Khamis, 31 Mac 2016

JIKA MENCARI TEMAN

~CARILAH AKU DI NERAKA, DAN TOLONG BAWAKU KE SYURGA..~��

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, btanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabatkami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat, bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..
Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.
Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

Wallahu a'lam��
*Cerita diatas saya copy n paste.. kredit kepada penulisnya..

BERKAITAN BOLA DAN SUKAN

"Awak tiada dalam perancangan saya,pihak pengurusan telah bersetuju" itu adalah kata-kata yang sering digunakan oleh sesuatu pasukan bolasepak atau permainan berpasukan yang lain.Senario itu berlaku di akhir musim atau pintu perpindahan pemain dibuka, kebanyakkan pasukan di eropah, pengurus yang menentukan perancangan tersebut dan ada juga senarai pemain ditentukan oleh ketua jurulatih,dan Pemain harus akur dan sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi.
Pengurus atau ketua jurulatih memilih pemain hanya berdasarkan taktik dan strategi yang mahu mereka serapkan dalam pasukan kendaliannya,jika tersilap pilih, percaturan tidak menjadi. Akhirnya pasukan tersebut akan kecundang.
Pasukan di Eropah yang kaya mampu menggajikan pemain yang berkemahiran untuk memperoleh kemenangan dalam saingan liga dalaman dan benua.Pengurus pasukan atau ketua jurulatih harus mencorakkan permainan untuk mencapai kemenangan melalui potensi pemain yang dimiliki.
Penyokong akan menilai corak permainan dan keputusan yang dikecapi dan kesudahan di hujung saingan liga,tetapi banyak pasukan yang memecat pengurus atau ketua jurulatih kerana tidak berjaya mencipta SESUATU dan biasanya penyokonglah adalah kumpulan pendesak.Lihat sahaja pasukan Leicester yang pada saingan 2014/2015 mereka hampir tersingkir, tapi bagi saingan 2015/2015 mereka adalah pencabar kejuaraan.Claudio Renneiri berjaya mencorakkan permain yang dia ada sehinggakan dunia mula mengenali penyerang dari Jepun dan penyerang utamanya Vardy terpilih mewakili England, Pemain Tengah Mehnez berjaya memikat minat Kelab Besar Dunia seperti Barca dan R.Madrid,ITULAH BOLASEPAK DAN SUKAN boleh meningkatkan serta menyatukan dan melaluinya juga boleh menJAHANAMkan.Di Negara kita Pasukan Bolasepak JDT telah mula mengorak langkah,memanglah kewangan itu adalah punca tapi jika tiada perancangan rapi dan teliti ,bukit pun boleh runtuh..Bermula dengan jurulatih Fandi tidak berjaya,dipecat, kemudian Bojan Hodak tidak memahami kebolehan pemain walaupun hampir berjaya juga di pecat dan sekarang memasuki musim kedua Mario Gomez antara jurulatih yang berjaya dengan kelompok pemain yang pernah dimiliki oleh Fandi dan Bojan.Akhir sekali kejayaan JDT bukan sahaja kerana dari peringkat teringgi iatu TMJ tetapi kerana penyokongnya.Mereka telah membuktikan, bagaimana dengan yang lain?.

Rabu, 30 Mac 2016

HANYA SEKADAR DI SKRIN MAYA

Sekadar Hiasan.
Bila sependapat dia adalah kawan jika tidak, atau menentang kita terus dianggap musuh, itulah hubungan yang sering berlaku dalam dunia maya yang menjadi kegilaan bagi ramai orang, provokasi dan mencetuskan sesuatu yang lebih dikategorkan sebagai FITNAH memang menular dizaman sekarang, Saya Suka mengambil pengajarab apa yang berlaku dalam kes " ARAB SPRING".
Pendapat di Petik dari,Wael Ghonim, seorang admin kepada page 'We Are All Khaled Saeed' yang mencetuskan Revolusi Mesir pada tahun 2011.
Pada pendapat beliau terdapat 5 Cabaran Kritikal yang dihadapi oleh Media Sosial yang mengakibatkan perkara tersebut berlaku.
1. Kita tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan khabar angin.
Khabar angin yang mengesahkan pandangan peribadi seseorang (bias), dipercayai dan disebarkan kepada mereka yang mempunyai pandangan yang sama.
2. Kita hanya berinteraksi dengan mereka yang mempunyai pandangan/pendapat yang sama dengan kita.
Media sosial menyediakan kita kebolehan untuk 'mute', 'unfollow' dan 'block' untuk mereka yang tidak bersependapat dengan kita.
3. Perbincangan online hanya akan membawa kepada pergaduhan dan membangkitkan kemarahan.
Kita lebih berhati-hati berkomunikasi di hadapan indivdu tersebut berbanding di hadapan skrin komputer.
4. Ia menjadi sangat sukar untuk mengubah pendapat seseorang.
Kepantasan media sosial menyebarkan khabar angin mengakibatkan pembaca senang untuk membuat kesimpulan, lebih-lebih lagi tentang perkara yang hanya mengesahkan pendapat mereka.
5. Rekabentuk media sosial pada hari ini memberi kelebihan untuk 'broadcast' (sebaran) berbanding dengan perbincangan.

