Khamis, 27 Mac 2014

STRESS TAK MENGGODA

 Adakalanya bila berbual dengan rakan-rakan, selalu sahaja yang keluar dari mulut dan juga keluhan ialah  "Stress Aku".. Tidak kepada orang lain, saya pun kadang2 demekian, semasa minum petang bersama dengan rakan sekerja, tiada apa yang diceritakan ialah mengenai rasa "sakit hati", dan dia seolah-olah tertekan dan tekanan itu adalah Stress

 Stress merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.
Menurut Dr. Anisah Omar dari Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ketika membentangkan kertas kerja mengenai stress dalam Program Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur baru – baru ini kita tidak dapat lari dari masalah tekanan, tetapi kita perlu tahu cara mengawalnya agar tidak menjejaskan kehidupan.

TANDA – TANDA STRESS
Tanda – tanda stress boleh dibahagikan kepada empat iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan sosial.

TANDA FIZIKAL
1. Sakit kepala.
2. Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh.
3. Berdebar – debar, sakit dada, sesak nafas seolah – olah sakit jantung.
4. Cirit – birit, kerap buang air dan mudah mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetis.
5. Penyakit kulit dan kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naik emosi. Penyakit barah misalnya, lebih cenderung mengalami stress. Kajian juga menunjukkan sesiapa yang mengalami stress yang tinggi, mati dalam usia yang muda.

TANDA PSIKOLOGIKAL
Tension, tidak tenang, risau, resah, murung, sedih, cepat marah (moody) dan cepat bosan.

TANDA SOSIAL
1. Hubungan antara suami, isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas.
2. Penyalahgunaan dadah.
3. Menghisap rokok secara berlebihan.
4. Kemalangan.
5. Selalu ponteng kerja.
6. Produktiviti merosot.

PUNCA – PUNCA STRESS

Keadaan Fizikal
1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.
2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.

Psikologikal
Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :
1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.
2. Memulakan alam rumahtangga.
3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.
4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :
1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.
2. Beban kerja terlampau banyak.
3. Bekerja dalam tempoh yang panjang.
4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.
5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.
6. Konflik peranan.
7. Kekaburan tugas.
8. Sikap ketua di tempat kerja.

Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:

Personaliti A
Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita – cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal – hal lain adalah tidak penting.
Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan.

Personaliti B
Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu – buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,

Personaliti Bimbang
Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil.

Personaliti Tidak Asertif
Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.

CARA MENGENDALIKAN STRESS

1. Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua
2. Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress.
3. Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.
4. Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.
5. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.
6. Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.
7. Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.
8. Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.
9. Mengimbangi aktiviti.
10. Ubahsuai prinsip hidup.
11. Menerima stress sebahagian dari hidup.

MEMANFAATKAN MASA ANDA DENGAN SEBAIK – BAIKNYA

Anda perlu mengawal kehidupan anda kalau andamahu mengurus masa dengan berkesan. Kehidupan yang teratur menjadikan anda mempunyai masa untuk segala urusan, untuk merancang, bertindak dan membuat tindakan susulan. Masa tidak digunakan untuk menyesal, atau untuk cuba melalui kehidupan yang lalu, atau untuk menjelaskan sebab mengapa sesuatu yang diperlukan tidak dilakukan.

Pengurusan masa ialah bidang yang pesat menjadi lebih penting dalam kehidupan peribadi individu dan dalam struktur korporat, terutama berhubung dengan pengurus daripada pentadbir atasan kepada penyelia peringkat pertama. Pengurusan masa yang baik mendatangkan faedah dari segi penjimatan kos projek dan penggunaan sumber yang paling berharga dalam organisasi, iaitu manusia. Menurut Peter F. Drucker, “ Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus.”

Terdapat begitu banyak aspek “ sistem ” yang juga dilaksanakan bagi memperbaiki mutu penggunaan masa. Contoh sistem itu ialah: jenis meja yang anda gunakan, cara mewujudkan sistem fail yang baik, cara mengadakan sistem yang baik untuk mendapat kembali maklumat, dan menyelia begitu banyak peranti lain yang menjimatkan masa dan kerja. Walau bagaimanapun, sisem tersebut mesti diadakan mengikut tujuan dan jenis organisasi serte individu yang menggunakannya.

Tetapi jauh lebih penting daripada sebarang alat atau sistem ialah kesedaran tentang pentingnya pengurusaan masa yang baik dan matlamat serta objektif yang dapat dicapai oleh individu serta organisasi.

