Jumaat, 28 Disember 2012

TAHUN 2012 AKAN BERAKHIR

Selang beberapa hari lagi, maka berakhir sudah tahun 2012... menjelma pula tahun 2013.. Banyak peristiwa yang menarik dicatatkan dalam diari kehidupan masing-masing, bila bercerita perihal semalam, maka semuanya itu akan menjadi sejarah, yang akan diingati sampai bila-bila ataupun akan dilupakan, bergantung kepada keberkesanan peristiwa terhadap diri masing.
Mana yang berminat mengenai politik, segala hal dan peristiwa boleh dijadikan isu, besar atau tidak perkara tersebut bergantung bagaimana dan kaedah mengangkat isu  menjadi "global" ataupun tidak..
Sebagai seorang penyampai radio, segala perkara.. mahu tak mahu, suka atau pun tidak tetap diambil kira sebagai "input", kerana menjadi orang berpengetahuan dengan orang yang serba tahu adalah perkara yang berbeza, orang yang berpengetahuan sentiasa berfikir dengan maklumat yang ada, manakala orang yang serba tahu, akan bercerita tentang mereka tahu walhal banyak perkara yang diperkatakan itu adalah sekadar pendapat mahupun pandangan pribadi sahaja, orang yang serba tahu pada awalnya akan disenangi orang ramai tapi di akhir pasti akan dibenci.
Mungkin aku ini hanyalah seorang penyampai radio yang kerdil dan bekerja pula di stesen yang kecil, jadi ruang penyampaian itu berskala agak kecil, apa yang dilakukan kekadang dikatakan "ciplak" dari orang lain ( Dj Radio Lain ).. Bagaimana kita mengolah dan mencipta sesuatu slot itu orang tak pandang kerana kita umpama semut dilantai bukan gajah. namun pun begitu kekadang gigitan semut itu boleh jua menyakitkan dan ada yang terasa walaupun tidak akan menyebabkan kematian.Idea kreatif dan pemikiran kritis seakan tidak dipandang tetapi usaha tetap diteruskan, hanya itu sahajalah motivasi yang ada, berpegang prinsip "KERJA ADALAH IBADAH"... aku meneruskan kesinambungan pemikiran dari seorang Dj.. Alhamdulillah walaupun ditempat yang kecil dan ruang sempit, pihak majikan masih lagi memberikan kepercayaan dan aku tidak sesekali mengkhianati kepercayaan mereka.
Pada tahun 2012 antara "event" yang besar aku sertai ialah LTDL... pada asalnya, hanyalah sebagai lapuran biasa, dan apabila diberikan ruang untuk aku, bukan jua berniat nak menonjol diri, tapi itulah aku, yang kritis dalam persoalan dan sedikit kreatif dalam penyampaian, lanjutan dari itu aku ke Sukan SUKMA yang diadakan di Kuantan, disana aku sekali lagi menghadapi kesukaran kerana terpaksa bersendirian, namun dengan keyakinan dan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan aku laksana dengan jujur dan akhirnya berjaya, tidak apa yang lebih membanggakan setiap kali aku membuat ulasan secara langsung, Pekerja dari Stesen TV dan juga Stesen Radio memberikan perhatian walaupun pada awalnya kehadiranku bagaikan tidak diendahkan, setiap kali aku selesai, pastinya mereka akan bertepuk tangan dan ada yang datang menghampiri dan merasakan kekaguman, mana tidaknya, mereka membuat lapuran siap dengan skrip dan penerbit, dan aku hanya berpandukan acara yang sedang berlangsung dan sehelai kertas ditangan...Tapi itu tidaklah membuatkan aku riak, dengan berhemah ku berkata, itulah kelebihan kami yang dilatih sebegini, lebih pada "survival"...
Setiap lapangan sukan, aku hadiri dan setiap itu jualah seakan penghormatan diberikan.. sebenarnya...sebelum ke "venue" aku terlebih awal mengkaji tentang sukan tersebut, jadi aku tahulah serba sedikit tentang sukan tersebut beserta dengan syarat dan kaedah pertandingan, memegang kata dari guruku dulu "JANGAN BERCAKAP MENGENAI PERKARA YANG KITA TIDAK TAHU"..
Dalam soal tahu dan tidak tahu, antara faham dan memahami, aku cukup kagum dengan mereka yang yang baru sahaja memeluk Islam berbanding dengan kebanyakkan kita yang lahir menjadi Islam.Mereka ini betul-betul mengkaji dan mengaji, bukan seperti kita yang kebanyakkanya yang hanya mengikut.......
Orang tak tahu tetapi sentiasa ingin tahu pastinya akan lebih tahu dari orang yang berlagak tahu, yang sebenarnya tak tahu apa yang dia tahu, dan tak tahu apa yang dia tak tahu.
Banyak lagi cabaran yang aku lalui tapi semua dapat diatasi dengan baik, aku bersyukur kerana diberikan idea dan akal dan sangat berterima kasih yang sentiasa memberi galakan dan dorongan. Semoga dengan tahun 2013 kejayaan itu adalah milik kita semua....tq

Isnin, 3 Disember 2012

MATANG DI USIA MUDA

Telah terbukti ramai dikalangan remaja lelaki sekarang kurang matang dalam permikiran mereka dan juga dalam tingkahlaku, namun begitu arus kedewasaan dan pengalaman akan membuat seorang lelaki menjadi matang dan seterusnya boleh menjadi pemimpin, setidak-tidaknya ketua kepada sebuah keluarga.. ada beberapa kaedah yang membolehkan seorang remaja lelaki itu mempercepatkan proses kematangan dan diantaranya :-

  1. Pilih sahabat atau teman yang berfikiran positif.
  2. Rajin berbual dengan ahli keluarga, kerana banyak masalah dapat diselesaikan melalui perbincangan dan permuafakatan keluarga.
  3. Hadiri majlis ilmu, walaupun kekadang isu atau tajuk yang dibincangkan tidak difahami, namun ianya adalah proses kearah kematangan.
  4. Kurangkan menonton rancangan yang remeh temeh sebaliknya membaca isu-isu yang lebih ilmiah dan terlibat dengan aktiviti2 sihat, sedikit demi sedikit tempias kedewasaan itu akan terasa.
  5. Pilih pakaian yang sesuai tidak terlalu keanak-anakan dan terlalu tua bersesuaian dengan usia dan wawasan.
  6. Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdirikari dan berfikir secara matang, orang akan memandang rendah, hidup sentiasa cemas dan kecewa kerana diri tidak tahu dan tidak berilmu.
  7. Tanamkan keinginan mencari ilmu baru,pilih kegiatan sosial yang mendedahkan diri pada perkembangan sahsiah seperti bersukan, kenduri sekampung, pameran Universiti, karnival keluarga dan sebagainya. tidak kepada aktiviti sosial di alam maya.
  8. Konsisten Solat berjemaah di masjid atau surau, ianya "AURA" semulajadi dalam masyarakat yang menjurus kepada kematangan.      
 Sekian untuk renungan bersama, yang baik itu dicedok..yang tidak dibuang....TQ..

