Sabtu, 25 Disember 2010

KENANGAN SEMALAM....

Semua orang ada kenangan dan kenangan itu adalah sejarah dalam kehidupan yang sukar untuk dilupakan jika kita melupakan kenangan atau sejarah pasti kita akan melupakan diri kita sendiri,begitu jua dengan aku,terlalu banyak kenangan pada waktu yang singkat..Di Gambar di atas,ada kenangan yang begitu mengamit airmata untuk membasahi pipiku yang tak berapa nak gebu nie.Emm..Cikgu Shah nama yang sentiasa terpahat dalam hatiku..memang dia mengajarku tidak lama tetapi ada suatu peristiwa yang menjadi inpirasi bagi diriku untuk,membuatku semangat untuk mengisi sesuatu dalam hidup ini..sewaktu dahalu disekolahku ada pertunjukkan pentas sempena hari guru atau hari penyampaian hadiah..aku telah dipinjamkan oleh maha pencipta bakat untuk berpidato dan bercerita dari sekolah rendah hingga ke peringkat yang tertinggi aku selalu jer terlibat,alkisah Cikgu Shah ingin mengadakan pertunjukkan pentas.jadi aku nie dengan muka selamba cuba2lah uji bakat..tapi cikgu shah kata pelakun hanya dipilih dari kalangan mereka yang senior,tambahan lagi cikgu shah kata badan aku kecil dan kemetot untuk jadi seorang pelakun..namun aku katakan pada dia,aku boleh jadi tukang cerita..tapi aku diketawakan oleh rakan senior dan cikgu Shah sendiri..sedih aku pedih waktu itu..aku menangis bawah tangki air yang mana kawasan tersebut memang tiada siapa pun berani pergi kerana dikatakan berhantu..Kemudian ada seorang guru namanya Wan Zainal..dialah yang memujukku..eeeemm..biasalah masih lagi perangai bebudak waktu itu..Namun begitu setiap kali latihan aku akan hadir menjadi pemerhati dan setiap dialog pelakun aku hafal dan dicatatkan dalam buku..Pementasan itu dikategorikan berjaya..Pada tahun berikutnya cikgu Shah bertukar dan aku pun bertukar sekolah,namun skrip dan plot2 drama pementasan itu aku tidak lupa..Kata orang apa yang kita lakukan pada hari ini akan menjadi kesan pada masa akan datang,begitulah dengan aku,tidak disangka disekolah baru aku ditugas untuk mengarahkan suatu drama dalam satu pertandingan..jadi aku mengolahkan drama asal cikgu Shah dalam versi aku..dan kami berjaya peringkat negeri seterusnya menjadi juara peringkat kebangsaan..sehingga kini Cikgu Shah sentiasa dalam ingatan dan hatiku..Terima Kasih Cikgu Shah..Love Youuuuuuuu...eeemuuaaaaaahhhhh


Sabtu, 18 Disember 2010

Renungan Jer!!!!....

SHAH ALAM 17 Dis. – Seorang buruh mendakwa dirinya, seorang bapa yang bertanggungjawab.Bagaimanapun, dia tidak membawa anak kelimanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila kanak- kanak itu diserang sawan sebaliknya pergi ke ruang tamu untuk menghisap rokok...
Ini adalah petikan dari Keratan Akbar harian..emmm..semua orang boleh mendakwa itu ini..tapi hakikatnya..sendiri fikirlah..Begitu juga dengan sesetengah org yg mendakwa sebagai perjuang..demi untuk org kononnya..tapi hakikat untuk diri sendiri dan juga keluarga....eeeemmmm dunia....

Ahad, 28 November 2010

KEGANASAN RUMAH TANGGA..

Salam..jumpa kembali..dalam menjalankan tugas sebagai penyampai radio,banyak juga dugaan halangan dan perkara-perkara yang tidak dijangka..Dalam satu segmen kendalian ku ialah bicara manisnya cinta..dimana menceritakan tentang kebahagiaan dan keharmonian hidup berpasangan melalui kata-kata cinta dan ungkapan sayang..namun ada satu email yang ku terima begitu menyentuh hatiku..Menurut pengirim email tersebut..perkahwinannya diaturkan oleh keluarga,dia menerima saja lantaran sibuk dan malas untuk memikirkan hal jodoh.Perkahwinan beliau telah berusia 3 tahun lebih,dan sepanjang perkahwinan usahkan ungkapan kata-kata cinta dari pasangannya ( Suami )..malah sering kali di maki dan kadang-kala menerima tamparan yang mampu melahirkan jalur gemilang di pipi..Berjela lagi sebenarnya luahan hatinya,,tapi cukuplah di ringkaskan sebagai keganasan rumah tangga..Apakah punca atau penyebab Keganasan rumahtangga..:-
TIADA KEHARMONIAN.
Rumah tangga tidak harmoni membuatkan pasangan tertekan berada dalam rumah,keadaan ini menjuruskan kepada pertengkaran.
TIADA PERSEFAHAMAN.
Tiada persefahaman kerana masing-masing tidak mahu bincang sesuatu perkara,malah masing-masing ingin menang dalam sesuatu isu dan ini menyebabkan tidak kepuasan hati dan tiada penyelesaian.
PERSONALITI SUAMI ATAU ISTERI ( Panas Baran,kuat berleter dan sebagainya ).
Sikap panas baran dan mudah marah boleh menjadi punca pergaduhan sehingga menyebabkan isteri dipukul,pantang tersilap si suami terus melenting.Bagi si isteri pula mungkin kuat berleter menyebabkan suami panas telinga dan naik angin.
LATAR BELAKANG KELUARGA.
Dibesarkan dalam keluarga yang sememangnya ganas,jadi sudah menjadi kebiasaan melakukan keganasan seperti sepak terajang.
KESAN PENAGIHAN DADAH
Faktor suami yang ketagih dadah,kesan dari kyalan dadah mereka ini mudah menjadi ganas kerana di bawah minda sedar,mungkin ganas untuk dapatkan wang untuk membeli bekalan dadah mereka.
KETAGIHAN ALKOHOL.
Kaki botol mungkin memukul isteri selepas pulang ke rumah dalam keadaan mabuk,kerana emosi mereka cepat marah ketika mabuk.
KAKI JUDI.
Suami kaki judi mungkin bertindak kasar hingga memukul isteri kalau mereka kalah dalam pertaruhan ataupun meminta wang dari isteri untuk berjudi.
TERLALU CEMBURU.
Lelaki yang terlalu cemburu memang tidak teragak-agak untuk memukul isterinya.
TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI.
Ada pasangan yang tidak menyesuaikan diri dalam alam rumah tangga,mereka tidak biasa seperti terkongkong dan terbawa-bawa kehidupan zaman bujang,perkahwinan itu sebenarnya adalah tanggunjawab,ada sesetengah menjadi ganas dan bertindak melulu jika persoalan tanggungjawab diperbincangkan.
WUJUDNYA ORANG KETIGA.
Keadaan ini juga memungkinkan pasangan bertindak ganas,mungkin hati telah berubah kerana kehadiran orang ketiga.
KURANG PENGETAHUNA AGAMA.
Perkara yang paling penting ialah didikan agama dan mengikuti sgiuruhan agama, Percayalah ikatan perkahwinan akan kukuh jika pasangan tidak meninggalkan solat.sedangkan lidah lagi tergigit,namun ianya tidaklah sampai cedera parah.Jadi, jika kita menpunyai asas agama,setidak-tidak keganasan rumah tangga ini akan berkurangan....
sekian, Jumpa lagi

Khamis, 25 November 2010

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telahpun bermula namun ada juga dikalangan pendengarku yang menduduki peperiksaan SPM ataupun STPM..aku mengharapkan agar mereka ini dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik juga,setimpal dengan usaha yang telah mereka lakukan,tiada orang yang berjaya tanpa usaha dan tidak semua usaha itu akan terus berjaya,selagi cuba dan terus mencuba kejayaan akan tetap dalam genggaman.
Cuma beberapa perkara harus diperbetulkan terutama ibubapa,kerana bagi mereka kejayaan dalam peperiksaan adalah tiket untuk berjaya mendapat kerja yang baik dan cemerlang dalam hidup.Memang betul pelajaran itu penting dan ilmu itu berguna,tetapi kejayaan dalam peperiksaan buka segalanya.
Aku gembira melihat ibubapa yang memberikan sokongan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan tapi jangan terlalu membebankan mereka dengan harapan yang terlalu tinggi.Mereka perlukan panduan bukan perlukan haluan,biarlah haluan itu mereka yang menentukan.
Cuti sekolah juga tidak terlepas dari majlis kenduri kahwin..Tahniah!!! kepada mereka yang baru melansungkan perkahwinan dan diharapkan perkahwinan itu adalah permulaan sebuah cinta bukan akhir kepada cinta.."SEMOGA HUBUNGAN KITA AKAN BERAKHIR KE JINJANG PELAMIN"..kata-kata dari pasangan bercinta..bagi aku ianya berlaku kesilapan.jika itu yang sering diucapkan,tidak hairanlah hubungan sebuah perkahwinan begitu rapuh....tanya sama hati dan kata-kata itu adalah doa..
SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT SEMUANYA....jumpa lagi.....

Isnin, 15 November 2010

BERTUKAR PENGURUSAN

Kalau tidak  ada aral melintang Penghujung Tahun ini, Pengurusan di tempat kerjaku akan bertukar milik dengan kata lain akan bertukar boslah..Dalam ramai2 deejay ( 8 Orang semuanya) hanya 5 orang akan terpilih.Ada diantara rakan-rakanku yang tidak mendapat terima kenyataan ini,maklumlah mereka dah cukup selesa dengan pengurusan yang ada sekarang ini,tapi apakan daya beginilah kalau syarikat yang berorientasikan keuntungan..tapi sekurang-kurangnya ianya berpindah milik dari bumiputra ke bumiputra..kerana hanya Manis.FM sahaja pemilikan sepenuhnya Bumiputra..
Apa saja hala tuju pengurusan baru,pekerja kena turutkan,kemana jua ianya diletakkan pekerja kenalah pergi..kerana apa yang difahamkan bahawa Pejabat Operasi Manis.FM akan diubahkan ke Kuala Trengganu.Cuma bila tarikhnya tidak diketahui..5 Deejay yang dipilih ini akan bergabung dengan Deejay yang yang tersohor di Tanah air...Aku pun tak pasti lagi..walaupun aku pernah berjumpa dengan mereka,kerana bagi mereka hala tuju Manis.FM kena jelaskan...
Menjadikan Tema Pintu Gerbang ke Pantai Timur..mungkin menarik minat tetapi setakat mana keberkesannya..Apakah target pendengar itu yang harus pengurusan baru terangkan...
Apa-apa pun diharapakan Manis.FM akan terus meniti di bibir pendengar setianya....
salam Dariku......................amiey...