Penyelidikan yang dijalankan oleh penulis tentang tajuk pengurusan masa menghasilkan kesimpulan bahawa terdapat lima faktor utama yang mustahak bagi memperbaiki pengurusan masa.

Penggunaan masa mengikut kebiasaan

Sesungguhnya manusia sangat terikat dengan kebiasaan. Cara kita menghabiskan masa banyak mengikut kebiasaan. Kebanyakan orang tidak benar – benar berfikir secara sedar tentang cara mereka menghabiskan masa. Tentang penggunaan masa mengikut kebiasaan, pakar pengurusan masa Merill E. Douglass menyatakan :

Cara anda menghabiskan masa menentukan cara anda menjalani kehidupan – dan itulah diri anda sebenarnya. Hari esok berkaitan dengan hari ini sama seperti hari ini berkaitan dengan semalam.

Douglass mencabar pembacanya supaya memikirkan cara mereka menghabiskan masa mereka sekarang. “ Belajar mengawal masa anda bermakna mengubah sesetengah kebiasaan penggunaan masa anda. Tetapi anda tidak dapat mengubah kebiasaan penggunaan masa sebelum anda terlebih dahulu mengetahui kebiasaan itu ”. Douglass mencadangkan anda menyimpan rekod tentang cara anda menghabiskan masa selama seminggu dua, atau lebih jika perlu. Catat apa saja yang anda buat semasa anda melakukannya supaya anda tidak terlupa sesuatu pun. Pada setiap hujung minggu, ringkaskan apa yang anda buat dan periksa peratusan masa yang dihabiskan bagi setiap aktiviti. Kemudian periksa sebanyak mana masa itu yang benar – benar digunakan untuk aktiviti yang berorientasikan matlamat dan diberi keutamaan serta banyak mana pula aktiviti yang tanpa tujuan, berulang – ulang dan berkeutamaan rendah.
Ketika menulis sebuah lagi rencana tentang pengurusan masa, En. Rotenbury menggunakan model Norris/Gottfried untuk menunjukkan analisis tentang penggunaan masa yang harus diamalkan oleh pengurus dalam hari biasa :

Masa Hasil – 50 peratus daripada hari biasa. Dalam masa ini pengurus berfungsi dalam batas kepakaran teknikalnya sendiri. Masa ini merangkumi : keputusan yang mendatangkan faedah segera, masa penugasan, penyelesaian masalah,surat – menyurat dan membuat keputusan.

Masa Pelaburan – 25 peratusdaripada hari biasa. Menentukan program jangka panjang, merancang dan menghasilkan penyelesaian alternatif merupakan contoh masa pelaburan.

Masa Organisasi – 15 peratus daripada hari biasa. Masa ini untuk tugas pentadbiran : laporan, persidangan dan mesyuarat eksekutif.

Masa Terbuang – 10 peratus daripada hari biasa. Masa ini termasuk aktiviti tidak produktif, masalah tidak dirancang dan yang seumpamanya.

Nilai yang didapati daripada amalan merekod, menganalisis dan mengemaskinikan sistem untuk mengesan penggunaan masa amat perlu ditekankan.menurut Merill Douglass, hampir semua orang membuang masa sekurang – kurangnya dua jam setiap hari. Dengan menganalisis cara anda menggunakan masa, anda akan mempunyai lebih banyak masa budi bicara, iaitu satu – satunya masa yang sebenarnya anda kawal. Senaraikan perkara yang mesti dilakukan.perkara yang masih ada dalam senarai hari ini haruslah dipindahkan ke dalam esok kecuali sudah terlewat atau tidak begitu penting sehingga boleh digugurkan daripada senarai baru. Jangan simpan senarai sampai berhari – hari; senarai untuk ditulis semula, dibatalkan dan dikoyak. Pendek kata, buat senarai baru setiap hari dan cuba kelompokkan tugas yang serupa.

Penetapan matlamat
Sesudah membuat analisis tentang bagaiman kita kini menghabiskan masa, haruslah nyata kepada kita bagaimana kehidupan kita diimbangkan dalam kaitannya dengan pelbagai aspek kehidupan kita. Aspek tersebut termasuk kerjaya, keluarga, pembangunan sosial dan diri, dan matlamat rohaniah. Mengenai matlamat, Merill Douglass menyatakan :

Kebanyakankita tidak begitu memikirkan matlamat. Kita cuma bergerak balas atau berinteraksi terhadap tekanan daripada oarang atau benda lain. Jika anda mahu mengawal masa dan kehidupan anda sendiri, anda mestilah memutuskan matlamat anda. Orang lain tidak dapat melakukannya untuk anda. Oleh sebab kita cenderung menemui apa yang kita cari, maka kita perlu mengejar matlamat peribadi yang betul.