Jumaat, 30 November 2012

JOM BANJIR

Baru-baru ini aku diberikan peluang untuk mengendalikan sebuah program di Tapak Pesta JOM HEBOH Kuantan Pahang.Program tersebut berlangsung pada hari sabtu dan Ahad. Sememangnya telah dijangka kawasan pantai timur waktu sebegini adalah musim tengkujuh tapi pihak penganjur tiada pilihan lain kerana Kuantan dipilih secara "last minute" lantaran tidak dapat dilangsungkan di negeri lain, kalau mengikut kalendar biasa, program ini diadakan pada Bulan Mei atau Jun.
Namun program dan lokasi tetap dilakukan kerana desakan dari pihak penaja, Walaubagaimana pun kehadiran pengunjung juga agak menggalakkan jika faktor cuaca diambil kira..

RAMAINYA PENGKRITIK

Sekarang ini aku perhatikan terlalu ramai pengkritik yang tidak bertauliah atau yang lebih senang digunakan perkataan yang tidak menpunyai Ilmu, Kekadang itu mereka mengkritik sekadar untuk menarik perhatian umum, kononnya mereka itu bijak dan pandai serba serbi, dan juga yang cuba mengaitkan dengan fakta dan statistik tetapi sebenar apa yang mereka hujahkan itu adalah berlawanan atau tidak tepat.
Sebagai contoh berkenaan dengan Bolasepak, mungkin dari sindrom TV sekarang ini yang terlalu banyak mengkritik tentang perlawanan bolasepak, bukan mengulas tentang perlawanan.Mengambil dari petikan dari seorang kawan " Baru tengok dan pandai nak mengomen, padahal yang tengok dari Televesyen hitam putih lagi tak kata apa2pun ". Biarlah kita mengkritik dalam bidang kita dan berpengetahuan dan berpengalaman tentang perkara tersebut. Kritik biarlah dengan fakta dan kita memberikan cadangan penyelesaian, barulah boleh dikatakan seorang pengkrtik bukan pengutuk..Bab kata pepatah orang-orang terdahalu dari Pahang " Hidup Biarlah Berakal,Kelak mati tak jadi hantu " ataupun " Jangan besar ubang dari tebang "...

Rabu, 24 Oktober 2012

TANYA VS JAWAB

 Seringkali dalam kehidupan kita, selalu bermonolog dalam diri... ada masanya ianya bagus kerana itu adalah muhasabah dan menginsafi, tetapi ada masanya bertanya dan jawapanya begitu mudah, buat apa kita nak memeningkan kepala pada perkara yang remeh..... TERUTAMA KALANGAN REMAJA......
1. Awek saya selalu paksa saya ke shopping complex beli belah. Dia beli tapi saya yang kena bayar. Tak bayar kang majuk lak. Camana ni?

Jawapan: Putuslah.

2. Pakwe saya langsung tak pedulikan saya. SMS pun jarang, call lagi la tak. Masa diperlukan je cari saya. Apa perlu saya buat ni?

Jawapan: Tinggalkanlah.

3. Hari-hari saya rasa nak tepon pasangan saya, SMS dia, bergayut, dating ngn dia. Orang kata serba-serbi lah nak buat ngn dia. Aduh macam mana ni? Saya study lagi ni, mana ada duit nak kawin lagi.

Jawapan: Menabunglah.

4. Pakwe aku tinggalkan aku lah. Sedih gile aku. Sampai ati dia curang dengan aku. Masalahnya aku takleh lupakan dia, rindu dia tiap masa. Tolong aku..sedih ni..sob sob..

Jawapan: Sabar & solatlah.

5. Hari-hari aku nak jumpa awek aku. Bila aku jumpa dia, aku nak pegang tangan dia..cium pp dia..ringan2 sikit..utk eratkan lagi perhubungan. Tapi aku tau benda tu tak baik, tapi kalo aku tak buat..aku rasa hubungan kitorang akan renggang lak. Ni cara utk dia tambah syg dengan aku..Camno weh?

Jawapan: Kahwinlah.

6. Hari-hari ada orang ngorat saya. Rimaslah saya. Camana ni? Muka saya lawa sangat kot.

Jawapan: Niqablah.

7. Aku tak boleh nak fokus keje aku wat lah. Study aku. Aku duk pk dia je. Aku jatuh cinta kot. Jatuh cinta ni boleh dalam Islam. Bla bla bla..dalil tu dalil ni..pot pet berbunga-2.. bercinta sblm kawin haram.. bercinta selepas kawin.. halal.. pot pet pot pet..

Jawapan: P minanglah.

8. Aku dah lama tunggu dia. Setia menanti dia. Aku akan menanti dia sampai bila-2. Hati ini hanya utk dia. Dialah segala-galanya dalam hidup ni. Aku takleh hidup tanpa dia.

Jawapan: Mengucaplah.  dah macam syirik pulak, Allah letak mana?
 
Selamat Hari Raya Aidil Adha..............

Jumaat, 12 Oktober 2012

MURUNG

Memasuki hari kelima aku berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II. sememangnya berada di Hospital sangat menjemukan jika tiada apa aktiviti yang dilakukan, apatah lagi jika kita seorang pesakit yang hanya terlantar di Katil...... perghhhhhh..mujurlah aku dibenarkan untuk mengikuti lawatan doktor ketika mereka merawat pesakit dari katil ke katil, banyak juga yang aku perolehi dan ketahui, sekurangnya menambah ilmu pengetahuan.. dalam masa itu ada juga aku berjumpa dengan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan emosi disebabkan perbagai faktor.. terfikir sendirian lalu aku mendapatkan pandangan dari Doktor-doktor yang bertugas....
Kemurungan yang dialami lelaki berbeza dengan wanita kerana tekanan hidup tidak sama, lelaki biasanya akan bersikap pemarah, agresif dan mudah terganggu manakala wanita pula akan memperlihatkan emosi tidak stabil, pendiam mengasingkan diri dan memendam rasa, namun secara amnya bolehlah dirumuskan dan dijadikan panduan umum, jika seorang itu dalam kemurungan.


