Selasa, 30 Ogos 2016

MERDEKA ATAU BEBAS


BEBASKAH KITA???.. MERDEKA!!! MERDEKA!! ,MERDEKA!!! ADAKAH SEKADAR LAUNGAN PADA DETIK 12 TENGAHMALAM?... PERLUKAH DIADAKAN SEMUANYA ITU.. TIDAK PATRIOTIK KE..JIKA TIDAK BERBARIS....

MyIG: Amieytee

Ahad, 28 Ogos 2016

BERUSAHA MENJADI BAIK


KITA YANG MENGENAL DIRI KITA, WALAUPUN BERDIRI DIDEPAN CERMIN, CERMIN HANYA MEMAPARKAN APA YANG TERPAMPANG.MUNGKIN ADA YANG BOLEH MENILAI TAPI NILAIAN ITU BUKAN TANDA HARGA DIRI.

MyIG:amieytee

BUAH CEMPEDAK DAN MAKSUD

Gambar Hiasan - Buah Cempedak.
BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.

Itu adalah bait-bait kata dalam pantun lama yang biasa didengari dan sangat biasa, malah begitu dekat dengan kita, melambangkan tentang kemahuan seseorang itu untuk belajar. Saya pernah ditanya oleh seorang budak sekolah rendah " Kenapa buah cempedak itu diluar pagar, tidak di dalam,tidak di tepi?" lalu saya menjawab " Itu adalah pembayang untuk maksud dua rangkap dibawah" jawapan klise yang biasa diberikan Padahal,soalan yang sama jua pernah saya lontarkian ketika zaman kanak-kanak.Saya juga mendapat jawapan yang sama.
Apabila meningkat dewasa,  juga usia makin meningkat ini, saya terimbau kembali dan cuba mentafsirkan " BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR" ini adalah pendapat secara pribadi.
Orang terdahalu, membingkis kata bukan sahaja maksud itu membawa makna yang tersurat dan tersirat, malah pembayang juga ada rahsianya.
KENAPA BUAH CEMPEDAK? tidak buah lain.
Seperti sedia maklum buah cempedak menpunyai aroma yang kuat, jadi ianya menarik minat musuh atau pemangsa untuk mendapatkannya, buang cempedak tidak menpunyai kulit yang keras seperti buah durian yang mampu berlindung disebalik duri,untuk menyelamatkan buah tersebut, hendaklah berada dalam kawasan yang terkawal iatu berpagar, begitu jua dengan mereka yang masih mentah yang baru melihat kehidupan mereka perlukan asuhan,bimbingan dan tunjuk ajar. Orang terdahulu mengamal kaedah murid mencari mencari guru untuk menimba ilmu, tapi sekarang sudah seakan terbalik.

Banyak lagi yang ingin dikupas, tapi keadaan masa yang tidak mengizinkan.
Sekian Terima Kasih.

MyIG : amieytee

Sabtu, 27 Ogos 2016

HORMATI TUGASAN SEORANG GURU




Jangan Hantar Anak Ke Sekolah Kalau Tak Boleh Terima Perkara Ini
Pesanan untuk semua ibu bapa. Guru juga adalah ibu bapa kepada seorang anak. Peringatan untuk semua, mudah-mudahan dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang prihatin... ( Khususnya utk saya sendiri dan tatapan buat teman2 ibubapa sekelian )
Tanamkan dalam hati bahawa:

1. Anak kita bukan baik sangat....
Walaupun di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi, dia mungkin melawan cakap guru, pukul kawan dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangkakan.

2. Bukan anak kita seorang saja di dalam kelas itu....
Kita di rumah  paling ramai anak 6/7 orang. Itu pun kita tidak mampu nak berikan perhatian kepada semua. Anak cakap banyak sikit, kita dah suruh diam. Bayangkan saja kita ada anak kembar seramai 40 orang. Begitu jugalah apa yang guru alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu......
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita, dia mungkin menipu. tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah, nanti kita yang mendapat malu.

4. Anak kita layak dimarah........
Anak kita bukan malaikat, dia tidak sempurna dan pasti melakukan banyak kesilapan. Dia perlu dididik, karekter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat mengjengkelkan sewaktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarahi, itu tandanya guru sedang mendidiknya.

5. Ingat semula mengapa kita hantar dia ke sekolah...........
Untuk dia menjadi diva kah sampai tak boleh diusik? Untuk dia menjadi samseng sampai tak boleh dijentik? Untuk dia menjadi biadab sampai tak boleh dididik?

6. Dia sedang dididik dengan cara yang kita suka atau tidak suka.........
Jika tidak boleh menerima orang lain mendidik anak sendiri dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang mengikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul. 

