Isnin, 27 Ogos 2012

KEK PISANG

Masih lagi dalam "Mood Raya Aidil Fitri" begitulah keadaanya, suasana di tempat kerja masih lagi bercerita tentang raya, disana sini ,banyak rumah terbuka yang dianjurkan oleh agensi, syarikat korporat, pemimpin setempat dan juga individu berpengaruh dikalangan masyarakat, Aku dan juga beberapa rakan-rakanku tetap bertugas walaupun dalam suasana Umat Islam merayakan hari kemenangan, betapa Dj Abg Nor, Ira Fathiran, Iza Mamat, Sha dan aku sendiri bekerja di konti pada raya pertama, umpama ungkapan orang kesayanganku, dah berkahwin dengan kerja, nak buat macamana..... sabar ajelah...
" Ni... ada kek.. ada orang bagi " kata rakan setugas ku Ira Fathiran... " Siapa bagi " tanyaku, " Katanya seorang pendengar, Kak Dah namanya kalau tak silap " Ira menjelaskan.......... ohhhh Kak Dah... ingatanku terus melayang pada seorang pendegar yang menghubungi aku di konti ketika bertugas, dua hari sebelum sambutan hari raya, ketika aku mengendalikan satu slot iatu "APA ITU MASALAH"..  Slot yang berkongsikan masalah dan aku bertanggungjawab menjadi moderator untuk memberikan jawapan sepontan berkaitan dengan masalah dan jawapanku sebenarnya bukanlah penyelesaian bagi persoalan, tapi jawapan dari sudut pribadiku....
" Kak Dah ni..sudah 18 tahun tak balik beraya, cuma anak2 je yang balik ke kampung.. Kak Dah kecil hati dengan Mak Kak Dah " demekian cerita Kak Dah.... dan aku memberikan jawapan yang mudah je, aku tidak pula menggesa agar kak dah untuk balik.. cuma aku bercerita tentang hati seorang anak yang terluka dengan sikap ibu dan hati seorang ibu yang terguris kerana perangai anaknya, Aku bercerita tentang satu kisah di zaman Nabi, bagaimana seorang yang alim dan warak tidak dapat menghembus nafasnya ketika nazak lantaran ibunya berkecil hati disebabkan orang alim tersebut melebihkan sedikit isterinya dari ibunya.. dan ibunya kecewa....... dan aku jua berkata, luka hati anak kerana sikap ibu hanyalah merana dan menitis airmata, boleh lari..boleh melupakannya..boleh lakukan apa saja, tetapi bila hati ibu terluka dan disakiti oleh anaknya, maka pintu syurga tertutup buat anaknya.... akhirnya aku berkata " KEPADA KAK DAH TADI..TIDAK PERLU BALIK JIKA HATI MASIH TERLUKA, TAPI ADAKAH TERLALU PENTING MENJAGA HATI KITA DARI MENJAGA HATI SEORANG IBU".....
Kek Pisang ini Kak Dah Berikan sebagai tanda terima kasih kak dah kepada amiey kerana telah membuka pintu hati kak dah untuk balik ke kampung dan berjumpa dengan ibu kak dah, selama 18 tahun Kak Dah Kehilangan.... dan baru kini Kak Dah merasai nikmatnya HARI RAYA.... demikian nota yang terdapat pada bungkusan Kek Pisang yang ku terima.... aku terharu...menitis airmata.. Aku sebak..rindu pada Arwah Mak....Al-Fatehah Untuk Mak.. Ramlah Bt Hassan.... Al-Fatehah untuk Yunos B.Hj Md Alim... Al Fatehah Untuk Mohd Amry..Hassan B.Long

Khamis, 23 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA....

