Selasa, 20 Jun 2017

ENAM JALAN BAHAYA DI KELANTAN.

Enam laluan dikenal pasti sebagai laluan yang kerap berlaku kemalangan  di Kelantan, perkara ini ditegaskan oleh Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Datuk Hasanuddin Hassan.


Laluan tersebut ialah :-
01.KM 311.3 Jalan Kuala Krai - Gua Musang
02.KM 318.5 Jalan Kuala Krai - Gua Musang
03.KM 732 Jalan Rantau Panjang - Pasir Mas
04.KM 16.2 Jalan Panglima Bayu Rantau Panjang - Jeram Purdah.
05.KM 290.2 Jalan Tanah Merah - Pasir Puteh
06.KM 37 Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu.

Polis telah melancar OPS Selamat tahun ini sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang berakhir 2 July 2017 dengan tema " RUMAH SELAMAT, SELAMAT KE DESTINASI"

Semoga selamat dalam perjalanan. Selamat Pulang ke kampung dan berhari raya.

Ahad, 18 Jun 2017

PERJALANAN MENCARI REDHA

PERJALANAN INI TERASA MENYEDIHKAN
SAYANG ENGKAU TAK DUDUK DISAMPINGKU KAWAN,
BANYAK CERITA YANG MESTINYA KAU SAKSIKAN
DITANAH KERING KEBATUAN.

Antara bait lagu daripada nyanyian Ebiet, "Berita kepada kawan" yang menjadi lagu latar sebuah drama melayu tempatan yang mengisahkan kehidupan geladangan menjadi aku terpana dikaca televesyen, bukan kerana cerita tapi dek kerana lagu tersebut.
Walaupun lagu itu tidak asing bagiku, kerana sewaktu bertugas sebagai deejay, lagu itu jua selalu menjadi pilihan pendengar,Ebiet yang begitu dikenali di Indonesia yang memperjuangkan lagu-lagu bertemakan alam dan kelompok bawahan, lantaran itu, tidak sukar bagi masyarakat di negara ini menerima lagu-lagu sedemikian yang sama dengan Kopratasa dan Harmoni.


Dekat dengan alam akan sentiasa mendamaikan, apatah lagi ianya tidak tercemar, nyaman dan tenteram akan dinikmati, keindahan alam tidak tapat diperjelaskan dengan ribuan ayat untuk menggambarkan kenikmatan.



Dalam kembara perjalanan hidupku, berbagai perkara yang pernah dilalui, benarlah apa yang pernah ditutur oleh mereka terdahulu " UNTUK DAPATKAN SESUATU,KENA KORBANKAN SESUATU".
"Tubuh tergoncang dihempap batuan jelmaan". Begitulah hakikat yang ditempuhi,bila diperlukan ditatang sedikit pun tidak terbuang, dicampaik ketepi, hanyut terbuang tatkala tidak terbuang, terpinggir dari mimpi, ada tidak menambah, tiada tidak mengurang jadilah "MELUKUT TEPIAN GANTANG"


Segala yang berlaku itu adalah ketentuan, aturan Allah S.W.T adalah maha sempurna walau tidak selari kehendak hamba, tapi sebagai hamba Redha itu adalah ketenttuan keimanan dalam mentauhidkan Tuhan.
Tiada kesalan dan keluhan jika memahami apa itu rezeki?, apa itu ujian?.Hubungan sesama manusia tidak akan sempurna jika tidak menyempurnakan hubungan dengan yang HAQ.

Khamis, 15 Jun 2017

MERIAH ATAU MERBAHAYA


Makin menghampiri musim raya,khususnya Aidil Fitri, keadaan jalan raya di negeri-negeri pantai timur berubah, biasa lengang menjadi sibuk." Sumbak Parop" istilah biasa yang digunakan di Kelantan.
Jalan utama untuk ke pantai timur akan menerima kenderaan yang agak luar biasa, Pintu masuk ke Kelantan, Dari Kuala Lipis ke Gua Musang akan merasai sesuatu yang luarbiasa, walaupun kini tiada lagi bukit tujuh, tapi keadaan akan tetap sama dengan lambakan kenderaan, Begitu juga dengan Lebuh Raya Pantai Timur 2 ( LPT2 ) tidak lagi sunyi di musim raya, tahun 2017 cuti raya agak panjang,perancangan perlu ada bagi pengguna jalan raya.
Kepada mereka yang menjadikan musim dan keadaan ini sebagai satu peluang untuk promosi inilah peluangnya.... gunakan ruang ini untuk perkenalkan kepada pengguna jalan raya. Khususnya stesen radio yang nak mengembangkan sayap di pantai timur seperti Kool.Fm.
Ruang yang terhidang jika tidak diambil peluang akan hilang,Jangan Hilangkan kemeriahan dengan sesuatu yang mendukacitakan.