7. Kita tidak mampu memberikan semua ilmu yang diperlukan.............
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia tetapi kita tidak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita. Hormatilah mereka.

8. Duit bukan segalanya...............
Kita mungkin kaya, tetapi duit tidak mampu menjadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu dididik, diajar dan dibentuk, barulah dia mampu menjadi seorang manusia berguna.

9. Kita tidak mampu membentuknya seorang diri.........
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memberi kefahaman yang jelas kepadanya bagaimana untuk terus hidup di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatkan dia melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.........
Cara guru dengan kita mungkin berbeza tetapi pengalaman mereka mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita mampu mendidik 6/7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6/7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru..........
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji tetapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia. Amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?

12. Ilmu anak kita tidak akan berkat tanpa redha gurunya........
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tetapi jika biadab dengan guru, belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. Kurang mendapat A tak mengapa asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya dan kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar menghormati ibu bapa.......
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Berlapang dadalah, ilmu itu bukan bilangan A. Tetapi apa yang anak kita dapat untuk jadikan panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat.
Cuba fahami..cuba selami cuba fikir2 kan... apa terjadi jika no.11 & no.12 diabaikan...Kalian juga tk mungkin memiliki Kerjaya seperti Hari Ini Bukan?

Rabu, 24 Ogos 2016

BERUBAH ATAU BERTUKAR

Memang betul.. jangan terlalu meletakkan diri dalam ruang selesa.Jika ada peluang,gunakan.. jika mampu..ciptalah peluang.

Isnin, 22 Ogos 2016

SAYANG MAK.

Gambar Hiasan

Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..Waktu tu kita kena terima..Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..Cakap dalam hati..."Ni la orang yg lahirkan aku..Yg besarkan aku..Mak didik aku sampai aku jadi orang..Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak, tapi mak tak penah marah aku..Mak tetap nasihatkan aku..Lepas ni aku dah takde mak..Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...Tapi waktu tu mak dah takde..Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..Aku takde tempat nak bercerita..Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..Mak... Aku sayang mak..Camne kalau lepas ni aku rindu mak?Camne kalau aku perlukan mak??"Ambil peluang terakhir ni..Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..Tengok mak puas-puas..Ni last kita dpt tengok muka mak..Lepas ni takde peluang lagi dah..Sama-sama pakaikan baju baru mak..Tengok mak..Mak cantik tak?Anak-anak lelaki pulak..Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan, kita masih sibuk kat luar rumah lagi..Masuk rumah.. Renung mayat mak..Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..Ni la kali terakhir..Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..Mak wangi sangat..Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..Cakap dalam hati.."Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku..Mak cebokkan tahi aku..Mak dukung aku.. mak suap aku makan..Mak marah aku sebab aku nakal..Tapi mak tak penah benci aku..Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..Mak tengok anak dia ni makan berselera..Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh kita solat..Hari ni kita buat solat  jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..Takkan mayat dia kita tak nak pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi kita jatuh.. Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg uruskan mayat mak... Bukan org lain..Cakap dlm hati.."Mak.. ni last aku dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak..Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi..Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..Sementara ni mak duduk kat sini..Aku pulangkan mak kat Tuhan..Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.." Dengar betul2 bacaan talkin utk mak kita tu..Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak, cepat-cepat doa utk mak.."Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku,Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. 
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."Pastu, ingat balik semua jasa mak..Ingat balik apa nasihat mak..Ingat semua pesan mak..Mak suruh JAGA adik beradik..Jangan gaduh2..
Kesian kat mak.. Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..Mak cuma boleh menangis je dari jauh..Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..Hantar pahala utk mak kat sana..Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

TERSENTUH HATI JIKA KITA SAYANG MAK KITA.. JANGAN LUPA AL-FATEHAH UNTUK MAK YANG SUDAH TIADA DIMUKA BUMI, TAPI ADA SELAMANYA DENGAN KITA,, JIKA MASA ADA EMAK..SAYANGILAH MEREKA.

My IG: amieytee

Ahad, 21 Ogos 2016

KERANA MATA

Sekadar Hiasan.
Banyak perumpamaan yang melibatkan mata, mata merupakan pancaindera yang lima yang harus dijaga, Orang yang tidak menjaga matanya,hatinya tidak ada harga.
Teringat saya lirik sebuah lagu lama dendangan R.Azmi yang antara lainya :-
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa...
Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... Dari mata terbitnya asmara... Senyuman mu ramah menikam jiwa... Renungan mesra menjelma sgera Aku tertawan memendam rasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... Setiap waktu ku cinta sayang Sinar wajahmu selalu terbayang Aku memuja rayu saorang... lepaskan aku dari impian Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa Dari kerana mata...
Semuanya itu berkaitan dengan mata, walaupun kita memandang benda atau perkara yang sama,tetapi rumusan tetap berbeza. Satu lagi lagu berkaitan dengan mata pernah dinyanyikan oleh Noor Kumalasari :-
Mata Memandang
Mata Memikat
Matalah puncanya
Mata Menjeling
Mata Menggoda
Matalah Asalnya
Dari Mata Ia Datang
Barulah Ke hati
Oh! Mata Memandangku
Membuatkan Ku tersipu
Mata Mengoncangkan Hatiku.