Jumaat, 5 November 2010

APABILA ANAK2 PANDAI BERBOHONG......

Dalam kesibukan harian aku sebagai Penyampai radio (Deejay) sempatlah juga aku menghadiri satu bengkel.Memang pada mulanya aku menghadiri bengkel ini kerana undangan untuk menjadi pengacara majlis tetapi kerana bengkel ini disampaikan oleh mereka yang pakar jadi aku pun turut serta,sekurang2nya boleh juga menambahkan pengetahuan..
Ramai diatara kita ini memang selalu bercakap bohong,walaupun alasan bohong tetap bohong dan ianya adalah penipuan yang dilakukan oleh penipu dan ramai yang tertipu,bagi kanak-kanak kenapa mereka menipu,dari apa yang aku fahami melalui bengkel ini ialah:-Punca anak-anak berbohong..
1.TERLALU PERCAYAKAN ANAK-ANAK.
Ada ibubapa yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak mereka walaupun pada usia yang harus diawasi pergerakan mereka,Contohnya seperti yang dipamerkan dalam cerita ANAKKU SAZALI..jadi berikan kepercayaan pada anak-anak tapi pada masa yang sama kenalah ambil tahu.

2.TERLALU KERAS TERHADAP ANAK-ANAK.
Anak-anak mudah belajar,jika dibuat salah terus dimarahi tanpa usul periksa oleh ibu bapa ada juga yang terus mengherdik anak-anak jika membuat salah,untuk mengelakkan dimarahi anak-anak akan berbohong,pleh yang demekian ibubapa kena menasihati anak-anak supaya tidak mengulagi kesilapan dan menerangkan apa yang sebenarnya salah..

3.ANAK-ANAK TIDAK MAHU DIPANDANG RENDAH.
Setiap anak2 menpunyai perlakuan yang berbeza,ada yang lemah lembut,gopoh gapah,kasar dan sebagainya dalam membuat sesuatu perkara,oleh keadaan keadaan mereka ini yang berbeza seringkali mereka melakukan kesilapan dan kesalahan,bagi mengelakkan mereka dimarahi jadi mereka akan berbohong menuding kepada yang lain,ada juga ibu bapa yang membandingkan anak mereka dengan anak orang lain,jadi tidak hairanlah anak-anak akan menipu dan berbohong untuk mendapat pujian dari ibubapa.
 Dan banyak lagi sebenarnya tetapi intipati pada keadaan diatas. untuk menggelakkan anak-anak terus berbohong ibubapa seharusnya...:-
1.TANAMKAN JIWA TAUHID YANG PADU PADA ANAK-ANAK
2.BERIKAN NASIHAT
3.BANTU ANAK-ANAK MELIHAT DIRI MEREKA DALAM KEADAAN YANG LEBIH POSITIF
4.TIDAK MEMBANDING-BANDINGKAN MEREKA
5.BACAKAN KISAH ATAU CERITAKAN KISAH-KISAH MOTIVASI
6.POSITIF TERHADAP ANAK-ANAK.

Anak-anak adalah anugerah dan pada masa yang sama merupakan amanah yang dipinjamkan.Segala bentuk pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak kesannya bukan sahaja pada mereka tetapi juga kepada ibubapa,kalau tidak manakan ada anak-anak yang menghantar ibubapa mereka ke rumah tumpangan ataupun rumah orang2 tua.Lapang dada,lapang fikiran dan sejuk hati bila melihat anak-anak kita menjadi orang yang soleh atau solehah..Ingat...Ayah kencing berdiri,anak berlari,cucu kencing berlari berganti2...
Sekian untuk kongsian bersama....

Selasa, 2 November 2010

5 GOLONGAN ORANG YANG GAGAL

Sering kali dalam kehidupan kita akan merasai gagal,kata orang kalau tak gagal mana mungkin akan berjaya...tapi kalau sentiasa Gagal Tiada makna jugak..Aku pernah terbaca dalam satu artikel disebuah majalah mengenai golongan mereka yang gagal. antaranya :-

1.GOLONGAN YANG MEMBAZIRKAN MASA.
Golongan ini biasa kita temui di Pejabat atau masyarakat di sekeliling kita ataupun di sekolah.Pendek kata dimana-mana pun golongan ini pasti akan kita temuinya.Awas!!! golongan ini boleh mempengaruhi kita..Perhatikan rakan2 di pejabat.Apa yang mereka lakukan dengan segala kemudahan teknologi di era ini..makin membuatkan orang suka membazirkan masa dengan perkara yang tak berfaedah seperti berchating dan sebagainya..bergayut di telefon..berbual dari meja ke meja...itulah senario sekarang ni..jadi awaslah jangan termasuk dalam golongan ini..

2.GOLONGAN PEMBERI ALASAN.
Mereka ini biasa kita jumpa,jika tidak menyiapkan kerja,atau datang lewat pasti ada saja alasan walaupun kekadang jawapan itu adalah standard ataupun template " Jalan jamed" "komputer kena virus" " harga barang naik" dan sebagainya..Mereka akan mengadakan apa jua alasan bagi mengelakkan tanggungjawab yang diamahkan..Perhatikan Golongan ini di kalangan anda...

3.GOLONGAN SERING MENYALAHKAN ORANG.
Makin membiak sekarang ini dan sudah menjadi gejala,apa jua kegagalan yang dialami akan menyalahkan orang lain,seolah-olah dirinya maha sempurna.Sepatutnya sebagai manusia sentiasalah bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan dan sepatutnya kita seharusnya menpunyai visi atau wawasan dengan apa yang diusahakan..Sentiasa perancangan mesti ada PELAN A,B,C..jadinya bila gagal.ada penyelesaian dan usaha ke arah kejayaan.Janganlah kita tergolong dalam orang sebegini.Kelemahan diri di tolak kepada orang lain

4.GOLONGAN BERFIKIRAN NEGATIF.
Apa saja yang difikirkan semuanya negatif,nak memulakan perniagaan takut rugi,nak meluahkan perasaan cinta takut tak diterima,semuanya berfikiran negatif,kita sebenarnya hebat bila dilahirkan ke dunia sebab kita adalah insan terpilih,jadi janganlah berfikiran negatif.Tuhan lebih tahu kenapa kita dilantik sebagai KHALIFAH di bumiNYA ini..jadi jangan berfikiran negatif...FIKIRKAN BOLEH.....

5.TIDAK BERUSAHA UNTUK MENAMBAHKAN ILMU.
Mereka yang tergolong dalam golongan ini adalah yang benar-benar rugi,pembelanjaran dalam hidup ini tidak terhenti selagi kita bernafas,jadi..cubalah mencari ilmu dalam bidang yang kita ceburi,jangan malu untuk belajar dari sesiapapun walau dari budak-budak..Mereka yang lebih rugi lagi ialah yang ada ilmu tidak mempraktikkan...
Marilah kita berusaha agar tidak tergolong dari golongan2 yang dinyatakan di atas...
Sekian.........

Jumaat, 29 Oktober 2010

PIALA MALAYSIA 2010

Tahniah kepada Pasukan Kelantan dan Pasukan Negeri Sembilan kerana sekali lagi berjaya layak ke Partandingan Akhir Piala yang paling berprestij di Negara ini."PIALA MALAYSIA" yang dulu di kenali sebagai HMS MALAYA..Pastinya kejayaan kedua-dua pasukan ini layak ke Pertandingan Akhir membuktikan memang mereka hebat.Bagi aku laluan untuk pasukan Kelantan ke Peringkat akhir ini lebih berliku berbanding dengan Negeri Sembilan Hoben Jang Hoben.The Red Warior telah berjaya menumbangkan The Red Giant dan menyentap terus keegoan pasukan Selangor yang penuh dengan tradisi kerana Piala Malaysia adalah sebahagian dari mereka.Selepas tumbangnya Gergasi Merah yang digeruni,Sang Kenari pula disembelih di Stadium Keramat Sultan Mohamad ke iv dan apakah seluruh pasukan kelantan akan merasai nikmat masak lemak cili api nanti?..
Sebenarnya disebalik kejayaan kedua-dua pasukan ini  memasuki pertandingan akhir ada pencetak dan pencetus kepada kejayaan.Bagi Negeri Sembilan pastinya Menteri Besar dan juga orang No.1 dalam Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan yang memberi sokongan dokongan juga dibantu oleh jurulatih yang penuh dengan Karisma Coach Wan Jamak..Seorang yang mahir dalam selok belok permainan bolasepak di negara ini,bahkan beliau juga yang memimpin Pasukan Kebangsaan menjadi Naib Juara Kejohanan Bolasepak Piala Tiger ( Negara-negara Asean )..Jika tidak kerana Kealpaan Azami Azli mengawal Fendi Ahmad dalam perlawanan akhir tersebut pastinya Malaysia sudah menjadi Juara.Siapa K.Sambagaran sebelum kejohanan itu..tetapi dengan penilaian yang tepat dan teliti WAN JAMAK..pemain dari selangor itu merupakan aset negara diketika itu.Namun selepas itu Wan Jamak dipecat kerana kegagalan malaysia dalan Temasya Sukan Sea.
Tapi Bagi aku Kejayaan kelantan dicetuskan Oleh Jurutera Bolasepak Moden ( Bagi Malaysia,kerana eropah telah lama mempraktikkannya ) iatu Tan Sri Anuar Musa.Selepas mengambil alih KAFA pada tahun 2007 dengan hutang tertunggak yang melebihi jutaan ringgit,dengan tiada kerjasama dari kerajaan negeri ( Maaf,tapi ini hakikat ) beliau telah cuba memanggil pulang Pemain-pemain yang berasal dari Kelantan yang mewakili negeri atau kelab-kelab di Negara ini,Menitis airmata beliau kerana ada dikalangan pemain di panggil tersebut bertanya " Mampu ke bayar gaji?".....Apatah lagi diketika itu untuk mencari penaja terlalu sukar kerana Pasukan Kelantan Bermain dalam LIGA FAM dan baru di dinaikkan ke LIGA PERDANA.
Berbekal pemain dari Skuad Presiden yang tidak laku kerana negeri lain tidak berminat serta dengan Pemain Kelantan yang menyahut cabaran Beliau..antaranya Mohd Badhri Mohd Radzi (PIYA) serta dibimbing oleh Jurulatih Norizan Bakar dan Dibantu oleh Wan Zahasmi serta tiga tenaga import,Pasukan Kelantan Mula Mengorak langkah pada tahun 2008.
Tan Sri Anuar bercita-cita tinggi dan berani untuk melakukan tranformasi."FOOTBALL IS BISNES" itulah yang beliau perkatakan dan itu yang menjadi teras dan kayu ukurnya adalah kejayaan.beliau juga mahukan pemain Kelantan sebagai ikon dan langkah pertama yang dilakukan ialah menjadikan para pemain PENCINTA ALAM SEKITAR..disamping itu beliau mahu melihat bolasepak itu sebagai sumber penyatuan kerana di Kelantan  terlalu kuat atau taksub dengan pegangan politik,jadi untuk merapatkan saf beliau mencuba sesuatu yang diminati..dan akhirnya mereka ( Penyokong ) bersatu walau berlainan fahaman politik tiada lagi BENDERA PAS ATAU UMNO dikibarkan sewaktu pemainan berlansung dan yang ada hanya BENDERA KELANTAN DAN MALAYSIA..
Aku menjejak kaki ini di kelantan pada tahun 2007 dan diwaktu itu dipadang bola hanya penuh dengan kemucup dan lembu..Merata tempat aku mencari untuk bermain bolasepak.aku terpaksa ke besut..tapi kini aku tidak dapat juga bermain kerana padang semuanya penuh bila anakmuda bermain bolasepak..Aku melihat apabila anakmuda remaja bermain bolasepak,mudahlah kerja-kerja mencungkil bakat-bakat baru.Tahniah Tan Sri!!!! anda memudahkan kerja-kerja FAM.
Sebenarnya aku mahukan Kelantan menjulang Piala Malaysia bukan kerana aku terlalu menyokong pasukan Kelantan,tetapi aku mahu kemeriahan penyokong berterusan dalam PERTANDINGAN AFC..kejohanan Bolasepak Kelab-kelab ASIA...kerana sudah sekian lama mengharapkan ada Pasukan dari negara kita menggegar ataupun mencabar dalam kejohanan tersebut.Pada Tahun Lepas.Negeri Sembilan menarik diri dengan alasan tiada pemain import..sebelum itu pasukan KEDAH yang menjuarai kejohana Tripple pun bungkuih..gara-gara antar pemain entah apa2..selangor tiap tahun wakil malaysia..tetapi layu sebelum mekar..merah tukar hitam...Apa makna juara 25 kali kalau peringkat pusingan kedua pun tak lepas..bukan menghina tapi hakikat..dan hakikat mentaliti perlu diubah..

