Jumaat, 6 Januari 2017

PENEMPATAN BANJIR

Hari ini 06 Jan 2017 saya bersama krew Manis.TV berkesempatan ke Penempatan mangsa banjir di SK Banggol Peradong, lokasinya 20 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan bermotor daripada Kuala Terengganu,
Disini, ditempatkan seramai 344 mangsa banjir daripada 64 keluarga mengikut statistik yang dikeluarkan pada pukul 11 pagi.
Beberapa agensi dan jabatan kerajaan turut terlibat membantu mangsa dari segi keperluan peralatan dan sokongan moral.Tinjaun yang dilakukan selama lebih kurang 3 jam semuanya berjalan dengan lancar,SYABAS dan TAHNIAH.

Khamis, 5 Januari 2017

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL

Kerana tahun ini ditugaskan untuk menulis berita dan memaparkan berita, jadi, saya kongsikan penggunaan yang betul perkataan DARI dan DARIPADA, inipun saya kutip dari rakan Blogger

DARI
Kata Sendi nama "DARI" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, ia menyatakan ARAH,TEMPAT,MASA atau WAKTU namun kombinasi "SEJAK DARI" adalah salah.

DARIPADA
Kata sendi nama "DARIPADA" digunakan di hadapan kata atau frasa nama, ia menyatakan PUNCA,ASAL KEJADIAN,SEBAHAGIAN DARIPADA,PERBEZAAN ATAU PERBANDINGAN.Kaedah mudah bagi mengingati penggunaan kata sendi DARIPADA adalah KABOSPP iatu KEANGGOTAAN,ABSTRAK,BENDA.ORANG/ORGANISASI,SUMBER,PERBANDINGAN / PERBEZAAN,PERUBAHAN.

Dari 

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...