Rabu, 21 Oktober 2015

Selok kero

Kera atas pokok
melompat dan duduk
malu tapi tak menyorok
hidup berpuak dan berkelompok
mendapat bunga
senyuman hingga ketelinga
namun tidak bermakna
kerana bunga dipersia.
kena belacan dibadan
terkinja tak keruan
membawa diri ke hutan
namun ada yg menyusukan
kera dan kero hnya ungkapan
Binatang mahkluk tuhan
ada perasaan walau kurang akal..
kalangan mereka tetap mereka
kalangan mereka ada manusia

--------amiey---------

Jumaat, 16 Oktober 2015

MANIS.FM siapa tuannya.

Betul ke stesen radio tempat kau kerja akan dibeli sykt taikon telekomunikasi?.. itu adalah antara soalan yang sering ditanya oleh rakan-rakan ketika bersua dengan mereka.. untuk menidakkan memang perkara tu telah tersebar..untuk aku mengiyakan..aku sendiri tak pasti duduk perkara yang sebenar.. jika dibeli oleh syarikat yang dikatakan itu..persoalannya dimana akan beroperasi.. jika difikirkan dari segi logistik.. di Kota Bharu dan Kuala Terengganu sudah pun ada stesen radio milik syarikat terbabit.. maka tidak mustahil jika operasi berpindah ke Kuantan.. tentang dj atau penyampai rasanya akan dibuat sepertimana lazimnya iatu berdasarkan rating dan "performing" sealiran dengan kehendak syarikat.. ada dua bulan lagi yang menentukan segalanya.. jika seperti yang dijangka..maka 2016 akan bermula satu lagi lembaran dalam dunia pekerjaan.

Khamis, 3 September 2015

RAKAN,TEMAN DAN SAHABAT

" TIADA LAGI KEMESRAAN SEPERTI DAHULU" antara kandungan yang terdapat dalam lirik lagu hati luka nyanyian Joe Salim Kumpulan Matahari pada era 80an.. Sahabat itu bukan berkenaan dengan keakraban atau tumpuan pada rujukan tapi lebih kepada adunan rasa berbagai variasi yang hadir tika memerlukan pertolongan..sahabat itu adalah datang dari sekumpulan rakan yang kita punyai.
Melupakan seorang sahabat mungkin tidak berlaku tapi yang berbeza cara mengingati. Seorang sahabat tidak akan terlalu bermonolog dalam irama melankolik atau merayu hiba kerana sahabat akan tetap ingat walau seakan KIAN JAUH dan KELIHATAN kian pudar...
Tidak ada masa tercepat dan insan yang terlewat kerana semua adalah dalam peracanganNYA. Mungkin  kita cuba mengikut jejak ombak pantai.. Bagaikan lilin terbakar memberikan cahaya penuh rela..itulah seorang sahabat sejati.

Selasa, 18 Ogos 2015

JANDA YANG DAHAGA

Cerita 18sx
Janda Yang Dahaga;
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru saha ja kematian suami. jadikan sempadan ya….
Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan kerana pemuda- pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun….hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam …Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu… Pada satu malam, kira-kira pukul 2pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas….tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur.. sampai di dapur…beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang ke dalam cawan dan meminumya…Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula…
Sekian terima kasih, itulah kisah seorang janda yang dahaga………..
Wah, sepenuh hati mambaca nya. .. terKenaaa !! padan muka .. ..

Khamis, 16 Julai 2015

HARI MELEMANG

Biasa hari terakhir di bulan ramadhan adalah hari yang paling sibuk di kawasan kampungku.. dari pagi sudah bemula proses membuat lemang... keseronokan makin bertambah jika dilakukan secara "Berderau" atau gotong royong.. mencari buluh..merendam beras pulut..mesin kelapa..meramas santan.. semua dilakukan gotong royong antara jiran sekeliling..walaupun masing2 menyediakan lemang tp tetap bertukar tukar lemang bila semuanya sudah masak.. yg membezakan adalah pencicahnya..ada rendam ayam..daging atau kaedah masakan lain..

