Jumaat, 25 Disember 2020

Labuhkan Tirai 2020





Melabuhkan tirai 2020 dengan makna yang tersendiri.Pengalaman yang berharga bekerja dalam Pandermik Covid 19. Pergorbanan yang tiada tolok bandingnya terutama mereka yang bertugas di "Front Liner"

Secara pribadi pencapaian dalam tahun 2020 boleh dibanggakan kerana mendapat pengiktirafan yang menjadi idaman setiap seorang penerbit dan penyampai di radio.

Apa yang penting anugerah yang diterima bukanlah sesuatu menjadi kita leka, tetapi membuatkan akan lebih kuat lagi untuk terus merajai hati para pendengar.

Semoga tahun 2021 akan menjadi lebih bermakna..


Isnin, 6 Julai 2020

HILANGKAN SAKIT LUTUT

Sakit lutut merupakan satu masalah yang sering dihadapi apabila usia sudah meningkat,tetapi tidak bermakna mereka yang usia muda tidak mengalami gejala tersebut.
Di sini saya kongsikan satu kaedah yang mudah,murah dan berkesan. Semoga bermanfaat kepada semua. Saya perolehi kaedah ini daripada seorang pendengar sewaktu bersiaran di radio.

https://youtu.be/MsL-G3wvJlk

Boleh ketip pada pautan di atas.

Selasa, 2 Jun 2020

MUSIM PKPB


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermulq 18 Mac 2020 telah mengubah tatacara kehidupan keseluruhan rakyat negara ini.

Kini ianya merupakan normal baharu dan terpaksa diharungi dengan berlapang dada, sentiasa berwaspada dengan tindakan sendiri.

Semua faham dengan perintah oleh kerajaan tersebut untuk memutuskan rangkaian Covid 19.

JANGKAAN TAK TERJANGKA BIL TNB TINGGI.

Kecoh mengenai Bil TNB yang melambung tinggi terutama dalam kalangan netizen di media sosial, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TNB mengatkan bahawa mereka mengeluarkan anggaran (estimate) untuk jangkaan penggunaan tiga bulan.

Semuanya disebabkan tiada bacaan fizikal selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKB) yang bermula 18 Mac 2020 ekoran Pendemik Covid 19. 

Penulis melihat bil sendiri dan nyata tiada perbezaan yang agak ketara seperti yang tular, mungkin kerana bayaran bil yang dilakukan agak konsisten ( tiada tunggakan) , bayaran yang penulis lakukan sebelum bermula PKP dengan kaedah dalam talian.

Mungkin estimate tinggi yang berlaku kerana ada tunggakan kerana pengguna menggunakan kaedah bayaran di kaunter.

Biasanya, sewaktu perayaan ( hari raya ) TNB selalu mengeluarkan " iklan airmata" tetapi tahun ini, airmata mengalir melihat bil.

HABIS SEBABAK.


Seminggu berlalu, setiap hari sabtu,ahad dan isnin masih berkesempatan mengumadangkan suara di ruang udara Pahangfm. Setiap minggu ada sahaja cerita baharu yang menjadi kenangan sebagai penyampai radio.

Setiap kali bersiaran akan mencuba menjadi terbaik dengan kemampuan yang ada, pengalaman yang dikutip sangat berharga dan akan menjadi panduan ketika ke udara.

Sebagai manusia biasa ,akan cuba memberikan persembahan yang menghiburkan pendengar walaupun tidak semua berpuashati.

Ahad, 31 Mei 2020

Arca We Love PAHANGfm


"We Love Pahangfm" arca yang baru siap di hadapan pusat penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah merupakan mercu tanda baharu.

Selepas habis konti hari ini, sempat merakamkan arca tersebut setelah kerja pembinaan oleh kontraktor. Ianya akan menjadi satu daya menarik untuk bergambar oleh pengunjung.

Jumaat, 29 Mei 2020

SEPERTI BIASA WALAU TAK SAMA


Lemang merupakan makanan tradisi melayu terutama sewaktu menyambut perayaan khususnyq hari raya.

Masa merubah segalanya, jika dulu setiap keluarga akan membuat lemang untuk dijadikan hidangan di hari lebaran, kini ramai yang hanya membeli sahaja. Namun keenakan lemang tetap dirasa.

AKHIRNYA

Akhirnya kuih ini juga yang sedap dimamah, memasuki pertengahan Syawal 1441H kuih orang lama juga yang menjadi pilihan.

Walaupun dalam era Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat ( PKPB ) suasana raya tetap dirasakan dengan hidangan juadah walaupun suasana berbeza.


BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...