Rancang masa anda dengan menetapkan matlamat, iaitu matlamat tentang perkara yang ingin anda buat, yang dibahagikan kepada objektif jangka panjang dan jangka pendek. Tentukan masa yang anda cadang diuntukkan bagi setiap matlamat yang anda tetapkan. Ini melibatkan rancangan tindakan untuk sehari – hari di samping untuk matalamat sepanjang hayat.

Dalam hari anda, tekankan dua tiga perkara utama yang ingin anda laksanakan dan bukan membuat keropas – kerapis daripada segala kerja. Matlamat anda haruslah khusus, iaitu dipecahbahagikan kepada objektif yang konkrit, di samping boleh dicapai dengan munasabah.

Sebaik sahaj matlamat anda ditetapkan, anda perlu menentukan keutamaan. Nilai matlamat anda mengikut pentingnya. Selepas anda menyusun matlamat serta objektif anda mengikut sistem keutamaan, anda mesti tumpukan usaha pada matlamat serta objektif yang paling penting bagi anda.

Matlamat harus menjadi bahagian penting daripada kehidupan anda. Di samping menjadi alat untuk mengurus masa dengan lebih baik, matlamat boleh mendatangkan kesan kedua dengan mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita seharian. Dengan menetapkan matlamat dalam ruang kehidupan perniagaan dan kehidupan peribadi, kita boleh mendapat gambran yang lebih baik tentang diri kita dan tempat yang kita tujui.

Keutamaan
Proses mnetapkan keutamaan melibatkan perancangan. Tentang perancangan, Profesor Hibbard dan Profesor Landrum berkata :

Sekalipun perancangan memakan masa pada peringkat awal, perancangan mengimbangi masa itu secara berlebihan dengan mendatangkan hasil yang lebih baik dan dengan menjimatkan masa dalam pelaksanaan sebenar aktiviti. Jadi luangkan masa untuk merancang. Jangan terlibat dalam pengurusan krisis. Supaya anda dapat merancang dan menentukan keutamaan dengan betul, manfaatkan awal atau akhir hari untuk menetapkan matlamat harian dan menyusunnya mengikut mana yang lebih penting.

Para penulis berpendapat bahawa keutamaan harus ditetapkan setiap hari. Tulis semua perkara yang anda rancang lakukan pada esok hari dan kemudiannya nilaikannya mengikut mana yang lebih penting: “A”, “B” atau “C”. Pupuk kebiasaan merancang setiap hari. Tulis matlamat dan rancangan anda dalam senarai harian dan ikut senarai itu. Ini merupakan cara yang sangat cepat untuk mengawal masa anda dengan lebih baik. Sebenarnya, anda menganalisis cara anda menggunakan masa sebelum bertindak – sewaktu anda masih dapat mengubahnya. Perancangan matlamat kecil tiap – tiap hari amat mustahak bagi mengurus masa dengan baik. Keutamaan mesti ditetapkan supaya perancangan matlamat harian menjadi lebih berkesan.

Dengan menjadualakan masa anda secara berkesan melalui penetapan keutamaan, anda belajar mengelak daripada membuat komitmen berlebihan. Mempelajari waktunya dan caranya untuk menjawab “tidak”kerana komitmen yang berlebihn mengurangkan keberkesanan diri anda. Ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian pada matlamat penting selalunya kerana anda memberikan masa yang sedikit untuk segala urusan, bukan kerana menumpukan masa yang banyak pada beberapa perkara sahaja. Menetapkan keutamaan memaksa anda menugaskan tanggungjawab kepada orang lain kerana anda mesti menggunakan waktu perdana anda dengan sebaik – baiknya.