  • Emosi Negatif dan rasa sedih berpanjangan
  • Perasaan tidak menentu, resah,sensitif dan keliru.
  • Hilang minat terhadap seks
  • Hilang rasa seronok
  • Sentiasa berasa letih
  • Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak
  • Rasa Kesunyian
  • Hilang harapan,keyakinan, berasa tidak berguna,bersalah,menyusahkan orang lain,rasa nak mati(bunuh diri).
  • Mengalami gangguan tidur ( Sukar untuk tidur atau tidur terlalu banyak )
  • Sukar menumpukan perhatian atau fokus
  • Mengalami gejala fizikal seperti pening,sakit belakang,masalah perut,dada sentiasa berdebar dan seluruh badan rasa sakit-sakit.
Sebagai ibubapa tanda diatas juga boleh dijadikan panduan untuk mengawasi tingkahlaku anak-anak terutama yang meningkat remaja.
Kenapa Kemurungan perlu dirawat dengan segera? kerana ianya akan memberi impak psikologi dan fisiologi ianya menjejaskan pemikiran,emosi dan perlakuan.Kemurungan adalah satu masalah yang boleh berulang terutama tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, Prinsip untuk membantu memecahkan kitaran kemurungan ialah :-

  • Ubat anti kemurungan adalah kompenan penting dalam rawatan dan kemurungan adalah penyakit serius
  • Bincang dengan doktor mengenai perasaan dan kemajuan rawatan,jangan takut untuk bertanya
  • Fahami simptom kemurungan melalui rawatan,berfikiran positif dan carilah bimbingan dari mereka yang berkelayakan
  • Setiap rawatan ada kesan sampingan dan kesan itu menpunyai kadar yang tertentu pada setiap individu
  • Kemurungan akan berulang jika mendapat rawatan atau bimbingan yang tidak betul, penghapusan simptom yang dikenalpasti itu penting.
  • Banyakkan berkomunikasi dengan rakan-rakan sekeliling yang wujud di persekitaran terutama dengan ahli keluarga kerana ianya boleh menghapuskan bayangan kemurungan dan mengembalikan ke alam keceriaan.Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, menonton rancangan yang penuh keceriaan seperti rancangan berbentuk jenaka, kartun, mendengar radio dan mendengar celoteh penyampai kegemaran.
  • Ubat anti kemurungan haruslah diteruskan sehingga mendapat nasihat dari doktor supaya berhenti, ubat ini tidak menyebabkan ketagihan.
Setiap apa jua perkara mesti ada senarai semakan, ataupun tanda-tanda sesuatu gejala, apakah senarai semakan tersebut?..adakah kita ini dalam kemurungan.. tanya pada diri sendiri dan jawab sendiri.jika ya.. bolehlah kita mengatasi dari awal......

  • Adakah anda sering bersedih tanpa sebab?
  • Adakah anda berasa diri tidak dihargai? anggap diri orang yang gagal?
  • Adakah anda menganggap masa depan anda kelam?
  • Adakah anda kerap merasa rendah diri?
  • Adakah anda berasa bersalah atas pelbagai perkara yang berlaku? menyalahkan diri sendiri?
  • Adakah anda mengalami masalah untuk membuat keputusan bagi kebanyakkan perkara?
  • Adakah anda kerap merasa marah dan geram?
  • Adakah anda hilang minat terhadap hobi,kerjaya,kawan-kawan dan keluarga?.
  • Adakah kurang semangat dan memaksa diri untuk melakukan banyak perkara?
  • Adakah anda melihat diri sendiri sudah tua dan tidak menarik?
  • Adakah selera makan sudah merosot? atau kini makan terlalu banyak?
  • Adakah anda semakin sukar untuk tidur?
  • Adakah anda berasa letih dan lesu sedangkan sudah tidur dengan lama?
  • Adakah anda sudah tiada nafsu terhadap pasangan anda?
  • Adakah anda sangat risaukan tahap kesihatan anda?
  • Adakah anda pernah terfikir hidup ini tiada ertinya atau terlintas mahu mati?...
Apa yang penting adalah kerjasama. kerjasa antara minda kita dan fizikal kita, selari dengan kebolehan yang ada. demekian menurut kata MR.MOHD TARMIZI MD NOR.. Beliau adalah Pakar Perunding Bedah Pediatrik tetapi banyak menggunakan kaedah psikologi dengan para pesakitnya. Walaupun aku bukanlah pesakit tetapi bertuah dapat menimba sedikit sebanyak ilmu yang ada.... semoga diberkati

Sabtu, 29 September 2012

KENALI WANITA MELALUI UNSURNYA


Dalam mengharungi dunia kehidupan kekadang selalu bersua dengan pendengar-pendengar yang agak lama 
( Otai ) seperti biasalah aku cuba mencungkil seberapa banyak maklumat dan petua-petua dan ilmu warisan dari orang-orang terdahalu
Petua dan amalan ini dipraktikkan oleh orang-orang melayu terdahalu, dan unsurnya banyak dipengaruhi HINDU mungkin jua kerana banyak perkembangan amalan ini sewaktu dulu yang dibawa dari INDIA melalui saudagar-saudagar dari sana..Semoga Paparan ini menambah MAKLUMAT dan PENGETAHUAN kita generasi pewaris.Cuma kita perlu memikirkan dengan kewarasan dan kebijaksanaan akal  berkenaan dengan perkara ini.. Mengenali Wanita Kaedah Terdahalu...

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin - keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah-ubah.

Sekian, hanya jadikan pengetahuan bukan amalan khusus...........sekadar berkongsi

Khamis, 6 September 2012

CINTA VS KENTUT

Masih lagi dalam mood raya, masih lagi banyak rumah terbuka, dalam pada yang sama kerja-kerja di pejabat makin bertambah kerana asyik ke majlis... Bermesyuarat dengan rakan-rakan kadang-kadang menimbulkan banyak reaksi jika agenda yang diperbincangkan itu " panas" dan lebih panas tetiba ada bau yang mencucuk hidung perghhhhhhh!!!!! memanglahhh... Kentut punya cerita.. jadi aku , berpendapat bahawa kentut ini boleh di kategorikan beberapa bahagian.