Sememangnya betul, MATA itu PUNCA hati.

My IG: amieytee


Khamis, 18 Ogos 2016

HARGA PENGORBANAN.

Jangan menangis baca cerita ni...

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang  bertugas di kaunter 
Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“In Shaa Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. In Shaa Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Pah oii…… saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu
depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak2nya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh  budak2 tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan  anak2 bang, lagi pun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak.”
Mak Pah tidak bersetuju dgn rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak2 kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi2  takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagi pun selama ni kita tak pernah minta duit mrk. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak2 kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak2  tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dn Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak2nya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.

Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.
Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara2 sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapa, bolehlah buat apa yang kau suka kan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat, Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap  depan2, bukan membebel kat belakang,”balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!”

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat.

Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila  anak2nya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu2nya.

Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau org balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.
Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak dua ribu seorg cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.
Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran di buat segera selewat-lewatnya minggu
depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan  budak2 ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab  budak2 tu pun dah besar,  masing2 nak bilik sendiri. Lagi pun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pd Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.”

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz.

Kata2 Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai di tertawakan oleh Intan bila kedua anak yang di  harap2kan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah.
Tak payah saya tunggu  lama2. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita  sama2 tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat mcm mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan  anak2nya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya  benar2 kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak2 yang selama ini di sanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi2 dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”

Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak2, cuma anak2 aje yang lupakan mak bapa,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba2 mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah.
Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak saperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji.
Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut di mamah usia.

“Terima kasih Intan.
Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit2 lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang di tunggu2 tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.

Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa2 yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dgn sempurna.”

“Hah! Awak dengar tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dsn akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba2  sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.

Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak2  terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak2 kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dn Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjlnan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz mengerling Azman yg sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa2 dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.

Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mertuanya.

“Sihat, cuma batuk2 aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baju yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas.

Dadanya bergetar. “Az….mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az……. kenapa?”

Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yg terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa2nya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dn berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,”

Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.
Mak dan Abah nak balik.
Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba2 malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..
Pengajaran cerita di atas...
Jangan membandingbeza anak2... mereka ada kekuatan dan kelemahan masing2..
Kena redho seadanya........☝

semoga bermanfaat untuk kita yang ada anak

JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN ANAK2 KITA.

SEBAB KITA TAK TAHU PERANCANGAN ALLAH.

SILAP HARIBULAN ANAK YG KITA SELALU MAKI HAMUN ITU YG BASUH KENCING BERAK KITA DI HARI TUA KITA.
FIKIR2KAN.
*Cerita ini saya copy dan paste.. Kredit kepada penulis asal.

MyIG: amieytee

Selasa, 16 Ogos 2016

ISTIMEWANYA SEORANG WANITA

Sekarang ini terutama di media sosial, ramai sekali wanita membicara tentang hak dan apa yang harus mereka porolehi, ada juga yang mempersoalkan tentang tanggungjawab seorang lelaki atau suami,Jika seorang wanita itu faham dan tahu apa GANJARAN yang bakal diperolehi, Mereka pasti tidak merungut.. APA YANG SEORANG WANITA AKAN DAPAT? :-

1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali.

2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3kali khatam Al-Quran

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan doa suami yg memakan masakannya menjadi doa yang diijabah.

4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

5. Isteri yg penat bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 kali haji mabrur

6. Seorang ibu yg menyusui setiap titis susunya, senilai 200 kali sholat khusyuk dan doanya di ijabah (fadilah wanita)

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama isteri dalam keredhaan dan setia kepada suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil solatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun solat dan 70 tahun puasa.

11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat darjatnya 1000 tingkat.

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita bahwa SYURGA wajib bagi nya.

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

14. Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dari jahanam, shirat dan azab.

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berzikir.
.
SUBHANALLAAH...betapa sayangnya Allah  terhadap kaum wanita.

Jadi, Beruntunglah KAMU yang dijadikan sebagai seorang wanita, jangan terlalu mendambakan sesuatu yang diluar batas kemampuan pasangan. GUNA kelebihan yang ada untuk mencari sesuatu yang HAKIKI..