Lebih banyak yang dapat anda lakukan dalam masa yang ada melalui penjadualan yang berkesan. Langkah pertama adalah untuk meluangkan sedikit masa setiap hari untuk berfikir, merenung dan merancang. Ini seharusnya masa yang tenang untuk menyusun fikiran anda. Perkara ini amat penting. “Masa tenang” memastikan kesempatan untuk berfikir dan merancang. Masa tenang bukanlah idea yang baru sama sekali. Dari semasa ke semasa pengurus yang berkesan menutup pintu dan meminta setiausaha mereka atau operator telefon menjawab panggilan supaya mereka mendapat masa untuk menumpukan fikiran tanpa gangguan. Kita semua mempunyai waktu perdana, iaitu sejam dua setiap hari apabila kita dapat berfikir secara kreatif dan bekerja dengan kecekapan puncak (maksimum). Bagi sesetengah orang, masa perdananya pada awal pagi, manakal bagi yang lain, pada lewat malam. Masa inilah yang digunakan untuk menyediakan ucapan, menulis kertas kerja, atau menyiapkan yang ketinggalan dengan segera. Pengurus yang paling berkesan dapat mengatur masa budi bicara mereka supaya bertepatan dengan masa puncak. Orang yang tidak suka bangun pagi tetapi bekerja dengan lebih baik pada waktu malam boleh “menandatangani buku keluar”. Orang lain pula boleh bermula awal bagi mengelakkan gangguan. Pendek kata, anda harus menggunakan waktu perdana ntuk tugas penting, berfikir dan merancang.

Dengan menganalisis penggunaan masa, dengan menetapkan matlamat dan keutamaan, kehidupan anda mejadi teratur; anda mengatasi halangan besar kepada usaha mengurus pejabat, perniagaan atau rumahtangga dengan cekap. Dengan kehidupan yang lebih teratur di pejabat atau di rumah, anda mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang kerja penting yang perlu diurus dahulu. Begitu banyak masa yang terbuang setiap hari desebabkan kecelaruan yang ketara di kebanyakan pejabat perkara ini jelas sekali tergambar pada keadaan meja seseorang.

Meja seharusnya merupakan alat bagi orang yang memerlukannya untuk menjalankan kerja. Mja bukan kabinet bai menyimpan sebarang barang lama yang terkumpul. Mja anda haruslah berfungsi, bukan sekadar sedap dipandang. Laci meja harus digunakan sebagai tempat simpanan sementara bagi benda yang sentiasa diperlukan untuk menjalankan kerja. Sekiranyaanda tidak memerlukan laci, jangan gunakan meja yang berlaci kerana ini boleh menjadi tempat barang – barang berselerak.

Fail juga harus disusun bagi membolahkan maklumat diperolehi kembali dengan cepat, bukan menjadi penghalang. Fail perlu dilabel dengan baik dan diatur mengikut susunan yang mudah bagi memastikan bahan berfail dapat dicari dalam beberapa saat sahaja. Fail harus disusun mengikut kategori aktif, tidak aktif dan buangan. Hanya fail aktif perlu disimpan berdekatan dengan meja anda. Buang fail buangan dan alihkan fail tidak aktif ke ruang yang lebih endah kosnya. Sebaik sahaja ini dilakukan, teruskan amalan mengemas – kinikan fail.

Mengatur keadaan meja dan kaedah mengendalikan bahan bertulis merupakan contoh keutamaan asa dalam mana – mana jenis operasi. Proses penetapan keutamaan memastikan keperluan asas bagi mengurus pejabat atau perniagaan tidak diketepikan atau dipandang rendah

Komunikasi

Dalam satu kajian, 74 peratus daripada pengurus yang diambil sebagai sampel daripada syarikat di Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun mangatakan bahawa satu – satunya rintangan terbesar kepada kecemerlangan korporat ialah kegagalan komunikasi. Pernah dikatakan bahawa komunikasi pada organisasi sama seperti darah pada badan – tanpanya kedua – duanya akan mati.

Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kejelasan, kefahaan, komitmen dan kreativiti. Supaya kejelasan dan kefahaman diperoleh, saluran komunikasi yang menega mestilah dibuka. Orang bawahan berhak ntuk mengetahui sesuatu yang dikehendaki oleh penyelia daripada mereka. Mereka mesti diberi maklumat yang berkaitan dengan segera, dengan ringkas lagi padat dan secara lansung. Bukan sahaja komunikasi ke atas daripada orang bawahan kepada penyelia mesti juga diadakan. Komunikasi ini boleh digalakkan oleh penyelia kalau dia bersungguh – sungguh meminta maklum balas; dengan meminta, mengakui dan menghargai idea yang dikemukakan; dengan bersikap fleksibel dalam megambil kira perbaikan yang dicadangkan orang bawahan. Langkah ini akan menghasilkan komitmen dan kreativiti pada pihak orang bawahan; dan pengurusan masa tidak mungkin menjadi masalah sekiranya ada orang yang komited lagi kreatif.
Pelengahan

Pelengahan merupakan halangan besar bagi hampir semua orang yang ingin memperbaiki penggunaan masanya. Terdapat tiga sebab yang membawa kepada pelengahan : (1) kerja yang tidak menyenagkan, (2) projek yang sukar dan (3) tidak dapat membuat keputusan.