TAK JUJUR : Dia Kentut tapi akan salahkan orang lain
BENGGONG : Orang yang tahan kentut berjam-jam
YAKIN DIRI : Kentut dengan lantang tanpa selindung
SADIS : Kentut dalam diam dan kibas-kibaskan kepada orang lain
STARTEGIK : Kentut sambil gelak kuat atau buat-buat bersin atau batuk untuk menyembunyikan yang dia kentut.
MISTERI : Orang yang kentut tapi tidak dapat dikesan
GAGAP : Terkentut apabila disergah.
PERIANG : Kentut dengan kadar yang perlahan-lahan kemudian dia kan senyum sorang-sorang
PEMALU : Kentut dengan terkepit-kepit dengan muka agak tersipu-sipu bimbang orang tahu.
Itulah al-kisah kentut... walaupun kita kentut orang tetap sayang...hahahahaha

Isnin, 27 Ogos 2012

KEK PISANG

Masih lagi dalam "Mood Raya Aidil Fitri" begitulah keadaanya, suasana di tempat kerja masih lagi bercerita tentang raya, disana sini ,banyak rumah terbuka yang dianjurkan oleh agensi, syarikat korporat, pemimpin setempat dan juga individu berpengaruh dikalangan masyarakat, Aku dan juga beberapa rakan-rakanku tetap bertugas walaupun dalam suasana Umat Islam merayakan hari kemenangan, betapa Dj Abg Nor, Ira Fathiran, Iza Mamat, Sha dan aku sendiri bekerja di konti pada raya pertama, umpama ungkapan orang kesayanganku, dah berkahwin dengan kerja, nak buat macamana..... sabar ajelah...
" Ni... ada kek.. ada orang bagi " kata rakan setugas ku Ira Fathiran... " Siapa bagi " tanyaku, " Katanya seorang pendengar, Kak Dah namanya kalau tak silap " Ira menjelaskan.......... ohhhh Kak Dah... ingatanku terus melayang pada seorang pendegar yang menghubungi aku di konti ketika bertugas, dua hari sebelum sambutan hari raya, ketika aku mengendalikan satu slot iatu "APA ITU MASALAH"..  Slot yang berkongsikan masalah dan aku bertanggungjawab menjadi moderator untuk memberikan jawapan sepontan berkaitan dengan masalah dan jawapanku sebenarnya bukanlah penyelesaian bagi persoalan, tapi jawapan dari sudut pribadiku....
" Kak Dah ni..sudah 18 tahun tak balik beraya, cuma anak2 je yang balik ke kampung.. Kak Dah kecil hati dengan Mak Kak Dah " demekian cerita Kak Dah.... dan aku memberikan jawapan yang mudah je, aku tidak pula menggesa agar kak dah untuk balik.. cuma aku bercerita tentang hati seorang anak yang terluka dengan sikap ibu dan hati seorang ibu yang terguris kerana perangai anaknya, Aku bercerita tentang satu kisah di zaman Nabi, bagaimana seorang yang alim dan warak tidak dapat menghembus nafasnya ketika nazak lantaran ibunya berkecil hati disebabkan orang alim tersebut melebihkan sedikit isterinya dari ibunya.. dan ibunya kecewa....... dan aku jua berkata, luka hati anak kerana sikap ibu hanyalah merana dan menitis airmata, boleh lari..boleh melupakannya..boleh lakukan apa saja, tetapi bila hati ibu terluka dan disakiti oleh anaknya, maka pintu syurga tertutup buat anaknya.... akhirnya aku berkata " KEPADA KAK DAH TADI..TIDAK PERLU BALIK JIKA HATI MASIH TERLUKA, TAPI ADAKAH TERLALU PENTING MENJAGA HATI KITA DARI MENJAGA HATI SEORANG IBU".....
Kek Pisang ini Kak Dah Berikan sebagai tanda terima kasih kak dah kepada amiey kerana telah membuka pintu hati kak dah untuk balik ke kampung dan berjumpa dengan ibu kak dah, selama 18 tahun Kak Dah Kehilangan.... dan baru kini Kak Dah merasai nikmatnya HARI RAYA.... demikian nota yang terdapat pada bungkusan Kek Pisang yang ku terima.... aku terharu...menitis airmata.. Aku sebak..rindu pada Arwah Mak....Al-Fatehah Untuk Mak.. Ramlah Bt Hassan.... Al-Fatehah untuk Yunos B.Hj Md Alim... Al Fatehah Untuk Mohd Amry..Hassan B.Long

Khamis, 23 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA....

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung blog ini..Maafkan jika ada salah dan silap

Sabtu, 11 Ogos 2012

BUKANLAH BERBANGGA

Sekarang berada di penghujung Ramadhan, maka makin ramailah orang akan berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah untuk persiapan Raya Aidil Fitri.Mentelah lagi ramai pekerja-pekerja sekarang mendapat bonus, sektor swasta mahupun kerajaan,Meriah dirasakan dan yang pastinya para peniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda, begitulah lumrah.Bekeluarga atau tidak semuanya membuat persediaan, ada yang berbelanja mengikut kemampuan dan tidak kurang juga yang mengikut kehendak.
Sebagai DJ.kadang-kadang aku juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti promosi sempena hari raya, undangan dari premis perniagaan tapi kebanyakkan terpaksa diketepikan kerana di bulan puasa ini kemampuan untuk bercakap itu agak terhad dan terbatas, tekak mudah dahaga.
Semasa menghadiri satu siri promosi, aku telah disapa oleh seseorang, dan aku seperti biasalah akan menyapa kembali walaupun aku tak berapa kenal, ayat pertama " Ingat saya tak.. kita jumpa masa SUKMA di Pahang Tempohari".. aku agak kaget..kerana di temasya tersebut aku sememangnya berjumpa dengan ramai orang.
" Sekarang saya dah jadi peminat Radio Manis.FM terutama sewaktu awak bertugas".. tambah nya lagi.. aku sekadar mengucapkan terima kasih, dan perbualan aku agak terbatas kerana aku menpunyai tugasan promosi, dalam masa yang sama aku masih lagi tidak berapa ingat siapakah dia.
Sebelum dia berlalu, dia memberikan kad... " Senang-senang call lah boleh kita borak2 sambil minum" katanya.Setelah dia memberikan kad nya barulah aku ingat, dia wartawan harian yang popular di negara ini. Mengapalah ingatan aku begitu lemah.
Semasa di Temasya sukan tersebut, apabila antara media memperkenalkan diri, dan aku memperkenal diri yang aku dari stesen radio, dialah orang pertama berkata, datang sorang ni boleh buat liputan tak.. dan aku hanya tersenyum jer..
Dikesempatan minum di sebuah warung jalan menghala ke pejabat, aku terserempak sekali lagi, dia beriya-riya nak berbual, jadi aku layan ajelah. lagipun aku konti pukul 9 mlm dan waktu itu baru je 8 lebih sikit.
Dia menyatakan akan kekaguman beliau, dan cara aku bekerja sewaktu berada di Kuantan, sebelum ini dia hanya mendengar nama Stesen tempat aku bekerja, bila sesekali mendengar katanya tidak menepati citarasa, lagipun tidak popular, minded dan mentaliti penyampai seolah-olah jauh berbeza dengan dj radio lain, aku tersenyum je bila dia melahirkan apa yang dia rasa, dan aku tidak boleh terlalu mengeluarkan hujah kerana aku tahu dia seorang wartawan hehehehe... Namun katanya, setelah mendengar cara aku membuat liputan di Kuantan dia menjadi tertarik untuk terus mendengar manis.fm walaupun kekadang katanya ada unsur yang dj terlalu memperkatakan tentang diri sendiri, tentang keluarga, tentang suami,tentang anak2 sendiri di corong radio, dan sesuatu yang dapat aku pelajari dari beliau ialah, Pendengar tidak mahu dengar masalah dj, tapi mahu dengar keceriaan dj... emmm begitulah kesimpulan.. Setelah seminggu beliau sentiasa tuning siaran manis.fm dia menawarkan aku untuk menjadikan bahan "task" nyer.. aku menolak kerana aku tidak suka publisiti pribadi, aku lebih suka kalau dia menulis mengenai stesen, sekali lagi dia merasa kagum terhadap aku, menurut beliau ada sesetengah dj radio yang call dia semata-mata mahu beliau tuliskan dalam paper..
Aku tetap beginilah, mencari rezeki diatas amanah yang diberikan, konsep dan prinsip aku, jangan menyusahkan rakan sekerja demi kepentingan peribadi,
Kini aku dan dia menjadi rakan baik, terima kasih zubir.... SENI itu ABSTRAK.................