Dan bagi saya, dimedia ini mereka hanya berani dengan penulisan dan pendapat secara maya, tapi bila berhadapan hilang segala keberanian ianya juga disebut " Keyboard Warrior", Ayuhlah bersama kita menyatakan rasa tidak puashati atau apajua rasa atau pendapat secara terbuka dan rasional bukan hanya BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, beranilah walaupun pendapat kita tidak boleh diterima oleh orang lain, yang penting KITA JUJUR dengan yang kita kata dan ucapkan.

Khamis, 24 Mac 2016

KENTUT PUNYA CERITA

Kisah kentut ketika mesyuarat guru.

Tiba2, terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:

Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.

Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.

Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.

Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.

Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.

Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.

Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.

Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.

Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.

Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.

Pengetua : Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?

Rabu, 23 Mac 2016

APA SEBENARNYA KITA?.

Pada suatu hari yang terik dan panas, terdapat tiga orang pekerja yg sedang giat melakukan kerja2 buruh. Ketika ketiga2nya sedang sibuk bekerja, melintaslah seorang pakcik tua.

"Apa yang sedang kamu kerjakan ?", tanya orang tua itu kepada salah seorang di antara mereka.

Pekerja bangunan yang pertama tanpa menoleh sedikit pun, menjawab pertanyaan orang tua itu dgn agak biadap.

"Pakcik, apakah mata pakcik sudah terlalu rabun untuk melihat. Saya adalah seorang kuli biasa dan sedang melakukan kerja2 seorang kuli!!".

Orang tua itu pun tersenyum, lalu beralih kepada pekerja yang kedua,"Wahai pemuda, apakah yang sebenarnya kamu sedang kerjakan ?"

Pekerja bangunan yang kedua itu pun menoleh. Wajahnya yang ramah tampak sedikit ragu. "Saya pun tak berapa tahu, tetapi orang kata, kami sedang membuat sebuah rumah pakcik..", jawabnya lalu meneruskan pekerjaannya kembali.

Masih belum puas dengan jawapan pekerja yang kedua, orang tua itu pun menghampiri pekerja yang ketiga, lalu menanyakan hal yang sama kepadanya. Pekerja yang ketiga pun tersenyum lebar, lalu menghentikan pekerjaannya sejenak, lalu dengan wajah berseri-seri berkata.

"Pakcik, kami sedang membuat sebuah istana indah yang luar biasa megahnya pakcik ! Mungkin sekarang ni bentuknya belum jelas, saya sendiri pun tak tahu macam mana bentuk istana ini ketika telah siap nanti. Tetapi saya yakin, ketika istana ni siap nanti, istana ini akan nampak sangat megah, dan semua orang yang melihatnya akan kagum. Jika pakcik nak tahu apa yang saya kerjakan, itulah yang akan saya kerjakan, pakcik !", jelas pemuda itu dengan penuh semangat.

Mendengar jawapan pekerja bangunan yang ketiga itu, orang tua itu sangat terharu, rupanya orang tua ini adalah pemilik istana yang sedang dibina oleh ketiga pekerja bangunan itu. Sengaja dia ingin menguji pekerja2 di bawahnya.
--------------------------------------

Hal yang sama juga berlaku dalam hidup ini.
Sebagian besar orang tidak pernah tahu untuk apa mereka dilahirkan ke dunia. Mungkin kerana telah disibukkan oleh segala bentuk “perjuangan” yang bukan perjuangan, merasa tidak terlalu peduli dengan tujuan hidupnya. Boleh hidup, makan minum saja sudah kira cukup.