My IG : amieytee


Isnin, 15 Ogos 2016

JENIS RAMBUT DAN SIKAP

JENIS RAMBUT



1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan..

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung..

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang..

9) RAMBUT KUSUT
Baru bgn tidur atau malas sikat rambut..

10) RAMBUT BERUBAN
dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari..

11) TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...
jangan marah...JANGAN SERIUS SANGAT!!!!!

My IG : amieytee

PASAL MAKAN, CARI PASAL

SOAL MAKAN - MACAM- MACAM MAKAN.

1. Paling sedap ,makan free
2. Paling mahal,makan angin.
3. Paling pahit, makan hati.
4. Paling lama, nak pencen makan gaji
5. Paling susah, makan pasir.
6. Mulut celupar makan penampar
7. Paling terkesan makan dalam
8. Paling sikit, makan tepi
9. Paling best, makan tidur makan tidur
10. Paling bahaya, brake tak makan
11. Paling berdosa, makan rasuah
12. Paling teruk, makan tuan
13. Paling seimbang pandai makan...pandai simpan...
14. Paling malas dah makan tak pandai basuh
15. Paling cela, haruan makan anak
Gambar Hiasan - Patin Masak Tempoyak
16. Paling lama, makan garam
17. Paling takut, makan diri
18. Paling bosan, makan tahun
19. Paling tidak terasa, makan usia
20. Paling degil, tak makan saman
21. Paling boring, makan masa
22. Paling hina, makan kwn
23.Paling  bahaya, makan jalan
24. Paling baik, kena bagi makan
25. Paling comel, tak makan tua
26. Paling benggang dah pancing tak makan²
27. Paling kecewa ,hrp pagar, pagar makan padi
28. Paling derita, pantang makan
29. Paling risau, budak² tak mau makan
30. Paling sibuk, cari makan
31. Paling sopan, makan beradab
32. Paling kerap, salah makan
33. Paling tak jujur, makan luar
34. Paling engkar, curi² makan
35. Paling seronok, makan kenduri
36. Paling diingat, jaga makan

MACAM SAMA BERBEZA MAKSUD
Apa bezanya makan di dlm & makan dlm?
Apa bezanya makan di luar & makan luar?
Apa bezanya makan tepi & makan dlm?
Berbagai perkara berkaitan dengan makan, Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

My IG : amieytee

Ahad, 14 Ogos 2016

SOALAN YANG DIJAWAB DENGAN PENAMPAR

*KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.
PEMUDA:Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?
PAK IMAM:Boleh!!! dengan izin Allah.
PEMUDA:Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.
PAK IMAM:Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!
PEMUDA:Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???

PANGGGGGGGGG !!!
Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA:Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?
PAK IMAM:Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!
PEMUDA:Saya tak paham !!!
PAK IMAM:Macamana rasa penampaq saya?
PEMUDA:Sakit laa Tok Imam !!!
PAK IMAM:Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!
PEMUDA:Ya !!!
PAK IMAM: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia?
PEMUDA:Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!
PAK IMAM:Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok.
Permuda terpegun jawapan Pak Imam.
PAK IMAM:Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?
PEMUDA:Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )
PAK IMAM:Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?
PEMUDA:Takkk!!! ( masih tercengang2 )
PAK IMAM:Tu lah namanya TAKDIR,,!
Pemuda sombong itu terdiam.
PAK IMAM:Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?
PEMUDA:Kulit dan daginggg !!!
PAK IMAM:Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?
PEMUDA:Kulit dan daging...!!!
PAK IMAM:Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?
PEMUDA:Sakit dan pedih berdesing...!!!
PAK IMAM:Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...
PEMUDA: Allahuakbar !!!
Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.
*Semoga bermanfaat.*
My IG: amieytee

Sabtu, 13 Ogos 2016

FAKTA MENGENAI KIDAL ( LEFT HANDER )

Kidal adalah suatu kebiasaan lebih dominan menggunakan tangan kiri untuk melakukan pekerjaan, seperti menulis, makan, atau melakukan pekerjaan yang berat menggunakan tangan.

Menurut The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal tak pernah menganggap bahwa kidal itu adalah sebuah kelainan, tapi sebaliknya, mereka  menganggap kidal adalah satu keunikan.

 

Hingga waktu ini tiada lagi ilmuwan atau doktor yang mengenalpasti kenapa sesorang itu menjadi kidal tetapi menurut seorang pakar psikologi kanak-kanak dan remaja Fabiola Priscilla, kidal terjadi apabila otak kanan lebih dominan dari otak kiri.

