Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenagamu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri
Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu
Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri
Selama ini
Ahad, 28 Jun 2015
SEBATANG TONGKAT UNTUK BERDIRI
MENGENAI BADAN KITA.
BADAN KITA...
..Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
.. KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
.. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
..KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
.. SAKIT TAPAK KAKI :
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
.. SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
.. RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
.. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
..TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
.. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.
.. BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
.. RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
..MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
.. MUNTAH DARAH
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
..LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.
..KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
..KENCING
.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
.. AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
.. AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
.. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
..AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
..BUANG AIR BESAR
.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
..SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
..NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
.. NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
.. BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.
.. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
..BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
.. BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
.. RASA TAKUT MENGEJUT: .
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
.. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
.. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.
.. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.
BUBUR PULUT HITAM
Bubur pulut hitam adalah antara makanan kegemaranku.Biasanya orang jadikan sebagai pencuci mulut lepas makan..tapi aku..bubur ini sebenarnya sudah mengenyangkan dan dijadikan menu berbuka puasa..Apa yang lebih mengembirakan ialah harganya masih murah dijual bazar ramadhan di kampung tempatku menyewa..semangkuk plastik dengan harga RM2.. berbanding diluar dengan harga 4 ke 5 Ringgit.
Sabtu, 27 Jun 2015
IMBAU RAMADHAN.
Syukur...hari genap hari ke 10 ramadhan 1436H...sebenarnya hari ini ada program berbuka puasa di hotel bagi meraikan anak2 yatim.. seperti biasa pada majlis begini bantuan akan diberikan kepada mereka..aturcara majlis berakhir agak awal..jadi aku mengambil keputusan utk pulang berbuka di rumah.. singgah sebentar di bazar ramadhan..tapi tiada yg menarik minat utk membuka selera.. balik kerumah hanya ada biskut.. biskut pun biskut lah.. tika menyuapkan biskut ke mulut tertiba air mata mengalir..adesss!!!!.. masuk habuk pulak.
Terimbau zaman kanak2.. waktu itu arwah mak dan abah baru masuk peneroka..zaman susah..makan nasi campur air gula pun biasa.. org susah zaman skrg makan nasi ngn kicap..tp aku waktu tu..kicap pun tak pernah tengok.. berbuka puasa dengan air telaga menjadi lumrah.. begitulah kedaifan dan kesukaran hidup peneroka sekitar tahun 80an dan seawal 90an.. sebagai anak yg dibesarkan dlm masyarakat peneroka..aku begitu memahami dan terkesan rasa dalam sanubari...
SEBAB KITA DIGIGIT NYAMUK.
1. Adalah disebabkan kategori jenis darah.. Mereka yang berdarah jenis "O" paling digemari oleh nyamuk diikuti jenis B dan A... Jadi kalau kita jenis darah A duduk serumah dengan yang berdarah B atau O kita adalah pilihan terakhir nyamuk hehehhe..
2.Mereka yang berkulit lembut lebih disukai oleh nyamuk... beriya-riya kita nak kulit gebu..rupanya bukan sahaja menjadi pujaan manusia tapi jua nyamuk.
3.Mereka yang mudah berpeluh adalah kegemaran nyamuk.. nyamuk ni dia suka pada manusia yang suhu badan mereka agak tinggi..bukan demam ye.. sebab mereka yang sakit memang tidak disukai nyamuk.
4.Menpunyai paras kolestrol dan steroid yang tinggi dalam badan adalah kesukaan nyamuk.
5.Wanita yang mengandung lebih cenderung untuk menarik perhatian nyamuk dari wanita yang dalam "haid" heheheh.. rupanya nyamuk pun pandai memilih.
6.Mereka yang gemar meminum alkohol adalah yang menjadi pujaan sang nyamuk....
7.Seperkara yang perlu diketahui ialah mereka yang menpunyai bau kaki yang kuat..disukai oleh nyamuk... tak percaya..boleh cuba antara kawan2 yang ada cagu dikaki... sure nyamuk akan pilih dia dari kita.
Itulah antara punca kenapa nyamuk suka pada kita... Teringat pada kata2 budak kampung nak cakap bandar. NYAMAK BESAR BESAR SINI DUK KENTIK SAYA... hehhehehe...sekian
Khamis, 25 Jun 2015
LEMANG RAMADHAN
Memang bercadang nak cari lemang untuk juadah berbuka... hajat itu kesampaian bila berkunjung ke bazar ramadhan Pengadang Baru.
Tetapi hanya rasa lemang tapi kelazatan dan enaknya lemang itu tidak dirasai.. kurangnya rasa lemak masin yang menjadi teras rasa kepada lemang.. hihihihi cerewet juga aku ni ek!!!..
Kisah Bazar Ramadhan
Syukur.. sudah seminggu menjalani ibadah puasa..rukun islam yang ke 3.. selama seminggu ni berkesempatan sekali mengunjungi bazar ramadhan di tepian padang MPK berhampiran masjid negeri kawasan dataran kerang Kuantan.Niat hati nak merasai masakan "ori" orang pahang.. memang dah "aimed" nak siput sedut dan daging salai masak lemak cili api untuk juadah berbuka.. kebiasaan terdahalu..peniaga akan bertanya " Nak berapa ringgit?" tp itu tidak berlaku kini.. cuma bila aku tanya..berapa ringgit sesenduk.. jawab peniaga dengan rasa yakin.. 5 ringgit... Makk aiii.. banyak manalh sesenduk dengan nilai sebegitu... terus mood untuk aku membeli terbantut.. kerana terkejut.. nampak gayanya terpaksalah aku membeli nasi goreng mentimun letak asing.... aduhaiiiiii bazar ramadhan kali ini..
Jumaat, 19 Jun 2015
RAMADHAN TIBA LAGI.
BIACARA MANIS MENGHIRIS KALBU.
Ada disekeliling mu
Satu per satulah jua
Tinggalkan diri mu
Cumalah aku sahaja
Yang masih lagi bertahan
Memendam rasa
Bulan madu yang indah
Sudah sampai kehujungnya
Engkau pun mula berubah
Dan beralih arah
Kata-kata manis
Tiada lagi ku dengar
Hidup ku pula makin tawar
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu
Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu
Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah... dari merana
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan
Mata mu
Tiap bicara manis
Memujuk dan merayu ku
Tak usah berlalu
Dan merajuk bawa hati pilu
Keikhlasan hati ku
Bukanlah untuk di balas
Cukuplah sekadar
Jadi kenangan waktu berjauhan
Tiap bicara manis
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa
Tak terlihat oleh pandangan mata mu
Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah...
Dari merana
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...