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung blog ini..Maafkan jika ada salah dan silap

Sabtu, 11 Ogos 2012

BUKANLAH BERBANGGA

Sekarang berada di penghujung Ramadhan, maka makin ramailah orang akan berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah untuk persiapan Raya Aidil Fitri.Mentelah lagi ramai pekerja-pekerja sekarang mendapat bonus, sektor swasta mahupun kerajaan,Meriah dirasakan dan yang pastinya para peniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda, begitulah lumrah.Bekeluarga atau tidak semuanya membuat persediaan, ada yang berbelanja mengikut kemampuan dan tidak kurang juga yang mengikut kehendak.
Sebagai DJ.kadang-kadang aku juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti promosi sempena hari raya, undangan dari premis perniagaan tapi kebanyakkan terpaksa diketepikan kerana di bulan puasa ini kemampuan untuk bercakap itu agak terhad dan terbatas, tekak mudah dahaga.
Semasa menghadiri satu siri promosi, aku telah disapa oleh seseorang, dan aku seperti biasalah akan menyapa kembali walaupun aku tak berapa kenal, ayat pertama " Ingat saya tak.. kita jumpa masa SUKMA di Pahang Tempohari".. aku agak kaget..kerana di temasya tersebut aku sememangnya berjumpa dengan ramai orang.
" Sekarang saya dah jadi peminat Radio Manis.FM terutama sewaktu awak bertugas".. tambah nya lagi.. aku sekadar mengucapkan terima kasih, dan perbualan aku agak terbatas kerana aku menpunyai tugasan promosi, dalam masa yang sama aku masih lagi tidak berapa ingat siapakah dia.
Sebelum dia berlalu, dia memberikan kad... " Senang-senang call lah boleh kita borak2 sambil minum" katanya.Setelah dia memberikan kad nya barulah aku ingat, dia wartawan harian yang popular di negara ini. Mengapalah ingatan aku begitu lemah.
Semasa di Temasya sukan tersebut, apabila antara media memperkenalkan diri, dan aku memperkenal diri yang aku dari stesen radio, dialah orang pertama berkata, datang sorang ni boleh buat liputan tak.. dan aku hanya tersenyum jer..
Dikesempatan minum di sebuah warung jalan menghala ke pejabat, aku terserempak sekali lagi, dia beriya-riya nak berbual, jadi aku layan ajelah. lagipun aku konti pukul 9 mlm dan waktu itu baru je 8 lebih sikit.
Dia menyatakan akan kekaguman beliau, dan cara aku bekerja sewaktu berada di Kuantan, sebelum ini dia hanya mendengar nama Stesen tempat aku bekerja, bila sesekali mendengar katanya tidak menepati citarasa, lagipun tidak popular, minded dan mentaliti penyampai seolah-olah jauh berbeza dengan dj radio lain, aku tersenyum je bila dia melahirkan apa yang dia rasa, dan aku tidak boleh terlalu mengeluarkan hujah kerana aku tahu dia seorang wartawan hehehehe... Namun katanya, setelah mendengar cara aku membuat liputan di Kuantan dia menjadi tertarik untuk terus mendengar manis.fm walaupun kekadang katanya ada unsur yang dj terlalu memperkatakan tentang diri sendiri, tentang keluarga, tentang suami,tentang anak2 sendiri di corong radio, dan sesuatu yang dapat aku pelajari dari beliau ialah, Pendengar tidak mahu dengar masalah dj, tapi mahu dengar keceriaan dj... emmm begitulah kesimpulan.. Setelah seminggu beliau sentiasa tuning siaran manis.fm dia menawarkan aku untuk menjadikan bahan "task" nyer.. aku menolak kerana aku tidak suka publisiti pribadi, aku lebih suka kalau dia menulis mengenai stesen, sekali lagi dia merasa kagum terhadap aku, menurut beliau ada sesetengah dj radio yang call dia semata-mata mahu beliau tuliskan dalam paper..
Aku tetap beginilah, mencari rezeki diatas amanah yang diberikan, konsep dan prinsip aku, jangan menyusahkan rakan sekerja demi kepentingan peribadi,
Kini aku dan dia menjadi rakan baik, terima kasih zubir.... SENI itu ABSTRAK.................

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...