Disebabkan dominannya otak kanan, kidal menjadikan mereka lebih kreatif kerana otak kiri fungsinya lebih kepada logika manakala otak kanan lebih kepada abstrak.Anak-anak yang kidal menpunyai imiginasi dan daya khayal yang lebih tinggi berbanding dengan yang kanan.
Anak yang kidal biasanya lebih sensitif,mereka cenderung kepada kurang keyakinan diri terutama jika tidak diterima tentang perbuatan mereka menggunakan tangan kiri terutama melibatkan bab adab dan kesopanan contohnya seperti makan dan bersalam.
Ibubapa atau guru tidak seharusnya memaksa anak-anak kidal ini berubah menjadi kanan, dikhuatiri akan menjejaskan emosi dan prestasi, sebaiknya mengajar mereka apa yang sepatutnya.

Namun tidak semestinya seseorang yang menulis dengan tangan kiri sahaja kidal, kerana menurut kajian ada juga individu yang menulis menggunkan tangan kanan tetapi kesemua aktiviti yang lain dia menggunakan tangan kiri. Jadi individu itu juga dianggap kidal.
Di bawah ini dikongsikan 19 Fakta Menarik Tentang Si Tangan Kidal 
1. Berdasarkan statistik, 15% dari sebuah populasi adalah tangan kidal. Malah lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal lebih berkemungkinan menjadi seorang yang genius. Menurut laporan 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia adalah kidal.
3. Jika anda seorang lelaki kidal yang masih bergelar pelajar, maka menurut kajian anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah berkerjaya, lelaki kidal akan 20% lebih kaya.
4. Namun orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk menjadi seorang perokok yang tegar.
5. Jika kedua ibu bapa kidal, maka besar kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, maka hanya 2% kemungkinan untuk mendapat anak yang kidal.
6. Jangan tak percaya, haiwan seperti kucing juga boleh kidal. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast mendakwa kucing jantan lebih cendurung kidal berbanding kucing betina
7. Orang kidal dikatakan tidak mengemari buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara bermain game.
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. Menurut laporan 4 dari 5 pereka komputer Mac adalah kidal.
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi atlet sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, mendapati bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang menggunakan tangan kanan.
14. Orang tangan kidal dikatakan lebih cerdas daripada mereka yang bukan kidal.
15. Orang kidal lebih bijak mengawal emosi dibandingkan dengan yang bukan kidal.
16. Jumlah orang kidal meningkat dengan pesat setelah tahun 1910.
17. Setakat ini orang kidal berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia.
18. Orang kidal mencapai akil baligh lewat 4 atau 5 bulan selepas orang tangan kanan.
19. 50% orang kidal menggunakan tetikus atau mouse dengan menggunakan tangan kiri. 68% orang kidal menggunakan tangan kanan untuk memegang gunting dan 74% orang kidal menggunakan tangan kanan apabila memegang pisau.
Artikel ini Melalui Pembacaan dan petikan dari sumber blogwalking.

My IG : amieytee

AKU SEORANG BLOGGER

Sedar tak sedar hampir sepuluh tahun saya menulis di blog,ataupun menjadi blogger,walaupun bukan selalu sangat "update" cerita dalam ni, tapi tidaklah meninggalkan terus, walaupun ramai rakan-rakan blogger yang dulu kini lebih menumpukan kepada facebook. Ada yang sudah menpunyai pengikut fanpages yang agak ramai.


Sekadar Hiasan.
Berbagai perkara pernah tercoret dalam blog ini, tapi kebanyakan adalah pandangan pribadi, atau juga petikan sisipan dari rencana penulisan akhbar tempatan yang saya baca.Saya memikirkan, jika perkara baik dan boleh dikongsikan saya akan "share" karya mereka.Saya memahami bahawa setiap rencana yang dihasilkan perlu dibuat kajian sebelum disiapkan dalam bentuk penulisan.
Ada juga perkara-perkara penting atau peristiwa, saya tak sempat nak tuliskan oleh kerana tidak membuat catitan, atau terlepas pandang.
Apa yang menarik apabila menjadi seorang blogger ni ialah, kita akan sentiasa membaca blog orang lain walaupun tak "follow".Ada juga yang menegur supaya fokus kepada satu bab penulisan,memang ada benarnya saranan tersebut.Walaupun saya ini berkejaya sebagai seorang penyampai radio,tetapi berkemahiran juga menganalis berkaitan dengan sukan.Tetapi buat masa ini biarlah saya menjadi " membujur lalu melintang patah" apa saja yang terlintas difikiran akan ditulis jika berkesempatan.
Sekadar Hiasan.- Cantik kan?
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang sudi melawat blog kepunyaan saya ni. Saya bukanlah hebat dalam penulisan dan tak siapa kenal pun,terima kasih sangat-sangat. Satu lagi blog kepunyaan saya, 
TITIPAN RASA https://putragua.blogspot.my/
Kepada blogger yang lain, teruskan perjuangan ini, tapi perlu ingat pejuang tidak semestinya pemenang, tetapi saya yakin para penulis blogger bukan untuk menjadi pemenang tetapi untuk mendapat kepuasan

My IG : amieytee



Jumaat, 12 Ogos 2016

BERKAWAN DENGAN MUSUH.