Selasa, 14 Julai 2015

REHAT SEKETIKA JIKA MENNGANTUK

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA.

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep.
Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang.

Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan kosong, tersengguk atau terlelap dalam tempoh yang amat singkat antara 2 ke 30 saat sahaja. Ia biasanya diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh ataupun menggunakan komputer dalam jangka masa yang panjang. Ataupun apa-apa aktiviti yang berbentuk 'monotonous'. Contoh paling mudah ialah memandu di jalan yang lurus.

Selain itu, microsleep juga boleh berlaku kepada mereka yang kurang tidur, kemurungan dan secara psikologinya penat. Tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar sekiranya ianya berlaku semasa anda sedang mengadap komputer atau sedang duduk-duduk tetapi sekiranya anda sedang memandu, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Microsleep menyebabkan keadaan di mana sesuatu perlakuan yang sedang dilakukan itu terhenti/terganggu (suspended) secara tiba-tiba (behavioral microsleep) yang mengakibatkan dalam kes pemanduan, kemalangan ataupun hampir kemalangan.

Mengikut satu kajian yang dijalankan pada pemandu trak di UK dari tahun 1995 hingga 2001, hampir 20% kemalangan adalah disebabkan keletihan dan satu pertiga dari jumlah itu adalah disebabkan oleh fenomena microsleep ini. Dilaporkan di US sahaja, anggaran 40,000 kecederaan dan 1500 kematian di jalanraya adalah diakibatkan oleh fenomena pemandu yang mengantuk atau tertidur semasa memandu. Itu tidak lagi termasuk satu lagi hasil kajian yang menunjukkan 55% pemandu memandu dalam keadaan mengantuk (sleepiness/drowsines) dan 23% mengaku pernah tertidur semasa memandu.

Adalah amat penting bagi kita yang semestinya teruja memandu pulang ke kampung dan melawat sanak saudara untuk memastikan bahawa kita dalam keadaan yang bagus untuk memandu. Jangan dalam keterujaan kita itu, kita terlupa tentang peri pentingnya rehat dan tidur sekejap.
Salah satu yang mungkin kita boleh amalkan untuk mengelakkan kepenatan dan perasaan mengantuk yang melampau dalam kesibukan berjalan raya ini ialah dengan mengamalkan power napping.

APA ITU POWER NAP?

Power nap ialah perlakuan tidur sebentar antara 15-30 minit yang dilakukan untuk mengembalikan semula ketajaman minda dan 'physical performance'. Masa yang terbaik untuk melakukan power nap ialah pada waktu tengahari. Bagi kita umat Islam, perkara ini bukanlah sesuatu yang asing kerana ia adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Waktu terbaik adalah bergantung kepada masa yang kita ada dan bagi orang Islam, masa yang digalakkan untuk melakukannya ialah waktu sebelum Zuhur (Qailullah).

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap ini adalah sangat baik untuk minda, fizikal bahkan dari segi emosi. Sains menyarankan tempoh optima melakukannya adalah antara 15-20 minit sahaja.

Perlakuan ini tidak digalakkan dilakukan lebih dari itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama di waktu tengahari akan menyebabkan otak anda lebih lambat untuk berfungsi secara optima semula seolah macam komputer yang lambat 'loading'. Jadi mungkin anda boleh amalkan ini.
Berhati-hari di jalan raya dan selamat memandu.

INGATLAH: 2 saat sahaja sudah cukup untuk malapetaka.

Ahad, 12 Julai 2015

AKOK KEDUT

Pertama kali makan kuih akok semasa berada di Kota Bharu memang sedap..sebelum pada itu memang pernah merasai tapi tidak sesedap yang asal dari Kelantan.
Dari segi rupanya memang tak menyelerakan sebab cam kecut je..tapi bila makan..memang sedap..manis dan lemak sekata..lembut dan paling best rasanya.. sejak itu aku mula memilih tempat yang sedap kerana tidak semuanya memenuhi citarasa.kalau kat kawasan Selising kena berbaris tak pun tempah dari awal... itulah istimewanya kuih akok..