Ahad, 24 Oktober 2010

Sabtu, 2 Oktober 2010

KESIAN................

Kasihan..kasihan..hah!! kau tersampuk setan ker...itulah antara dialog dari Filem Madu Tiga yang menjadi kesukaan bukan saja aku tapi pastinya ramai di kalangan rakyat malaysia..Ye Dalam kehidupan ini perkara yang penting ialah kasihan pada diri sendiri..Sebenarnya kasihan ini adalah perasaan simpati yang di anugerah..Orang tidak akan jadi kejam jika ada naluri kasihan dalam diri mereka..Aku kesian bila orang politik berceramah supaya bersatu..bersatu..menggunakan pelbagai kaedah dan cara...tapi sebenarnya kerana politik orang berpecah belah...aku tidaklah nak melangkau luar bidang..bukan politik peringkat negara..cuma lihat saja akan politik peringkat pejabat..atau medium lebih besar sikit peringkat kampung...kerana nak berebutkan pangkat perbagai kaedah dibuat..akhirnya adalah puak-puak yang menyokong orang itu dan menyokong orang ini..disitu dah ada perpecahan..kasihan..kasihan..
Ada juga dikalangan kita ni cakap jer lebih..semua yang orang buat tak betul..semuanya salah..kuat sangat memberontak..tapi bila kita berikan tanggungjawab..hampeh!!!!..nak bercakap demi kebenaran terketar-ketar..keluar peluh jantan betina...Kasihan kan!!!...Oleh yang demekian sebelum kita nak membela nasib kaum ataupun bangsa...kasihankan diri sendiri yang tertipu dengan diri..kemudian dengan ahli keluarga...kalau semuanya sudah berjalan lancar dan teratur barulah berkira-kira nak membela orang lain..janganlah jadi hipokrit dengan diri sendiri....KASIHAN DIRI SENDIRI SEBELUM KASIHAN ORANG BARULAH KITA AKAN DIKASIHANI....

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA.....

Maaf segala kesilapan saya....Selamat Hari Raya....atas permintaan ramai saya naikkan sebuah lagu yang dipopularkan Wan Chik..Penyanyi Negeri Kelantan.
WAN CHIK-KALU SUNGGUH KASIH KO KAWE

diharap terhibur dengan lagu nie...

Jumaat, 20 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN DARI KU DJ AMIEY MANIS.FM

Alhamdullillah dipanjang umur dapatlah kita sama-sama mengerjakan rukun islam yang ketiga pada tahun ini,semoga amalan kita diterima sepenuhnya dan semoga dengan berpuasa dapat kita menghindarkan dari perkara-perkara yang keji dan mungkar.Sepeti biasa pada tahun ini banyaklah juga jemputan majlis berbuka puasa, ada yang jemputannya secara pribadi dan yang menjemput melalui stesen radio..Apa-pun aku ucapkan terima kasih kepada semuanya yang menghargai kehadiran diriku dalam dunia penyiaran ini..Setakat ini,bila aku menghadiri majlis dan aku memperkenal diri selalu yang keluar dari mulut mereka " ooooo..ini orangnya..selalu dengar suara jer" dan perbualan akan beterusan dan mereka banyak bertanya dan aku pula yang banyak menjawab tapi tak per lah..setiap pertanyaan akan ku jawab dengan cermat dan tingkah laku sentiasa dipelihara kerana bagi aku..aku bukan sahaja membawa diriku tetapi tempat aku bekerja dan juga imej penyampai radio yang lain-lain dari yang popular dan juga yang suam-suam kuku seperti aku ini..

Untuk menjadi penyampai radio yang baik, setiap kritikan hendaklah diterima dengan hati yang terbuka dan setiap pujian hendaklah dijadikan dorongan ataupun motivasi bukan untuk mendabik dada.
Apa yang hendak diperkatakan haruslah dalam lingkungan pengetahuan kita,jangan sesekali bercerita pada perkara yang kita tidak tahu dan juga perkara yang tak pasti.
Seorang penyampai radio yang terkenal pernah berkata kepadaku,kita mestilah menyampaikan sesuatu itu dari dalam hati dengan kata lain..ikhas dengan apa yang kita katakan.
Jangan sesekali menjadi pengajar dalam penyampaian,kerana kita tidak tahu dalam kalangan pendengar kita ada yang pakar dalam hal yang kita perkatakan,jangan kita ditertawakan oleh mereka..apa jua fakta dan topik yang kita nak sampaikan hendaklah kita kongsikan..bukan mengajar aatau menunjuk pandai.
Seorang pnyampai radio mestilah menpunyai mutu suara yang baik,jika tidak,,sekurang-kurangnya apa yang kita perkatakan itu orang faham..dan jika suara kita tidak menpunyai aura kita seharusnya mencari alternatif lain seperti cara penyampaian yang lucu dan sebaganya tapi jangan jadi pelawak jika ingin menjadi deejay radio.
Jika sesuatu hal atau topik yang pendengar sampaikan kepada kita dan ianya bukan dalam lingkup pengetahuan kita,seharusnya kita tidak memperbodohkan diri untuk cuba menjadi jaguh..
Menpunyai aura atau pun Faktor "W" adalah penting untuk menjadi penyampai radio..dengan adanya faktor ini pendengar akan ternanti-nanti apa yang ingin kita perkatakan.
Jangan ulangkan perkara yang sama,cuba cari kelainan tetapi jangan meniru kaedah penyampaian deejay yang lain kerana yang "ori" itu adalah ayng bernilai.
Yang paling sukar dan yang terpenting sekali ialah kenal pasti golongan pendengar kita,genre atau rentak pendengar di pantai timur tidak sama dengan pendengar di pantai barat.Oleh yang demekian kita jangan terlalu "advance" atau terlalu  mundur tapi kita seharusnya berpengetahuan...
Sebenarnya kenyataan di atas aku menjawab soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh mereka yang bersua denganku di majlis-majlis terutama pelajar..mereka nie banyak tanya......hehehehe..salam dari ku dj-amiey........

Selasa, 3 Ogos 2010

AKU DAN DUNIAKU...

Minggu yang agak sibuk bagiku pada minggu terakhir bulan July..Bermula dengan Karnival remaja Hotlink Di Padang SIC Kota Bharu, diikuti dengan program yang sama di Kuala Trengganu..dan seterusnya Di Tanah Merah bersama dengan Karnival Isuzu Kelantan...
Pelbagai peristiwa yang menarik sebenarnya berlaku di bulan July..dan perkara terbesar dalam kalendar Islam ialah Nifsu Syaaban...menurut guru mengajiku...pada nifsu syaaban buku amalan kita ditukar..hehehe...kira bukak buku barulah...
Dalam Kalendar Bolasepak Dunia pula pastinya kejayaan pasukan Spain menjulang piala dunia buat julung-julung kalinya...Tahniahhhhh!!!!!!!!!!...buat penyokong setia..nak harapkan Malaysia entahlah...slogan Malaysia boleh!!!!..bilalah agaknya ye...
Sebagai seorang penyampai radio ( DJ )..aku terkejut jugak bila ada artis semasa aku mengendalikan karnival berkata suaraku sedapppp...perhhgggg...cam tak caya jer...tapi sebenarnya dia orang nak suruh aku putarkan lagu dia orang kat radio...ek..elehhhh..aku dah tahu taktik tu..tapi kalau benar suaraku sedap..terimakasihlah...sebenarnya itu adalah gifted dari pencipta..
Lain-lain perkara yang aku rasa nak tergelak sangat bila isu..FELDA BANKRAP...aku pernah bekerja dengan Felda,,satu badan yang berjaya sebenarnya dalam Malaysia..cuma kalau pengurusan tak berapa ok..aku setuju tapi kalau bankrap..melampaulah..Bilalah orang melayu kita nie nak bersatu..bila tak diterima buat tohmahan..bila kalah buat parti baru..konon nak memperjuangkan hak rakyat...cakaplah nak memperjuangkan hak sendiri brooo!!!!!...

Sabtu, 17 Julai 2010

AKU DAN DUNIAKU........MEMANGGGGLAHHHHH!!!!!!