Suatu hari orang yang dianggap musuh boleh dijadikan kawan paling rapat dan rakan yang akrab boleh menjadi musuh, biasa terjadi kerana apa yang dianggap itu bukan semuanya benar.Apa yang difikirkan bukan semuanya betul. Kenali diri sendiri terlebih dahulu barulah kita akan mendapat sesuatu yang kita kehendaki.

Ilham Rasa Fikir
My IG : amieytee

Khamis, 11 Ogos 2016

PILIHAN TEPAT


Memang sukar untuk membuat pilihan jika tidak tahu apa yang harus kita pilih, sebaiknya rancang dahulu sebelum melakukan pemilihan,ada waktunya setelah kita memilih kita akan menyesal dengan pilihan,disebabkan kerana dipengaruhi sewaktu membuat pilihan.
Demikian juga jika kita tidak terpilih dalam pemilihan, mungkin kita tidak bagus bagi mereka yang mahu memilih.Pemilih,dipilih,terpilih saling berhubung kait.Tiada orang mampu memilih dengan tepat terhadap pilihan kerana memilih itu masanya singkat, tetapi bersama dengan terpilih itu agak panjang jangkanya. Satu pilihan akan menentukan kemana arah yang dipilih.

Ilham Amieytee
MY IG : amieytee

Rabu, 10 Ogos 2016

PEKERJA CEMERLANG, SYARIKAT TERBILANG

Gambar Sekadar Hiasan

TIDAK kira jenis syarikat atau perniagaan, antara faktor yang menentukan kejayaan adalah pekerja yang tekun, produktif dan boleh dipercayai. Pekerja sebagai modal insan sesuatu syarikat merupakan faktor penentu kejayaan.
Pekerja yang produktif perlu merasa selesa bekerja dan perlu yakin bahawa pihak pengurusan prihatin dan senantiasa menjaga kesejahteraan dan perkembangan kerjaya mereka. Sebarang ketidakpuasan mereka diberi perhatian dan diselesaikan secara wajar.
Usaha bagi menarik minat pekerja untuk memberikan tumpuan penuh kepada tugasan harian harus dilaksanakan secara berterusan. Strategi berterusan untuk mewujudkan budaya kerja yang memberangsangkan akan meningkatkan prestasi pekerja, pencapaian dan penambahbaikan organisasi secara berpanjangan. Budaya seperti ini akan melahirkan pekerja yang senantiasa asyik melakukan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan aktif, ceria dan pantas.
Pekerja yang produktif mempunyai integriti dan sikap yang betul terhadap pekerjaan.. Mereka tabah dalam menghadapi cabaran dan rintangan dengan sikap positif, tidak sombong atau cepat berpuas hati. Mereka setia kepada organisasi, mengamalkan meritokrasi, dan mahu belajar secara berterusan dan mengikuti perkembangan teknologi supaya tidak menjadi redundan.
Ketekunan pekerja mempunyai kaitan dengan produktiviti. Pekerja akan tekun dan komited jika mereka dipertanggungjawabkan dengan penuh kepercayaan dan mereka sendiri boleh memantau dan mengukur hasil prestasi kerja mereka.
Pekerja akan menjadi fokus apabila matlamat pencapaian berpadanan dengan matlamat pencapaian diri. Bagi tujuan ini, komunikasi yang efisien antara majikan dan pekerja adalah penting. Pekerja harus dibekalkan dengan garis panduan dan semua maklumat tentang pekerjaan yang dijalankannya. Pekerja juga perlu memahami dengan baik semua rutin dan proses-proses kerja supaya pekerja jelas bagaimana usaha dan ketekunan mereka mempengaruhi pencapaian matlamat dan prioriti bisnes firma berkenaan serta output yang dikeluarkan.
Pekerja harus juga disokong dalam menjalankan tugas. Bimbingan dan tunjuk ajar harus mudah untuk diperoleh. Ini akan mengurangkan stres. Penyelia harus dapat membantu jika pekerja mengalami masalah
Budaya pekerja yang tekun hanya akan terhasil jika pihak pengurusan senantiasa meningkatkan prestasi mereka sendiri dalam memimpin pekerja. Majikan yang menaruh kepercayaan terhadap pekerja akan mendapati bahawa pekerja juga akan menaruh kepercayaan terhadap majikan.
Masa lapang dan masa cuti pekerja dan komitmen terhadap keluarga dihormati. Dengan keprihatinan seperti ini, pekerja akan sanggup melakukan kerja lebih daripada apa yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan disertakan bersama nilai tambah masing-masing untuk kebaikan syarikat.
Artikel ini Pandangan Pribadi
MyIG : amieytee

