Khamis, 19 Oktober 2017

DOA UNTUK KUAT ZAKAR


Rajin pulak merayap ke blog dan laman sosial, disamping youtube....hahahahaha dapat faedahlah..inilah hasilnya untuk perkongsian.. yang dah ada suami tapi tak berapa nak power bolehlah suruh si suami tu baca,, tapi nak tegur dan ajar tu kenalah berhemah sebabnya orang lelaki ni kalau bab ni " EGO" dia tinggi.

Doa Penguat Zakar  
Doa ini dibaca jika lemah Zakar.
Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu ketika hendak jimak (bersetubuh) niscaya jadi kuat bersetubuh InsyaAllah. Tapi jika dah kuat, usah dibaca nanti tak tahan pula isteri, lari malam pula.
Inilah Doanya.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.
Bismillah hirohman Niroh him.
Allah huma innaa Na'uzubika tam mah, warruhi, wad dami, walahmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

Selamat berjimak. Utk isteri yg sah saja. Dilarang utk digunakan kpd swasta.
ilmu harus dikongsi,
bukan utk disimpan

FORMAT RADIO

Bila dah bergelar penyampai ( DJ ) di stesen radio seorang itu kena faham dan tahu mengenai halatuju stesen tempat bekerja. Aku ditanya oleh seorang rakan yang berminat untuk membuka stesen radio ( internet ) jadi, disini aku ceritakan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa ini,mungkin boleh dijadikan panduan oleh adik-adik yang sedang belajar.
Apa jua siaran radio ianya harus ada format, format juga dalam istilah radio disebut “programming format”.Ianya menjadi acuan gaya siaran dan membentuk personaliti para penyiar.Pemahaman mengenai format stesen radio merupakan teras yang wajib difahami oleh penyiar dan mereka yang bekerja dibawah stesen tersebut.

APA MAKSUD FORMAT RADIO?.

Adalah bentuk keseluruhan isi siaran di sebuah stesen radio  sebagai contoh Radio Muzik,Radio Berita,Radio Sukan,Radio Wawancara ( Talk Show ).
Format radio juga dijadikan panduan untuk menentukan halatuju dalam jenis muzik atau lagu yang disiarkan,gaya penyampaian penyiar (dj) ,isi kandungan segmen.
Format Radio biasa terbentuk dari Visi dan Misi stesen radio berkenaan.Sebelum menyediakan format yang sesuai, perlu ada kajian lapangan pendengar.Kajian ini boleh dibuat perbagai cara,antaranya budaya kehidupan sesuatu tempat.Sikap dan tahap permikiran.Ada juga stesen yang mengambil jangkamasa yang agak lama dengan menggunakan kaedah “ Try and error”

Jika semua sudah dilakukan bolehlah tentukan format yang sesuai, tetapi kebanyakan stesen akan “mencedok” dan terbentuklah beberapa format radio seperti
Format Berita,Format Bualbicara,format klasik,Format urban muzik,Format rock,Format contemporary,Format Komuniti,FormatWilayah,Format Radio Kerajaan.

Fungsi format radio ialah memenuhi dan mendapatkan sasaran pendengar secara tepat dan banyak,memberikan saingan kepada stesen radio lain.Format radio ini boleh diubah mengikut jam selagi tidak lari dari visi dan misi.Perubahan format juga akan memberikan perubahan pada susunan lagu dan gaya penyampaian (dj) dan ianya begitu popular.Format radio juga membolehkan sebuah stesen radio itu memonitor stesen radio yang menjadi pesaing.

Secara kasarnya gaya persembahan stesen radio adalah menjurus kepada:-

1.Siaran Artistik (seni/hiburan) — program musik/lagu, drama radio, kuiz, drama, humor, dan infotainment.

2.Siaran Jurnalistik (infomasi) — program berita (news program), seperti berita terkini, rangkuman berita atau pakej berita (biasanya pagi), feature radio, majalah udara, komentar, dan talk show.

3.Variety show, yakni kombinasi dari berbagai format, berisikan tips, wawancara, kuis, permintaan lagu, info semasa, gosip, dialog interaktif, dan lain-lain.

Manakala gaya penyampaian siaran pula terbahagi kepada dua :-

1.PT Style – Personal Touch/Personality -format siaran yang menampilkan dj yang berpengalaman dan menpunyai pengikut setia,merekayang mampu membuatkan pendengar terhibur dengan celoteh dan mutu suara yang baik, memberikan komen-komen yang membina,pengisian dengan bualbicara yang ilmiah  ,. Biasanya radio dewasa/keluarga.

2.DJ Style – Disk Jockey –format siaran yang yang menyiarkan lagu-lagu,kurang interaski dengan pendengar lebih kepada permintaan lagu-lagu terkini, sesuai untuk golongan yang muda.

Pandangan pribadi  untuk stesen radio penduduk pantai timur sesuai dengan format “regional” dan susunan lagu lebih kepada nostalgia dengan gaya siaran kepada Personal Touch
Sebenarnya resepi sudah ada,cuma, bagaimana untuk memasaknya yang penting.

Sekian, apa yang ditulis ini hanyalah skop pengalaman dan pengetahuan yang serba sedikit.

 --Amieytee--

CARI REZEKI

Wahhh!!!! Dah bersawang rupanya blog aku ni..almaklumlah tak da masa nak update…elehhh cam sibuk sangatlah pulak... sebenarnya bukan apa, tugas dah berubah jadi jaranglah dapat mengadap pc..Anyway terimakasih yang masih lagi sudi membaca coretan aku ni.
Bila keluar sana sini..bercakap di khalayak.. ramai juga yang menyapa dan bertanya..
”you ni dj amie kan???” 
“Camana kenal” balasku…
 “ Alaaaa suara dah familiar”
 terkedu jugak aku..anyway ok juga walaupun dah hampir 2 tahun tak berkonti sepenuh masa..  yang paling win “ kita orang selalu ternantikan suara you kat radio..nanti kalau kemana-mana radio bagitaulah ye” Ahhhh sudah!!!..  tak terniat nak cari kerja lain..faktor umur membatasi..tapi kadang2 kata-kata sedemikian memotivasikan… Cuma sekarang ini kebanyakan stesen radio tidak mementing aspek suara mancho atau jantan.. yang penting ramai follower kat Instagram atau facebook..bolehlah jadikan modal untuk naikan nilai “resume”. Mana ada yang nak terima orang yang tak popular.. hahaha.. tapi akhirnya.. “REZEKI ITU MILIK ALLAH”.. selagi ada usaha mungkin adalah bahagian kita. Betul tak???..

Baiklah..jumpa lagi dalam coretan seterusnya yang lebih berilmu.. pengkongsian pengalaman.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...