Sebahagian lagi, yang biasanya adalah jenis “ikut orang” atau “lalang” yaitu orang2 yang punya pandangan yang samar-samar tentang keberadaan mereka dalam kehidupan.

Dan golongan terakhir, biasanya hanya segelintir saja orang yang menemukan “visi” atau “jati diri” mereka di dunia ini. Mereka tahu benar alasan keberadaan mereka di muka bumi ini.

Mereka adalah orang-orang yang tidak hanya sekadar hidup, bertahan agar tetap hidup, kahwin lagi jika ada kesempatan, lalu berharap mati dan masuk syurga tapi mereka adalah orang2 yang hidup dalam erti yang sebenar2nya hidup dan memiliki peranan besar dalam peningkatan kualiti hidup sesama manusia serta berguna buat masyarakat, sesuai fungsinya sebagai sebaik2 makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.


SETELAH TIADA SIAPA INGAT KITA

gambar sekadar hiasan

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.
Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.
Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.
Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.
Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik & ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan....Maafkan aku.
Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.
Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....
Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.
Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....
Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.
Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....
Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.
Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.
Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka...

*CERITA INI ADALAH SY PETIK DARI SALAH SATU ENTRI.. KREDIT KEPADA PENULISNYA

Khamis, 10 Mac 2016

PETUA ORANG LAMA

1. Tersedak makanan, 
2. Salah bantal, 
3. Krem kaki, 
4. Kaki kesemutan(kebas)

Ini adalah perkongsian maklumat yang dapat menolong orang dan diri sendiri.

Cara pertolongan sebagai berikut:

1. Cara menangani  jika tersedak makanan hanya perlu mengangkat tangan

2. Salah bantal
Kadangkala ketika bangun tidur, anda mendapati diri anda salah bantal, yakni merasa sakit di leher. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, anda hanya perlu mengangkat kaki anda, kemudian tarik ibu jari kaki dan ppicit dengan memutar searah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Krem kaki
Ketika krem kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, ketika krem kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, akan merasa lega dengan izin-Nya

4. Kaki kesemutan(kebas)
Ketika kaki kiri kesemutan, hayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan kesemutan, hayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja info ini. Silakan berkongsi. Siapa tahu Anda dapat menyelamatkan orang lain.

Semoga bermanfaat

Rabu, 9 Mac 2016

SEGALANYA BERUBAH

Menyedari hakikat itu yang penting ketika mengharungi liku kehidupan.. kena sedar dan realistik bahawa yang menyayangi akan pergi atau tawar hati untuk terus sayang.. yang ada tidak akan kekal abadi.. antara suka atau tidak perubahan itu tetap berlaku.. mungkin ianya akan meminggirkan satu golongan kerana untuk memenuhi satu golongan yang lain..Kejayaan itu memerlukan perancangan dan pengorbanan tapi perlu ingat silap percaturan ianya akan merosakkan segalanya..
Dalam dunia yang.makin berlumba ini istilah "kenang budi" makin dilupakan walaupun tika susah bersama..Penulisanku ini adalah makna kiasan yang perlu dimergertikan..kerana aku masih lagi memegang prinsip menarik rambut dalam tepung..JIKA DIPERLUKAN AKU AKAN ADA..JIKA TERSENANDUNG AKU TETAP AKU.

Rabu, 2 Mac 2016

REMAJA ROCK

Mereka yang membesar pada era 80an dan sehingga pertengahan 90an merasai kegilaan remaja waktu itu, zaman itu ledakan maklumat masih belum berkembang, pengangkutan utama adalah bas..  paling popular disekitar Kuala Lumpur adalah Bas Mini...
Hiburan paling best ialah pertunjukan di pentas "FunFair".. antara kumpulan rock yang merajai pentas funfair ialah kumpulan XPDC..
Jika di kampung, rata-rata anak muda akan berkumpul di bangsal atau tembok jalan sambil memetik gitar..menyanyi beramai-ramai..begitu kuat pengaruh rock sehingga menjadi fenomena kebimbangan pemimpin negara, kerana rock dikaitkan dengan dadah serta gejala sosial yang lain...

Selasa, 1 Mac 2016

KITA ANAK WALAUPUN IBU ATAU AYAH

Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

..Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...

..Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

..Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

..Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

..Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...