Ahad, 29 Julai 2012

TOK JANGGUT V

Oleh Kerana Cerita Tok Janggut ada menyentuh hal-ehwan kesultanan dan keturunan tertentu jadi untuk tidak membinggungkan keadaan dari segi kajian dan cerita mulut jadi lebih baik aku cuba mencoretkan beberapa fakta yang aku kutip sepanjang perjalananku mendalami sejarah dan warisan negeri-negeri Pantai Timur, Pahang Terengganu dan Kelantan. Menjejak waris pahlawan yang terbilang supaya cerita tidak hilang dari pengetahuan anak bangsaku yang semakin lama semakin alpa dan seronok dengan usaha Mandeliar moden.
Perjanjian Inggeris –Siam 1909 dikenali sebagai perjanjian Anglo siam atau perjanjian Bangkok.Perjanjian ini dimenterai di Istana Raja Siam, tujuannya supaya kerajaan siam di Bangkok dapat menyelesaikan masalah di negeri-negeri Semenanjung Melayu, Negeri di bawah pentadbiran siam ialah Perlis,Kedah Kelantan,Terengganu,Pattani,Yala dan Narathiwat.Kesan dari Perjanjian ini British telah Berjaya mengukuhkan pengaruh mereka keatas negeri-negeri Melayu dan Wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat menjadi hak mutlak siam ( Thailand).
Berita Tentang Kelantan telah diambil oleh British secara mutlak telah sampai ke pengetahuan Tok Janggut yang sewaktu itu sedang menuntut Ilmu dengan Tok Ko Paloh Di Terengganu,Kembalinya Tok Janggut ke Negeri Serambi Mekah telah membangkitkan kembali semangat prang Kelantan untuk bangkit menentang penjajahan Inggeris.
Usaha Pertama Inggeris ialah memaksa Long senik menerima penasihat Inggeris, atas nasihat Tok Janggut Long Senik menolak penerimaan penasihat Inggeris. Ini menjadikan British marah mahu melucutkan jawatan Long Senik. Ini menjadikan beliau tersepit antara kuasa dan maruah.British menjanjikan Long Senik akan menjadi sultan yang sah sekiranya menerima Residen ( Penasihat ) Inggeris.Akhirnya Long Senik diiktiraf sebagai sebagai Sultan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad ke IV pada 1910 dan menempatkan J.S Mason sebagai penasihat.Seluruh rakyat Kelantan merasa kecewa dengan tindakan baginda terutamanya Tok Janggut yang tiada kuasa untuk menghalang.
PERANG MENENTANG PENJAJAH KIAN MELUAP……..

Isnin, 11 Jun 2012

NYAH RASUAH 1.

APA ITU RASUAH

  • Penerimaan/Pemberian
  • Duit Kopi
  • Ganjaran
  • Suapan
  • Diskaun
  • Upah
  • Jawatan
  • Perkhidmatan
  • Hadiah.
MENGAPA RASUAH

  • Tamak Haloba
  • Jalan pintas untuk hidup mewah
  • Tiada Amalan Nilai-nilai murni
  • Penurunan Kuasa Berluasa
  • Penyalahgunaan Kuasa.
KESALAHAN RASUAH.

  • Meminta / Menerima Rasuah
  • Menawar / Memberi Rasuah
  • Membuat tuntutan palsu
  • Menyalahgunakan kuasa dalam kedudukkan

