Rabu, 14 Disember 2016

TAHUN SEDIH

Frustnya!!!!!!..

Tahun 2016 masehi hampir ke penghujungnya, bermakna bertambah lagi usia dan makin sikit baki yang tertinggal, maka makin tipis peluang yang ada untuk meraih apa yang diidamkan.
Disorotkan kembali apa yang diperolehi dalam tahun ini, Frust!!!! itulah yang boleh digambarkan terutama dalam sudut kerjaya dan pengembangannya." Feeling down" itulah yang dialami sepanjang tahun ini, bukan tiada hasrat atau peluang untuk berubah ke tempat baru, tapi bab nasihat dari seseorang, jika ke tempat baru terpaksa memulakan semula dari bawah serta penyesesuaian.
"Tak bagus sangat ke aku???" itulah sering bermain difikiran dan mencetus konflik dalaman antara aku dan kerjaya.Aku perasan dari seorang yang berfikiran kreatif dan kritis aku menjadi semakin pasif lantaran keadaan serta situasi. 
Diawalnya aku dituduh sebagai pencetus provokasi dan menghasut, aku terima je walaupun itu bukan aku sebenarnya, sebenarnya aku masih lagi menyimpan segala kepincangan yang terlihat dan tidak mencanang serata halwa.... tapi setelah minat dan ketaksubanku dibunuh. aku sedar tiada makna aku lakukan semuanya itu.
Diakhir semuanya itu aku sedar.... Perancangan Allah lebih baik.


Isnin, 21 November 2016

BUAT SEHABIS BAIK.


Jika terlibat dalam pengakap ungkapan " BUAT SEHABIS BAIK" memang menjadi tema dalam sebarang aktiviti dan perbuatan, mengajar supaya menjadi baik dan terus berusaha kearah kebaikan.
Cabaran dalam kehidupan dan dunia pekerjaan menjadi kita matang walaupun kurang dalam pendidikan, kerana landas atau terasnya PENGALAMAN,
Tapi ada masanya pengalaman yang kita ada tidak dihargai, atau mungkin kerana kita berada dalam "outdated"... Sering berlaku, 11 bulan kita bekerja dengan penuh dedikasi dan paling efisien, tapi masuk bulan ke 12, kita tak buat, akhirnya prestasi kita dinilai oleh ketua pada bulan ke 12, begitu jua, jika kita bekerja berhadapan dengan orang ramai atau lebih disebut " FRONT LINER" kita disukai oleh masyarakat  oleh kerana tidak pandai MEMBODEK, orang atasan kita menilai dengan sudut pandangannya bukan mutu perkhidamatan kita pada orang ramai... Sedih kan??? kalau terjadi perkara sedemikian.

Sampai Jumpa lagi pada coretan akan datang.

CICAK DAN KEBURUKKKAN


Jika Terlalu Banyak Cicak Di Rumah, Ini Petandanya…Berhati-Hatilah

Cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Memang mudah untuk menjumpai cicak di dinding-dinding rumah.
Kadangkala banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi juga agak annoying terutama di waktu malam.
Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.
Jom kita baca:

Ruqyah Dan Hadith

Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh.
Didalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).
Dalam hadis yang lain:
Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak.
Dia juga bertanya pada Aisyah,
“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”
Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberi tahu kami bila masa Ibrahim as dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.
“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.
Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

Penyakit

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.
Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.

Najis Cicak

Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak terkena telefon bimbit, ianya mampu merosakkan monitor handphone.
Oleh itu, sekiranya terdapat cicak di rumah berhati-hatilah. Seeloknya kira cuba hindari untuk mengahalau cicak dari rumah

* Rencana Ini adalah  Copy & Paste dari Pen.Merah .com

Selasa, 11 Oktober 2016

NAZAR DAN BOTAK


bila aku mecukur rambut ramai dikalangan rakan dan kenalan yang bertanya " BAYAR NAZAR KE?".. Soalan itu menjadi aku kaget dan hanya tersenyum lalu dalam hati berkata.. takkan dengan mencukur kepala boleh dikategorikan sebagai nazar yang perlu dilakukan.... mudahnya bernazar dan begitu senang untuk melaksanakannya... lalu aku pun merayaplah mencari sumber yang sahih dan boleh diterima pakai :-

