Jumaat, 29 Ogos 2014

PELUKAN KASIH SAYANG


# Jangan peluk orang yang tidak boleh kita peluk... nanti peluk bertukar penumbuk

Khamis, 28 Ogos 2014

ISTERI BERGETAH SUAMI MELEKAT

PETUA SUAMI MELEKAT HANYA PADA ISTERINYA :-
Berikut adalah kaedahnya yang saya perolehi melalui pembacaan dan program dialog yang pernah saya kendalikan bersama dengan pakar motivasi, rasanya tak salah mencuba, tak rugi pun kan??..

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

*Catitan.. Saya bukan pakar kaunseling..

Rabu, 27 Ogos 2014

IBU WANITA

Kenapa wanita itu sangat mulia, kenapa dalam banyak perkara sentiasa memerlukan kehadiran seorang wanita.Dalam Islam wanita diletakkan ditingkat yang mulia... Kerana lelaki itu rapat dengan wanita,wanitalah yang memberikan sumber segalanya.Kerana setiap dari kita pernah menpunyai ibu.


Selasa, 26 Ogos 2014

PENYANYI TAK POPULAR LAGU PUN HANCUS

Kenapa Penyanyi/Kumpulan atau lagu nyanyian mereka tak popular???.
Seringkali jua soalan ini menerpa ruang dengarku, sebenarnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan tersebut kerana semuanya bergantung pada nasib.
Popular itu mengambarkan,apabila disebut, ramai yang mengetahui, untuk mempularkan sesuatu itu memerlukan promosi, cuma kadang-kadang tersilap dalam aspek promosi.Banyak Medium yang boleh digunakan bagi promosi namun "TV,Radio,akhbar dan majalah" adalah tempat yang paling sesuai untuk promosi penyanyi dan lagu..Bukan setakat penyanyi tempatan,bahkan penyanyi peringkat antarabangsa pun melakukan demikian.Lagu akan popular jika kerap disiarkan di saluran radio pada  waktu yang tepat.
Ramai penyanyi di Negara kita waktu ini melupakan aspek promosi, mereka terlalu mengharapkan tapi tidak banyak usaha.Perlu jua difahami oleh golongan ini, jangan letakkan sentimen kenegerian jika ingin menjadi penyanyi dalam negara ini, kerana kaedah ini akan menghadkan pasaran, lebih kepada sikap "natural" dan konsep kena tepat walaupun genre lagu itu ditujukan kepada lapisan tertentu.
Sekiranya ada pengurusan yang bagus, mereka akan mewujudkan "Kelab Peminat" dan mereka yang berada dalam kelab ini perlu "VIRAL" kan lagu dan penyanyi di media maya zaman ini.Tapi perlu diingat yang berada di "MAYA" ini tidak semestinya akan menyokong.
Kemudian jika ada promosi di TV atau Radio..Kelab Peminat ini akan memainkan peranan.. Bagaimana??? tak kan itu pun saya nak bagitau..hehhehehhe
Jangan terlalu sombong dengan penyampai radio ataupun deejay, walaupun lagu bagus macamana sekalipun jika dengan mereka ini ada " rasa bongkak".. lagu jarang disiarkan, seperkara lagi sistem sekarang tidak sama seperti dulu..kerana sekarang pergerakkan maklumat itu pantas, saya perasan ada dua tiga orang penyanyi yang buat "klik".. maksudnya disini..contohnya di FB rasmi radio atau Deejay, ada individu yang minta lagu disiarkan... satu kaedah yang bagus sebenarnya...tapi kesilapannya.. dia masuk dengan nama yang sama di semua stesen radio pada waktu yang hampir sama.Zaman sekarang ini, kebanyakkan Deejay terutama stesen yang ternama telah menyediakan senarai lagu mereka terlebih awal... sebab tu jangan sombong....
Aura, adalah peranan yang penting dalam aspek popular ni.. bagaimana nak menaikkan aura dan mengeluarkan aura????.... Cari dalam diri...hehhehehehhe....

Isnin, 25 Ogos 2014

PEHA SEKSI DIBAYAR

Peha Ayam.