Jumaat, 10 Julai 2015

GURAU SENDA YANG MELAMPAU

Sekadar gurauan tahap poyo...
Seorang doktor Britain berkata: "Perubatan di Britain sangat maju kami pindahkan buah zakar seorang lelaki pada lelaki lain. Dalam masa 6 minggu lelaki itu boleh berjalan dan mencari kerja".

Doktor Jerman pula berkata:
"Itu takda apa2. Di Jerman kami ambil sebahagian otak seorang lelaki dan pindahkan pada lelaki lain. Dalam masa 4 minggu lelaki itu boleh berpikir dan mencari kerja".

Doktor Rusia pula berkata:
"Tuan2, kami ambil sebelah hati seseorang dan letak di dalam dada orang lain dan dalam masa 2 minggu dia boleh melintas jalan dengan berhati-hati dan pergi mencari kerja".

Doktor Korea pula berkata:
"Doktor2 semua itu teramat lah biasa, kami ambil keseluruhan akal seseorang dan pindah kepada orang lain dan dalam masa 1 hari dia boleh biarkan isterinya bershopping dan dia tidak bekerja".

Lalu Doktor Malaysia ketawa:
Kamu semua di belakang kami!
4 tahun yang lalu kami ambil seseorang yang tiada sebahagian otak, tiada sebelah hati, tiada buah zakar juga tiada keseluruhan akalnya and jadikan perdana menteri negara!
Kini seluruh negara mencari kerja!!!!

Selasa, 7 Julai 2015

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:
01: Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
02: Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
03: Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
04: Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
05: Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
06: Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..

Rabu, 1 Julai 2015

PILIH TELUR BUAT BAHULU

Bila memasuki pertengahan bulan ramadhan..maka tuk aku ( Nenek ) mulalah sibuk.. antara kesibukkan ialah membuat kuih bahulu..yang jadi mangsa adalah aku..maklumlah aku je lah cucu yang tinggal dengan dia waktu tu..walaupun masih kanak2 tapi aku faham dan menurut perintah.. biasanya mencari sabut kelapa untuk membakar kuih bahalu adalah tanggungjawab aku.. antara bahagian yang aku malas sekali ialah untuk "memutar telur" lenguh bahu..selagi tak naik lagi tulah kena memutar.
Tapi pemilihan telur juga penting..kerana itulah yang menyedapkan kuih bahulu..cara nak pilih telur yang baik ialah... Setiap telur itu di rendam dalam air.
1. Tenggelam semua adalah telur yang baik, tenggelam secara mendatar.
2. Tenggelam sebahagian.. kurang sikit mutunya.
3. Jika telur itu timbul maka memang kualiti out...

Hehehhehe itu kaedah memilih telur... selamat mencuba...


Ahad, 28 Jun 2015

SEBATANG TONGKAT UNTUK BERDIRI

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenagamu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri
Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu
Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri
Selama ini

MENGENAI BADAN KITA.

BADAN KITA...

..Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

.. KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

.. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

..KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

.. SAKIT TAPAK KAKI :
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

.. SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

.. RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

.. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

..TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

.. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.

.. BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

.. RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

..MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

.. MUNTAH DARAH
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

..LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

..KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

..KENCING

.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

.. AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
.. AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

.. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

..AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

..BUANG AIR BESAR

.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

..SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

..NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

.. NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

.. BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.

..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

.. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

..BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

.. BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

.. RASA TAKUT MENGEJUT: .
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

.. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

.. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.

.. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

BUBUR PULUT HITAM

Bubur pulut hitam adalah antara makanan kegemaranku.Biasanya orang jadikan sebagai pencuci mulut lepas makan..tapi aku..bubur ini sebenarnya sudah mengenyangkan dan dijadikan menu berbuka puasa..Apa yang lebih mengembirakan ialah harganya masih murah dijual bazar ramadhan di kampung tempatku menyewa..semangkuk plastik dengan harga RM2.. berbanding diluar dengan harga 4 ke 5 Ringgit.