Definisi
Syarak : Janji untuk kebaikan khasnya
Istilah ulama’ feqah : Beriltizam untuk mendekatkan diri dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu.
Dalil syarak
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Insan yang bermaksud : Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang mana azabnya merata di mana-mana.
Hadis riwayat imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akanNya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadaNya maka janganlah membuat maksiat kepadaNya.
Hukum nazar
Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Oleh sebab ia itu para ulama’ feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir.
Jenis-jenis nazar
Nazar terbahagi kepada 3 jenis iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Nazar Lajaj
Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia berkata ketika dalam keadaan itu : ” Sekiranya aku bercakap dengan si pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”.
Kedua  : Nazar al-Mujazah ( Mukafaah )
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata : “Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan bersedekah seekor kambing”.
Ketiga  : Nazar Mutlak
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika hilang pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu berkata : “Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis”.
Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan kerana orang yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan menghampirkan diri kepada Allah.
Hukum bagi setiap jenis nazar
Pertama : Nazar Lajaj
Hukumnya bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu apa yang dinazar. Jika ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang bernazar itu untuk melaksanakan apa yang dinazarkan atau pun membayar kafarah sumpah. Dia dibolehkan untuk memilih antara keduanya kerana nazar jenis ini hampir sama dengan nazar dari sudut mewajibkan diri(mewajibkan berpuasa sebulan misalnya) dan menyerupai sumpah pada sudut keadaannya sebagai jalan ke arah menghalang daripada sesuatu(tidak mahu bercakap dengan si pulan misalnya).
Dalilnya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amir daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Kafarah nazar seperti kafarah sumpah.
Kedua  : Nazar al-Mujazah
Hukumnya ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar berlaku seperti sembuh daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk melaksanakan apa yang telah dinazar seperti sedekah seekor kambing. Dia tidak boleh menggantikannya dengan perkara lain.
Dalilnya sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 29 surah al-Haj : Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu berjanji.
Maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah:Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka taatilah akanNya.
Ketiga  : Nazar Mutlak
Hukumnya ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan apa yang telah dinazarkan secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu perkara.
Dalilnya adalah sebagaimana ayat 29 surah al-Haj sebagaimana disebut dalam nazar al-Mujazah di atas yang mana ia datang dengan dalil yang umum. Dia diharuskan untuk melewatkan pelaksanaan kepada apa yang telah dinazarkan sehinggalah dia merasakan bahawa dirinya sudah mampu untuk melaksanakannya seperti berpuasa pada hari Khamis.
Dia tidak boleh menukar nazarnya itu dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah telah ternafi dengan nazar jenis ini.
SYARAT NAZAR YANG BERKAITAN DENGAN ORANG YANG BERNAZAR
Syarat nazar yang berkaitan dengan batang tubuh orang yang bernazar itu sendiri ada 3 syarat iaitu :
Pertama : Islam
Tidak sah nazar orang kafir kerana kafir bukan termasuk dalam ahli bagi kerja ibadat kepada Allah.
Kedua   : Mukallaf
Tidak sah nazar kanak-kanak dan orang gila kerana mereka bukan ahli bagi mewajibkan sesuatu ke atas mereka.
Ketiga  : Pilihan dan kehendak diri sendiri
Tidak sah nazar orang yang dipaksa sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Diangkat daripada umatku jika dia berbuat secara tersalah, lupa dan apa yang dipaksa ke atasnya.
SYARAT NAZAR YANG BERKAITAN DENGAN APA YANG DINAZARKAN
Syarat nazar yang berkaitan dengan perkara yang dinazar pula ada 2 syarat iaitu :
Pertama : Perkara yang dinazar itu merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah
Tidak boleh bernazar kepada perkara yang diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Jika seseorang itu bernazar dalam perkara yang diharuskan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya maka ia tidak memberi kesan apa-apa kepada nazarnya.
Dalilnya adalah sebagaimana hadis riwayat imam Bukhari daripada Ibnu Abbas telah memberitahu : Adalah nabi S.A.W ketika berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang bangkit dan bertanya tentang dirinya. Maka mereka(para sahabat) bertanya : Abu Israel telah bernazar untuk sentiasa bangun, tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan berpuasa. Maka jawab baginda S.A.W yang bermaksud : Biarkan maka bercakaplah, berteduhlah, duduklah dan tunaikan puasanya.
Hadis ini menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulullah S.A.W menyuruh orang yang bernazar tadi untuk hanya berpuasa kerana puasa merupakan perkara ibadat dan taat. Maka menunaikan nazar berpuasa itu adalah wajib.
Begitu juga dilarang bernazar dalam perkara yang diharamkan seperti membunuh dan berzina.
Dilarang juga bernazar dalam perkara yang makruh seperti bernazar untuk meninggalkan sunat rawatib setiap kali selepas solat fardhu. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan dirui kepada Allah dan ibadat.
Dalil yang mana imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Bukan nazar dalam melakukan maksiat kepada Allah.
Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Bukan nazar melainkan pada apa yang mengharapkan penerimaan Allah.
Kedua  : Perkara yang dinazar itu bukan daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan dari mulanya lagi
Sekiranya seseorang itu bernazar untuk solat Zohor atau ingin mengeluarkan zakat hartanya maka nazarnya itu tidak sah kerana nazarnya itu tidak membawa kesan kepada kewajipan yang baru. Ini disebabkan solat Zohor dan zakat hartanya itu memang telah wajib dari mulanya lagi tanpa memerlukan kepada nazar lagi.
Dan terkeluar daripada kewajipan yang telah ditentukan ialah perkara yang diwajibkan secara fardhu kifayah maka ia diharuskan untuk bernazar dengannya. Sebagai contohnya seseorang itu bernazar ingin solat jenazah atau pun belajar ilmu fardhu kifayah seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya maka nazar ini diharuskan. Ini adalah kerana nazarnya tadi akan menjadikan fardhu kifayah pada asalnya kepada fardhu ‘ain. Fardhu kifayah hanya diwajibkan kepada sesetengah orang atau kumpulan sahaja di mana jika telah ada demikian itu maka segala kewajipan tadi akan gugur ke atas orang lain sedangkan fardhu ‘ain diwajibkan ke atas individu dalam apa jua keadaan.
Semoga penerangan ringkas mengenai nazar ini mampu memberi sedikit peringatan dan juga ilmu kepada kita semua.