Pergi ke kedai nak dapatkan peha ayam kena bayar,nak masak sendiri malas, jadi beli jelah.. kat pasar malam pun ada jual peha ayam bukan kat  tempat "highclass" je. Dalam perjalanan nak ke tempat tersebut untuk beli peha ayam, nampak banyak peha2 wanita.. tak perlu "bayar" free je..ada yang bersalut ramai juga yang tak bersalut, tapi yang nyata itu adalah peha... Terfikir dalam benak "Nak dapat peha ayam kena bayar,Peha orang tak pula"...
Wahai adik2, kaum wanita... jangan merendahkan martabat anda lebih rendah dari ayam....

SIFAT ATAU PERANGAI BERDASARKAN PEMAKAIAN JAM


mana satu cara anda ?????

NUKILAN LARA

LARA JANJI


Tidak berani mempastikan janji

Kita merancang, tuhan penentu segala

Jangan dipersalahkan pada tafsiran akal

Aku mengaku hal ini,bukan ku tidak meyayangi..

Samalah kita  sedar dan menginsafi diri

Segalanya untuk terjadi adalah berkemungkinan.

Mencuba mempertahan sebuah kejujuran

Bersamamu ke akhir hayatku,impian ini.

Kini

Tiada maknanya bila cinta hanya nestapa

Janji dengan segenap hati, tapi kau pergi

Hilang segalanya..bukan hanya kabur

Terus lenyap, hatiku terobek 

Kerana sikapmu.......

Spontan ketika bertugas 25Hb.Ogos 2014
12:27 Tghmlam.

Ahad, 24 Ogos 2014

HARAM BERTAFAKUR?

Ramai jua yang mempertikaikan apabila kerajaan mengumumkan sambil mengesa seluruh rakyat bertafakur seminit, biasalah semua perkara akan ada pro dan kontra.mencungklil segala hujah menyokong bagi yang dapat menerimanya, berhujah membangkang dengan perbagai alasan.. bagi aku..perkara yang baik dan diterima ramai,baiklah kita turuti lagipun pihak kerajaan melakukan sesuatu itu pasti ada alasan dan yang penting ada rujukan yang mereka lakukan.
Sempat bertanya seorang ustaz, berkenaan dengan hal ini dan antaranya beliau menjelaskan... haram bertafakur sekiranya ada yang menghukumkan sesuatu itu, maksudnya... kena berpakaian hitam..mesti berdiri..dan banyak hal2 "mesti" dalam melaksanakannya.Bagi kita umat Islam memang tidak ada adat bertafakur ini, tapi menzahir serta melahirkan rasa simpati dan empati adalah dituntut.
Bagi aku peristiwa ini adalah satu penghormatan dari pihak kerajaan kepada rakyat biasa.

Jumaat, 22 Ogos 2014

GURINDAM PENEROKA PART 1

SUATU MASA DI SUATU KETIKA
Suatu masa di satu ketika
Mula berfikir ubah nasib keluarga
Risau nasib tak tentu hala
Peluang yg datang tidak dipersia
Tawaran diterima menjadi peneroka

Suatu masa disatu ketika
Datang bersama isteri tersayang
Di tempat baru mula bersemayam
Semak dan hutan semua ditebang
Mengharung nasib tidak terbayang.

Satu masa disatu ketika
Anak kecil menangis sayu
Ditengah malam lapar susu
Kepada siapa mahu mengadu
Jiran Prihatin  datang membantu           


Suatu masa di satu ketika,
Bangun pagi berbekal cekodok dan air kopi
Berjalan kaki berduyun pergi
Kepada Pegawai ladang mendaftar diri,
Kalau tak hadir maka tak ada gaji,

Suatu Masa di satu ketika
Isteri cuba membantu sama
Hiba sedih kendong bersama
Anak kecil ditinggal melara
Demi mencari hidup selesa.