Sabtu, 27 Jun 2015

IMBAU RAMADHAN.

Syukur...hari genap hari ke 10 ramadhan 1436H...sebenarnya hari ini ada program berbuka puasa di hotel bagi meraikan anak2 yatim.. seperti biasa pada majlis begini bantuan akan diberikan kepada mereka..aturcara majlis berakhir agak awal..jadi aku mengambil keputusan utk pulang berbuka di rumah.. singgah sebentar di bazar ramadhan..tapi tiada yg menarik minat utk membuka selera.. balik kerumah hanya ada biskut.. biskut pun biskut lah.. tika menyuapkan biskut ke mulut tertiba air mata mengalir..adesss!!!!.. masuk habuk pulak.
Terimbau zaman kanak2.. waktu itu arwah mak dan abah baru masuk peneroka..zaman susah..makan nasi campur air gula pun biasa.. org susah zaman skrg makan nasi ngn kicap..tp aku waktu tu..kicap pun tak pernah tengok.. berbuka puasa dengan air telaga menjadi lumrah.. begitulah kedaifan dan kesukaran hidup peneroka sekitar tahun 80an dan seawal 90an.. sebagai anak yg dibesarkan dlm masyarakat peneroka..aku begitu memahami dan terkesan rasa dalam sanubari...

SEBAB KITA DIGIGIT NYAMUK.

Sukalah saya kongsikan kali ini berkenaan dengan kenapa kita disukai oleh nyamuk.. Pernah duduk ramai-ramai bersama kawan.. kita je yang bertepuk tampar dengan nyamuk tapi kawan2 yang lain tak  pulak bersilat cam kita... rupa2nya nyamuk pun pandai memilih... CIRI YANG MENJADI PILIHAN NYAMUK :-
1. Adalah disebabkan kategori jenis darah.. Mereka yang berdarah jenis "O" paling digemari oleh nyamuk diikuti jenis B dan A... Jadi kalau kita jenis darah A duduk serumah dengan yang berdarah B atau O kita adalah pilihan terakhir nyamuk hehehhe..

2.Mereka yang berkulit lembut lebih disukai oleh nyamuk... beriya-riya kita nak kulit gebu..rupanya bukan sahaja menjadi pujaan manusia tapi jua nyamuk.

3.Mereka yang mudah berpeluh adalah kegemaran nyamuk.. nyamuk ni dia suka pada manusia yang suhu badan mereka agak tinggi..bukan demam ye.. sebab mereka yang sakit memang tidak disukai nyamuk.

4.Menpunyai paras kolestrol dan steroid yang tinggi dalam badan adalah kesukaan nyamuk.

5.Wanita yang mengandung lebih cenderung untuk menarik perhatian nyamuk dari wanita yang dalam "haid" heheheh.. rupanya nyamuk pun pandai memilih.

6.Mereka yang gemar meminum alkohol adalah yang menjadi pujaan sang nyamuk....

7.Seperkara yang perlu diketahui ialah mereka yang menpunyai bau kaki yang kuat..disukai oleh nyamuk... tak percaya..boleh cuba antara kawan2 yang ada cagu dikaki... sure nyamuk akan pilih dia dari kita.

Itulah antara punca kenapa nyamuk suka pada kita... Teringat pada kata2 budak kampung nak cakap bandar. NYAMAK BESAR BESAR SINI DUK KENTIK SAYA... hehhehehe...sekian

Khamis, 25 Jun 2015

LEMANG RAMADHAN

Memang bercadang nak cari lemang untuk juadah berbuka... hajat itu kesampaian bila berkunjung ke bazar ramadhan Pengadang Baru.
Tetapi hanya rasa lemang tapi kelazatan dan enaknya lemang itu tidak dirasai.. kurangnya rasa lemak masin yang menjadi teras rasa kepada lemang.. hihihihi cerewet juga aku ni ek!!!..

