 |
| CERMIN GELAP |
ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal
ini
seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana
kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan
barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta.
Malah
konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana
telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga
penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra
pengguna. Dalam
konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh
pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
•
Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan
jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang
boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara
kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula
dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar
bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor
jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih
yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan
terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak,
modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab
utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
•
Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup
besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup
barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang
yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas
ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang
mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
•
Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini
jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang
ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza
kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap
sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan
milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat
pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
•
Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa
peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain
tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan.
Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan
negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta
yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar
kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang
cuba
diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka
dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau
membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang
dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu
lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar
kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ
menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam
masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber
rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan
slogan
kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman
dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?
Jangan Terus Meroyan... Apa Peruntukan Undang-undang
Sebelum kita berbicara mengenai
cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah
yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1)
dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis
Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap
ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (
windscreen)
hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin
sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat
pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20%
memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi
semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau
kanan pemandu.
Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan
Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa
kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut
dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
- Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
- Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
- Pemangku Raja sesuatu Negeri .
- Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
- Bakal Raja sesuatu Negeri .
- Bekas Raja sesuatu Negeri .
- Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
- Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
- Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
Adakah terdapat pengecualian bagi penggunaan cermin gelap?
Di bawah Kaedah 11(c) Kaedah-Kaedah
Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991
memperuntukkan kuasa Menteri memberi kebenaran secara bertulis untuk
penggunaan cermin gelap.
Di bawah peruntukan itu, Menteri
mempertimbangkan penggunaan cermin gelap yang dipohon atas sebab-sebab
kesihatan dan keselamatan pemohon.
Bagi tujuan permohonan penggunaan
cermin gelap kerana mempunyai masalah kesihatan, pemohon boleh
mengemukakan permohonan penggunaan cermin gelap kepada Ketua Pengarah
Pengangkutan Jalan Malaysia untuk kelulusan Menteri Pengangkutan.
Pemohon boleh dapatkan borang khas
permohonan penggunaan cermin gelap di alamat berikut; Bahagian
Penguatkuasa, JPJ Malaysia, Aras 1, Blok D4, Kompleks D, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62620 Putrajaya.
Sekiranya cermin gelap tidak
dibenarkan, mengapa terdapat kedai aksesori kenderaan menawarkan
pemasangan cermin gelap dan terdapat kedai berkenaan yang mendakwa
mendapat kelulusan JPJ?
Dengan adanya permintaan daripada orang
awam, bertambahlah kedai yang menawarkan penjualan dan pemasangan
cermin gelap di pasaran.
Terdapat berbagai-bagai jenis material
yang digunakan untuk menggelapkan cermin kenderaan. Selain itu,
kemasukan kenderaan import yang dipasang siap dengan cermin gelap
menjadi faktor penggalak kepada penggunaan cermin gelap.
Adalah tidak benar dakwaan bahawa JPJ memberi kelulusan kepada mana-mana kedai aksesori bagi tujuan pemasangan cermin gelap.
Namun demikian, adalah tidak menjadi kesalahan jika pemasangan yang dilakukan mematuhi ketelusan cahaya yang dibenarkan.
Terdapat kenderaan yang diimport di mana cermin gelap telah siap dipasang di kilang. Adakah ini juga menyalahi peraturan?
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca
Tertentu) 1991, ketelusan cahaya hendaklah mematuhi peruntukan di
bawah kaedah tersebut, tidak kira sama ada ia kenderaan import atau
sebaliknya.
Untuk tujuan pendaftaran, setiap
kenderaan import dikehendaki menjalani pemeriksaan khas di Pusat
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum
ia didaftarkan oleh JPJ.
Sekiranya didapati kenderaan tersebut
tidak mematuhi Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai
Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kenderaan tersebut tidak akan
didaftarkan sehinggalah pemilik berdaftar menukar cermin kenderaannya
itu.
Sekiranya seseorang itu
memasang cermin gelap yang tidak mematuhi peraturan atau tidak
mendapat kelulusan, apakah denda yang akan dikenakan terhadapnya?
Denda atau kompaun yang boleh
dikenakan bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM500 atau
penjara tidak melebihi dua minggu.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya,
denda yang boleh dikenakan adalah tidak melebihi RM1,000 atau penjara
tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanakah proses pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa JPJ ke atas kenderaan yang menggunakan cermin gelap?
Anggota penguat kuasa JPJ akan menahan
kenderaan tersebut dan mengukur tahap ketelusan cahaya dengan
menggunakan alat pengukur khas.
Sekiranya keputusan ujian didapati
gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yang ditetapkan, anggota penguat
kuasa JPJ akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan Motor
dan mengeluarkan saman kepada pemandu pemilik serta merta.
Pemilik kenderaan diberi tempoh 10 hari
untuk menukar keadaan cermin kenderaan tersebut dan diminta hadir di
mana-mana JPJ berdekatan untuk pemeriksaan semula.
Kegagalan mematuhi notis tersebut dan
kegagalan menyelesaikan saman dalam tempoh masa yang ditetapkan,
mengakibatkan kenderaan terbabit disenaraihitamkan oleh JPJ.
Justeru itu kami ingin bertanya:
APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?
Jika BOLEH:
Alasan
yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan
tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard.
Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk
berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai
pengguna.
Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai
pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan
SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.
Kalau kita kalah pun hanya
perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi
ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit
sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan
dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu
lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang
kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini.
Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau
‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama
digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.
Mengenai
cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan
cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan
kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal
sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di
kenderaan mereka.
Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan
citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan
menganggu orang awam.
Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.
P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.