Sabtu, 26 Mei 2012

TOK JANGGUT SIRI 4

Tok Janggut ataupun Mat Hassan menpunyai darah pahlawan yang diwarisi dari Ayahandanya iatu Panglima Munas ( Munah ) darah yang satria yang semasa hayat begitu berpegang teguh pada Rukun Islam dan Rukun Iman, Semangat kesetiaan pada kawan dan taat kepada Raja,
Panglima Munas telah mati terbunuh bersama dengan Mat Tahir iatu Abang kepada Mat Hassan ataupun Tok Janggut…………………
Setelah Pemberontakan Pahlawan Pahang menentang Penjajahan Inggeris gagal pada tahun 1891, Dato Bahaman telah melarikan diri ke Ulu Kelantan, Ketika Panglima Munas mengiringi Baginda Long Mansor berburu di Hulu Sat mereka didatangi oleh Dato Bahaman dan rombongan untuk meminta perlindungan dan perkara itu dipersetujui oleh Baginda Long Mansor dan mengarahkan Dato Bahaman dan ahli keluarganya berlindung di rumah Tengku Ahmad..
Berita tentang kedatangan Dato Bahaman dan pengikutnya ke Kelantan telah diketahui oleh Sultan Mansor yang memerintah Kelantan.. Baginda sultan meminta baginda Long Mansur memberikan perlindungan kepada Dato Bahaman.Tapi hakikatnya Sultan Mansor menpunyai hasrat lain, iatu melenyapkan terus kuasa Keturunan Long Gaffar.
Sejak itu tinggallah Dato Bahaman dibawah perlindungan Long Mansor.Dato Bahaman dan pengikutnya seramai 12 orang telah membuka penempatan di Sungai Ampul cawangan dari Sungai Lebir Hulu Kelantan.
Berita tentang Dato Bahaman mendapat perlindungan dari Kelantan telah diketahui oleh pihak Inggeris, dan meminta Sultan Kelantan menyerahkan Dato Bahaman, Sultan menyatakan kepada Pihak Inggeris bahawa Kelantan adalah negeri bawah naungan siam, Kemudian Inggeris meminta Siam untuk menyerahkan Dato Bahaman.
Ketika Pihak Inggeris yang dibantu oleh tentera siam  mengepung penempatan Dato Bahaman bagi menangkap beliau di waktu Maghrib, Dato Bahaman telah menggunakan Lembing yang diberi nama “ BERINGIN” yang berupa daun sireh, dengan mencacak lembing tersebut ketanah, maka tentera Siam dan Inggeris seakan dipukau, Dato Bahaman dan pengikutnya melarikan diri ke Marang Trengganu.
Diatas kegagalan tersebut, pada keesokkan harinya Tentera Siam telah ke Machang dan menangkap baginda Long Mansor, Tengku Ahmad, Pak Nik Ya, Dato Lela Perkasa Lundang dan Tuan Tabal sebagai galang ganti. Mereka dibawa ke Kota Bharu kemudianya di bawa ke Bangkok untuk ditahan dalam penjara selama 3 tahun , maka muslihat Sultan Mansor untuk menghapuskan Long Mansor keturunan Long Gaffar telah menjadi.
Selepas baginda Long Mansor dan Tengku Ahmad ditangkap dan dipenjara, Long Demor dilantik menaikki Takhta dengan menggunakan gelaran Seri Maharaja Jeram dan pusat pemerintahan di Jeram Pasir Puteh, Panglima Munas terus menaburkan bakti dibawah pemerintahan Seri Maharaja Jeram.
Kemudianya berita dari Bangkok mengatakan Baginda Loang Mansor telah mangkat akibat sakit barah, tetapi sebenarnya itu adalah helah siam semata-mata. Panglima Munas mendapat tahu dari Tok Kancil bahawa Baginda Long mansor telah dibunuh.
Keadaan ini membuatkan Panglima Munas bertambah marah dan beliau mahu membalas dendam
Ikuti Kisah Seterunya Dalam Tok Janggut

Selasa, 15 Mei 2012

TOK JANGGUT SIRI 3

Long Gaffar memerintah Tanah Rendah Sekebun Bunga Negeri Cik Siti Wan Kembang selepas menang perang di Kota Kubang Labu dan pusat pemerintahannya di Jeram, Long Gaffar merupakan Putera Sulong Raja Negeri Leman.Long Pandak pula adalah Raja Kubang Labu dan berkahwin dengan Puteri Neng Mas iatu Anak Raja Legeh yang merupakan sepupu kepada Long Gaffar,Pada suatu hari Long Gaffar telah berjumpa dengan Neng Mas di Kota Kubang Labu  dan mereka telah dituduh berzina, Long Pandak telah menjatuhi hukuman bunuh keatas isterinya,perut Neng Mas telah dibelah dan mayatnya diarak diatas belakang gajah yang diberi nama "Neng Malai" gajah tersebut adalah pemberian Raja Legeh.. Raja Leman dan Raja Legeh sangat murka diatas penghinaan tersebut lalu menyiapkan angkatan Perang yang diketuai oleh Long Gaffar dan menyerang Kota Kubang Pasu,Long Gaffar telah menang dan berjaya menawan Kota Kubang Labu dan seterusnya memerintah Kelantan.Setelah kemangkatan Long Gaffar, tempatnya digantikan oleh Long Seri.
Long seri menpunyai seorang menantu bernama Long Senik Mulut Merah, hubungan mereka amat rapat sehinggakan Long Senik Mulut Merah bebas keluar masuk dalam istana, akhirnya Long Senik telah mencuri alat kebesaran diraja dan Keris Pusaka yang berasal dari Jawa  "PELANGI MERBO " juga dicuri, pusat pemerintahan Long Gaffar dan diikuti oleh Long Seri ialah di Kota Limbat dan Long Senik Mulut Merah melarikan kebesaran di raja ke Kota Bharu......Pengaruh Kuasa Long seri kian terhapus akibat kehilangan alat kebesaran tersebut.
Semasa Pemerintahan Long Ghaffar beliau memnpunyai sahabat baik iatu Long Yunus anak kepada Loang Sulaiman, Long Gaffar telah memberikan kuasa kepada Long Yunus untuk memerintah dari Pasir Tumbuh ke Padang Garung dan seterusnya ke Kuala Kemasin dan sebelah baratnya Bukit Tanjung.Walaupun diberikan kuasa namun segala hal ehwal pentadbiran dan kes jenayah tetap perlu dirujuk kepada Long Gaffar, Namun pembahagian kuasa ini telah berakhir apabila mangkatnya Long Gaffar dan kuasa dan pengaruh keturunan Long Gaffar makin terhakis sewaktu pemerintahan Long Seri angkara Loang Senik Mulut Merah.
Long Senik Mulut Merah adalah anak angkat kepada Long Muhammad yang bergelar Sultan Mohammad I, Baginda tidak menpunyai anak, selepas kemangkatannya tempatnya diambil alih oleh adiknya iatu Long Jenal baginda memakai gelaran Yam Tuan Kelantan, sebelum menaiki takhta Loang Senik telah merancang untuk memperluaskan kuasa Keturunan Long Yunus dan menghapuskan penguasaan Keturunan Long Gaffar.
Setelah berjaya mencuri alat kebesaran, Long Senik Mulut Merah telah mengadakan majlis sukaria bersama pengikutnya....dalam pada itu Long Seri merancang untuk menyerang dan merampas semula alat kebesaran tersebut.Serangan itu diketuai oleh Long Mansur dan Juga Panglima Munas.
PANGLIMA MUNAS IALAH AYAHANDA KEPADA MAT HASSAN ATUPUN TOK JANGGUT....
ikuti kisah selanjutnya.............berjaya atau tidak Panglima Munas Merampas kembali alat kebesaran keris "PELANGI MERBO"