Bagi kebanyakan orang, kerja yang tidak menyenangkan menjadi satu sebab terbesar mereka berlengah – lengah. Kita cenderung menangguhkan kerja kerana membuatnya tidak menyenangkan. Dengn kata lain, kita tidak mendapat sebarang kepuasan dengan melakukan kegiatan berkenaan. Menangguhkan kerja yang tidak menyenangkan, tetapi akhirnya perlu dibuat, hanya menjadikannya lagi tidak menyenangkan. Satu penyelesaian terletak pada cara kegiatan harian dijadualkan. Kerja yang anda dapati paling tidak menyenangkan dan kerap anda tunda hendaklah dijadualkan dahulu. Dengan cara itu anda, dapar membereskannya dengan cepat, lalu anda bebas untuk menumpukan perhatian pada kerja yang selebihnya pada hari itu.

Cara lain untuk menangani kerja yang tidak menyenagkan : menganalisis kerja untuk memahami apa yang menjadikannya tidak menyenangkan; menggarap kerja yang tidak menyenangkan sedikit demi sedikit, dengan melakukannya selama lima atau sepuluh minit pada satu – satu, beklajar cara untuk mengenali beberapa aktiviti kritikal yang perlu anda buat dan menumpukan perhatian untuk melakukannya dahulu. Haris Rotenbury mengesorkan : “ Tetapkan batas waktu bagi setiap matlamat. Inilah cara yang sebaik – baiknya untuk mempercepat perlaksanaan kerja.”

Punca kedua perlengahan, iaitu kerja yang sukar, memerlukan pendekatan memecah – mecahkan kerja kepada unit yang kecil dan menumpuka perhatian pada sebahagian demi sebahagian. Ini dapat dilakukan samada dengan memecahkan unit mengikut kandungan atau mengikut masa yang dperuntukkan bagi setiap subunit. Melalui kaedah ini kerja yang rumit menjadi beberapa kerja yang lebih muda. Dengan itu, kita mendapat perspektif yang lebih baik tentang titik permulaan kerja. Sebaik sahaja kerja dimulakan, bahagian yang kecil – kecil tadi dapat diselitkan dengan lebih mudah. Selalunya kita mengelakkan kerja yang sukar semata – mata kerana kita tidak tahu diaman hendak bermula.

Punca ketiga perlengahan ialah kita tidak dapat membuat keputusan. Semua orang mahu membuat keputusan yang betul bagi mengelakkan natijah yang tidak memuaskan. Langkah yang paling baik adalah dengan mengumpulkan segala maklumat yang ada, membuat keputesan berkenaan dan kemudian beralih kepda perkara lain. Lebih – lebih lagi jangan asyik berasa risau dan berbuat kecoh atau mengolah semula masalah. Jika ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan anda, anda boleh menanganinya apbila masalah itu timbul.

Sarjana dalam bidang pengurusan masa mengesyorkan dua cara untuk mengelakkan perlengahan. Pertama, jelaskan objektif anda, pastikan apa yang sebenarnya ingin kita lakukan. Syor yang kedua, pupuk kebiasaan merancang etiap hari. Tulis butir – butir perkara yang hendak anda siapkan setiap hari, kemudian kerjakannya bermula dengan yang paling penting dahulu. Akhirnya seperti mana – mana masalah, perlengahan dapat diatasi melalui tindakan positif.

CERMIN GELAP OTAK HITAM

CERMIN GELAP
ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT  Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.
Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna. Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
• Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?

• Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
• Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
• Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
• Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Jangan Terus Meroyan... Apa Peruntukan Undang-undang
Sebelum kita berbicara mengenai cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

  1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
  2. Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  3. Pemangku Raja sesuatu Negeri .
  4. Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
  5. Bakal Raja sesuatu Negeri .
  6. Bekas Raja sesuatu Negeri .
  7. Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
  8. Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
  9. Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
    singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Adakah terdapat pengecualian bagi penggunaan cermin gelap?

Di bawah Kaedah 11(c) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan kuasa Menteri memberi kebenaran secara bertulis untuk penggunaan cermin gelap.

Di bawah peruntukan itu, Menteri mempertimbangkan penggunaan cermin gelap yang dipohon atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon.
 Bagi tujuan permohonan penggunaan cermin gelap kerana mempunyai masalah kesihatan, pemohon boleh mengemukakan permohonan penggunaan cermin gelap kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia untuk kelulusan Menteri Pengangkutan.
 Pemohon boleh dapatkan borang khas permohonan penggunaan cermin gelap di alamat berikut; Bahagian Penguatkuasa, JPJ Malaysia, Aras 1, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62620 Putrajaya.