Salam Bahagia semuanya..Tahniah Kepada Pasukan Sepanyol yang menjulang Piala Dunia Edisi Africa Selatan, sekalung tahniah jugalah kepada Afrika Selatan kerana berjaya mengendalikan Kejohanan Bolasepak yang terbesar didunia, selama sebulan dunia mengalih perhatian ke Afrika Selatan..Buat Penyokong..sampai bila kita nak menyokong pasukan luar negara,..Tetapi bilakah negara kita akan layak???..
Minggu Lepas aku sibuk dengan Majlis Perasmian Aman Razak Cartrade,sekalung tahniahlah kepada Dato Mohd Khairul B.Dato Hj.Othman..Aman Cartrade dilantik menjadi pengedar tunggal Mitsubishi..Majlis tersebut dirasmikan oleh Mr Ketsuya Ono Pengerusi Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia.Dalam Majlis tersebut aku digandingkan dengan Raja Farah sebagai pengacara majlis..Penat juga dengan raptai dan sebagainya..Emmm..Raja Farah merupakan seorang pelakun yang meningkat naik..banyak jugaklah drama dan filem yang beliau bintangi..Aku tabik beliau bukan kerana majlis yang dikendalikan sebabnya aku pun pernah juga digandingkan dengan nama-nama hebat dalam bidang pengacaraan..tapi aku tabik beliau adalah kerana disiplin..emm..dengan mengekal disiplin yang sedemikian dan kurang karenah luaran..aku yakin dia kan maju sebagai seorang pelakun..teruskan usahamu wahai Raja Farah..
Esok aku akan ke Padang Sek SIC Kota Bharu..Aku diundang untuk memeriahkan Karnival remaja Hotlink..Dari pagi sampai petang..Banyak jugalah acara yang bakal dilangsungkan..aku harap..aku boleh kendalikan dengan baik juga berdoa agar keadaan kesihatan diri dan cuaca dalam keadaan baik..Aku Di Fahamkan artis jutawan akan bersama pada karnival tersebut..artis yang aku maksudkan ialah Tomok atau pun nama sebenarnya Shah Indrawan....harap berjalan dengan lancar..

Ahad, 4 Julai 2010

PIALA DUNIA..

Ramai yang kecewa dengan kekalahan pasukan Brazil kepada Belanda..Emmm..aku tidaklah kecewa sangat sebabnya aku hanya suka menyaksikan permainan menarik dalam permainan bolasepak..bagi aku..brazil kalah bukan kerana pemain mereka tak bagus..tapi kurang masalahnya kadang-kadang taktikal penting juga dalam permainan bolasepak..Kalau dulu brazil tidak pernah langsung meniru gaya permainan eropah..dengan gaya mereka itulah juga mereka muncul juara dunia sebanyak lima kali..Begitu juga dengan Argentina..tiada sangat taktikal atau pun gerakan yang dilatih..Kejohanan Piala Dunia ni adalah tradisi dan warna kejohanan ini lebih kepada kuasa Bolasepak..Italy walaupun kalah dan pulang awal tetapi aku percaya pada kejohanan yang akan datang mereka akan bangkit..Pada Kejohanan Piala Dunia akan datang 2014 yang akan dilangsungkan di Brazil dan sepeti lazimnya negara Amerika Latin ni akan berjaya.
Berbalik kepada tradisi, sebenarnya bagi aku..kuasa bolasepak selepas era 70an adalah German..Pasukan baru yang nampak meningkat naik adalah Sepanyol manakala pasukan yang mengharapakn keajaiban sesorang adalah Argentina..Mereka menpunya Pemain yang ajaib..dimulakan dengan Mario Kempes,kemudianya Maradona dan sekarang ni Messi.tapi bolasepak ni merupakan pemainan berpasukan.
Sebenarnya aku sedikit kecewa dengan permainan dan gaya pemain dari Nigeria.Mereka ni kurang semangat patriotik lebih kepada menjaga kaki,kerana pemain bertaraf bintang mereka bermain dengan kelab-kelab utama di Eropah.
Senario ini aku lihat juga dalam pemain-pemain di Negara kita,bila bermain untuk pasukan negeri,semangat dan gaya mereka begitu bersemangat dan iaya tidak diulangi apabila mereka mewakili pasukan Negara.
Bersambung.................

Khamis, 17 Jun 2010

PENYAMPAI......

Emm..aku mencoretkan sesuatu hari ni..nak citer pasal hal diriku jer..tidak berkaitan dengan orang lain..Sekarang ni musim cuti sekolah,jadi banyaklah majlis kenduri kahwin dan juga karnival..Sekarang juga musim piala bolasepak piala dunia.
Adalah jugak majlis kenduri aku sempat pergi,dan banyak juga yang tak mampu untuk aku pergi kerana waktu aku bersiaran Jam 2.00 ptg...Aku di kenali sebgai penyampai radio..jadi bila aku pergi kenduri adalah juga yang mintak aku tolong jadi dj dirumah orang kenduri kahwin..Perkara ini tak menjadi masalah bagiku kerana aku pernah melakukan..tapi apa yang nak aku ceritakan disini ialah tentang bayaran..aku pernah menjadi Dj rumah orang kawin dengan mendapat bayaran RM50 untuk 4 jam..bayangkanlah...tapi aku tak kisah dengan bayaran sebabnya yang penting majlis itu meriah..
Kemudian disuatu hari yang lain ada pulak jemputan untuk aku memeriahkan satu karnival..pada asalnya aku dijanjikan bayaran RM300 sejam dan aku diperlukan berada disitu selama 3 jam..Dan diakhir karnival aku menerima bayaran sebanyak RM 1200...aku pun bertanya kenapa lebih..pihak penganjur mengatakan yang mereka berpuashati dengan cara penyampaian..wahhh!!!! yang paling penting mereka menghargai..
Selang dua hari selepas karnival aku diundang pula untuk majlis perlancaran Cafe Bolasepak..Ramai jugalah pemain-pemain standard negeri yang datang..untuk sejam aku dibayar RM700...perghhh..mereka kata profesional Fees..
Apa yang aku ingin ceritakan bukan jumlah bayaran..tapi anggapan mereka tentang seorang juruacara majlis.. walaupun sebagai dj rumah orang kahwin,bakat dan kreativiti tetap diperlukan..begitulah seterusnya..apa yang penting untuk pergi mengacara sesuatu majlis kita seharusnya membuat persediaan atau sekurang-kurangnya ada pengetahuan asas..
Cuma Bezanya di majlis terbuka kita dapat melihat audiens jadi senanglah untuk kita tackle atau catchup mereka..tapi bila Menjadi DJ radio..kita tak tahu siapakah golongan pendengar kita..itu sebenarnya cabaran yang dihadapi noleh penyampai radio..tidak boleh terlalu memperbodohkan diri dan tidak juga boleh untuk menunjukkan yang kita ni pandai...kena ada keseimbangan dalam penyampaian..jangan terlalu kepoh dan terlalu pasif....sekian...

Jumaat, 4 Jun 2010

KISAH LELAKI

Seorang lelaki menpunyai kelemahan walaupun pada pandangan mata kasar adalah yang kuat,boleh memimpin dan sebagainya.Lelaki juga menpunyai airmata dan ianya juga boleh menitis disebabkan oleh seorang wanita.Lelaki yang menitiskan airmata pada perpisahan akan cepat melupakan perpisahan tersebut dan lelaki yang tidak menitiskan airmata akan sentiasa teguh pada kenangan.Mungkin lelaki yang tidak menitiskan airmata itu kelihatan egonya amat tinggi tetapi lelaki yang terlalu mudah menitiskan airmata adalah ciri lelaki yang dalam kategori buaya hehehehe..Bagi perempuan,carilah lelaki yang menitiskan airmata ketika bertahajud bukan menangis pada lambaian perpisahan..Di Bawah ini aku selitkankan beberapa ciri-ciri lelaki yang sememang wujud dan bolehlah dijadikan panduan.


CIRI-CIRI LELAKI YANG MERUMITKAN DAN BERALASAN.
10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10.Jika kamu menitiskan airmata,kamu akan dikata menggunakan airmata sebagai senjata,
Jika dia,kamu akan dikatakan telah berjaya meruntuhkan keegoannya..Padahal itu adalah muslihat yang sangat bahaya.

Walaupun aku ini adalah seorang lelaki,tapi wanita yang membaca nie..harus jangan terpedaya dengan airmata seorang lelaki.Kepada lelaki boleh dijadikan panduan hehehehe..Sesungguhnya kemuliaan seorang lelaki itu bukan pada pandangan wanita,tetapi pada diri sendiri,dan kemuliaan seorang wanita itu terletak pada nilaian seorang lelaki...

Jumaat, 21 Mei 2010

PERISTIWA DI BULAN MEI

Bulan Mei ini sebenarnya banyak sangat sambutan bagi memperingati sesuatu peristiwa bermula dengan sambutan hari pekerja,kemudian dengan hari jururawat,hari ibu,hari guru dan sebagainya..semuanya adalah mengingatkan kita sesuatu peristiwa,bukan semua dari kita ini pelupa tapi kebanyakannya mudah lupa.
Sebagai Penyampai sebuah Stesen Radio aku cubalah untuk memeriahkan setiap sambutan itu sendiri dalam lingkungan dan ruang pemikiran.
Tetapi peristiwa terbesar yang aku rasakan.yang perlu generasi aku dan pewaris kepada generasi ini kejadian 13 Mei 1969.Peristiwa hitam yang membangkitkan dan seterusnya menyedarkan bangsa aku ini,betapa Melayu itu tidak selamat dan terancam pada bila-bila masa,tidak salahnya bagi aku bangsa melayu itu menjadi rasis,sebabnya ini tanah air kita,inilah negara yang ditunjangi oleh bangsaku sendiri.Walaupun kita merasa bangga kerana ada bangsa kita telah ke bulan,telah ke kutub dan telah kegunung malah mengelilingi laut secara persendirian,tapi persoalannya berapa ramai?...Bukan dengki dengan dengan bangsa lain tapi sekadar bertanya dan bermonolog..
Bangsaku ini sebenarnya masih lagi memerlukan perlindungan yang sewajarnya untuk berdiri supaya tidak rebah tersungkur.Petani masih lagi perlu diberikan benih,nelayan masih lagi disuakan perahu,penoreh masih lagi ditunjukkan pelan...
Bangsaku ramai yang telah jadi jutawan,tapi berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan mereka itu dengan orang lain,ramai bangsaku telah laju kedepan,tapi pernahkan mereka melihat yang telah mereka tinggalkan.
Lihat sahaja bangsaku di singapura,dimanakah kedaulatan mereka sebelum ini yang sangat dibanggakan,tengok saja bangsaku di seberang sungai golok,keperitan mereka tidak pernah pudar,jerihnya bangsaku di mindanau demi sebuah kebebasan..
Cuma aku tertanya-tanya perjuangan apakah yang dilaungkan oleh segelintir dari mereka yang berpaksi kepada nama dan kebebasan,Kalau penentangan akan menghancurkan bangsa apa makna itu semua,kalau kebebasan akan melenyapkan bangsa apakan itu yang kita mahukan..
Apakah nasib Generasiku pada masa depan,adakah mereka masih lagi menpunyai negara seperti kita???...