Isnin, 14 Mei 2012

TOK JANGGUT SIRI 2

Berita mengenai kecantikkan Puteri Saadong sampai ke Pengetahuan Raja Siam iatu raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia,Baginda menghantar utusan ke Jembal bagi meminang Puteri Saadong.Selepas Raja Loyor berbincang dengan Cik Siti Wan Kembang maka pinangan Raja Siam ditolak kemudian Puteri Saadong dikahwinkan dengan Raja Abdullah iatu anak kepada Raja Bahar.Raja Abdullah dan Puteri Saadong membina membina sebuah kota dihilir Negeri Kelantan dan dinamakan Kota Jelasin
Setelah beberapa Raja Abdulah dan Puteri Saadong berserta dengan Paduka Cik Siti wan Kembang berangkat mudik ke hulu dan singgah membuka penempatan baru di Chetok Pasir Mas, Penempatan itu dinamakan Tanah Rendah Sekebun Bunga yang diilham dari kesaktian yang dimiliki oleh Cik Siti Wan Kembang menjadi sebuah tanah dataran penuh dengan bunga-bunga segar dan difahamkan bunga tersebut adalah bunga yang amat wangi dikenali sebagai Bunga Melor dan dipelihara Kijang emas dalam taman tersebut.
Berita Perkahwinan Raja Abdullah dan Puteri Saadong diketahui juga oleh raja Siam, lalu baginda menghantar satu angkatan tentera untuk menyerang Kelantan dan mengambil Puteri Saadong, apabila sampai ke Kota Jelasin maka berlakulah pertempuran yang dahsyat dan hebat, ramai kalangan pengikut Raja Abdullah yang terkorban dan dalam diam-diam baginda dan pengikutnya telah berundur ke Melor dan membina sebuah kota yang diberi nama Kota Mahligai.
Kedudukan Kota Mahligai juga diketahui oleh raja siam dan mereka mula mengatur perancangan untuk menyerang mahligai, oleh kerana sayangkan rakyat jelata serta mendapat persetujuan raja Abdullah maka Puteri Saadong bersetuju menyerah diri.Raja Abdullah berjanji dengan Puteri Saadong akan tetap setia menunggu kepulangan beliau.Syarat itu dipegang kukuh oleh Puteri Saadong dengan menjadikan sanggul hikmatnya sebagi galang nyawa.Dikhabarkan Puteri Saadong menpunyai kepandaian dan kesaktian dalam mengubat penyakit mewarisi ilmu yang dipeturunkan oleh Bonda angkatnya Paduka raja Cik Siti Wan Kembang.
Hari demi hari Raja Abdullah menunggu kepulangan isteri kesayangan tetapi hampa namun begitu Puteri Saadong yang berada di Ayudhia berada dalam keadaan selamat, setiap kali raja siam mahu menghampiri Puteri Saadong badan Raja Siam akan gatal-gatal dipenuhi penyakit kudis buta puas sudah baginda berubat tetapi tidak juga sembuh.” KUHARAMKAN LELAKI MENDEKATIKU APATAH LAGI MENYENTUHKU,KECUALI SUAMIKU.. JIKA ENGKAR,KU SUMPAH SELURUH TUBUHNYA AKAN MENJADI GATAL DAN MIANG KECUALI DENGAN AIR LIUR DAN AIR BASUHAN TAPAK KAKIKU” itu adalah sumpah keramat Puteri Saadong.
Kemudian raja siam menawarkan kepada Puteri Saadong untuk mengubati penyakitnya dan balasanya Puteri Saadong akan dibebaskan dan dihantar pulang ke Kelantan.Dengan keramat dan kesaktian dimiliki maka Puteri Saadong telah Berjaya mengubati Penyakit raja siam, Tetapi alangkah terkejutnya Puteri Saadong setelah pulang ke Kelantan didapati suaminya telah berkahwin lain,maka berlakulah pergaduhan antara puteri Saadong dan Raja Abdullah yang tidak setia pada cinta,akhirnya Raja Abdullah mati ditikam dengan cucuk sanggul, kemudian Puteri Saadong membawa diri ke Bukit Marak.. 
Saya akan terus menyelusuri bagi menjejak tapak2 yang tertinggal dicoretan akan datang.... 

TOK JANGGUT SIRI 1

Diriwayatkan bahawa Sultan yang pertama dalam pembukaan kerajaan Negeri kelantan ialah Sultan Kumar...Dinyatakan bahawa raja Kumar berasal dari Pagar Ruyung Minangkabau pernah mengiringi Parameswara belayar ke negara china bagi menghadap maharaja Yung Lo.
Setelah kembali ke melaka beliau meminta keizinan dari Pareswara untuk merantau dan membuka negeri sendiri lalu sampai Ke Kelantan yang dikenali dengan nama Tanjung Pura. Setelah memeluk Agama Islam beliau menukar namanya Kepada sultan Iskandar Shah. Bagi mengelakkan ancaman dari ancaman Siam, Beliau telah menjalinkan persahabatan dengan Maharaja China. Setelah Raja Kumar atau sultan iskandar Shah meninggal dunia, diganti dengan Sultan Iskandar dan selepas itu Sultan Mansur. Dibawah pemerintahan Sultan Mansur, Negeri Kelantan telah mahsyur dan menjadi pesaing kepada kerajaan Melaka yang diperintah oleh Sultan Mahmud Syah.
Melaka telah bersiap sedia untuk melancarkan perang ketas negeri Kelantan dan sulran Mansur juga mengetuai angkatan perang bagi menangkis serangan dari kerajaan Melaka
Kedua-dua angkatan perang ini bertembung di Kampung Saring, namun peperangan tidak berlaku kerana kebijaksanaan Puteri Sultan Kelantan ( Sultan Mansur ) yang bernama Onang Kening yang menawarkan diri menjadi isteri kepada Sultan Mahmud Syah. Onak kening menpunyai rupa paras yang sangat jelita dan kepintaran akal.Melaka dan dan Kelantan telah menjadi dua kerajaan yang berbaik, Ketika Portugis menyerang Melaka, kerajaan Kelantan cuba membantu tetapi telah disekat oleh Pihak Portugis dengan menutup laluan laut......
Sesudah Sultan Mansur mangkat, tempat beliau telah digantikan oleh putera baginda Raja Gombak dengan gelaran Sultan Gombak. Sultan Gombak terpaksa menjalinkan hubungan diplomatik dengan siam kerana tida mahu diganggu oleh Portugis yang berada di Melaka.
Baginda tidak menpunyai anak lelaki, oleh itu beliau menamakan cucunya iatu Raja Ahmad sebagai Putera Mahkota Setelah Sultan Gombak meninggal, tempatnya telah diambil alih oleh Raja Ahmad yang menggunakan Sultan Ahmad, Sultan Ahmad telah berkahwin dengan Cik Bainun, Puteri Seri Nara Diraja dan kemudian dikurniakan seorang Puteri yang bernama Cik Siti Wan Kembang,
Ketika Sultan Ahmad Mangkat, Cik Siti Wan Kembang baru berusia 4 Tahun, lalu Raja Husein dari Johor dilantik sebagai pemangku Raja Kelantan, Selepas Raja Husein mangkat, maka Cik Siti Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan, Beliau bersemayam Di Gunung Chinta Wangsa, Semasa permerintahan Cik Siti Wan Kembang, wujud pula kerajaan baru di Jembal di bawah pemerintahan Raja Sakti..Raja Sakti ialah anak angkat Raja Bersiong yang lari dari Kedah dan kemudian menetap di Kedai Lalat.
Setelah Raja Sakti mangkat kerajaan Jembal diketuai oleh Raja Loyor, beliau menjalinkan kesefahaman dengan Cik Siti Wan Kembang,  Anak Raja Loyor iatu Puteri Saadong telah diambil oleh Cik Siti Wan Kembang sebagai anak angkat lalu menamakan beliau sebagai waris pengganti Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong juga dikenali sebagai Puteri Vijaya Mala................ Bersambung