Sekiranya cermin gelap tidak dibenarkan, mengapa terdapat kedai aksesori kenderaan menawarkan pemasangan cermin gelap dan terdapat kedai berkenaan yang mendakwa mendapat kelulusan JPJ?

Dengan adanya permintaan daripada orang awam, bertambahlah kedai yang menawarkan penjualan dan pemasangan cermin gelap di pasaran.
 Terdapat berbagai-bagai jenis material yang digunakan untuk menggelapkan cermin kenderaan. Selain itu, kemasukan kenderaan import yang dipasang siap dengan cermin gelap menjadi faktor penggalak kepada penggunaan cermin gelap.
 Adalah tidak benar dakwaan bahawa JPJ memberi kelulusan kepada mana-mana kedai aksesori bagi tujuan pemasangan cermin gelap.
 Namun demikian, adalah tidak menjadi kesalahan jika pemasangan yang dilakukan mematuhi ketelusan cahaya yang dibenarkan.

Terdapat kenderaan yang diimport di mana cermin gelap telah siap dipasang di kilang. Adakah ini juga menyalahi peraturan?
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, ketelusan cahaya hendaklah mematuhi peruntukan di bawah kaedah tersebut, tidak kira sama ada ia kenderaan import atau sebaliknya.

Untuk tujuan pendaftaran, setiap kenderaan import dikehendaki menjalani pemeriksaan khas di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum ia didaftarkan oleh JPJ.

Sekiranya didapati kenderaan tersebut tidak mematuhi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kenderaan tersebut tidak akan didaftarkan sehinggalah pemilik berdaftar menukar cermin kenderaannya itu.

Sekiranya seseorang itu memasang cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan atau tidak mendapat kelulusan, apakah denda yang akan dikenakan terhadapnya?

Denda atau kompaun yang boleh dikenakan bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi dua minggu.

Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanakah proses pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ ke atas kenderaan yang menggunakan cermin gelap?

Anggota penguat kuasa JPJ akan menahan kenderaan tersebut dan mengukur tahap ketelusan cahaya dengan menggunakan alat pengukur khas.

Sekiranya keputusan ujian didapati gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yang ditetapkan, anggota penguat kuasa JPJ akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan Motor dan mengeluarkan saman kepada pemandu pemilik serta merta.

Pemilik kenderaan diberi tempoh 10 hari untuk menukar keadaan cermin kenderaan tersebut dan diminta hadir di mana-mana JPJ berdekatan untuk pemeriksaan semula.

Kegagalan mematuhi notis tersebut dan kegagalan menyelesaikan saman dalam tempoh masa yang ditetapkan, mengakibatkan kenderaan terbabit disenaraihitamkan oleh JPJ.

Justeru itu kami ingin bertanya:

APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?

Jika BOLEH:

Alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna.

Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.

Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.

Mengenai cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka.

Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam.

Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.

P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.

