Ahad, 4 Jun 2017

TIADA LAGI SUARA KEJUT SAHUR

Dikamar yang kedinginan,ku lontarkan sumbangan,suara kemanusiaan,mengisi rentak-rentak kehidupan.... itu adalah lagu yang disampaikan oleh Francissca Peter penyanyi popular diera 80an dan 90an, lagu yang menceritakan perihal juruhebah radio. di rangkap terakhir lagu tersebut, ku sebagai penghibur dan kau pendengar disana,kita saling mengharapkan dalam hidup ini.
Bukan senang untuk menjadi juruhebah yang baik, penyampaian dan pemilihan lagu perlu seimbang dan tidak lari dari kehendak pendengar.Itu adalah Juruhebah atau Deejay Radio.Kini segalanya sudah berubah, terutama dengan adanya saluran radio komersial swasta yang berkembang dengan pesat, Juruhebah tidak lagi perlu untuk menyusun atur lagu untuk siaran,semuanya dilakukan oleh pengarah muzik sesuatu stesen.Juruhebah di tukar kepada penyampai itulah serba sedikit senario yang terjadi,untuk mengelakkan kesilapan kebanyakan stesen radio swasta menggunakan kaedah "on rekod" iatu penyampai yang bertugas akan rekod dulu sebelum disiarkan, jarang sangat mereka lakukan secara "live"tetapi kebanyakan radio milik kerajaan masih menggunakan "live on" bagi penyampai mereka.
Wahh!!! panjang mukadimah untuk entri kali ini, saje jelah nak mengimbau kenangan semasa bertugas di bulan ramadhan yang penuh keberkatan, kebanyakkan di bulan puasa aku ditugaskan di waktu dinihari, bermula 12 tengahmalam hinggalah 6 pagi, sudah menjadi rutin tahunan, selama 6 tahun ketika radio tempat aku bertugas beroperasi di Kota Bharu aku bertugas waktu orang bersahur, berbagai karenah dan keletah tidak kurang juga yang datang ke Pejabat Operasi di Lundang untuk bersahur bersama dengan kami. Kemudian berpindah operasi di Kuala Terengganu,sedikit hambar walau kemeriahan itu tetap ada.

Kebiasaan yang mendengar waktu dinihari di bulan puasa ni, adalah golongan pelajar dan paling ramai ialah makcik-makcik, bila ditanya melalui panggilan telefon, kebiasaan jawapan ialah jahit baju...jahit langsir dan berbagai lagi berkaitan aktiviti menjahit tetapi cara penyampaian dan penceritaan yang berbeza, menjadikan cerita menarik.


Apabila memasuki pertengahan bulan, biasanya persiapan kuih raya menjadi agenda cerita, berbagai cerita yang disampaikan dan berbagai juadah kuih dan resepi diceritakan, sebagai seorang deejay kenelah juga mencari satu dua resepi untuk dijadikan modal atau bahan cerita, kadang-kdang sengaja buat salah tentang kandungan resepi, supaya dapat dibahaskan dengan pendengar yang mahir dengan resepi tersebut.Seronoknya bekerja waktu begini dibulan puasa,ialah "flow" akan berubah pada setiap malam, kerana adanya kemuncak pada setiapnya rancangan tersebut, jika diawal puasa lebih tertumpu pada kejut sahur, kemudian dipertengahan cerita pasal jahit menjahit,kemudian resepi kuih raya dan penghujungnya perihal balik kampung.
Sebagai Deejay memang tidak menang tangan menyahut panggilan telefon yang sentiasa "on" dari pukul 12 hinggalah 5 pagi di setiap hari, kalau dilayan setiap panggilan,alamatnya, tiada lagu yang tersiar.
Ada Seorang Ustaz seleberiti yang berasal dari Negeri Pantai Timur pernah datang untuk berjumpa denganku... semata-mata nak bagitau " BAGUSNYA PROGRAM MU KERANA WAT PAHALA DALAM BERSAHAJA" dia komen perihal KEJUT SAHUR.. dan di akhir ramadhan anak rantaulah yang menjadi keutamaan bagi tujuan menyebarluas perihal radio tempat aku bertugas.
Tapi kini...Semua itu adalah cebisan pengalaman dalam kehidupan sebagai Penyampai Radio..

P/S : Jika yang membaca ini, mereka dari golongan yang menganggap saya melakukan provokasi terhadap tempat kerja sendiri, anda silap..saya hanya bercerita perihal pengalaman..

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...