Ahad, 13 Mei 2012

MEMANGLAH KERAS KEPALA

Keras Kepala dan kepala keras ada dua perkara yang berbeza, walaupun ianya berkaitan kepala, dan ANDA sememangnya KERAS KEPALA Sekiranya :-

  • Walaupun ditegur atau diperli, tetap dengan stail sendiri
  • Tetap memakai barang kemas banyak-banyak walaupun dilarang
  • Masih merayu pada kekasih lama meskipun kekasih anda itu telah berkahwin dengan orang lain
  • Bercakap orang putih dengan bapak sendiri walaupun beliau tidak faham, semata-mata hendak menunjukkan anda pandai.
  • Masih lagi merempit walaupun baru saja keluar hospital kerana merempit
  • Berusaha hendak menjadi perempuan juga walaupun tahu anda itu jantan perkasa
  • Cari Nahas curi kabel elektrik yang bervoltan tinggi
  • Membuang sampah ditempat yang dilarang mebuang sampah.
  • Diminta mengundur diri / letak jawatan, tapi masih lagi mempertahankannya  walaupun tahu tak ada orang nak undi anda pun.
  • Menurun nombor ekor sentiasa walaupun sentiasa tak kena-kena
  • Menjual ABC di waktu musim tengkujuh.
  • Hisap dadah sampai nyawa-nyawa ikan
  • Asyik bermain game di internet tanpa makan,minum,tidur dan kerja
  • Sanggup dimaki hamun semata-mata hendak ke kedai janda
  • Tetap hantar sms walaupun tahu kredit tak ada
  • Tetap menggunakan krim pemutih walaupun sedar anda hitam legam.
  • ANDA MEMANG KEPALA KERAS SEBAB ITU KERAS KEPALA.

Jumaat, 11 Mei 2012

JENIS DARAH DAN PERSONALITI


Jenis Darah boleh mempengaruhi personaliti............................. jadikan ianya sebagai pengetahuan bukan betul2 kerana kajian hanya dilakukan secara rambang dan tidak terperinci... Lihat Jenis darah anda dan kaji bagaimana diri kita... kenali diri sendiri barulah kita boleh mengenali orang lain


Jumaat, 4 Mei 2012

BOLASEPAK

Aku Sememangnya meminati permainan bolasepak, sukan menyaksikan perlawanan bolasepak dan kekadang selalu juga membuat analisis tentang permainan dan pemain-pemain yang terlibat.Dari Dulu sampai kini cerita mengenai bolasepak sememang menjadi tarikan utama,
Baru-baru ini "Kecoh" pasal FAM.. Persatuan bolasepak yang menerajui persatuan Bola di Negara kita, kekadang dalam persatuan ada juga kalangan mereka yang hanya sukakan kuasa dan jawatan, kepada pemain mereka ingatkan tingkatkan disiplin dan sayangkan negara, terapkan semangat negara melebihi segalanya..bila pasukan kalah, pemain dan jurulatih di persalahkan kerana tiada semangat perjuangan untuk menaikkan nama negara.............. cakap tidak semudah dilaksanakan........ tidak salah nak menyokonng pasukan apa, dan dari sudut mana......... tapi lihatkan kita ini berada dalam kedudukan mana............

Yang digantung tetap bersemangat.......... yang cakap lebih........tapi...............................

Isnin, 30 April 2012

RONDA-RONDA

Hari ini aku menyusul kembali jalan-jalan yang kulalui sepanjang berada di Kota Bharu. bukanlah kunjungan terakhir tetapi aku mengimbau kembali mula2 aku menjejakkan kaki di Kota Baharu,Kelantan. Dulu aku menyelusuri segenap lorong dan penjuru sewaktu habis kerja di tengahmalam, segalanya aku hafal dan hari ini aku lakukan sekali lagi.....
Mana-mana aku pergi sikap pemandu sama sahaja, tidak sabar dan cepat melenting, terlalu jauh perbezaan bila mereka memandu dengan sikap mereka diluar, ketika memandu sikap sabar itu memang teruji dan perlulah dipertingkatkan............ ini adalah akibat sikap yang kurang sabar dan terlalu ghairah menunjuk........ akibatnya dia bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri tetapi orang lain

Jangan terlalu emosi ketika memandu..............

AKU PENGAKAP


Emosi aku terganggu bukan kerana aku dan rakan2ku yang lain berpindah ke Terengganu berikutan peralihan Studio Utama tempat aku bekerja sebagai juruhebah, tetapi kerana sekeping gambar ini. Air mataku menitis dan emosi terganggu... aku pun tidak berapa faham kenapa ianya berlaku???. Apapun aku mengucapkan terimakasih kepada rakanku Anita Kassim yang masih menyimpan gambar ini.. Memanglahhhh.....
Apa yang aku ingat... sewaktu zaman kanak2ku aku memang suka berceloteh dan bercerita, banyak pertandingan yang aku sertai.. tetapi lama-kelamaan sifatku berubah menjadi pendiam...
Kalau nak tahu, dalam bulatan tu adalah aku..heheheh...tidak ku sangka begini rupanya aku sewaktu zaman sekolah rendah... emmmmm..sewaktu aku mencoretkan ini...airmata ku bergenang... teringat arwah mak!!!

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...