Ahad, 29 Julai 2012

TOK JANGGUT V

Oleh Kerana Cerita Tok Janggut ada menyentuh hal-ehwan kesultanan dan keturunan tertentu jadi untuk tidak membinggungkan keadaan dari segi kajian dan cerita mulut jadi lebih baik aku cuba mencoretkan beberapa fakta yang aku kutip sepanjang perjalananku mendalami sejarah dan warisan negeri-negeri Pantai Timur, Pahang Terengganu dan Kelantan. Menjejak waris pahlawan yang terbilang supaya cerita tidak hilang dari pengetahuan anak bangsaku yang semakin lama semakin alpa dan seronok dengan usaha Mandeliar moden.
Perjanjian Inggeris –Siam 1909 dikenali sebagai perjanjian Anglo siam atau perjanjian Bangkok.Perjanjian ini dimenterai di Istana Raja Siam, tujuannya supaya kerajaan siam di Bangkok dapat menyelesaikan masalah di negeri-negeri Semenanjung Melayu, Negeri di bawah pentadbiran siam ialah Perlis,Kedah Kelantan,Terengganu,Pattani,Yala dan Narathiwat.Kesan dari Perjanjian ini British telah Berjaya mengukuhkan pengaruh mereka keatas negeri-negeri Melayu dan Wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat menjadi hak mutlak siam ( Thailand).
Berita Tentang Kelantan telah diambil oleh British secara mutlak telah sampai ke pengetahuan Tok Janggut yang sewaktu itu sedang menuntut Ilmu dengan Tok Ko Paloh Di Terengganu,Kembalinya Tok Janggut ke Negeri Serambi Mekah telah membangkitkan kembali semangat prang Kelantan untuk bangkit menentang penjajahan Inggeris.
Usaha Pertama Inggeris ialah memaksa Long senik menerima penasihat Inggeris, atas nasihat Tok Janggut Long Senik menolak penerimaan penasihat Inggeris. Ini menjadikan British marah mahu melucutkan jawatan Long Senik. Ini menjadikan beliau tersepit antara kuasa dan maruah.British menjanjikan Long Senik akan menjadi sultan yang sah sekiranya menerima Residen ( Penasihat ) Inggeris.Akhirnya Long Senik diiktiraf sebagai sebagai Sultan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad ke IV pada 1910 dan menempatkan J.S Mason sebagai penasihat.Seluruh rakyat Kelantan merasa kecewa dengan tindakan baginda terutamanya Tok Janggut yang tiada kuasa untuk menghalang.
PERANG MENENTANG PENJAJAH KIAN MELUAP……..