Selasa, 13 September 2016

KORBAN DAN PENGORBANAN

Syukur!!! kerana ada dikalangan kita yang dikurniakan kelebihan untuk melakukan ibadah korban. Cuma saya nak menjawab persoalan yang pernah di kemukakan oleh seorang kenalan.. antara lain tanya beliau      " kenapa raya haji lebih meriah di Kelantan?"
kalau nak ikutkan bukan di negeri Kelantan je orang melakukan ibadah korban..tetapi,, jika di Kelantan sudah ditanamkan sikap dan amalan, setiap rumah mesti buat korban..bukan kerana mereka kaya atau banyak duit tapi itulah namanya AMALAN yang diterapkan dan ASUHAN dari GURU Agama. Mereka telah diterapkan tentang PAHALA melakukan Ibadah Korban.
Harga untuk satu bahagian pada masa kini antara RM450 ke RM550, jadi bermula selepas Bulan Zulhijjah mereka mengumpul duit untuk Tahun hadapan pula, Itulah Tips kenapa mereka boleh melakukannya... Jika 7 buah rumah/keluarga seekor lembu, bayangkan jika satu kampung.. sebab itu meriah!!!!  soalan  lazim ditanya bila berada di Bulan Haji " Demo dok amik giae ko".....

Sekian, pandangan pribadi saya...

Follow MY IG : amieytee

Sabtu, 10 September 2016

PERUMPAMAAN UNTUK WANITA

Wanita Itu Ibarat BOLA

Diusia 17 an ibarat bola sepak,
direbut oleh puluhan lelaki,

Diusia 25 an.. ibarat bola keranjang , direbut paling banyak hanya 10 lelaki saja..,

Diusia 35 an, ibarat bola takraw, hanya direbut 6 lelaki saja..

Diusia 45 an ibarat bola pingpong, hanya 2 lelaki yg berminat merebutkannya..

Diusia 50 an ke atas ibarat bola golf... tidak ada yg nak rebut, hanya dipukul biar jauuuh.....

Jumaat, 9 September 2016

TABIAT WANITA

Terdapat 9 watak dan tabiat yang dinyatakan di dalam kitab muktabar. Namun ianya hanyalah perbandingan, tidak sekali-kali menyamakan kaum wanita dengan haiwan:

1. Tabiat Babi

Tabiatnya seperti tidak ubah seperti tabiat babi. Dalam soal makan dan minum mereka suka memecahkan piring dan pinggan mangkuk. Mereka juga suka keluar rumah tanpa meminta keizinan suami. Dan suka berjalan-jalan ke mana sahaja yang mereka suka. Mereka tidak mempedulikan urusan ibadat dan tidak suka menuntut ilmu dan suka melanggar perintah agama. Malah mereka tidak suka tunduk dan taat kepada suami.

2. Tabiat Kuda

Wanita yang bertabiat seperti ini suka memakai pakaian yang berwarna-warni seperti warna merah, kuning atau hijau supaya kelihatan menyerlah. Mereka suka memakai barang-barang perhiasan untuk bermegah-megah, seperti emas atau perak. Mereka juga tidak mahu kalah kepada suaminya.

3. Tabiat Anjing

Wanita yang bertabiat begini seorang yang sangat cerewet. Suka membebel, bersifat berani, melawan suami, membentak dan memaki hamun suami. Namun begitu dia seorang yang sangat setia kepada suaminya. Wanita penurut perintah suami, marahnya hanya untuk seketika sahaja.

4. Tabiat Ular

Wanita yang bertabiat seperti ular adalah seorang wanita pendiam dan pendendam. Mereka dapat menguasai suaminya, bila mereka bermusuh dengan seseorang. Suaminya akan dijadikan alat untuk menyerang musuhnya.

5. Tabiat Kala Jengking

Wanita yang bertabiat kala jengking suka menempel dan berkumpul sesama wanita lain. Hobinya suka memburukkan orang lain, biarpun suami atau keluarga saudara mara sendiri. Selain mengumpat mereka juga suka mengadu akan hal-hal orang lain. Dari sikap dan perangai mereka yang buruk itu juga boleh membuatkan orang lain berlaga sesama sendiri. Wanita seperti ini hanya suami yang sabar sahaja yang boleh hidup lama bersama mereka.