Sabtu, 8 Mei 2010

HARI IBU

Hari-hari yang dilalui tanpa tempat dan ruang untuk aku mengadu,tiada lagi tempat bagiku untuk mengadu kisah dan cerita,tiada lagi belaian darimu.Sesungguhnya aku amat, malah terlalu menrinduimu..Aku rindu pada tawa dan ceriamu.
Aku mengiringi perjalanan terakhirmu,hati aku membuku tapi aku rela,aku pasrah kau bukan lagi untuk bersamaku.Emak!!!.bagaikan seperti semalam kita sama-sama bersiar-siar dibandar,,bercerita dan berceloteh..Dihari terkhirmu bersamaku,kita sempat lagi makan bersama..kau sempat lagi meribakan kepala anakmu ini dipangkuanmu..
Bagaikan tak percaya,tiada yang menduga,kau pergi sewaktu keheningan subuh..pergi bersama subuh diiringi terbitnya sang fajar,kau bagai titik embun yang menyegarkan dedaun rumput..Walaupun kau tidak sempat melihat anakmu berdiri diwaktu ini..namun segala pesan dan amanahmu akan tetap ku junjung..Kasihku padamu tiada ganti dan tiada hujungnya..
Al-Fatihah buat ibu,emakku,kawanku,sahabatku...Ramlah Bt Hassan....

Isnin, 3 Mei 2010

PENGKHIANAT

Nak sebut pun kita akan merasa benci,dalam kehidupan seharian kita sememang berjumpa dengan manusia sebegini, sebenarnya kehadiran mereka ini tidaklah kita sedari pada awalnya, tetapi akhirnya kita akan ketahui juga.Definasi pengkhianat terlalu luas skopnya,pada orang tertentu dan pada tempat tertentu seorang pengkhianat mungkin di anggap wira oleh sebahagian dari kita,oleh yang demikian sejarah perlu diperhalusi, walaupun ramai orang berkata "Perkara yang lepas jangan dikenang" tetapi kita sebenarnya perlu menoleh ke belakang,dengan cara itu kita akan tahu dan sedar kita berada dimana,kerana pada masa depan kita tak pasti lagi.Di belakang kita tinggalkan,kedepan kita perlu gapai dan capai.Apakah sumbangan kita selama ini cukup membuktikan kita ini hebat???Tak perlulah difikirkan sumbangan kepada agenda yang lebih besar,cukup sekadar sumbangan kepada diri sendiri,apakah kita tidak mengkhianat diri sendiri???..Bagaimana kita boleh bercakap " Aku Doakan Kau bahagia" sedangkan sejadah pun tidak pernah duduk..Pengkhianatnya kita,dengan membiarkan diri kita bergelumang dengan fantasi dan sentiasa bermonolog pada bisikan rasa dan bukan pada  akal.Kita melaungkan amarah,bila agama kita diperkatikkan,tapi kita tidak pula mendalami Agama kita sendiri...Hukum Agama itu bukan Hukum akal...Hanya mengingatkan diri sendiri..Jangan Jadi pada pengkhianat

Rabu, 28 April 2010

CARTA ROCK RETRO

Selama Sepuluh Minggu Zvera menaja Carta Rock Retro Setiap Hari Khamis Dari jam 2 ptg hingga 5 Petang.Zvera adalah produk Penjagaaan Rambut yang berasakan Aloevera.Zvera juga menawarkan hadiah yang menarik kepada pemenang Peserta kuiz bagi Carta Rock Retro.Antara Hadiah Yang Ditawarkan ialah:-


1.Hadiah Pertama-Tiket dan penginapan ke Bali untuk 2 orang
2.Hadiah Kedua - Tiket dan penginapan Kek langkawi untuk 2 orang
3.Hadiah Ketiga - Penginapan Disalah sebuah resort di Negeri Pantai Timur
4.Hadiah KeEmpat-Hamper Produk Zvera Bernilai RM100/=
5.Hadiah Ke Lima- Hamper Produk Zvera Bernilai RM 50/=
Dapatkan Produk Zvera sekarang dan anda berpeluang untuk memenangi Hadiah yang ditawarkan.

Sabtu, 17 April 2010

IBU MERTUA...

Daripada pemerhatian dan ceria-cerita yang didengar memanglahh!!! seorang lelaki boleh menjaga empat orang isterinya tetapi tidak mampu untuk menjaga keempat-emat ibu mertuanya..Kekejaman ibu mertua di gambarkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr.P.Ramlee melalui Filem Ibu Mertuaku.Sadis dan pedih..aku pun kekadang menitis airmata huhuhu..Itu cerita dalam filem tapi realiti kehidupan berlakukah seperti itu??..
Pada Dasarnya Orang lelaki tidak ambil kisah sangat pasal ibu mertua,kerana mereka dapat menerima ibu mertua seperti ibu sendiri,tetapi tidak bagi wanita,walaupun baik bagaimanapun layanan ibu mertua terhadap mereka ( wanita),tetap menyatakan bahawa ibu mertua tak baik..
Ibu Mertua bagi lelaki adalah seperti berikut :
1.Disebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita( isterinya ),disebalik kejayaan wanita tersebut ada juga seorang wanita iatu ibu mertua lelaki tadi.

2.Biasnya seorang lelaki( suami) lebih menyayangi mertua isterinya berbanding ibu mertuanya sendiri.
3.Biasanya dalam keruntuhan rumahtangga terdapat orang ketiga yang biasanya wanita lain.Dan wanita tersebut adalah mertua lelaki tersebut

4.Biasanya seorang suami akan mengeluh apabila ibu mertuanya mahu tinggal dengannya,tapi apakan daya kerana itu adalah rumah ibu mertuanya.

5.Bila bergaduh suami isteri,biasanya si isteri akan berkata " Menyesal saya tak ikut cakap mak saya supaya jangan kahwin dengan awak 20 tahun lepas" dan suami akan berkata " Sekarang awak boleh ikut lagi cakap mak awak,dia pun masih hidup dan belum terlewat lagi untuk mengikuti cakapnya"...hehehe

Apapun dalam kehidupan isteri dan mertua tidak  dapat lari dari kehidupan seorang suami..jadi untuk itu..carilah mereka yang yatim piatu seperti aku ini..hahahahaha...

Khamis, 15 April 2010

PENYANYI BARU DI MANIS.FM















Penyanyi ini adalah penyanyi baru yang telah menghasilkan single terbaru yang diterbitkan Oleh Kuda Emas Productions.Namanya Ahmad Azizi..ada tiga lagu yang menarik dan sedap didengar dan Lagu yagn berjudul CELA memang best hasil sepenuhnya dari CC...

Sabtu, 10 April 2010

SEGMEN 678...MEMANGLAHHHHH!!!!!

Disetiap Hari Sabtu aku akan menyiarkan lagu2 dari tahun 60an 70an dan 80an..aku Tak Kisahpun orang kata aku terkebelakang..Yang penting aku cuba menghiburkan orang-orang lama yang banyak pengalaman.Mungkin dengan lagu-lagu yang aku siarkan itu akan mengembalikan semula ingatan ataupun kenangan mereka sewaktu waktu dahalu..arwah ibu selalu berpesan..Orang tua jangan dilupakan..Mungkin ini caraku untuk membuatkan mereka ini terhibur,..
Aku juga bertuah dengan menyiarkan lagu2 sebegini aku dapat kawan dari golongan mereka,banyak petua dan pengalaman yang mereka curahkan kepadaku yang boleh aku jadikan panduan dan iktibar..
Aku juga akan menghubungi orang yang banyak memberikan sumbangan, beliau ini boleh aku katakan ekstrim dengan lagu2 lama..Koleksi dia..perrrrrrghhhhhh memanaglahhhh!!!!!...

Khamis, 1 April 2010

CARTA ROCK RETRO.

Bermula hari ini 01 April 2010..Zveera akan menaja Segmen Carta Rock Retro Selama 10 minggu.Zveera merupakan pengeluar produk penjagaan rambut.Disamping menaja Segmen. Zveera juga menyediakan hadiah-hadiah bagi soalan kuiz.Mengikut perbincangan awal Hadiah Utama adalah pakej perlancungan ke destinasi-destinasi menarik di Negara-negara Asean dan juga Malaysia.Antara tempat yang dicadangkan ialah Bali,Langkawi dan Tioman.
Soalan Kuiz adalah berkaitan dengan Produk Zveera dan juga Carta Rock Retro.Untuk mendapatkan hadiah utama, pendengar seharusnya mendengarkan carta rock retro selama 10 minggu berturut.

Sabtu, 20 Mac 2010

KEMALANGAN DI CHIKU

Aku dalam perjalanan untuk ke Gua Musang..Dalam perjalanan kesana ada kemalangan melibatkan sebuah Kereta Perodua Kancil..Syukur Pemandu dan 3 anaknya selamat..Pemandu kereta tersebut Namanya Kak Siti Khatijah.Bukan aku nak ceritakan perihal kemalangan ini..tapinya soalnya bantuan dari pihak yang berwajib.Aku Sendiri berada ditempat kejadian hampir sejam.Bantuan dari ambulan tak sampai..padahal jaraknya lokasi kejadian hanyalah 2km dari pusat kesihatan Chiku.Bayangkanlah kalau mangsa tersebut tersepit atau sebagainya...Memangggglahhhhhhhhh lembap kalau..........bukan saudara mereka huhuhuhuhu

Khamis, 18 Mac 2010

CARTA ROCK RETRO 18HB MAC.2010


KEDUDUKAN CARTA ROCK RETRO 18HB.MAC 2010.



01.LAYU DIHUJUNG MEKAR-RIO

02.SEKELIP MATA KAU BERUBAH-LESTARI

03.JANGANLAHA TAK JADI-AXLS

04.KAU KATA KAU RINDU-SCOIN

05.DISANA MENANTI DISNI MENUNGGU-UKAYS

06.ANTARA GADIS-DINAMIK

07.SUFI-DAMASUTRA

08.GUGURNYA BUNGA CINTA-LAKSAMANA

09.HARUM SUBUR DIHATI-BPR

10.BALASAN JANJI PALSUMU-LEON

11.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

12.CINTA BUKAN SEMALAM-STRAW

13.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

14.ARUS CINTA-SUP

15.MAKIN HARI-MAKIN SAYANG-STING

16.DIBADAI ASMARA-SERA

17.RELA-TILA

18.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

19.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

20.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

21.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG-LEMON T

22.TEGUH-KASAWARI

23.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

24.BELENGGU IRAMA-WINGS

25.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

26.TIADA LAGI-AMY SEARCH

27.CINTA TAK KENAL SIAPA-ARIS ARIWATAN

28.BUTAKAH CINTA-SPRING

29.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

30.HIASAN-OLAN



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI

Ahad, 14 Mac 2010

CARTA ROCK RETRO

Bermula 1hb April Carta Rock Retro di Manis.FM akan menawarkan hadiah yang menarik.Dimana kuiz akan akan diadakan.Carta Rock Retro akan ditaja khas oleh Syampo Zveera..Pemenang Utama akan mendapat pakej percutian Ke Bali Indonesia..Tempat Kedua Ke Langkawi dan Tempat Ketiga akan mendapat pakej percutian ke negeri-negeri Pantai Timur.
Untuk memenangi hadiah ini.Pendengar dihendaki menunjukkan bukti belian Syampo Zveera..Untuk Keterangan lanjut bolehlah ikuti Carta Rock Retro Setiap Khamis bermula Jam 2 ptg hingga 5 Ptg.