Isnin, 24 Mac 2014

CURANG KERANA GERSANG

Curang itu bukan tidak setia, tapi disebaliknya kedua-duanya adalah perbuatan yang mengecewakan orang lain selain si perlaku itu sendiri. Dengan segala bentuk kecanggihan media sosial dan jalinan yang perbagai .nisbah untuk melakukan kecurangan itu tinggi, kadang-kadang si pelaku kecurangan itu tidak menyedari bahawa beliau telah melakukan kecurangan.
Kalau dulu-dulu mereka yang melakukan kecurangan itu sukar dikesan tapi sekarang terlalu mudah, disebabkan mereka tida sedar yang mereka curang, sebagai contoh dilaman sosial yang pada asasnya direka dan dibentuk untuk mengkhayalkan, seorang isteri secara terang-terangan melakukan kecurangan apabila dia menyapa rakan lelakinya yang mungkin rakan sebaya dikampung, atau mungkin rakan sekelasnya di sekolah atau rakan kuliahnya, tindakannya itu "biasa" pada pandangan mereka yang sudah terbiasa, tapi tidak pada hukumnya. Ramai mana dikalangan mereka bergelar isteri meminta izin dari suaminya untuk berhubung rakannya dilaman sosial?...
Kalau dahalu kita biasa dengar lelaki mengaku bujang, tetapi semenjak ledakan laman sosial yang boleh dikatakan mula mendapat tempat sejak 2010, ramai kalangan wanita iatu isteri orang mengaku "janda".. kalau tidak mengaku janda, mereka lebih "meroyankan" diri dalam update status, dengan menyatakan kesunyian, hidup tidak bahagia atau sebagainya, alasan-alasan yang dibina bagi membuka ruang dan jalan untuk mereka didekati, Dilaman sosial ini, perkara malu berada tempat kesepuluh, dalam ranking apabila mereka bersosial..hilangnya sifat ini kerana " WALL AKU, IKUT AKULAH NAK TULIS APA"... persoalannya kenapa wall tu "dipublishkan ke public"
Bukan nak menyibuk sangat tentang hal orang lain, tapi cuma tertanya, inikah budaya bangsaku kini, inikah tatacara wanita melayu zaman ini, apakah ini hanya permulaan kehancuran bagi seorang ISLAM.. Pernah dalam satu forum dimana aku sebagai moderator bertanya kepada PANEL..mengenai hal ini.. Mereka menjawab sebenarnya perkara ini sudah berlaku ,sejak dahalu lagi, cuma kaedahnya sahaja yang berlainan. Bercerita dari tangga rumah ketangga rumah, bercerita ditepi tingkap,bercerita ditepi jalan sementara menunggu lori sayur dan ikan, bercerita sambil menunggu anak balik dari sekolah.Berlonggok bercerita, kekadang mengata dan adamasa mengumpat, begitulah "trend" cuma caranya kini melalui laman sosial, Sehingga Bulan FEB 2014 pengguna Facebook di Malaysia telah menjangkau angka 20 juta.
Sesat dihujung, balik ke pangkal atau dengan istilah yang maju sedikit " back to basic". Sebenar tidak salah jika kita tidak menyalahgunakan. Sekian

Khamis, 20 Mac 2014

BERJAYA DAN KEJAYAAN

Cuti persekolahan telahpun bermula, seperti biasa dimusim begini keadaan semakin sibuk di bandar-bandar utama pantai timur, Kota Baharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, Perbagai acara diadakan sempena dengan cuti sekolah bagi menarik kunjungan orang ramai.
Keputusan Peperiksaan STPM telahpun diumumkan, perbagai reaksi dari pelajar dan ibubapa mengenai keputusan yang diperolehi, ada yang bergembira, ada yang biasa-biasa sahaja dan ada juga yang berduka lara. Zaman sekarang ini, jika kepetusan kurang memuaskan yang paling ketara bersedih adalah ibubapa pelajar, mungkin mereka telah merasakan betapa pentingnya kejayaan dalam peperiksaan yang kekadang mereka alpa, kejayaan dalam kehidupan itu bukan peperiksaan persekolahan, sepatutnya mereka memberikan keyakinan dan motivasi untuk anak mereka untuk melayari kehidupan yang maha mencabar dari masa ke semasa.Membantu anak-anak membina tembok bagi menepis segala jenis dugaan.
Sebagaimana biasa, bagaimana kejayaan itu dicapai tidak menjadi topik perbualan, tetapi sekarang ini lebih kepada bagaimana meraikan kejayaan yang diperolehi.Ramai yang mengukur keupayaan guru kepada bilangan pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan bukan kepada berapa ramai anak muridnya yang yang menjadi manusia dan insan.
Akhir kata selamat bercuti kepada pelajar dan guru sekolah, cuti itu hanya istilah, tetapi kehidupan mesti diteruskan. Kesilapan adalah manusia, memaafkan adalah kemanusian....... Sekian, Terima Kasih