Rabu, 14 Jun 2017

AKU BESAR DI TEBING SUNGAI.

Dibesarkan di kawasan berhampiran Sungai Pahang dan selalu menjenguk kawasan sawah atau disebut paya, menjadikan aku terbiasa dengan kaedah menangkap ikan sungai atau ikan paya ( Paya adalah sebutan tempatku bagi merujuk kawasan sawah ).
Kaedah yang seolah primitif tetapi sebenarnya berkesan dan amat praktikal bagi penduduk pendalaman dan merasai pengalaman yang menarik.


Antaranya paling mudah digunakan ialah menangkap ikan secara menahan rawai, kaedah ini sesuai bagi sungai yang airnya berarus agak deras,kaedah ini biasanya menggunakan umpan dan ditinggal selama semalaman, dan hasilnya............ biasanya tidak mengecewakan....

Isnin, 5 Jun 2017

ANAK PAHANG,SAYANG PAHANG

Semangat anak negeri tidak pernah luntur walau dimana berada, itulah sebenarnya yang dilalui oleh semua orang.Tiada penanda aras tertentu untuk mengukur tahap "JITU" semangat sebagai anak negeri. Cara seseorang itu berbeza dan cara dari satu anak negeri ke anak negeri yang lain pun berbeza caranya.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dilahirkan dan menjenguk alam dunia, ada kalangan yang extreme dengan semangat anak negeri dengan tidak memperdulikan orang lain, ada juga yag menzahir perasaan melalui tindakan dan melakukan sesuatu perkara untuk menaikkan nama negeri kelahiran.
Sebenarnya mereka yang kasih dan sayang pada negeri kelahiran tidak menjadi satu kesalahan, ianya harus dibanggkan, tetapi perlu diingat,jika kita berada luar lingkungan negeri ( berhijrah) perlulah menjaga adab dan adat yang tidak ganggu perasaan orang setempat,
Sebagai anak negeri Pahang, saya bangga dan cuba membanggakan melalui perasaan yang tidak membuatkan orang lain terkilan, segala cerita dan perihal mengenai negeri dan daerah akan dicungkil untuk menambahkan pengetahuan.Orang-orang yang hebat dijadikan sandaran dan panduan untuk menempa kejayaan.
Selagi tidak,menyakitkan hati orang negeri lain, jadi teruslah lakukan sesuatu yang mengembirakan diri sendiri dan orang yang menyukai.

Ahad, 4 Jun 2017

TIADA LAGI SUARA KEJUT SAHUR

Dikamar yang kedinginan,ku lontarkan sumbangan,suara kemanusiaan,mengisi rentak-rentak kehidupan.... itu adalah lagu yang disampaikan oleh Francissca Peter penyanyi popular diera 80an dan 90an, lagu yang menceritakan perihal juruhebah radio. di rangkap terakhir lagu tersebut, ku sebagai penghibur dan kau pendengar disana,kita saling mengharapkan dalam hidup ini.
Bukan senang untuk menjadi juruhebah yang baik, penyampaian dan pemilihan lagu perlu seimbang dan tidak lari dari kehendak pendengar.Itu adalah Juruhebah atau Deejay Radio.Kini segalanya sudah berubah, terutama dengan adanya saluran radio komersial swasta yang berkembang dengan pesat, Juruhebah tidak lagi perlu untuk menyusun atur lagu untuk siaran,semuanya dilakukan oleh pengarah muzik sesuatu stesen.Juruhebah di tukar kepada penyampai itulah serba sedikit senario yang terjadi,untuk mengelakkan kesilapan kebanyakan stesen radio swasta menggunakan kaedah "on rekod" iatu penyampai yang bertugas akan rekod dulu sebelum disiarkan, jarang sangat mereka lakukan secara "live"tetapi kebanyakan radio milik kerajaan masih menggunakan "live on" bagi penyampai mereka.
Wahh!!! panjang mukadimah untuk entri kali ini, saje jelah nak mengimbau kenangan semasa bertugas di bulan ramadhan yang penuh keberkatan, kebanyakkan di bulan puasa aku ditugaskan di waktu dinihari, bermula 12 tengahmalam hinggalah 6 pagi, sudah menjadi rutin tahunan, selama 6 tahun ketika radio tempat aku bertugas beroperasi di Kota Bharu aku bertugas waktu orang bersahur, berbagai karenah dan keletah tidak kurang juga yang datang ke Pejabat Operasi di Lundang untuk bersahur bersama dengan kami. Kemudian berpindah operasi di Kuala Terengganu,sedikit hambar walau kemeriahan itu tetap ada.