6. Tabiat Tikus

Wanita yang bersifat begini suka menyeluk poket suami, dan mereka dengan berani mengambil wang dari suami, walaupun tanpa mendapat keizinan daripada suami.

7. Tabiat Singa

Bersikap garang terhadap suami, namun mereka seorang yang pendiam tetapi seorang yang bersikap pengawal. Apabila diganggu, mereka akan melawan tanpa merasa segan dan silu.

8. Tabiat Kambing

Wanita yang baik dan soleh, taat kepada suami dan sayang kepada anak-anak. Mereka bersifat berkecuali, tidak mahu mencampuri urusan suami atau orang lain. Mereka suka berbakti kepada masyarakat dan taat kepada Allah SWT dan RasulNya.

9. Tabiat Ayam

Wanita yang bertabiat begini seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak dan suami. Hidupnya tidak suka bermegah-megah, seorang wanita yang cukup taat kepada suami dan Allah SWT.

Bagi wanita, kenalilah sifat dan watak diri sendiri supaya dapat mengubah dan mencorakkan diri menjadi wanita solehah seperti mana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya. Apabila tabiat yang buruk berubah menjadi tabiat yang baik, maka masuklah mereka dalam golongan wanita yang solehah, yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT kepada mereka yang taat dan mengikut perintahNya.
Wallahua'lam.

Selasa, 30 Ogos 2016

MERDEKA ATAU BEBAS


BEBASKAH KITA???.. MERDEKA!!! MERDEKA!! ,MERDEKA!!! ADAKAH SEKADAR LAUNGAN PADA DETIK 12 TENGAHMALAM?... PERLUKAH DIADAKAN SEMUANYA ITU.. TIDAK PATRIOTIK KE..JIKA TIDAK BERBARIS....

MyIG: Amieytee

Ahad, 28 Ogos 2016

BERUSAHA MENJADI BAIK


KITA YANG MENGENAL DIRI KITA, WALAUPUN BERDIRI DIDEPAN CERMIN, CERMIN HANYA MEMAPARKAN APA YANG TERPAMPANG.MUNGKIN ADA YANG BOLEH MENILAI TAPI NILAIAN ITU BUKAN TANDA HARGA DIRI.

MyIG:amieytee

BUAH CEMPEDAK DAN MAKSUD

Gambar Hiasan - Buah Cempedak.
BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK BARU BELAJAR
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN.

Itu adalah bait-bait kata dalam pantun lama yang biasa didengari dan sangat biasa, malah begitu dekat dengan kita, melambangkan tentang kemahuan seseorang itu untuk belajar. Saya pernah ditanya oleh seorang budak sekolah rendah " Kenapa buah cempedak itu diluar pagar, tidak di dalam,tidak di tepi?" lalu saya menjawab " Itu adalah pembayang untuk maksud dua rangkap dibawah" jawapan klise yang biasa diberikan Padahal,soalan yang sama jua pernah saya lontarkian ketika zaman kanak-kanak.Saya juga mendapat jawapan yang sama.
Apabila meningkat dewasa,  juga usia makin meningkat ini, saya terimbau kembali dan cuba mentafsirkan " BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR" ini adalah pendapat secara pribadi.
Orang terdahalu, membingkis kata bukan sahaja maksud itu membawa makna yang tersurat dan tersirat, malah pembayang juga ada rahsianya.
KENAPA BUAH CEMPEDAK? tidak buah lain.
Seperti sedia maklum buah cempedak menpunyai aroma yang kuat, jadi ianya menarik minat musuh atau pemangsa untuk mendapatkannya, buang cempedak tidak menpunyai kulit yang keras seperti buah durian yang mampu berlindung disebalik duri,untuk menyelamatkan buah tersebut, hendaklah berada dalam kawasan yang terkawal iatu berpagar, begitu jua dengan mereka yang masih mentah yang baru melihat kehidupan mereka perlukan asuhan,bimbingan dan tunjuk ajar. Orang terdahulu mengamal kaedah murid mencari mencari guru untuk menimba ilmu, tapi sekarang sudah seakan terbalik.

Banyak lagi yang ingin dikupas, tapi keadaan masa yang tidak mengizinkan.
Sekian Terima Kasih.

MyIG : amieytee

Sabtu, 27 Ogos 2016

HORMATI TUGASAN SEORANG GURU




Jangan Hantar Anak Ke Sekolah Kalau Tak Boleh Terima Perkara Ini
Pesanan untuk semua ibu bapa. Guru juga adalah ibu bapa kepada seorang anak. Peringatan untuk semua, mudah-mudahan dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang prihatin... ( Khususnya utk saya sendiri dan tatapan buat teman2 ibubapa sekelian )
Tanamkan dalam hati bahawa:

1. Anak kita bukan baik sangat....
Walaupun di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi, dia mungkin melawan cakap guru, pukul kawan dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangkakan.

