Selasa, 30 Mei 2017

MERIAM BULUH BUDAK KAMPUNG.

Indahnya menyambut ramadhan jika berada dikampung halaman, bermula seawal ramadhan hinggalah ke penghujung, akan ada berbagai cerita menghiasi hari-hari yang dilalui, setiap orang ada keletah dan kerenah jika berada di kampung, pada dasarnya itulah rutin biasa bagi masyarakat yang berada di kampung, tetapi dianggap unik bagi mereka yang jarang-jarang berada di kampung.
Meriah Buluh yang di modify
Salah satu perkara wajib ialah MERIAM buluh, ianya hanya nama sahaja buluh, tapi sudah diubah kepada kelapa,besi dan berbagai lagi, ada juga yang menyebut sebagai meriam kaboid. Biasa akan berlawan bunyi antara satu kampung dengan kampung yang lain. Menyeronokan, dan itulah permainan yang dilakukan oleh anak-anak muda kampung yang menjadi tradisi warisan.


Sekali imbas ianya bukan berkaitan dengan permainan itu semata-mata tetapi semangat kerjasama yang dibina atas permainan tersebut, bermula dari membuat meriam hinggalah pada kaedah permainan, semuanya memerlukan kerjasama dan bukan berseorangan.
Falsafah dalam permainan "BUDAK KAMPUNG" biasanya boleh membentuk jiwa menjadi kental,.tabah mengharungi cabaran hidup yang memerlukan kesabaran.Begitulah jati diri anak kampung itu dibentuk dan diasuh melalui alam dan persekitaran,
Semangat yang kuat akan sentiasa terbina walaupun dalam lingkungan masyarakat selalu diperlekeh,walau tidak pandai membodek tapi jiwa anak kampung akan terus bekerja tanpa meminta ganjaran pujian, bukan bekerja kerana mahupuan lambungan dari pihak atasan atau bekerja kerana adanya bos didepan dan sentiasa menghayun dan mendepakan tangan untuk mengampu dan mengangkat.

Isnin, 22 Mei 2017

CATATAN SEORANG LELAKI.

Mungkin catatan ini ada unsur 18sx tetapi begitulah,lebih baik jujur dari menjadi hipokrit.Zaman sekarang semua perkara mahu dikongsikan di media sosial,segala aktiviti mahu diberitahu kepada rakan-rakan, menjadikan alam maya sebagai medan untuk " promote" diri.Tujuannya hanya empunya diri yang mengetahui.Seperkara yang perlu diingat, kawan yang dikenali melalui alam maya ini tidak diketahui sikap dan tabiat yang sebenar.

Gambar Sekadar Hiasan

Ramai yang terlupa apa yang dikongsikan itu memberi kesan pada diri sendiri lantaran kesilapan dan kealpaan.Kerana sikap bodoh dalam tindakannya memberi ruang dan peluang kepada mereka yang sememangnya "PENYANGAK" dan menggunakan untuk kepentingan diri
Perempuan perlu faham,gambar yang dilihat oleh lelaki, mereka boleh di"SCAN" keseluruhannya tanpa mengira tahap pendidikkan dan juga pegangan agama, naluri lelaki normal begitu.Lelaki dianugerahkan untuk berfantasi kerana kematangan mereka pun bermula dengan Fantasi mimpi. Jangan gambar anda dijadikan modal untuk projek "sssttrrrttt" lelaki, atau yang jadi lebih teruk lagi dijadikan oleh lelaki untuk mengaut sesuatu tanpa disedari. Walau hanya menjojol kan sedikit tapi lelaki akan nampak semuanya, begitulah lelaki, tiada istilah "GATAL" atau pun tidak..JADI berhati-hatilah dalam perkongsian.PINTAR itu penting kerana wanita PINTAR lelaki BIJAK.
Sekian, Catatan dari seorang lelaki untuk bacaan wanita.

AIR TERJUN SEKAYU MENCIPTA KENANGAN.

Terletak di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Air Terjun Sekayu boleh dikunjungi dengan kenderaan melalui kawasan kampung menjadikan ianya destinasi yang sentiasa di kunjungi oleh ramai.
Dari Kuala Terengganu.


Kawasan yang terletak di dalam hutan, menjadikan air terjun ini sentiasa mendamaikan dengan siulan unggas dan deruan air.
Dari Kuantan.

Waktu operasinya bermula 8pagi hingga 5 petang,dibuka setiap hari dan ditutup pada musim tengkujuh untuk keselamatan pengunjung.Kawasan tempat letak kenderaan yang luas,ada chalet disediakan untuk disewa menjadikan air terjun sekayu lokasi yang sesuai 
Chalet yang disediakan.