Kebiasaan yang mendengar waktu dinihari di bulan puasa ni, adalah golongan pelajar dan paling ramai ialah makcik-makcik, bila ditanya melalui panggilan telefon, kebiasaan jawapan ialah jahit baju...jahit langsir dan berbagai lagi berkaitan aktiviti menjahit tetapi cara penyampaian dan penceritaan yang berbeza, menjadikan cerita menarik.


Apabila memasuki pertengahan bulan, biasanya persiapan kuih raya menjadi agenda cerita, berbagai cerita yang disampaikan dan berbagai juadah kuih dan resepi diceritakan, sebagai seorang deejay kenelah juga mencari satu dua resepi untuk dijadikan modal atau bahan cerita, kadang-kdang sengaja buat salah tentang kandungan resepi, supaya dapat dibahaskan dengan pendengar yang mahir dengan resepi tersebut.Seronoknya bekerja waktu begini dibulan puasa,ialah "flow" akan berubah pada setiap malam, kerana adanya kemuncak pada setiapnya rancangan tersebut, jika diawal puasa lebih tertumpu pada kejut sahur, kemudian dipertengahan cerita pasal jahit menjahit,kemudian resepi kuih raya dan penghujungnya perihal balik kampung.
Sebagai Deejay memang tidak menang tangan menyahut panggilan telefon yang sentiasa "on" dari pukul 12 hinggalah 5 pagi di setiap hari, kalau dilayan setiap panggilan,alamatnya, tiada lagu yang tersiar.
Ada Seorang Ustaz seleberiti yang berasal dari Negeri Pantai Timur pernah datang untuk berjumpa denganku... semata-mata nak bagitau " BAGUSNYA PROGRAM MU KERANA WAT PAHALA DALAM BERSAHAJA" dia komen perihal KEJUT SAHUR.. dan di akhir ramadhan anak rantaulah yang menjadi keutamaan bagi tujuan menyebarluas perihal radio tempat aku bertugas.
Tapi kini...Semua itu adalah cebisan pengalaman dalam kehidupan sebagai Penyampai Radio..

P/S : Jika yang membaca ini, mereka dari golongan yang menganggap saya melakukan provokasi terhadap tempat kerja sendiri, anda silap..saya hanya bercerita perihal pengalaman..

Khamis, 1 Jun 2017

TTB CAPAIAN ATAU IMPIAN?.

Untuk Entri kali ini saya cuba mengulas dan memberi pandangan mengenai kepimpinan kerajaan Negeri Terengganu, walaupun pandangan ini bukanlah bersikap menyokong atau menghentam,tetapi memberi pendapat walau tidak diminta.Pandangan dari perspektif soerang yang biasa keatas dan tidak janggal berada dibawah, kerana saya adalah MARHAEIN,Semenjak mengambil alih jawatan Menteri Besar Terengganu dari pemegang yang terdahalu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar yang sekarang ini telah menjadikan Tranformasi Terengganu Baharu sebagai landasan dan halatuju pentadbiran dibawah kendalianya.Perubahan dan pembaharuan atau Transformasi adalah proses yang amat baik dan positif untuk menjana manfaat yang lebih luas dan sempurna.