2. Bukan anak kita seorang saja di dalam kelas itu....
Kita di rumah  paling ramai anak 6/7 orang. Itu pun kita tidak mampu nak berikan perhatian kepada semua. Anak cakap banyak sikit, kita dah suruh diam. Bayangkan saja kita ada anak kembar seramai 40 orang. Begitu jugalah apa yang guru alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu......
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita, dia mungkin menipu. tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah, nanti kita yang mendapat malu.

4. Anak kita layak dimarah........
Anak kita bukan malaikat, dia tidak sempurna dan pasti melakukan banyak kesilapan. Dia perlu dididik, karekter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat mengjengkelkan sewaktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarahi, itu tandanya guru sedang mendidiknya.

5. Ingat semula mengapa kita hantar dia ke sekolah...........
Untuk dia menjadi diva kah sampai tak boleh diusik? Untuk dia menjadi samseng sampai tak boleh dijentik? Untuk dia menjadi biadab sampai tak boleh dididik?

6. Dia sedang dididik dengan cara yang kita suka atau tidak suka.........
Jika tidak boleh menerima orang lain mendidik anak sendiri dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang mengikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul. 

7. Kita tidak mampu memberikan semua ilmu yang diperlukan.............
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia tetapi kita tidak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru-guru itu mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita. Hormatilah mereka.

8. Duit bukan segalanya...............
Kita mungkin kaya, tetapi duit tidak mampu menjadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu dididik, diajar dan dibentuk, barulah dia mampu menjadi seorang manusia berguna.

9. Kita tidak mampu membentuknya seorang diri.........
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memberi kefahaman yang jelas kepadanya bagaimana untuk terus hidup di dunia ini. Guru-guru itulah yang akan membantu kita membuatkan dia melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.........
Cara guru dengan kita mungkin berbeza tetapi pengalaman mereka mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita mampu mendidik 6/7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6/7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru..........
Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji tetapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia. Amal ini Allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?

12. Ilmu anak kita tidak akan berkat tanpa redha gurunya........
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tetapi jika biadab dengan guru, belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. Kurang mendapat A tak mengapa asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya dan kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar menghormati ibu bapa.......
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Berlapang dadalah, ilmu itu bukan bilangan A. Tetapi apa yang anak kita dapat untuk jadikan panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan di akhirat.
Cuba fahami..cuba selami cuba fikir2 kan... apa terjadi jika no.11 & no.12 diabaikan...Kalian juga tk mungkin memiliki Kerjaya seperti Hari Ini Bukan?

Rabu, 24 Ogos 2016

BERUBAH ATAU BERTUKAR

Memang betul.. jangan terlalu meletakkan diri dalam ruang selesa.Jika ada peluang,gunakan.. jika mampu..ciptalah peluang.

Isnin, 22 Ogos 2016

SAYANG MAK.

Gambar Hiasan

Satu hari nanti Allah akan ambil mak kita balik..Waktu tu kita kena terima..Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok.. Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..Cakap dalam hati..."Ni la orang yg lahirkan aku..Yg besarkan aku..Mak didik aku sampai aku jadi orang..Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak, tapi mak tak penah marah aku..Mak tetap nasihatkan aku..Lepas ni aku dah takde mak..Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...Tapi waktu tu mak dah takde..Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..Aku takde tempat nak bercerita..Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..Mak... Aku sayang mak..Camne kalau lepas ni aku rindu mak?Camne kalau aku perlukan mak??"Ambil peluang terakhir ni..Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..Tengok mak puas-puas..Ni last kita dpt tengok muka mak..Lepas ni takde peluang lagi dah..Sama-sama pakaikan baju baru mak..Tengok mak..Mak cantik tak?Anak-anak lelaki pulak..Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan, kita masih sibuk kat luar rumah lagi..Masuk rumah.. Renung mayat mak..Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..Ni la kali terakhir..Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..Ni la last kita dpt cium..Mak wangi sangat..Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..Cakap dalam hati.."Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku.. Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..Pada mak, aku tetap anak dia..Dulu mak tadah muntah aku..Mak cebokkan tahi aku..Mak dukung aku.. mak suap aku makan..Mak marah aku sebab aku nakal..Tapi mak tak penah benci aku..Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..Mak tengok anak dia ni makan berselera..Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..Cepat2 diri kat belakang imam.. Dulu mak selalu suruh kita solat..Hari ni kita buat solat  jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..Takkan mayat dia kita tak nak pikul? Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita.. Waktu kita baru pandai jalan..Mak langsung tak bagi kita jatuh.. Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah.. Biarlah kita yg uruskan mayat mak... Bukan org lain..Cakap dlm hati.."Mak.. ni last aku dapat tengok mak.. Ni last aku dapat pegang mak..Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi.. Aku tak dapat pegang mak lagi..Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..Sementara ni mak duduk kat sini..Aku pulangkan mak kat Tuhan..Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.." Dengar betul2 bacaan talkin utk mak kita tu..Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak, cepat-cepat doa utk mak.."Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku,Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. 
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."Pastu, ingat balik semua jasa mak..Ingat balik apa nasihat mak..Ingat semua pesan mak..Mak suruh JAGA adik beradik..Jangan gaduh2..
Kesian kat mak.. Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..Mak cuma boleh menangis je dari jauh..Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..Hantar pahala utk mak kat sana..Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..