Rabu, 19 Mac 2014

DEEJAY RADIO

Sering kali saya diajukan dengan soalan-soalan berkaitan dengan kerjaya saya dan juga kerja-kerja yang saya lakukan, mungkin ini adalah jawapan ringkas, bukan tidak mahu berkongsi tapi bila difikirkan kembali tiada apa sangat yang hendak di kongsikan.Antara soalan yang sering diajukan :-
1.Seronok ke jadi dj radio.
2.Bagaimana hendak bercakap sorang-sorang dalam konti.
3.Bagaimana untuk menghadapi orang ramai ketika berada dipentas.
4.Bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program atau majlis.
5.Darimana datangnya idea untuk berinteraksi dengan orang ramai.
6.Bagimana untuk menjadi penyampai yang baik.
Demikian  antara soalan soalan yang lazim ditanyakan. mungkin saya akan menjawab dengan sebaik mungkin. Sebenarnya dj radio ni bukan setakat berada dikonti atau studio,kebanyakkan dj akan terdedah dengan kerja-kerja kewartawanan terlebih dahalu, itupun bergantung bagaimana dia mula bekerja, sebenarnya keseronokan bekerja itu akan hadir jika kita minat dan tahu apa yang hendak kita lakukan, Sebenarnya bila bercerita mengenai dj radio ini, tidak sama antara satu stesen ke stesen radio yang lain, terma dan kaedah setiapnya berbeza, mengikut hala tuju stesen radio tersebut,
Seorang dj radio perlu ada slot atau segmen yang harus dibawa, tak kiralah slot itu disediakan oleh pihak penerbit atau dj itu sendiri, jadi itu adalah satu kaedah supaya dj tidak sesat keseorangan dalam konti, dengan ledakan teknologi dan jalinan laman sosial zaman sekarang ini boleh membantu seseorang dj itu berkomunikasi dalam konti keseorangan, dengan membaca sms,FB.Twitter dan sebagainya,, tapi INGAT perkara  ini hanya membantu tetapi tidak akan boleh menjadi dj itu hebat dan disukai ramai, jika terlalu kerap sangat membaca sms, terima panggilan.Pendengar yang tidak menghantar sms dan "call ini" akan bosan dan semestinya tanpa diketahui oleh dj... pendengar lain akan kata " DJ tak ada IDEA".. nak tahu dj itu ada program atau segmen mudah je.. dan mudah je nak jadi dj. " MASUK KONTI,MINTA PENDENGAR HANTAR SMS, BUKA TALIAN " tapi akhirnya dj ini akan "kureng"...
Bagi mengendalikan segmen di konti sesorang dj dengan bantuan penerbit mengenalpasti golongan pendengar dan segmen itu sampai dan diterima oleh golongan sasar dan jika mengendalikan segmen diluar atau mengadakan program luar, ianya lebih mudah, kerana kita tahu golongan yang ada dimajlis atau program, jika ianya melibatkan protokol gaya kita seharusnya "SKEMA"..dan jika sebaliknya kita seharusnya agak gila2 dan yang paling penting, jangan syok sendiri, jika menanya soalan seharusnya orang kita tanya itu menjawab dan tidak lari.
Jika berhadapan dengan orang ramai, boleh bergurau tapi jangan menjatuhkan airmuka mereka, seperti memperkatakan saiz badan atau warna kulit, perkara ini seharusnya dihindari.
Untuk menjadi penyampai yang baik, ialah setiap apa yang kita sampaikan difahami oleh pendengar dan pastinya mutu suara memainkan peranan yang penting,disamping bakat,kreativiti dan disiplin, sekarang ini ramai dj yang suka menjerit-jerit ketika bersiaran, sebenarnya untuk 10 minit pertama boleh diterima, tapi kalau selamanya bertugas di konti, nescaya pendengar akan memilih siaran radio lain. Perbezaan antara dj swasta dan siaran kerajaan ialah dj radio swasta akan bersiaran di konti antara Empat ke lima jam sehari,dan lima kali seminggu tapi radio kerajaan atau RTM kebanyakkan hanya tiga jam dan tiga atau empat hari seminggu, DJ di radio swasta akan menyediakan senarai lagu berpandukan segmen dan slot, itu akan menjadikan dj tersebut faham tentang lagu dan kaedah penyampaian.Walaupun jawapan saya ini tidak terlalu menyeluruh, tapi beginilah antara intipatinya dan kebanyakkan DJ, Penyampai, JURUHEBAH,Juruacara akan bertambah baik dan semakin bagus berpandukan pengalaman masing-masing..Jadi jika ada yang berminat teruslah berlatih dan carilah peluang untuk bercakap dikhalayak seperti majlis perkahwinan atau sebagainya..Jangan malu-malu, sebab itu adalah minat..

Khamis, 13 Mac 2014

KENANGAN ZAMAN SEKOLAH.

Ramai yang tidak melupakan kenangan semasa zaman persekolahan, maklumlah  zaman ini kita bermula mengenali kehidupan, belajar dan sebagainya. Cuma cara kita mengingati yang berbeza... Apapun sebagai bekas pelajar Sek Men Tengku Ampuan Afzan saya merasa bangga,kerana pernah menimba ilmu di Afzan, mengenali guru-guru yang sentiasa sabar melayani karenah anak murid yang pelbagai ragam.Kepada rakan-rakan, terima kasih kepada kalian semuanya, kalian telah membentuk diriku...

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...