Jumaat, 12 Mac 2010

HOTEL SRI CEMERLANG LOUNGE

Here in Kota Bharu Nearby home town..if want stay for a night...Find Something Diffrent you can feel it..














For more detail can contact zakiahyusuf@yahoo.com or no +603-0129881096..

Khamis, 11 Mac 2010

CARTA ROCK RETRO 11HB MAC.2010


01.LAYU DIHUJUNG MEKAR

02.SEKELIP MATA KAU BERUBAH-LESTARI

03.KAU KATA KAU RINDU-SCOIN

04.DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU-UKAYS

05.ANTARA GADIS-DINAMIK

06.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

07.JANGANLAH TAK JADI-AXLS

08.GUGURNYA BUNGA CINTA-LAKSAMANA

09.BALASAN JANJI PALSUMU-LEON

10.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

11.CINTA BUKAN CUMA SEMALAM-STRAW

12.SUFI-DAMASUTRA

13.ARUS CINTA-SUP

14.DIBADAI ASMARA-SERA

15.MAKIN HARI MAKIN SAYANG-STINGS

16.TIADA LAGI-AMY SEARCH

17.RELA-TILA

18.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

19.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

20.HARUM SUBUR DIHATI-BPR

21.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

22.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG

23.BELENGGU IRAMA-WINGS

24.CINTA TAK KENAL SIAPA-ARIS ARIWATAN

25.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

26.TEGUH-KASAWARI

27.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

28.BUTAKAH CINTA-SPRING

29.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

30.HIASAN-OLAN



TERIMA KASIH ATAS UNDIAN ANDA.

Rabu, 10 Mac 2010

Isnin, 8 Mac 2010

KENALKAH ANDA SIAPA MEREKA INI???...



















Arahan dari Menteri baru-baru ini agar stesen radio swasta menyiarkankan lagu-lagu artis baru tempatan.Hakikatnya arahan itu memanglah elok dan baik untuk perkembangan artis tempatan,sebagai seorang dj aku juga "mungkin" bertanggungjawab..Persoalannya,tidaklah artis itu hanya mengharapkan arahan Menteri semata-mata untuk kami menyiarkan lagu-lagu baru dari artis tempatan..Artis dan juga pengurus serta Syarikat Rakaman perlu juga bekerja keras bagi menaikkan lagu mereka..Setakat ini tiada lagi artis-artis baru yang cuba menghubungi kami..Nak kata tak tahu, tak masuk akal..kenapa artis2 lama boleh buat..Hebat sangatkah artis baru ini????..jadi..nak popular kami bantu tapi jangan sombong!!!!....

Khamis, 4 Mac 2010

CARTA ROCK RETRO 04HB MAC.2010

KEDUDUKAN CARTA ROCK RETRO 04 MAC 2010.

01.LAYU DIHUJUNG MEKAR-RIO

02.SEKELIP MATA KAU BERUBAH-LESTARI

03.DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU-UKAYS

04.BALASAN JANJI PALSUMU-LEON

05.ANTARA GADIS-DINAMIK

06.KAU KATA KAU RINDU-SPIN

07.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

08.GUGURNYA BUNGA CINTA-LAKSAMANA

09.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

10.CINTA BUKAN CUMA SEMALAM-ESPIRANZA

11.RELA-TILA

12.ARUS CINTA-SUP

13.DIBADAI ASMARA-SERA

14.BUTAKAH CINTA-SPRING

15.MAKIN HARI MAKIN SAYANG-STING

16.KEKASIH KU DIAMABIL ORANG-LEMON T

17.TERLANJUR MENYINTAI-FAIR

18.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

19.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

20.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

21.HIASAN-OLAN

22.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

23.BELENGGU IRAMA-WINGS

24.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

25.TEGUH-KASAWARI

26.SENDIRI-MAY

27.ANTARA WAJAH-WAJAH SAYANG-MENARA

28.BILA BUNGA DIPETIK ORANG-SEJATI

29.UTUSAN RINDU-SPIN

30.MAYA PERCINTAAN-U TOPIA.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI……….

Jumaat, 26 Februari 2010

BOLASEPAK!!!!!!!

Aku sebenarnya dah malas dah nak sertai bengkel atau seminar mengenai Bolasepak nie..dari dulu ( era 90an) sampai ke hari ini sama jer.Mentaliti " Mengepak" masih lagi wujud dikalangan pemain-pemain bolasepak sekarang..Tapi bila diamati budaya " mengepak" ni..bukan saja wujud dalam sukan bolasepak ditanah air bumi tercinta ini..tapi dalam sukan lain pun sama jer aku tengok..haruskan aku kembali mengatifkan diri hehehe....dari sudut yang berbeza pulak...nak g ke tidak ye???





























Esok sabtu bertempat Kota Bharu Trade Centre.........

Khamis, 25 Februari 2010

CARTA ROCK RETRO 25HB FEB.2010



KEDUDUKAN CARTA ROCK RETRO 25 FEB 2010.



01.ARUS CINTA-SUP

02.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

03.LAYU DIHUJUNG MEKAR-RIO

04.SEKELIP MATA KAU BERUBAH-LESTARI

05.ANTARA GADIS-DINAMIK

06.KAU KATA KAU RINDU-SCOIN

07.DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU-UKAYS

08.GUGURNYA BUNGA CINTA-LAKSAMANA

09.BALASAN JANJI PALSUMU-LEON

10.MAKIN HARI MAKIN SAYANG-STING

11.RELA-TILA

12.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

13.BADAI ASMARA-SERA

14.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

15.BUTAKAN CINTA-SPRING

16.CINTA BUKAN CUMA SEMALAM-STRAW

17.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG-LEMON T

18.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

19.BILA BUNGA DIPETIK ORANG-SEJATI

20.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

21.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

22.TEGUH-KASAWARI

23.HIASAN-OLAN

24.ANTARA WAJAH-WAJAH SAYANG-MENARA

25.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

26.SENDIRI-MAY

27.BELENGGU IRAMA-WINGS

28.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

29.UTUSAN RINDU-SPIN

30.MAYA PERCINTAAN-U TOPIA.



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI……..

Rabu, 24 Februari 2010

AKHIRNYA.....

Dah lama merancang akhirnya terlaksalah jugak..itulah yang paling tepat bagi apa yang aku lakukan hari ini..Bermula dari cakap-cakap kosong akhirnya menjelmalah jugak 123456789..bagi aku bukan angka yang penting tapi kegembiraan yang terpancar dari dahi yang bersinar dan juga kepala yang tak berambut ( Jangan salah faham pulak )..Perbincangan dengan Azlan ( Drebar kapel terbang Air Asia ) pada tahun lepas terlaksana,,dengan bantuan beberapa orang kawan ( rodong). Kami ( Kome ) berjaya menghimpunkan anak-anak negeri Pahang yang berada Di Kelantan..mengikut senarai yang diberikan oleh Shamsul ( Pegawai Penjara ) terdapat 13,347 orang yang dikenalpasti anak pahang yang menetap ataupun yang bekerja di kelantan disetiap jajahan.Jumlah yang lengkap dengan butir-butir pribadi.Secara Pribadinya,memang aku (koi) tabik spring kot dengan Shamsul.Kebanyakn dari mereka ini berkahwin dengan orang Kelantan dan menetap terus disini dan juga ada yang bekerja dengan Jabatan dan agensi Kerajaan. Kebanyakannya anggota Polis,Bomba,Guru.Pegawai Felda dan suri rumah.
Apa yang mengejutkan ialah perjumpaan yang diadakan di Pengkalan Chepa Jam 8.00 mlm tadi atas tajaan Azlan lebih kurang 130 orang yang hadir..Masing-masing melepaskan geram dengan membawa loghat daerah Pahang.Rupanya rancanganku di Radio iatu Loghat Pahang Setiap Hari Selasa menyemarakkan lagi semangat mereka ini.Perjumpaan yang akan datang mungkin lebih ramai lagi yang datang...AKHIRNYA TERLAKSANA JUGA...gembira..sedih pun ada..bekas makwe koi rupanya kini menjadi doktor di HUSM..huhuhuhuhuhu...bernanah semula lah weh...( iklan jer )..

Selasa, 23 Februari 2010

KUIZ TAJAAN YUSMIRA TRADING

Bermula esok Rabu Dan Khamis..Kuiz Mengenai Pasukan Kelantan yang ditaja oleh YUSMIRA Trading dari Jam 2 Petang Hingga 7 Malam..Pemenang akan berpeluang mendapatkan tiket Perlawanan Bolasepak yang melibatkan Pasukan Kelantan Di Stadium Kota Bharu...
Sesiapa yang berminat untuk menjadi Pengedar Produk YUSMIRA dialu-alukan..Terutamanya yang diluar dari Kelantan..Kat Sini Aku perturunkan Dua Buah Lagu Dikir yang disampaikan oleh Fendi Kenali mengenai Produk Yusmira ini:-
1.IKLAN YUSMIRA VERSI 1
2.IKLAN YUSMIRA VERSI 2












Jangan Lupa dehhh!!!!!

Sabtu, 20 Februari 2010

SEGMEN LOGHAT PAHANG...

Untuk rodong2 yang mintak koi up kan suara koi masa segmen pahang..Koi kongsikan keratan masa koi bercerita pasal Temerloh..
1.VO Koi 1.
2.VO koi 2
3.VO koi 3
4.VO Koi 4
5.VO koi 5
6.VO koi 6
7.VO koi 7
Semoga wokmer2 semer bergembira..hehehe

Khamis, 18 Februari 2010

CARTA ROCK RETRO 18HB FEB.2010



KEDUDUKAN CARTA ROCK RETRO 18 FEB 2010.



01.ARUS CINTA-SUP

02.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

03,ANTARA GADIS-DINAMIK

04.SEKELIP MATA KAU BERUBAH-LESTARI

05.CINTA BUKAN SEMALAM-STRAW

06.DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU-UK”S

07.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

08.BADAI ASMARA-SERA

09.HIASAN-OLAN

10.RELA-TILA

11.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

12.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

13.BUTAKAH CINTA-SPRING

14.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG-LEMON T

15.BILA BUNGA DIPETIK ORANG

16.SENDIRI-MAY

17.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

18.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

19.ANTARA WAJAH-WAJAH SAYANG-MENARA

20.TEGUH-KASAWARI

21.MAYA PERCINTAAN-U TOPIA

22.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

23.BELENGGU IRAMA-WING

24.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

25.UTUSAN RINDU-SPIN

26.KAU MUTIARA SEGALANYA-STRATEGY

27.MANISNYA RINDU-SLAM

28.DUA INSAN BERCINTA-ELLA

29.IZINKANLAH-Q FACE

30.ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA-AXLS



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI…..