Suatu Masa di satu ketika
Sistem Rocall ditukar sudah
Sistem Block mula diubah
Potongan paysheet ramai berbalah
Hati hiba pokok tak berbuah

Sebuah catatan dari anak Peneroka

BAHANA WEBCHAT

Kisah ini diceritakan oleh seorang pendengar,pada awalnya dia hanya menghantar sms ke sistem di konti,kemudian dia datang sendiri berjumpa denganku, katanya dah tak mampu menyimpan cerita yang terbuku dihati, di sebuah warung,mulalah dia bercerita bersama deraian airmata, apabila seorang lelaki bercerita akan kisahnya bersama esakan tangis,pastinya betul2 menyentuh perasaan dan ikhlas terpancar.
Beliau berasal dari Kuala Terengganu, telah 3 tahun mendirikan rumahtangga, melayari bahtera kehidupan bersama dengan gadis pilihan hati yang berasal dari Kedah, dikurniakan 2 orang anak, putra dan putri pengikat kasih sayang.Beliau bekerja siang malam bagi menampung keperluan keluarga. Beliau tidak membenarkan isterinya bekerja, mahu isterinya menumpukan perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar,lagipun kalau bekerja akan meningkatkan kos menghantar ke rumah pengasuh.
Oleh kerana tidak mahu isterinya bosan duduk dirumah, beliau mengesyorkan isterinya masuk dan bersembang dengan "group webchat" rakan2nya sendiri, pada awalnya tiada perubahan, lama kelamaan isterinya telah berubah, dari seorang isteri yg penuh kesantunan,menjadi garang dan meminta yang tak berpatutan..
Ramai juga rakan2 menasihatkan beliau dan bercerita perihal isterinya,tapi dia tidak mengendahkan hinggalah pada suatu hari dia balik awal kerumah tidak seperti biasa, alangkah terkejutnya apabila dirumah hanya ada dua orang anaknya sahaja, isterinya tiada dirumah, apabila dihubungi isterinya menyatakan dia pergi ke "Karaoke" bersama dengan rakan yang juga rakan baiknya.Pada malam tersebut berlaku pergaduhan, dengan penuh pertimbangan dia telah menceraikan isterinya, apa yg dikesalkan di akhir bicaranya , kawan sanggup meruntuhkan rumahtangga. Kini proses hak menjaga anak sedang dibicarakan...... 

PELIHARA JIN

Berakhirlah tugasan untuk minggu ini, pergggghhhh banyak juga cabaran yang mendatang, bab kata orang "kedatangan yang tidak diundang" Peristiwa yang tak dapat dilupakan sepanjang minggu ini dituduh memelihara jin... Tak faham saya pada mulanya, tapi setelah diterangkan barulah saya faham, kalau tidak kerana yang menuduh sedang dalam keadaan marah, mahu saya terguling-guling ketawa di pintu lif nak naik opis... Itulah cabarannya...

Rabu, 20 Ogos 2014

SIJIL SAKIT MALAS KERJA

Kajian oleh JobStreet.com mendapati 3 sebab utama pekerja kemuka cuti sakit:
1> Tiada keinginan untuk bekerja
2> Kepenatan
3> Berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.
Ini adalah kajian yang dilakukan oleh mereka yang berkompeten, bukan dibuat secara rawak.
Mereka yang seringkali mengumukakan sijil sakit ada dua kategori
a) Memang sakit
b) Memang malas nak bekerja
Jika betul-betul sakit pasti akan mendapat rawatan secara berkala,biasanya diketahui oleh pihak majikan atau rakan-rakan sekerja, tapi yang memang malas ini, mereka akan sering mendapatkan cuti sakit bagi menyambung cuti mingguan atau cuti kelepasan am.Ada majikan yang tidak membenarkan perkara ini berlaku sebagai contoh selepas cuti mingguan jika ada pekerja mengambil cuti sakit, ianya dikira "tidak hadir bertugas". Ramai juga yang memberitahu pihak pengurusan mereka cuti sakit sedangkan tak pergi pun ke klinik .Salah satu tempat saya bekerja dulu, sekiranya ingin ke klinik kerana sakit terlebih dahalu mendapat kelulusan dengan mengemukakan buku rawatan, jika mendapat "cuti sakit" perlulah diserahkan sijil sakit ( surat mc) pada hari tersebut juga sebelum tamatnya waktu pejabat, Langkah ini sememangnya berkesan.
Kepenatan dalam bekerja biasanya menghilangkan "mood" untuk bekerja, atau juga jika ada sesuatu kerja yang ada "dateline" akan membuatkan penat,resah dan risau, ia menjadikan fikiran jadi penat, langkah yang sering diambil  ialah pergi ambil "mc".
Sebenarnya perkara ini tidak timbul jika seorang itu mengambil pendekatan kerja itu adalah amanah dan ibadah, seronok dalam bekerja adalah faktor menjadi seorang itu produktif disamping mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak majikan