Tahap keselamatan kawasan ini dikawalselia oleh ranjer yang bertugas menjadikan ianya kawasan yang sesuai dijadikan riadah bersama keluarga.

Apa tunggu lagi...jom ke sana!!!!!! 







Ahad, 21 Mei 2017

ELEPHANT ARMY PENCETUS SEMANGAT

Semangat melawan!!!! itulah rata-rata yang diperkatakan oleh peminat bolasepak yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2017 membabitkan pertembungan Pasukan Kedah dengan Pahang yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Perlawanan itu dimenangi oleh Kedah dengan jaringan 3-2.



Suasana Dalam Stadium.

Pahang bermain 10 pemain,setelah pemain neutralisasi Kiko Insa diarah keluar padang kerana mendapat dua layangan kad kuning dalam perlawanan.Bermula dari saat itu, para penyokong pasukan Pahang merasakan bahawa pasukan kesayangan akan mengalami kekalahan,apatah lagi bertemu dengan pasukan Kedah yang mendominasi jentera tengah,
Namun!!!!! segalanya berubah walaupun tidak mampu mengubah keputusan perlawanan tetapi, semangat melawan para pemain diiringi sokongan padu diketuai Elephant Army di penjuru Stadium menjadi suasana perlawaanan akhir adalah yang terbaik dari segi sokongan untuk pasukan yang ketinggalan.
Mereka yang berada dalam Stadium tersebut merasai aura yang dibawa oleh kumpulan penyokong Pahang, termasuk penyokong Kedah, mereka begitu teruja dengan apa yang telah dilakukan oleh penyokong Pahang.
Buat Pemain pemain,penyokong pasukan Kedah, Tahniah kerana berjaya merangkul Piala FA 2017, Untuk Pemain Pahang, anda telah memberikan sesuatu yang terbaik Kami bangga menyokong.... MENANG TIDAK MEGAH, KALAH TIDAK REBAH.

Isnin, 8 Mei 2017

TOK GAJAH DAN BATU BERSURAT.

Berkesempatan untuk meninjau  Kuala Berang telah membawa saya ke Kg Pasir Nering,Sejarah tercipta di kawasan ini kerana Kuala Berang menpunyai sejarah yang sangat rapat dengan Negeri Pahang terutama Ulu Tembeling, Dari Segi Dialek atau loghat kedua-dua kawasan seakan menpunyai persamaan.
Pahlawan Terbilang dari Pahang, Tok Gajah atau Imam Rasul Bin Shahrum merupakan Pendekar Pahang yang menentang penjajahan Inggeris di Pahang, oleh kerana beliau adalah penentang, beliau telah dianggap sebagai pertualang atau pendehaka. Nama beliau diambil sempena dengan  Pangkat beliau Orang Kaya Gajah Pahang iatu orang kaya berempat antara pembesar terpengaruh di Pahang.Ada juga cerita mengatakan gelaran Tok Gajah itu disebabkan kegemaran beliau memakan "Umbut Bayas" iatu makanan kegemaran gajah.

Tok Gajah dikatakan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Pahang setelah menziarahi sahabat beliau di Kelantan, Kuala Berang adalah laluan denai penjalan kaki dari Kelantan ke Pahang.

Ada Cerita mengatakan. setelah kematian beliau, batu yang digunakan sebagai tempat membasuh kaki di surau Kampung Buluh dikenalpasti sebagai batu bersurat.

Selasa, 2 Mei 2017

HARI PEKERJA

Kerajaan sedang giat melaksanakan lima Lonjakan Transformasi Pekerja bagi melahirkan pekerja yang kreatif dan inovatif serta membawa Malaysia memasuki gelanggang ekonomi maju berpendapatan tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata lonjakan berkenaan termasuk mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pekerja dan golongan mudah terjejas serta mengoptimumkan modal insan, memperkukuh perancangan dasar dan sistem gaji. Selain itu, mengupaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diterajui industri;

Memperkasa agensi penyedia perkhidmatan pekerjaan awam dan memperluas perlindungan keselamatan sosial. beberapa langkah sudah dilaksanakan kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terbela iaitu dasar gaji minimum dan menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta rumah mampu milik.
Kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan RM70 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tujuan pembayaran faedah kewangan Sistem Insurans Pekerja (SIP) pada 2018, sebagai tambahan kepada RM50 juta yang diperuntukkan pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10.


Kerajaan akan menganjurkan pameran kerja 'Job Fair @ UTC 2.0 2017' pada 20 Mei ini di 11 Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan empat JobsMalaysia di seluruh negara yang menawarkan 20,000 kekosongan jawatan oleh 300 majikan. Sambutan Hari Pekerja 2017 dengan tema "Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi" bukan hanya sekadar tema sahaja dan ianya perlu dipraktikkan oleh segenap lapisan pekerja dalam ini.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...