TERSENTUH HATI JIKA KITA SAYANG MAK KITA.. JANGAN LUPA AL-FATEHAH UNTUK MAK YANG SUDAH TIADA DIMUKA BUMI, TAPI ADA SELAMANYA DENGAN KITA,, JIKA MASA ADA EMAK..SAYANGILAH MEREKA.

My IG: amieytee

Ahad, 21 Ogos 2016

KERANA MATA

Sekadar Hiasan.
Banyak perumpamaan yang melibatkan mata, mata merupakan pancaindera yang lima yang harus dijaga, Orang yang tidak menjaga matanya,hatinya tidak ada harga.
Teringat saya lirik sebuah lagu lama dendangan R.Azmi yang antara lainya :-
Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa...
Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... Dari mata terbitnya asmara... Senyuman mu ramah menikam jiwa... Renungan mesra menjelma sgera Aku tertawan memendam rasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa... Dari kerana mata... Setiap waktu ku cinta sayang Sinar wajahmu selalu terbayang Aku memuja rayu saorang... lepaskan aku dari impian Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa Dari kerana mata... yang mempunyai kuasa... Oh... aku tergoda... aku tergoda terkecewa Dari kerana mata...
Semuanya itu berkaitan dengan mata, walaupun kita memandang benda atau perkara yang sama,tetapi rumusan tetap berbeza. Satu lagi lagu berkaitan dengan mata pernah dinyanyikan oleh Noor Kumalasari :-
Mata Memandang
Mata Memikat
Matalah puncanya
Mata Menjeling
Mata Menggoda
Matalah Asalnya
Dari Mata Ia Datang
Barulah Ke hati
Oh! Mata Memandangku
Membuatkan Ku tersipu
Mata Mengoncangkan Hatiku.

Sememangnya betul, MATA itu PUNCA hati.

My IG: amieytee


Khamis, 18 Ogos 2016

HARGA PENGORBANAN.

Jangan menangis baca cerita ni...

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang  bertugas di kaunter 
Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“In Shaa Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. In Shaa Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Pah oii…… saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu
depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak2nya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh  budak2 tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan  anak2 bang, lagi pun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak.”
Mak Pah tidak bersetuju dgn rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak2 kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi2  takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagi pun selama ni kita tak pernah minta duit mrk. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak2 kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak2  tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dn Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak2nya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.

Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.
Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara2 sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapa, bolehlah buat apa yang kau suka kan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat, Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap  depan2, bukan membebel kat belakang,”balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!”

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat.

Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila  anak2nya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu2nya.

Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau org balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.
Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak dua ribu seorg cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.
Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran di buat segera selewat-lewatnya minggu
depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan  budak2 ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab  budak2 tu pun dah besar,  masing2 nak bilik sendiri. Lagi pun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pd Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.”

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz.

Kata2 Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai di tertawakan oleh Intan bila kedua anak yang di  harap2kan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah.
Tak payah saya tunggu  lama2. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita  sama2 tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat mcm mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan  anak2nya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya  benar2 kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak2 yang selama ini di sanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi2 dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”

Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak2, cuma anak2 aje yang lupakan mak bapa,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba2 mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah.
Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak saperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji.
Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut di mamah usia.

“Terima kasih Intan.
Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit2 lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang di tunggu2 tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.

Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa2 yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dgn sempurna.”

“Hah! Awak dengar tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dsn akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba2  sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.

Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak2  terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak2 kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dn Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjlnan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz mengerling Azman yg sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa2 dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.

Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mertuanya.

“Sihat, cuma batuk2 aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baju yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas.

Dadanya bergetar. “Az….mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az……. kenapa?”

Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yg terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa2nya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dn berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,”

Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.
Mak dan Abah nak balik.
Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba2 malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..
Pengajaran cerita di atas...
Jangan membandingbeza anak2... mereka ada kekuatan dan kelemahan masing2..
Kena redho seadanya........☝

semoga bermanfaat untuk kita yang ada anak

JANGAN SESEKALI MERENDAHKAN ANAK2 KITA.

SEBAB KITA TAK TAHU PERANCANGAN ALLAH.

SILAP HARIBULAN ANAK YG KITA SELALU MAKI HAMUN ITU YG BASUH KENCING BERAK KITA DI HARI TUA KITA.
FIKIR2KAN.
*Cerita ini saya copy dan paste.. Kredit kepada penulis asal.