Selasa, 19 Ogos 2014

SIFAT PRIBADI MELALUI BULAN KELAHIRAN

PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN
KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros
JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas ,berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka munasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja
OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan
SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik
OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat
NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
anda berada di bulan mana??

Ahad, 17 Ogos 2014

MANA EMAK

Sebuah kisah mengenai MANA MAK??? baik jadikan renungan. Renung2kan.... Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu . Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak -anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 

Jumaat, 15 Ogos 2014

PILIH YANG MANA POLITEKNIK ATAU UNIVERSITI

Kebanyakan pelajar lepasan SPM lebih cenderung untuk memasuki UNIVERSITI atau MATRIKULASI berbanding POLITEKNIK.Namun pelajar tidak tahu tentang kelebihan memasuki POLITEKNIK yang ada di setiap negeri.ni antara kelebihan memasuki POLITEKNIK:-


1)Berpeluang melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI untuk menyambung pelajaran.
2)Mendapat peluang merasai kehidupan bekerja dalam latihan industri.
3)Sukatan pelajaran atau modul menepati piawaian.

Ramai pelajar peringkat SPM merasakan bahawa belajar di Universiti itu lebih gah jika dibandingkan belajar di Politeknik tanpa mereka menyedari bahawa mereka tetap bertaraf diploma, Jika keputusan SPM itu bagus dan terbaik tidak menjadi masalah, tapi ramai yang tersadai dah tak boleh "catch up" kerana cara pengajaran peringkat Universiti berbeza kerana ianya lebih kepada kajian,analisa dan juga ujian. Jika di Politeknik mereka lebih kepada Amali dan praktikal. Otak lebih bersedia dengan perkara-perkara yang dilakukan secara rutin yakni membentuk pengajaran melalui Pengalaman. Saya menpunyai seorang "Adik" yang sekarang belajar di Peringkat Ijazah dalam " Elektrikal Engineering" Satu Bidang yang memang mencabar dan memerlukan otak yang bijak.Kalau diikutkan keputusan SPM dia hanya lepas "halkum".Bermula Di Politeknik di peringkat sijil,kemudian diploma sekarang ijazah.Bila saya tanya kepada beliau "Boleh ke"... dengan yakin dia jawab, "Boleh... sebab dah buat masa kat Politeknik"
Memang dia akan ketinggalan setahun dari rakan-rakan yang sama-sama menduduki SPM tapi bila peringkat Ijazah dia tak pernah "repeat paper" dan keputusannya boleh dibanggakan dengan jurusan yang sukar tersebut.

SERONOK BUAT SEKS

Mencari kegembiraan dalam hidup,cuba mendapatkan kebahagiaan dan kesenangan itulah adalah impian setiap manusia.Cuma kita tidak tahu bagaimana?.. Mari dan sertai..Jom!!!  Amalkan SEKS .. Kita perlu Sentiasa dan kerap melakukannya jika kita tahu amalan ini sangat menyeronokkan serta memuaskan secara fizikal dan mental.
Seronok tau kalau kite tau cara menikmatinya ..
 

JOM kita buat sama2 ..
biar saya ajarkan ..
S: Solat lima waktu
E: Elakkan diri dari maksiat
K: Kekalkan keimanan
S: Selawat ke atas Nabi Junjungan kita ..


betul tak ??  ape senyum-senyum tu ??
pasal ni laju je,semuanya membaca yea hahaha!!!!
‪#‎alang2‬ dah buka , share la kt orang ramai .. dapat juga pahal.