Selasa, 9 Ogos 2016

DURIAN DAN MANGGIS BERPASANGAN

 
Durian Dan Manggis
Durian di kenali sebagai RAJA buah, jika ada raja,pasti ada ratunya, Bagi mereka yang tertanya-tanya buah apa yang menjadi ratu buah?, dari pembacaan dan cerita-cerita yang saya selidiki dari mereka yang lebih berusia, MANGGIS adalah ratu buah.
Bagi mereka yang perasan terutama yang menpunyai kebun buah-buahan, biasanya musim durian akan sama dengan musim manggis berbuah, kenapa hal ini berlaku, dari zaman sekolah menengah rendah saya tertanya-tanya hal pada persoalan ini, namun apabila ditanya tiada jawapan yang memuaskan hati, jawapan  paling skema yang diterima ialah hukum alam atau Allah S.W.T punya kuasa.
Lalu dibenak saya berkata, Tuhan tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab yang mendatang manafaat terhadap makhluk ciptaanNYA.
Suatu hari saya telah dipelawa oleh seorang pendengar radio untuk ke kebun beliau, beliau dalam lingkungan usia 70an, Katanya " kalau dj amiey suka makan durian dan nak makan banyak, makanlah buah manggis sebiji,dua"
Maka saya menuruti nasihatnya kerana mungkin jua persoalan selama ini akan terjawab.
Memang benar, saya mampu makan buah durian dengan jumlah yang agak banyak tanpa rasa mual atau kepanasan.
Jawapan praktikal ilmiah telah saya perolehi, cuma lagi saya mencari dalam sudut sains. Jawapan yang saya perolehi memang menyakinkan saya,apabila saya mengetahui kandungan dalam buah durian dan manggis, sebenarnya manggis ini meneutralkan zat dalam durian yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.
Akhirnya, kalau kita mengkaji kejadian yang diciptakan oleh Allah, kita akan semakin insaf dan dekat denganNYA.

Artikel ini adalah pendapat pribadi saya.
MyIG : amieytee

Petua Untuk Memujuk Isteri Merajuk

Gambar Hiasan

1. Beri isteri anda ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap anda. Beri dia ruang untuk berleter, marah atau apa sahaja perbuatan yang menunjukkan dia sedang merajuk dengan anda.

2. Tatkala dia sudah tenang, katakan pada dia yang anda setuju dengan apa yang dia katakan. Berikan komitmen pada isteri anda yang anda akan berubah mengikut apa yang isteri anda mahu. Tunjukkan yang anda memang serius untuk ikut apa yang isteri anda suruh.


3. Apabila isteri anda mula tersenyum ketika melihat anda, itu maknanya isteri anda sudah mula melupakan kesalahan anda yang lalu. Anda ambil kesempatan ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan isteri anda.
4. Anda dengar luahan isi hatinya dan dalam masa yang sama anda luahkan pada isteri mengenai pendapat anda. Pujuk isteri anda untuk sentiasa bekerjasama dengan anda. Libatkan isteri anda dalam hidup anda secara keseluruhannya. Jangan sesekali menipu isteri anda. Sentiasa bersikap jujur dengan pasangan anda.

5. Ajak isteri anda untuk mula kembali bercinta dan jalani hidup seperti biasa.. Berjanjilah dengan isteri anda untuk tidak lagi mengulangai kesalahan yang sama di masa hadapan. Untuk merapatkan lagi hubungan anda dan isteri anda, anda boleh beli hadiah untuk pujuk hatinya atau berpantun seperti berikut:

Terengganu berkota papan,
Tempat diam tuan puteri;
Adinda umpama kain kapan,
Hancur tidak berganti lagi.


Petikan Artikel : HM Online
My IG : amieytee

Isnin, 8 Ogos 2016

PETUA DAPATKAN ANAK

Ada Pasangan yang sudah lama berkahwin tapi masih lagi tidak dikurniakan anak.Berbagai usaha telah dilakukan tapi masih gagal.Ada yang kecewa bila dikatakan MANDUL, tapi perlu ingat itu hanya telahan manusia bukan Kuasa Tuhan, selagi kekal berusaha pasti ada kejayaan, disini saya kongsikan petua yang keberkesananya telah terbukti.