MyIG: amieytee

Selasa, 16 Ogos 2016

ISTIMEWANYA SEORANG WANITA

Sekarang ini terutama di media sosial, ramai sekali wanita membicara tentang hak dan apa yang harus mereka porolehi, ada juga yang mempersoalkan tentang tanggungjawab seorang lelaki atau suami,Jika seorang wanita itu faham dan tahu apa GANJARAN yang bakal diperolehi, Mereka pasti tidak merungut.. APA YANG SEORANG WANITA AKAN DAPAT? :-

1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali.

2. Isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3kali khatam Al-Quran

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan doa suami yg memakan masakannya menjadi doa yang diijabah.

4. Isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

5. Isteri yg penat bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 kali haji mabrur

6. Seorang ibu yg menyusui setiap titis susunya, senilai 200 kali sholat khusyuk dan doanya di ijabah (fadilah wanita)

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama isteri dalam keredhaan dan setia kepada suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil solatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun solat dan 70 tahun puasa.

11. Wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat darjatnya 1000 tingkat.

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita bahwa SYURGA wajib bagi nya.

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

14. Apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dari jahanam, shirat dan azab.

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid apabila ia berzikir.
.
SUBHANALLAAH...betapa sayangnya Allah  terhadap kaum wanita.

Jadi, Beruntunglah KAMU yang dijadikan sebagai seorang wanita, jangan terlalu mendambakan sesuatu yang diluar batas kemampuan pasangan. GUNA kelebihan yang ada untuk mencari sesuatu yang HAKIKI..

My IG : amieytee


Isnin, 15 Ogos 2016

JENIS RAMBUT DAN SIKAP

JENIS RAMBUT



1) RAMBUT LURUS
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan..

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung..

3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantik, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS / LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang..

9) RAMBUT KUSUT
Baru bgn tidur atau malas sikat rambut..

10) RAMBUT BERUBAN
dah tua tu...rumah kata pergi..kubur kata mari..

11) TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua...
jangan marah...JANGAN SERIUS SANGAT!!!!!

My IG : amieytee

PASAL MAKAN, CARI PASAL

SOAL MAKAN - MACAM- MACAM MAKAN.

1. Paling sedap ,makan free
2. Paling mahal,makan angin.
3. Paling pahit, makan hati.
4. Paling lama, nak pencen makan gaji
5. Paling susah, makan pasir.
6. Mulut celupar makan penampar
7. Paling terkesan makan dalam
8. Paling sikit, makan tepi
9. Paling best, makan tidur makan tidur
10. Paling bahaya, brake tak makan
11. Paling berdosa, makan rasuah
12. Paling teruk, makan tuan
13. Paling seimbang pandai makan...pandai simpan...
14. Paling malas dah makan tak pandai basuh
15. Paling cela, haruan makan anak
Gambar Hiasan - Patin Masak Tempoyak
16. Paling lama, makan garam
17. Paling takut, makan diri
18. Paling bosan, makan tahun
19. Paling tidak terasa, makan usia
20. Paling degil, tak makan saman
21. Paling boring, makan masa
22. Paling hina, makan kwn
23.Paling  bahaya, makan jalan
24. Paling baik, kena bagi makan
25. Paling comel, tak makan tua
26. Paling benggang dah pancing tak makan²
27. Paling kecewa ,hrp pagar, pagar makan padi
28. Paling derita, pantang makan
29. Paling risau, budak² tak mau makan
30. Paling sibuk, cari makan
31. Paling sopan, makan beradab
32. Paling kerap, salah makan
33. Paling tak jujur, makan luar
34. Paling engkar, curi² makan
35. Paling seronok, makan kenduri
36. Paling diingat, jaga makan

MACAM SAMA BERBEZA MAKSUD
Apa bezanya makan di dlm & makan dlm?
Apa bezanya makan di luar & makan luar?
Apa bezanya makan tepi & makan dlm?
Berbagai perkara berkaitan dengan makan, Kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

My IG : amieytee

Ahad, 14 Ogos 2016

SOALAN YANG DIJAWAB DENGAN PENAMPAR

*KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.
PEMUDA:Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?
PAK IMAM:Boleh!!! dengan izin Allah.
PEMUDA:Tok imam yakin kaaa?? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.
PAK IMAM:Aku akan cuba jawab soalan hang,,!!!
PEMUDA:Saya ada 3 soalan;
1. Kalau benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yg dinamakan TAKDIR ?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yg sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu???