Jumaat, 12 Februari 2010

LAGU PERMINTAAN

1.GINGERBREAD-KU CARI DAMAI DIHATI
2.JATT-SISA-SISA CINTA
3.AZHARUZAMAN-MALAM GELISAH
4.GOODMAN BROTHER-APA DAYA ORANG TAK SUKA

JAWAPANKU..

Ermm..seminggu sudah berlalu..Tak lama lagi rakan-rakan cina akan menyambut tahun baru..Berkotak dan berbakul jugak aku dapat limau mandarin dan kuih bakul yang yang beraga dari pendengar kaum cina..tak sangka pulak ramai..( alahai terperasan pulak dah!!!!)...Apapun terimakasih kepada mereka..Buka Folder Email..banyak juga yang tak sempat ku baca..kat Facebook ada gak yang kantoi..Friendster???..pun banyak..Kat Tagged tak buka-buka lagi..Dari banyak-banyak kiriman email..aku jawablah mana yang sempat.heh!! yang kelakarnya ada yang minta tips..tak mahu menghampakan aku berilahkan ilmu yang ada didadaku yang tak berapa nak bidang nie..Disini bersama pembaca yang lain aku perturunkan PETUA CARI PENYAKIT..
Tips ini khusus untuk mereka yang menpunyai lebih satu awek..yang tak ada awek dan takut pada aweks..dinasihatkan..tak payah bacalah..buang masa jer....Hehehehe..
1.Jangan bawa mana-mana gambar awek dalam dompet anda
2.Gunakan nama lelaki sebagai ganti nama awek-awek dalam handphone.
3.Biasakan pakai banyak minyak wangi yang bercampur-campur baunya..biar awek-awek anda keliru
4.Gunakan satu ganti nama yang sama untuk mereka semua..tujuan untuk mengelak dari anda tersasul dan terkantoi
5.Selalukan berbohong..kemudian minta maaf..kemudian bohong lagi..minta maaf lagi...bohong lagi..biar hidup mereka bercelaru...yessss!!!!...
Jika semua perkara diatas, anda lakukan..sahlah ada memang dari orang-orang yang terpilih..Sahlah ciri-ciri kebuayaan ada dalam diri anda..maka anda tergolong dalam golongan orang-orang yang menipu dan tak boleh dipercayai..maka insaflah...kepada yang bertanya soalan ini...Insaf..insaf..insaf..insaf..hari ini kita menipu..esok kita menipu..dan kita akan jadi penipu tegar..yang ketagih jika tak menipu..elakkan dari menjadi munafik...cheeeewahhh!!!!!!...inilah tipsnya...sekian...

Khamis, 11 Februari 2010

LAGU PERMINTAAN

1.SEARCH-NIGINA
2.BILLY OCEAN-CARIBBEAN QUEEN
3.PUTERI REMAJA-BAGAI OMBAK BERLARI
4.WANIE(DIKIR)-MALAM PERPISAHAN
5.WANIE(DIKIR) -ABE BUAYO
6.PITBULL-HOTEL RROM SERVICE

CARTA ROCK RETRO 11HB FEB.2010


01.ANTARA GADIS-DINAMIK

02.ARUS CINTA-SUP

03.HIASAN-OLAN

04.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

05.IZINKANLAH-QFACE

06.BADAI ASMARA-SERA

07.RELA-TILA

08.DUA INSAN BERCINTA-ELLA

09.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

10.CINTA PANTAI MERDEKA

11.MAYA PERCINTAAN-U TOPIA

12.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

13.BUTAKAH CINTA-SPRING

14.SEKELIP MATA KAU BERUBAH-LESTARI

15.SENDIRI-MAY

16.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

17.CINTA BUKAN SEMALAM-STRAW

18.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG-LEMON T

19.BILA BUNGA DIPETIK ORANG-SEJATI

20.DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU-UKAYS

21.ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA-AXLS

22.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

23.TEGUH-KASAWARI

24.ANTARA WAJAH-WAJAH SAYANG-MENARA

25.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

26.BELENGGU IRAMA-WING

27.KAU MUTIARA SEGALANYA-STRATEGY

28.UTUSAN RINDU-SPIN

29.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

30.MANISNYA RINDU-SLAM



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI


Rabu, 10 Februari 2010

LOGHAT PAHANG


Masa Koi Belajar Dulu..Rodong seroomate koi wat pengajian bahasa..dia wat kajian tentang bahasa dan Loghat Negeri Pahang..Dari Ulu Sungai Sampai ke Hujung muara terdapat 365 Loghat Negeri pahang ni..Jadi Koi kongsikanlah beberapa Perkataan:-.
Daur-Sebaya..Loghat ini Banyak digunakan di Daerah Lipis,Raub dan Jerantut..Sebutan lebih menganjur ataupun leweh.
Beringor-Memberitahu..Banyak Digunakan didaerah Temerloh,Maran Dan Pekan..Biasanya ianya lebih kepada nasihat orang-orang tua kepada budak-budak..jarang kedengaran sekarang nie.
Dedor-Suam...Digunakan didaerah Temerloh,Bera,Maran..Biasa lagi digunakan kepada sekarang ini.
Mencelabak-Jatuh dengan banyak..Biasa digunakan didaerah Chenor,Kuala Krau Temerloh..ayat menunjukkan kepada jatuhnya buah yang bertangkai..
Bocong-Bekas Air..Biasa lagi kedengaran perkataan ini.
Tungkit-Terbalikkan..Di Ulu Tembeling biasa digunakan..
Nyer Iblis Koreng-Sumpah Seranah yang biasa digunakan di mukim Pulau Tawar dan daerah Lipis.
Bokor-Tudung Periuk..Masih lagi didengari di sekitar Chenor,Maran..
Kerayan-Gusar..Banyak kedengaran di Derah Jerantut,Lipis..

Sekian,,,,

Ahad, 7 Februari 2010

BERANI BERKATA "YA".....

Kalau disuruh makan nasi lima enam pinggan tanpa lauk,apa yang anda akan kata?..Kalau disuruh makan lauk lima enam periuk tanpa nasi,apa yang anda akan jawab?..Kalau diajak mendukung biawak mati sambail berjalan kaki dari KL ke Bangkok,Apa anda akan cakap???..Ya.Jawapan bagi semuanya adalah tidak..disamping menidakkan pada jawapan,anda juga akan berkata..gila ke..Untuk menjawabnya pun dah tiada faedah bagi persoalan diatas,apatah lagi untuk melakukannya.Sebenar cukup salah kalau anda menyangka jawapan anda itu betul dan cukup betul sekiranya anda menyangkanya salah.Terlalu cepat berkata "TIDAK" bukanlah tindakan yang bijak.Kerap kali ianya merugikan,amat sering ianya menutup ruang dan peluang.
Ambil sahaja contoh kalau anda  menyambut persoalan yang dikemukakan dengan jawapan "YA".Tahukah apa yang anda akan dapat?..Ermm..macam-macam..Kekaguman orang terhadap kesediaan anda untuk makan nasi tanpa lauk tidaklah berapa penting,yang penting dengan berkata "YA" anda berpeluang makan nasi secara percuma,tidakkah itu menguntungkan?lebih jauh lagi,ia mungkin membina tabiat baru,ya siapa tahu selapas itu anda akan ketagih memakan nasi tanpa lauk,bayangkan jika ia berlaku..Jimat duit dan masa tak perlu nak fikir pasal lauk..kalau ketagih makan lauk pun untung jugak tak perlu beli beras..
Bayangkan publisiti yang anda akan dapat kalau mendukung biawak mati ke bangkok.Anda akan jadi glamour,suratkhabar siam pasti akan buat liputan,anda akan dikenali dan menjadi top..bukankah itu peluang..manalah tahu selepas tu ada yang keneng-keneng anda untuk dibuat menantu..orang kaya ker..menteri ke..hehehehe..
Lain kali kalau disuruh membuat sesuatu yang pelik-pelik,beranikan diri untuk berkata "YA" jangan teragak-agak.Jika kawan suruh belanja minum jawapankan saja "YA"..Duit memanglah akan habis..tapinya akan mengembirakan kawan anda,dia akan puji dan akan bercerita tentang kebaikan anda kepada rakan-rakan yang lain..Untung juga tu kan?...
Jika Bos bertanya..cukupkah gaji anda sekarang,maka dengan tanpa berlengah dan menjawab ala-ala usain bolt.jawapan anda "YA"..sampai bila-bila anda tidak akan diberhentikan kerja..Itu kan satu keuntungan.
Jika secara tiba-tiba ada yang bertanya " Awak sayangkan saya?".cepat-cepat jawab "YA".Jawapan anda itu akan membantu orang tersebut menjadi bertambah gila dan mungkin menyelamatkan orang lain dari turut ditanya..Bukankah mulianya anda?..hehehe..kan dah jawap "YA"..Bagus!!!..Ya tak titik..ya dibawah dua titik..hehehehe..salam semer...

Jumaat, 5 Februari 2010

SEGMEN 678. PD 6HB FEB 2010

1.Debaran-A.Kadir Jailani & The Baile Boys
2.Tuju Bahagia-Afida Es & Les Fentones
3.Kereta Lembu-Helen Velu & The Kilats
4.Hidup Sementara-Ahmad Z
5.Korina-Anita Sarawak
6.Saya Bujang-M Hassan & The Seroja
7.Tiada Benci Dihati-Baharuddin Rahman
8.Malam Gelisah-Azharulzaman
9.Dalam Kenangan-Wheel
10.Bunga Negara-Salim I & The Wisma
Dan Banyak Lagi.....Segmen Jam 2.00 - 5.00 ptg

Rabu, 3 Februari 2010

CARTA ROCK RETRO 4HB FEB.2010


KEDUDUKAN CARTA ROCK RETRO 4HB FEB 2010

01.ANTARA GADIS-DINAMIK

02.HIASAN-OLAN

03.RELA-TILA

04.DUA INSAN BERCINTA-ELLA

05.IZINKANLAH-QFACE

06.UNTUKMU SAYANG-FEBIAN

07.ARUS CINTA-SUP

08.DIBADAI ASMARA-SERA

09.ANDAI DAPAT KUUNDURKAN MASA-AXLS

10.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

11.MAYA PERCINTAAN-U TOPIA

12.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

13.BUTAKAH CINTA-SPRING

14.UTUSAN RINDU-SPIN

15.SENDIRI-MAY

16.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

17.PERTAMA DAN TERAKHIR-GET

18.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG-LEMON T

19.BILA BUNGA DIPETIK ORANG-SEJATI

20.TEGUH-KASAWARI

21.MANISNYA RINDU-SLAM

22.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

23.KAU MUTIARA SEGALANYA-STRATEGI

24.ANTARA WAJAH-WAJAH-SAYANG

25.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

26.BELENGGU IRAMA-WING

27.DISANA MENANTI DISINI MENUNGGU-UKAYS

28.CINTA BUKAN SEMALAM-STRAW

29.SATU NAMA TETAP DIHATI-EYE

30.SEKELIP MATA KAU BERUBAH



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI…..


