Selasa, 29 Januari 2013

AKU DAN MEREKA SAMA SAJA

Salam kedamaian, Hampir sebulan kita telah sama-sama menempuh tahun baru 2013, walaupun jika dihitung pada bilangan harinya masih terlalu sikit dan panjang lagi yang harus dihadapi, persoalannya adakah kita tahu yang esok kita masih lagi ada?... atau kita tidak dapat megharungi cabaran dihadapan, tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengharungi dan menjadi kejayaan pada hari yang telah dilaluinya.
Memulakan cabaran 2013 dengan pertanyaan dan teka-teki bilakah Pilihanraya umum akan diadakan yang bakal menentukan pucuk pimpinan negara, dan ramai yang sentiasa mencanang segala hal tentang isu dan cerita, tapi bagi aku yang sekadar pemerhati ini, kebanyakkan ahli politik dan penulis politik hanya sekadar berpolitikus dan bukannya seorang ahli politik yang menpunyai nilai propaganda diri dan parti, mereka terlalu mengangkat isu kepincangan untuk dijadikan tema perjuangan dan kepentingan pribadi, bukan menjadi isu itu sebagai propaganda, Mereka seharusnya mengkaji bagaimana harus memenangi hati "etnik" dengan tidak melagakan isu dan memainkan sentimen maruah bangsa, yang menunjuk tidak membuat yang membuat hanya menunjuk-nunjuk, itu dari hasil pemerhatian aku sebagai warga.
Memberikan majoriti mudah kepada pihak pemerintah ada baik dan buruknya, baiknya bila kestabilan politik itu kukuh maka perkembangan ekonomi akan dapat dijanakan dengan mampan dan rakyat dapat menikmatinya, tapi persoalannya adakah keseluruhan rakyat mendapat faedah, bila dilihat senario sekarang, mereka cuba mendapatkan undi dari golongan muda, golongan penentu kata mereka.. segala jenis bantuan atau berlanjawan terarah kepada itu, segala jenis jenis ceramah cuba menarik golongan ini untuk turut serta, dari yang berbentuk agama mahupun hiburan, semuanya menjurus kepada politik yakni bagaimana nak memenangi pengundi.. Pengundi muda yang mereka maksudkan ialah 21 tahun hingga 35 tahun..
Kemudian diberikan juga nilai sentimen menjaga hati kepada yang berumur antara lingkungan 50 dan keatas, hati mereka ini senang di usik dengan nilai " Mengenang budi " cerita sedikit mengenai itu dan ini pasti hati mereka terusik, almaklumlah usia emas, jiwa terlalu sensitif..
Tapi mereka lupa, semuanya lupa.. baik pemerintah yang ada sekarang maupun pembangkang yang mencanang... golongan 35 - 50 tahun... adakah mereka ini tidak layak untuk menerima, adakah mereka ini seolah dipinggirkan..mungkin dengan alasan usia begini ekonomi dah kukuh, tapi tidak mereka terfikir walaupun kalau terfikir mereka buat tak mengerti, dalam usia beginilah tanggungjawab bertambah dan bebanan kewangan meningkat, sebenarnya bagi mereka yang mengikuti perkembangan di barat khususnya Politik Eropah, Golongan usia beginilah pencetus atau "master key" bagi kejayaan kesinambungan pihak kerajaan dan pembangkang...
Golongan antara pelajaran dan pengalaman.. itulah maksud yang ingin saya perkatakan...

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...