Pada 12 Mei 2014, beliau telah mengangkat sumpah untuk menjadi Menteri Besar yang ke-14.Pada19 Ogos 2014. TTB diperkenalkan dan ianya adalah halatuju beliau.Terengganu Terbersih Dan Telus,Team Berkhidmat adalah angkatan dari ucapan beliau pada hari ke-100 beliau dilantik Menteri Besar.Tranformasi Terengganu Baharu mencakupi tiga bidang utama iatu, Tranformasi Politik,Ekonomi Dan Kerajaan.
Daripada 3 bidang utama dipecahkan pula kepada 8 elemen  iatu :

01.Inklusif,Suara Rakyat Suara Keramat.
02.Masjid Dan Surau Sumber Penyatuan.
03.Keluarga Bahagia Rakyat Sejahtera.
04.Intergeriti,Bersih Dalaman Dan Luaran.
05.Mesra Tapi Tegas.
06.Disiplin Kerja Yang Tinggi.
07.Seruan Perpaduan.
08.Memperkasa Pendidikan.

BERJAYAKAH TTB SETAKAT INI?

Dari segi rancangan perlaksanaan dengan mengambil kira seketeriat yang ditubuhkan, TTB ini dilihat akan mencapai kejayaan,walaupun banyak elemen yang dikata Tranformasi telah dilaksanakan oleh pentadbiran terdahalu, cuma penerusan dan penambaikan itu yang harus dipuji.
Pengembelingan tenaga dari Jabatan dan Organisasi di bawah kerajaan negeri dilihat banyak membantu menjayakan TTB.
Pandangan bawah juga harus diambil kira, supaya segala perancangan dan perlaksanaan tidak dikatakan " SYOK SENDIRI" atau bahasa anakmuda SOUDIRI.Adakalanya Menteri Besar dilihat keseorangan,seolah tiada sokongan dan bantuan dari STAFF kerajaan,mungkin juga kesibukan atau kekangan tugasan atau juga budaya PAHAT DAN PENUKUL masih menebal.
Ada juga pandangan sinis, mengatakan terlalu banyak tangan ghaib disebalik MB, takut tangan-tangan tersebut meraba dan mencabul.

Banyak perkara yang dilakukan oleh MB dan beliau sentiasa komited dan istiqamah dalam membantu rakyat, tapi sayangnya kadang-kadang apa yang beliau lakukan itu seolah tersembunyi atau tidak diketahui oleh rakyat bawahan, Adalah MB salah menggunakan medium hebahan? atau adakah MB tiada Medium Hebahan? atau mungkin ada yang sebotaj... Almaklumlah TRANFORMASI POLITIK boleh mengundang ketidakpuasan.
MB memerlukan sokongan dalam gerak kerja beliau,sokongan itu bukan membodek beliau,sokongan itu bermakna berikan bantuan dan komitmen. PEMBODEK harus faham, MB sekarang ini tidak akan menjadi MB jika, kawasan-kawasan yang lain kalah.
MB harus memberi DAPATAN yang dikemukakan oleh orang DI BAWAH  bukan orang bawahan dia. Orang Bawah akan memberikan pandangan dan kadang-kadang memohon bantuan, Orang BAWAHAN hanya berpendapat dan SONGLAP bantuan.
Tidak dapat tidak, kesemua harus bersatu, jurang ketidaksamaan dan ketidakbersamaan haruslah dikecilkan tau ditimbus sama sekali.. MB harus mengharapkan mereka yang ada harapan,bukan memberikan harapan pada mereka yang berharap.
Rakyat perlu didekati terus kebawah, bukan melalui jalan tengah.. Jangan TTB yang bermaksud TRANFORMASI TERENGGANU BAHARU ditukar kepada " TOK TAHU BESATU"
Carilah orang yang sayang ke MB untuk bekerja. Bukan Sayang ke MB kerana nak bekerja.
TTB harus diangkat kesemua daerah dalam Negeri Terengganu melalui pendekatan yang berterusan, HEBAHAN dan program di setiap daerah harus sama, bukan tertumpu di kawasan MB sahaja kerana dengan seorang YB tidak akan ada MB,tapi dalam Ramai YB ada seorang MB.


BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...