Kisah Bazar Ramadhan

Syukur.. sudah seminggu menjalani ibadah puasa..rukun islam yang ke 3.. selama seminggu ni berkesempatan sekali mengunjungi bazar ramadhan di tepian padang MPK berhampiran masjid negeri kawasan dataran kerang Kuantan.Niat hati nak merasai masakan "ori" orang pahang.. memang dah "aimed" nak siput sedut dan daging salai masak lemak cili api untuk juadah berbuka.. kebiasaan terdahalu..peniaga akan bertanya " Nak berapa ringgit?" tp itu tidak berlaku kini.. cuma bila aku tanya..berapa ringgit sesenduk.. jawab peniaga dengan rasa yakin.. 5 ringgit... Makk aiii.. banyak manalh sesenduk dengan nilai sebegitu... terus mood untuk aku membeli terbantut.. kerana terkejut.. nampak gayanya terpaksalah aku membeli nasi goreng mentimun letak asing.... aduhaiiiiii bazar ramadhan kali ini..

Jumaat, 19 Jun 2015

RAMADHAN TIBA LAGI.

Alhamdulillah dapat lagi kita bersua untuk ramadhan kali ini, semoga dapat mengimarah dan mendapat keberkatan dalam bulan yang yang paling mulia di atara bulan-bulan yang lain.
Setahun sudah berlalu sebenarnya, Kini saya masih lagi ditugaskan untuk segmen " GERAK SAHUR" semoga dipermudahkan untuk saya melaluinya.
Ada rindu pada mereka yang sentiasa bersama tiap saban tahun untuk segmen ini, ramai juga yang telah kembali menemui yang maha esa, masih tergiang suara2 mereka di telinga ini. AL-Fatihah untuk yang sudah pergi termasuk bonda dan ayahanda saya.. memori bersama mereka akan tetap dalam ingatan.. hingar bingarnya tika berbuka dan bersahur..waktu kanak2 saya selalu mengejutkan jiran2 saya tika bersahur dengan mengetuk tin pada tempayan... kini saya lakukan sekali lagi di corong radio... semoga mendapat keberkatan akhir kata saya ingin memerik kata2 yang dilontarkan oleh Pak Ngah @ Farid Ismeth : RAMAI MANUSIA MAHU MASUK SYURGA TAPI RAMAI ANTARA MEREKA TAKUT MATI... Ahlan Ramadhan.

BIACARA MANIS MENGHIRIS KALBU.

Satu per satu teman
Ada disekeliling mu
Satu per satulah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa

Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah... dari merana

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu

Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan

Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan mata mu

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah...
Dari merana

Ahad, 31 Mei 2015

Turun Padang

Sesekali ada masa turun mengendalikan majlis perkahwinan memang menyeronok dan boleh berjumpa dengan orang ramai dan beramah mesra.
Sebagai seorang dj radio.perlu sebenarnya turun atau berada dlm majlis sebegini bagi meningkat keupayaan sebagai penyampai...dengan cara ini keupayaan akan teserlah.

Khamis, 28 Mei 2015

Jari dan tapak tangan

Jarang antara kita yang memanjakan diri  sendiri lantaran kesibukan yang kita ciptakan sendiri.Manja yang saya maksudkan bukan bermanja atau manjakan diri dengan orang lain tetapi menjaga kesihatan tubuh dengan cara tradisional warisan terdahulu..bukan susah pun kalau tahu teknik dan kaedah yang sesuai..ramai antara kita lebih mengutamakan wajah atau bahagian muka tetapi meminggirkan yang lain...lihat gambar dan cuba amalkan..tak perlu lama lama cukup sekadar dalam 10 minit dan 3 atau 4 kali seminggu.

Rabu, 27 Mei 2015

Menu orang kampung

Sesekali menikmati makanan ala kampung memang menyelerakan..Tetapi sekarang sukar nak cari kedai yang menjual masakan ala-ala kampung.

