu. INI PUNCANYA :-
Gambar Hiasan.
1.ANAK KUCING YANG LAHIR ITU SAKIT.
Induk kucing yang melahirkan anaknya menpunyai naluri bahawa anaknya sakit,perkara pertama yang dilakukan oleh ibu kucing terhadap anaknya yang baru lahir ialah memandikan dengan cara MENJILAT keseluruhan tubuha anaknya,Dalam masa 14 hari si ibu dapat mengesan tahap kesihatan anaknya.Ibu akan membunuh anaknya supaya tidak memudaratkan kepada yang lain.

2.ANAK KUCING CACAT.
Ibu mana yang mahu melihat anaknya menderita untuk meneruskan kelangsungan hidup,jika terpaksa bersaig, seperti sedia maklum, kucing kampung memerlukan kekuatan dalam memburu biarpun hanya seekor tikus.

3.IBU KUCING TERANCAM.
Ada sesetengah ibu kucing yang baru kali pertama melahirkan anak akan mengalami kesakitan yang melampau, trauma dan tidak mahu anaknya hidup, jika manusia ianya seperti "MEROYAN".

4.GANGGUAN DARI KUCING LAIN.
Ada masanya anak kucing tersebut disentuh oleh kucing lain atau manusia, membuatkan ibu tidak dapat mengenali bau anaknya sendiri,Sudah menjadi lumrah dalam dunia haiwan, pesaing akan diBUNUH.

Dalam senarai diatas, ada satu mitos yang tidak dapat saya rungkaikan menjadi fakta, mengapa anak kucing dibunuh. ANAK TERSEBUT akan menjadi pesaing jika dewasa nanti.Sewaktu zaman kanak-kanak saya telah diberikan seekor kucing yang comel oleh jiran, bila sampai ke rumah ibu mengatakan kepada saya supaya menjaga anak kucing itu elok-elok kerana bapa kucing tersebut akan datang membunuh,Dua hari selepas itu, memang anak kucing saya telah mati dibunuh, saya tanyakan kepada ibu, kenapa?.



CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di ...