Isnin, 1 Februari 2010

LAGU LOGHAT PAHANG

Koi Kongsikanlah ngn wokmer semer lagu2 nie...
1.ROSLAN MADUN-MENGHILIR SUNGAI PAHANG
2.ROSLAN MADUN-WAU-WAU PEPEH
3.ROSLAN MADUN-LEMAK MANIS
4.ROSLAN MADUN-TEBANG TEBU
5.CT NURHALIZA-WALINONG SARI

POLITK ATAU POLITIKING...HUA HUA HUA....

Pehh!! Baru ada masa sikit..Hati pun senang dapat makan sambal petai ngan gulai Lemak Ikan Bawal..Popalehhh wehh!!!! Sedap!!!.dapat ikan haruan salai..lagilah..jusss!! air hidung..Hehehe..Moganya dengan coretan ini maka terjawablah pertanyaan dari rakan-rakan yang mengirimkan email..Politik??.Dikongsikan beberapa petikan dari orang-orang yang hebat dan buku-buku mereka ini pernah ku baca..Politics is the art of possible the attainanble..the art of next best-Otto Von Bismark. Manakala dari Thomas Babington Macaulay-A Politician must often talk and act before he has thought and read..Since a politician never bilieves what he says,he surprised when others believe him-De Gaulle..
Jadinya itulah kesimpulan orang yang berpolitik..Aku menpunyai pandangan pribadi yang mungkin sama dengan pendapat orang yang tak ramai hehehe...maka aku nyatakan mengikut aku rasa:-
1.PARTI ertinya..Suatu Organisasi yang kita boleh jadi ahli dan orang lain bayar yuran.
2.SLOGAN ertinya..kata-kata yang selalu diungkapkan walaupun kadang-kadang kita tak faham.
3.PEMIMPIN ertinya..tempat minta duit
4.PENYOKONG ertinya Orang yang lari bila kita kalah
5.UNDI ertinya..Benda yang boleh dibeli
6.KEMPEN ertinya..Duit
7.CERAMAH ertinya..Tempat dimana kita boleh mengata orang.
8.JANJI ertinya..Benda yang kita cakap kemudian kita lupa.
9.KAWAN ertinya..Orang yang mungkin melawan
10.MUSUH ertinya..orang yang mungkin jadi kawan
11.SAGUHATI ertinya..duit atau benda yang dibahagi untuk dikenang..
12.PRINSIP ertinya..Mana ada prinsip bagi orang politik..
Inilah diantaranya apa yang dapat kusimpulkan dengan perca kain dan juga diisi dalam kelompin..Sama jer apa jua dasar perjuangan parti apapun yang pentingnya bagi mereka ini "Keluarga didahalukan..Kroni diutamakan".

Jumaat, 29 Januari 2010

Saperlah Koi Nie....

Termangu dalam mencari konklusi diri,sering bertanya pada diri sendiri siapalah aku ini???,bukan pertikaian orang terhadapku tetapi pertanyaan pada diri sendiri menjengah dalam kotak pemikiran dan kadang-kadang dah macam kotak kayu jer.." Diri nak koner tu"...teringat kembali bait-bait kata orang kampung.." weh!!! rodong upernya".." Gu Kita " " Saing hambo" " Ganu kite"..perlambangan ungkapan pada sebuah keakraban dan pertalian..Sememang Pantai Timur ini PAHANG,TRENGGANU DAN KELANTAN menpunyai kaitan rapat sejak berzaman dulu..Wan Embong, Tok Janggut,Tok Kenali,Mat Kilau,Syed Zainal Abidin Al-Atas ada kaitan sesama mereka..itu belum susur galur yang lain lagi..
Dari Berguru di Gunung Jerai..Zaman Reformasi di UM,.semuanya ku titipkan jadi sejarah dan kenangan dalam lipatan kehidupan walau hakikatnya aku tak pernah melipat kain hehehe...
Bagaimana Dato Dr Jamaluddin Jarjis tidur dibawah kakiku pada Satu Program Gerak Gempur di Daerah Jerantut..Sejuk sampai ketulang hitam..tak tahulah kat mana tulang tu..bila kena rendam di kem nusa dalam soal intergriti..Berbahas tentang isu dan kemajuan..di Kem Agro Negeri Sembilan..orang teruk ku bidas Kini Bergelar YB Dato Wan Hamizan....
Masih terasa lagi bahang kehangatan pertikaian Di Chebong...Aduhai bangganya dapat berpidato bersama-sama dimimbar jalananan..Depan Kedai KEK di Kg Baru..Ruslan Kassim,Zahid Hamidi..Teruknya aku dibrainwash  sampai 3 hari aku tak wash2 badanku..di bukit Kluang Trengganu..Bagaimana semangatnya aku berpidato dalam ruang dewan Kuliah untuk pelajar tajaan MARA oleh INTAN dibawah kendalian En.Roslan..
Melihat terbujur kaku arwah pak saudara aku,diselimut dengan bendera sebuah Parti Politik,Mengenang betapa taksubnya dia,berbahas denganku tentang idealogi perjuangan.Malang juga bagiku kerana diheret ke lokap atas tuduhan membakar dewan UM satu waktu dahalu..Semuanya kekadang membakar perasaanku..Mendaki Kolej Sejati tidak sama mendaki Gunung Everest..tetapi aku tetap mendongak kelangit dan menuduk kebumi..Persis baru semalam aku menjadi juara Pidato peringkat kebangsaan..Bagai kelmarin aku melaungkan amaran dan pada Pergerakan Pemuda Didewan PWTC...dan bagaikan baru saja,aku membentang usul di dewan Muktamar...Aduhai!!! malu juga sebagai Ketua pelajar aku dikenakan tindakan disiplin..Terlalu sarat dengan peristiwa..terpahatkah namaku nanti dalam Kejayaan menganjurkan Sukan Komanwel 1998..Terpampangkah gambarku di Wisma FAM dalam Skuad Tempo 88..
Cerita semalam itu adalah sejarah bagi aku dan mungkin jua keturunanku nanti..Apa yang penting segala peristiwa yang penting itu aku terlibat.Menghadapi masa yang mendatang dengan perbagai karenah dan perangai..Berjuang bukan mendepakan tangan dan mengarahkan senjata..berjuang adalah membuka minda..Tranformasi,inovasi bukan hanya boleh dilaungkan dengan kata-kata..ianya memerlukan ilmu,pengetahuan dan pergalaman.."Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga"....

Rabu, 27 Januari 2010

CARTA ROCK RETRO 28HB JAN.2010


KEDUDUKAN CARTA RETRO PADA 28/01/2010



01.IZINKANLAH – QFACE

02.HIASAN-OLAN

03.RELA-TILA

04.ANDAI DAPAT KU UNDURKAN MASA-AXLS

05.UNTUKMU SAYANG-FEBIANS

06.TERINGIN-SHIMA

07.CINTA PANTAI MERDEKA-TROPIKA

08.DUA INSAN BERCINTA-ELLA

09.CINTA KENANGAN SILAM-XPDC

10.ANTARA GADIS-DINAMIK

11.SENDIRI-MAY

12.BILA BUNGA DIPETIK ORANG-SEJATI

13.SEANDAI TUHAN MENGIZINKAN-STING

14.BADAI ASMARA-SERA

15.UTUSAN RINDU-SPIN.

16.INTAN RUPANYA KACA-ESPIRANZA

17.ARUS CINTA-SUP

18.KEKASIHKU DIAMBIL ORANG-LEMON T

19.BUTAKAH CINTA-SPRING

20.TEGUH-KASAWARI

21.PERTAMA & TERAKHIR-GET

22.TERLANJUR MENYINTAIMU-FAIR

23.KAU MUTIARA SEGALANYA-STRATEGI

24.KU RELAKAN KAU PERGI-OKAY

25.RACUN PUJANGGA-CANDY

26.MAYA PERCINTAAN-U-TOPIA

27.RANGGI METROPOLIS

28.MANISNYA RINDU-SLAM

29.ANTARA WAJAH-WAJAH SAYANG-MENARA

30.LYDIA-ANTZ



TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI……….


Sabtu, 23 Januari 2010

INI JAWABNYA PART II

Aduhai!!!..nak dibuang kang nangis pulak,,kalau dah nangis payah nak pujuk..Banyak lagi aku aku terima email yang bertanya itu,ini,begitu,begini..Lepas ni rasanya nak buka kaunter pertanyaanlah pulak..
Antara soalan-soalan yang ditanyakan ini pun setelah kutapis dengan penapis tebu cap rambutan
Soalan:.Abg Amiey,kat tempat saya banyak betullah pendatang asing,nak tackle awek pun payah dia orang suka sangat pada mat bangla..Abang Amiey ada petua tak?
Jawapanku: Khusus untuk mereka yang terancam dengan kehadiran mat bagla nie,ini cara-cara bagaimana nak menackle awek2 tempatan,Mesti belajar menyimpan bulu dada,kalau ada seurat pun kira bulu dada jugakkan?..Mesti rajin-rajin dengar lagu hindustan,mensti pandai mengurat secara berpuak-puak dan yang palaing penting mesti pandai sebut " BARU" "LAMA" "BERAPA MAHU" "PENUH KA ?".
Soalan: Saya selalu dengar ucapan-ucapan dari pendengar,ada sesetengah mereka nie,bercinta-cinta dalam ruang udara, adakah mereka ini kurang siuman ?..
Jawapanku: HEHEHEHE kurang Siuman?,,HEHEHEHEHEHE
Soalan : Selalu je saya dengar waktu abang bertugas, abang amiey selalu saja mengutuk kaum perempuan, kenapa abang amiey ni benci sangat kaum perempuan ?..
Jawapan : Ikut suka hati sayalah nak benci siapa-siapapun!!!! hehehehe
Soalan: Abang Amiey..kenapa orang lelaki ni suka sangat tengok perempuan dahi licin?..
Jawapanku: Sebab dahi orang lelaki jendol tak licin.
Soalan: Kenapalah bila saya nak buat sesuatu,ayah ngan mak selalu cakap,fikir masa depan,semer benda dia cakap gitu,kekadang rimaslah..Kenapa ek, mereka cakap begitu abang amiey?..
Jawapanku: sebabnya kita berjalan kedepan bukan mengundur,Kalu mengundur mesti parents adik akan suruh adik fikir masa belakang..Kan? kan? kan adik kan?...
Soalan : Tauke tempat saya bekerja ni, asyik hendak untung je..kalau rugi memang saya kena marah,Kenapa orang berniaga ni asyik fikir untung jer tak mahu rugi langsung?..
Jawapanku: Sebab dia berniaga,bukan nak bagi saja.
Sekian dululah yang sempat kujawaba email-email dari rakan-rakan pendengar,harap puashati dengan jawapan.Untuk tidak susah hati kita jangan cari susah..

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...