SAYA DJ RADIO KAMPUNG

Menamatkan Tugasan Jam 2 pagi..Berakhirlah tugasan bagi minggu ini.. Dalam minggu ini ada beberapa perkara yang menjadi teladan sebagai dj disebuah stesen yang kecil..

1." Tak best lah Dj ni.. entah apa2" .. Ungkapan yang biasa kedengaran jika seseorang mendengar Radio, ditambah sewaktu mendengar fikiran sedang kusut..Diakui itu antara cakap2 yg biasa terkena pada sesorang Dj.

2." Sy Monitor waktu awk bertugas" seperkara yang sy takuti dari dulu, bukan takut menghadapi,,,tp takut pada perkataan itu, kerana apabila "dimonitor" segala bentuk penyampaian akan diteliti.

3." Minta no caller atau yg hantar sms tu tadi " Memang ini menjadi trend mereka yang "Lapar"atau merasa terlalu kesepian atau mungkin jua terdesak mahu berteman,biasanya orang begini tak mesra dengan orang2 kampungnya ataupun rakan sekerja,bukan saya maksud semua tapi kebanyakkan begitulah,apa yang saya tulis ini berpandu pada pengalaman hidup, nak berkawan?.. sekiranya betul dan jujur nak  berkawan itu tak menjadi hal, bagus!!! menambah kawan, tapi kebiasaannya akan jadi medan untuk berfitnah,Dj pulak yang jadi "Operator".. Memang ada dikalangan Dj yang buat begitu tapi itu hak masing2, tapi tidak bagi sy...Lagipun zaman sekarang berbagai kaedah dan ruang untuk mencari kenalan... Bukan zaman " Kembang Setaman"

Khamis, 14 Ogos 2014

BURUNG KETUA KAMPUNG

Santai2 di waktu petang, sambil menyiapkan susunan lagu sebelum bertugas.... Meh !!! Saya kongsikan cerita ni.... tiada kene mengena dengan sesiapa..
 Hobi ketua kampung adalah memelihara burung.
Pada suatu hari kesemua burungnya hilang. Oleh kerana ketua kampung tersangat marah, dia mengumpulkan penduduk kampung. Hampir 200 penduduk datang ke balai raya....

Ketua kampung : Siapa ada Burung?
Semua lelaki yang hadir terus berdiri

Ketua kampung sedar yang cara dia bertanya salah .....
Ketua kampung: Bukan burung itu maksud saya .. Siapa pernah nampak burung?
Semua wanita berdiri.

Ketua kampung bertambah marah...
Ketua Kampung : Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya ?
Setengah wanita berdiri...

Ketua kampung semakin gugup...
Ketua kampung: maaf skali lagi... Maksud saya adalah, siapa pernah tengok burung saya?
5 orang wanita berdiri..

Ketua kampung segera lari lintang pukang kerana dikejar oleh isterinya..
*Nama Ketua Kampung dirahsiakan*.

GANGGUAN AWAL JIN....SYAITAN


SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITAN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Kredit kpd page : Kami bersama ulamak

Rabu, 13 Ogos 2014

GUEST HOUSE / RUMAH PENGINAPAN

 Pandangan Depan / Front View
 Bilik Tidur / Bedroom
Bilik Tidur Utama / Master Bedroom

Luar Rumah / Outside


Tercari tempat penginapan jika berkunjung ke Kelantan? Pencarian anda dipermudahkan, berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Selesa,Harga murah dan Rumah Banglo Corner Lot

"IRA FATHIRAN GUEST HOUSE"
HANYA 1.5 KM DARI PUSAT BANDAR KOTA BAHARU
HANYA RM200 SEMALAMAN.
3 BILIK TIDUR / 3 BILIK AIR.
BERHAWA DINGIN.
BERMINAT UNTUK BERCUTI DI KELANTAN SILA HUBUNGI +60145282717
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Find good places to stay if visiting Kelantan? You searched simplified, near Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Comfortable, cheap and House Bungalow Corner Lot  
 "IRA FATHIRAN GUEST HOUSE"
JUST 1.5 KM FROM THE CENTER OF TOWN KOTA BHARU,KELANTAN
RM200 /DAY
3 BEDROOM / 3 BATHROOM.
Conditioned.
INTERESTED FOR HOLIDAYS IN KELANTAN PLEASE CALL +60145282717