Ahad, 10 Mei 2015

DJ SENDIRI TAK FAHAM

Makin tak faham aku dengan sistem yang ada sekarang ini... oh ye lama betul tak update blog..sebabnya kesibukan yang tak sibuk mana hehehe... Kalau nak cakap ke orang nanti..jika salah faham..lain maksudnya..biarlah ku tulis disini sebagai luahan yang terbuka..sebagai penyampai radio aku jadi keliru dengan pengurusan yang ada sekarang ini..makin cerca merba dibuatnya..eeemmm.. buat masa sekarang ini hanya mood kerja sebab tak de kerja lain... itu je..  kalau ada kerja lain lama dah chauww dengan cara begini.. Bermula dengan segala segmen yang aku terbitkan dihancuskan kerana mengikut cakap yang syok kendiri..emmm aku pun di cop syok sendiri..
Dulu aku menerbitkan Carta Rock..Belaian Jiwa dan bermacam jenis segmen "gila" kerana ingin cuba bersaing untuk mendapatkan rating dengan kebolehan yang ada pada diriku..kerana bagiku rating tu penting untuk siaran radio dan program yang rapat dengan pendengar.. Tak kira status apa jua kelayakan dan pendidikan seseorang itu..bila dengar radio adalah nak enjoy dengan muzik dan cara penyampai...atau perkataaan lain nak release. dan setiap program mestilah cuba menarik orang untuk mendengar...bukan makin jauh...mana ada orang nak dengar cerita pembangunan..cerita suratkhabar..cerita orang berniaga itu yang aku tak faham... itu bukan nak naik rating......

Ahad, 15 Februari 2015

Aku Dan Tok Guru... Tok Ayah...


Ada kenangan aku bersama insan ini... jika ada kesempatan akan ku ceritakan.
Bercerita ...........
Sewaktu bertugas di Kota Bharu sekitar tahun 2008, Suatu hari aku dijemput untuk mengendalikan satu program yang tetamu ialah Dato Menteri Besar, seperti biasalah jika melibatkan sedikit protokol aku akan buat "homework" serba sedikit supaya perjalanan majlis berjalan lancar. Majlis berjalan lancar dan Dato Menteri Besar Kelantan kelihatan gembira dengan majlis tapi setelah habis seorang dari pegawai beliau bertanya kepada aku.. " Bakpo demo sebut Dato Bentara Nik Abdul Aziz?? bakpo tak sebut Tuk Guru Jah??.. aku hanya senyum..tak jawab apa-apa.. " Demo ore luor ko? " ujar pegawai itu lagi dan aku hanya angguk kepala.
Selang beberapa bulan selepas itu, waktu tu hampir dengan PRU 2008, aku diminta untuk buat lintas langsung oleh majikanku, pada tahun tersebut Nik Abdul Aziz sudah tawar hati untuk bertanding tapi oleh kerana desakan beliau bertanding jua, bermulalah sessi aku menjadi rapat dengan beliau, sebagai orang media aku merasakan beliau begitu seorang yang mudah untuk diwawancara sehinggalah pada suatu hari.
" Amiey.. lamo doh demo ni duk tanyo kito. kito pulok nok tanyo demo" aku senyum sambil angguk.. " Bakpo dalam ramai2 demo sore jah tidok panggil Tok Guru.. paling hampir pun demo sebut Tok Ayoh?. pertanyaan beliau setelah aku mendapatkan rakaman tazkirah..Dengan nada yakin aku pun menjelaskan.. " Saya tidak akan panggil seorang itu guru selagi saya tidak belajar dari orang tersebut".. Dia bangun dari kerusinya dan aku rasa gementar.. tapi dia bangun terus memelukku.. sambil berkata teruskan dengan kejujuran itu.... lalu dia menerangkan kepada para pegawainya jika aku nak buat ulasan atau apa-apa wawancara jangan disekat.
Satu isu yang perlu mendapatkan penjelasan segera dari beliau iatu Kes Air Kelantan dan Proton Persona,
Bersambung ...........

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...