PANGGGGGGGGG !!!
Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

PEMUDA:Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?
PAK IMAM:Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya sat-sat !!
PEMUDA:Saya tak paham !!!
PAK IMAM:Macamana rasa penampaq saya?
PEMUDA:Sakit laa Tok Imam !!!
PAK IMAM:Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!
PEMUDA:Ya !!!
PAK IMAM: Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia?
PEMUDA:Tak boleh laaa Tok Imam oiii,,!!
PAK IMAM:Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok.
Permuda terpegun jawapan Pak Imam.
PAK IMAM:Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?
PEMUDA:Takkk!!! ( sambil gosok2 pipi bekas kena penampar )
PAK IMAM:Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?
PEMUDA:Takkk!!! ( masih tercengang2 )
PAK IMAM:Tu lah namanya TAKDIR,,!
Pemuda sombong itu terdiam.
PAK IMAM:Tangan yg aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?
PEMUDA:Kulit dan daginggg !!!
PAK IMAM:Pipi yg kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?
PEMUDA:Kulit dan daging...!!!
PAK IMAM:Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat ?
PEMUDA:Sakit dan pedih berdesing...!!!
PAK IMAM:Itulah....! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan....walaupun sama unsurnya...
PEMUDA: Allahuakbar !!!
Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan ketinggian ilmu Pak imam tua tersebut.
*Semoga bermanfaat.*
My IG: amieytee

Sabtu, 13 Ogos 2016

FAKTA MENGENAI KIDAL ( LEFT HANDER )

Kidal adalah suatu kebiasaan lebih dominan menggunakan tangan kiri untuk melakukan pekerjaan, seperti menulis, makan, atau melakukan pekerjaan yang berat menggunakan tangan.

Menurut The Left Handers Club, sebuah organisasi orang-orang kidal tak pernah menganggap bahwa kidal itu adalah sebuah kelainan, tapi sebaliknya, mereka  menganggap kidal adalah satu keunikan.

 

Hingga waktu ini tiada lagi ilmuwan atau doktor yang mengenalpasti kenapa sesorang itu menjadi kidal tetapi menurut seorang pakar psikologi kanak-kanak dan remaja Fabiola Priscilla, kidal terjadi apabila otak kanan lebih dominan dari otak kiri.

Disebabkan dominannya otak kanan, kidal menjadikan mereka lebih kreatif kerana otak kiri fungsinya lebih kepada logika manakala otak kanan lebih kepada abstrak.Anak-anak yang kidal menpunyai imiginasi dan daya khayal yang lebih tinggi berbanding dengan yang kanan.
Anak yang kidal biasanya lebih sensitif,mereka cenderung kepada kurang keyakinan diri terutama jika tidak diterima tentang perbuatan mereka menggunakan tangan kiri terutama melibatkan bab adab dan kesopanan contohnya seperti makan dan bersalam.
Ibubapa atau guru tidak seharusnya memaksa anak-anak kidal ini berubah menjadi kanan, dikhuatiri akan menjejaskan emosi dan prestasi, sebaiknya mengajar mereka apa yang sepatutnya.

Namun tidak semestinya seseorang yang menulis dengan tangan kiri sahaja kidal, kerana menurut kajian ada juga individu yang menulis menggunkan tangan kanan tetapi kesemua aktiviti yang lain dia menggunakan tangan kiri. Jadi individu itu juga dianggap kidal.
Di bawah ini dikongsikan 19 Fakta Menarik Tentang Si Tangan Kidal 
1. Berdasarkan statistik, 15% dari sebuah populasi adalah tangan kidal. Malah lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal lebih berkemungkinan menjadi seorang yang genius. Menurut laporan 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia adalah kidal.
3. Jika anda seorang lelaki kidal yang masih bergelar pelajar, maka menurut kajian anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah berkerjaya, lelaki kidal akan 20% lebih kaya.
4. Namun orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk menjadi seorang perokok yang tegar.
5. Jika kedua ibu bapa kidal, maka besar kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, maka hanya 2% kemungkinan untuk mendapat anak yang kidal.
6. Jangan tak percaya, haiwan seperti kucing juga boleh kidal. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast mendakwa kucing jantan lebih cendurung kidal berbanding kucing betina
7. Orang kidal dikatakan tidak mengemari buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara bermain game.
9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
10. Menurut laporan 4 dari 5 pereka komputer Mac adalah kidal.
11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
12. Orang kidal lebih cenderung menjadi atlet sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr. Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, mendapati bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang menggunakan tangan kanan.
14. Orang tangan kidal dikatakan lebih cerdas daripada mereka yang bukan kidal.
15. Orang kidal lebih bijak mengawal emosi dibandingkan dengan yang bukan kidal.
16. Jumlah orang kidal meningkat dengan pesat setelah tahun 1910.
17. Setakat ini orang kidal berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia.
18. Orang kidal mencapai akil baligh lewat 4 atau 5 bulan selepas orang tangan kanan.
19. 50% orang kidal menggunakan tetikus atau mouse dengan menggunakan tangan kiri. 68% orang kidal menggunakan tangan kanan untuk memegang gunting dan 74% orang kidal menggunakan tangan kanan apabila memegang pisau.
Artikel ini Melalui Pembacaan dan petikan dari sumber blogwalking.

My IG : amieytee

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...