MEGI KETAM

Oleh kerana ni saya ni pernah menetap di Kelantan, ramai rakan2 yang bertanya tentang Megi Ketam, Sedap sangat ke ??..camana rasanya??.. Semasa Di Kelantan, Tempat yang mula2 popular Makanan ini ialah di Kawasan Semerak, Tok Bali Pasir Puteh Kelantan, Kemudian baru ke kawasan2 lain di Kelantan kemudian merebak ke Terengganu. Biasanya mereka menggunakan KETAM NIPAH sebagai resepi utama.Silap pilih KETAM masalah juga, Jika Ke Kelantan Sila2 mencuba...Harganya boleh tahan!!!..Antara RM8 Hingga RM18 semangkuk.......

SUNGAI PAHANG DALAM NEGERIKU

Sungai Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung, panjang dicatat sejauh 459km, bermula dari pertembungan dua sungai iatu sungai Jelai dan Sungai Tembeling, berbagai kisah dan riwayat diceritakan mengenai Sungai Pahang, dari Kisah Naga, Lagenda Buaya dan Harta Karun. Uniknya percakapan Loghat Orang Pahang bergantung kederasan air sungai yang mengalir, Setiap kampung dan kebanyakkan perniagaan berkait rapat dengan sungai pahang, Tomanlian berlaga ketika musim kemarau, ikan Tapah mudik ke hulu ketika musim tengkujuh, semuanya berkaitan rapat dan ada cerita misteri dan mistik sebaliknya sebagaimana misterinya :-
Ketika air besar, segala yang terkandung dalam Sungai Pahang akan tersimpan rapi, menjadi rahsia, tapi bila tiba musim kemarau, segala jenis yang berada dalam Sungai akan kelihatan, pungkor,kayu hanyut, rebe akan terbongkar segalanya.... begitulah sungai pahang mampu menyimpan rahsia juga boleh membuka pekung.

Selasa, 12 Ogos 2014

TIKAM EKOR ATAU TIKAM KEPALA

Berkumpul ramai-ramai, tikam!!!! tikamm!!! tikamm !!! kita tengok siapa yang kene??? itu antara dialog dari Filem P.Ramlee. Walaupun seperti permainan, tapi unsur judi yang diterapkan dizaman kanak-kanak, berhabis duit belanja sekolah semata-mata nak tikam sebab nk dapatkan hadiah yang berupa barang mainan.Ini kisah kenakalan kanak-kanak sebelum era y2k.. Zaman itu mana ada gadget yang berbagai sepeti zaman sekarang.

Isnin, 11 Ogos 2014

JUJUR DAN SETIA

Ramai orang boleh bercakap tentang kejujuran tapi perlu diingat kejujuran itu bukan berkenaan dengan sebutan atau tutur bicara, tetapi kejujuran itu berkenaan dengan diri sendiri, berkenaan dengan apa yang ada dalam hati.
Jujur itu tiada penanda aras dan pengukurnya kerana ianya dalam jiwa dan sifat kebaikan yang ada.

Singkap Tabir Rindu

Sebuah Gambaran jiwa, Dihanyut rasa resah kerana rindu,
Masih  ku cinta kau tetap rindu,walau memisahkan tapi cinta akan tetap
Hidup belum berakhir selagi itu rasa tetap ada,
Sesaat tidak dilupakan, jiwaku rasa sepi jika wajahnmu tidak dipandang
Sekelip mata tetap ku mahu menatapimu..

Ahad, 10 Ogos 2014

BAHAGIA ITU MUDAH DERITA ITU SUKAR.

Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga. Mendengar suami masih mendengkur di sebelah bererti kita masih punya suami. Mendengar ayah dan mak menegur dengan tegas bererti kita masih punya mak ayah. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat nanti. Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti masih  mampu bekerja keras.Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita ada teman. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup. Mencuci dan meng "iron" timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita ada tempat tinggal. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti kita  masih lagi mendengar. Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti masih hidup lagi.Siapa yang membaca tulisan ini bermakna ada yang sudi membaca, Seharusnya Bersyukur dengan Nikmat yang dipinjamkan, Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.Ayuh kite sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tnpa brfkir hikmah di sebaliknye...Semoga yang membaca ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian.

Sabtu, 9 Ogos 2014

KAIN BARU JADI BURUK

Lembaran baru lambaian terakhir, setiap permulaan pasti ada akhirnya, kerana sifat kita bukannya kekal dan abadi selamanya.Pergi dan datang silih berganti, yang lama tidak sama dengan yang baru, patah tumbuh hilang berganti.
Pada awal kedatangan itu disambut dan pemergian dirindui merupakan kaedah atau ciri mereka yang baik dan bagus, tapi jika pemergian itu tidak dirasai, malah kehadiran tidak terkesan dalam apa keadaan adalah "Penanda Aras" mereka yang tidak ada fungsi, umpama melukut ditepian gantang.Berguna ketika baru dijadikan sebagai penghias didepan, berguna ketika buruk dijadikan pencuci periuk walau dicampak dihujung pintu.

Jumaat, 8 Ogos 2014

KAJANG PAK MALAU.

Bila perkataan " Kajang Pak Malau" saya jadikan kata kunci untuk pendengar membuat panggilan ketika ke udara ada juga yang bertanya kenapa menggunakan kata kunci dan kenapa kata kunci itu digunakan :
Jawapan dia mudah je :-
1. Sy mahu memastikan yang membuat panggilan ke konti itu adalah mereka yang memang mendengar radio waktu semasa, buka mengatakan semua tapi ada segelintir "caller" ini sudah menjadi kesukaan mereka membuat panggilan kesemua stesen radio padahal mereka tak dengar pun.
2.Saya mahu mengajak pendengar berfkir secara simbolik akan perkataan " Kajang" itu.. bukan sahaja berkenaan dengan perahu atau helaian kertas tapi lebih kepada pergolakkan yang berlaku sekarang yang bermula dari "Kajang". Tidak perlu berpolitik atau mempolitikan atau masuk ahli politik untuk menjadi seorang yang berfikir tentang politik.
Bukanlah saya ni orang yang bijak atau ramai pengikut, tapi sekurang2nya dapat saya membuat hanya seorang berfikir sudah mencukupi.

Khamis, 7 Ogos 2014

G.I.G.O

Idea yag datang itu adalah anugerah, sebagai pekerja kadang2 kita diminta menyuarakan pendapat dan idea untuk kebaikan bersama, ada syarikat yang besar2  menggalakkan pekerjanya menyertai atau menganggotai kumpulan peningkatan prestasi..atau biasa disebut sebat sebagai QCC..
Pengalaman saya bekerja dulu, disebuah syarikat antara yang terunggul di Dunia telah mengajar bagaimana untuk berfikir secara rasional dan berkesan, berbagai kaedah diajar dan dalam keterpaksaan waktu itu saya belajar... dan akhirnya saya mengerti dan menyedari kepentingan, Apa jua kempen atau yang dilakukan oleh kakitangan kerajaan di era ini telah saya lalui..
Saya bertuah dulu kerana menpunyai seorang boss yang berfikir untuk 10 dan 20 tahun kedepan tapi masih lagi mengekalkan konsep " Back to Basic"
GIGO.. Garbage In Garbage Out... memang sering berlaku kalau kita menghantar "proposal" kepada mereka yang di "atas".. kerana siapalah kita untuk mereka mendengar pendapat. Bila panggil (Upah) konsulatan luar, benda yang kita cadang itu jugalah yang bulat2 diikut, jadi jika berlaku GIGO kepada rakan2 terutama mereka yang minat berkarya jangan mudah putus asa.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...