Susu Kambing
1. Dapatkan lebih kurang 1 Liter susu kambing segar, kemudian 1 KG buah kurma kering/liat. Suami ambil secekak dan isteri ambil secekak dari buah kurma tersebut, kemudian BLEND bersama dalam susu kambing, air dari adunan tersebut hendaklah diminum separuh untuk suami dan separuh untuk isteri.
Kurma Kering
2.Untuk hari berikutnya, suami dan isteri makan 7 Biji Kurma kering setiap seorang yang dibuang bijinya, amalkan setiap pagi setiap hari sehingga akan ada keberkesanan.

Menurut mereka yang belajar dan mengkaji bab Jin, adakalanya Jin Suka menduduki pada FARAJ wanita dan JIN sangat tidak menyukai SUSU KAMBING.

Bagi Menambah Kualiti pada petua yang dikongsikan ini... amalkan juga bacaan :-
 
SURAH MARYAM AYAT 1 - 12


Semoga Perkongsian ini memberi faedah untuk semua, boleh jua sebarkan sebagai penambahan ilmu.

*Artikel ini adalah catatan pribadi saya.
My IG : amieytee

Ahad, 7 Ogos 2016

PANAHAN FITNAH

Sebagai Perlambangan.
Dunia akhir zaman, maka akan berperanglah kita dengan FITNAH, kalau dulu fitnah disampaikan dihalaman tangga, tidakpun didapur, mungkin jua di kedai-kedai kopi, senario jua berlaku di tempat kerja tapi caranya tidak begitu meluas dan sebaran tidak merebak terlalu cepat.Tapi kini ianya berubah, dan yang menyedihkan lagi fitnah secara berkumpulan atau sememangnya mencari rezeki melalui fitnah.
Jika kita terkena PANAHAN FITNAH memang terlalu sukar untuk menangkisnya kecuali dengan sabar menunggu masa bahawa kita berada di pihak yang benar. ADAKAH anda pernah mengalaminya? 
Jika kita tidak mahu difitnah janganlah kita memulakan sesuatu yang menyakitnya ini, kerana menyebarkan terus sesuatu yang didengar pun sudah dikira BERBOHONG.

* Artikel ini Padangan Pribadi saya.
My IG : Amieytee

HERBA MENGHILANGKAN RASA SAKIT PESAKIT KANSER

Gambar Hiasan

SATU kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Jerman dan Itali mendapati, herba yang digunakan dalam masakan boleh membantu menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh pesakit kanser.
Herba-herba seperti rosemary dan thyme bertindak sebagai ubat tahan sakit semula jadi kerana ia boleh mengurangkan keradangan pada pesakit.
Kajian tersebut yang diterbitkan dalam British Journal of Pharmacology menulis, herba-herba tersebut mengandungi satu komponen yang dipanggil diterpenoids dan ia terbukti berkesan dalam menghalang keradangan daripada berlaku.
Pesakit kanser yang meletakkan herba-herba dalam masakan didapati boleh melawan kanser selain membantu memanjangkan jangka hayat pesakit.
Selain pesakit kanser, herba juga berkesan dalam mengurangkan kesakitan yang dialami oleh penghidap tiroid.
* Sumber Berita dari KOSMO
My IG : amieytee

Sabtu, 6 Ogos 2016

GENERASI ISTIMEWA






Jika Kita Pernah menonton tv seperti ini, maka kita adalah generasi legend yang pernah melalui sesuatu yang indah :-

1- Kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi
yang layak disebut generasi paling beruntung.Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan  keadaan usia prima.


2- Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara
mesin taip.Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.



3- Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan
tape recorder.Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.


4- Kitalah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik burung, gasing, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita.Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget .

5- Kitalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai  geng yang tanpa janji, tanpa telefon/sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu
sepuasnya..Kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama. Kini kitapun tetap bisa bermesra
di grup Facebook/WhatsApp .

6- Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan
raya tanpa jammed di mana-mana.Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.


7- Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati jalan kaki berkilo meter tanpa perlu berpikir ada penculik yg membayangi kita.


8- Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang hati tanpa diganggu remote
untuk pindah saluran sana sini.


9- Kitalah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan
datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati.


10. Generasi yg bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi blh makan sampai kenyang kat kantin ...Itulah kita....

Anda generasi itu? ceritakan ini kepada yang lain.
Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..


Kredit kepada : Saiffuddin Datuk Zaman
My IG : amieytee


BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...