Isnin, 29 Februari 2016

JIKA WANITA ITU

jika WANITA itu IKAN

IKAN SALMON
Bentuknya ramping, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi
sayangnya mahal, biaya operasinya tinggi.
INI WANITA BEKERJAYA

IKAN SAPU-SAPU (IKAN BANDARAYA)
Jenis ini murah dan selalu melekat di kaca akuarium. Kalau dah melekat
susah nak 'melepaskan'
INI GADIS BIASA

IKAN LELE
Kalo yang ini harganya murah dan boleh dimakan bila-bila saja. Tapi
hati-hati, ada durinya dan harus hati-hati
INI GADIS JALANAN

IKAN AROWANA
Kalau yang ini senangnya berenang-renang di akuarium memperlihatkan
kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya yang indah, renangannya lemah gemalai dan memancing mata nakal melihatnya di manapun dia berada.....
So pasti harganya sangat mahal kalau ingin memilikinya,....
INI WANITA EXCLUSIVE........

IKAN EMAS
Jenis ikan ini juga mahal, indah bentuknya, warnanya, dan
lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dikagumi, tak boleh dimakan kerana
terlalu besar risikonya.....
INI BINI ORANG.......

IKAN BUNTAL……
Tersedia selalu, bila marah dia mengembang dan beduri jika gembira ia kuncup manja, mulutnya terjuih nganga tanda kerap membebel....

INI BINI SENDIRI

kih kih kih kih.....
Slamat menempuh hari tua
Terima seadanye...
Bersyukur dengan apa yang ada, semua adalah perancangan dari TUHAN untuk kita hamba-NYA..

MENGHALAU TIKUS

PETUA HALAU TIKUS DI RUMAH :

Rupanya KOPI juga bermanfaat untuk
menangkap tikus.
Bahan : Kopi
Cara :
1. Siapkan kira-kira 2 sudu serbuk kopi.
2. Carilah lubang tempat persembunyian
tikus.
3. Masukkan/taburkan serbuk kopi
kedalam lubang tersebut.
4.Tikus yg sembunyi akan muncul
kepalanya, kerana dia akan bertanya
kepada anda...
"Kopi saja..air panasnya mana ?
5. Segera siramkan air panas ke kepala
tikus.
Selamat mencuba.. semoga berhasil

Ahad, 28 Februari 2016

13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI UTK BAHAGIA

TERBACA SATU ARTIKEL YANG BAIK DAN AKU KONGSIKAN DI BLOG KU INI, perkara yang ilmiah dan berfaedah elok dikongsikan untuk manafaat bersama.
13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI UTK BAHAGIA
1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”
2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri
3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.
4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.
5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.
6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.
7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.
10) Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.
11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.
12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.
13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.
Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam.

KISAH RETRO

Salah satu segmen yang ku kendalikan,, ku namakan ruangan ini sebagai KISAH RETRO..begini kisahnya bagi mereka :- Disiarkan pada 27Feb 2016 bermula 10:30mlm.

Nadia... Kuala Terengganu...
Nama ku Nadia.. aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, setelah tamatkan penganjian, aku hanya menetap di kampung halaman.. untuk bekerja diluar.. ibuku tak membenarkannya... "Mak... nadia rasa nak keje kat luarlah mak..nak juga rasa merantau seperti kawan2 yang lain".. pintaku pada suatu hari... " jangan nak ngada... duduk je kat umah ni..buat kerja2 rumah..jadi seorang wanita yang berhemah..mak  tak mahu kau terpengaruh dengan budaya yang tak tentu pasal" terang ibu... "tapi mak"... "tak de tapi2nya..duduk je kat umah ni....nanti kalau ayah kau tahu... teruk ko kena bebel ngan dia..mak tak nak dengar tu" aku aku akur walaupun dalam hati memberontak...
------- lagu ---------- lagu----------------
Sebenarnya aku ni jenis tak tahu duduk diam.. ada saje yang aku lakukan bagi mengisi masa lapang dan juga menghilang rasa bosan yang menyelebungi kehidupan..seperti biasa seawal pagi aku mengemas rumah dari menyapu hinggalah memasak untuk keluarga.. pada permulaan memang berat tapi lama kelamaan aku rasa seronok pulak.. dalam pada masa itu juga aku cuba2 membuat cup cake.. "emmmm sedappnya cup cake along ni..". puji adik ku.. "kalau gini boleh jual... apa kata angah tolong promote kat kawan2 angah.. mana tau dia orang minat.". "ikut kau lah ngah..kataku... tapi jgn lupa komisen utk ngah ye long....  macam2lah  ngah ni..belum apa2 lagi.. dah mintak komisen... gerutuku... angah berlalu sambil tersengeh... namun sempat juga berkata.. jangan lupaaaaaaa komisen....
-----------------Lagu ---------- Lagu -----------------
Langit tidak selalunya cerah.. hidupku bagaikan terpukul badai yang geloranya amat dahsyat.. ayah kesayanganku... ye ayah ku telah pergi untuk selamanya...secara tiba2 dia kena serangan jantung ,pergi untuk selamanya... " Alongg!!! hidup ni harus diteruskan..  ayah dah pergi.. tak perlu diratapkan.. kita yang hidup ini mesti tabah.. Sentiasa berdoa untuk ketenangan dan kedamaian ayah disana.. along anak yang baik kan".. kata ibuku memujuk...
Ye aku meneruskan kehidupan.. syukur berkat promosi hebat dari angah.. ramai yg menempah cup cake dariku.. pada majlis perkahwinan atau sambutan ulangtahun kelahiran.. cup cake buatanku menjadi pilihan mereka.. Dalam pada tu..aku berkenalan secara dengan tak sengaja dengan seorang pemuda.. aku juga yang tersilap mendail no telefon salah seorang pelangganku.. mungkin takdir menemukan aku dengan dia... ye ..dia Abang Zam..
-------------------- lagu -----------lagu ----------------
Dari perkenalan yang biasa akhirnya membawa kepada bibit-bibit cinta, walaupun abg zam bukanlah seorang yang kacak tapi tingkahlaku dan hemah pada bicaranya membuatkan aku jatuh cinta.. kerana budi ku jatuh hati.. mungkin jua kerana abg zam adalah jodohku.. pada ibu..ku ceritakan segalanya..dan syukur... ibu tak membantah.. dan akhirnya abg zam menghantar rombongan meminang..diriku disunting oleh abg zam.. tarikh perkahwinan juga telah ditetapkan.. namun begitu,, kusangka akan berjalan dengan lancar.. " Dulu ayah kamu, nak kahwin membelakang orang tua, sekarang kau pula.. apa nak jadi dengan kamu anak beranak ni" bagai halilintar apabila atuk sebelah ayah berkata sedemikian sewaktu aku mohon dia untuk beliau menjadi waliku " Aku takkan sesekali menjadi wali..sebab aku tak setuju.. kau balik!! jangan datang-datang lagi rumah aku ni" tambah atuk ku...
---------- lagu -------- lagu----------------------------
"Mak macamana ni mak... tarikh dah tetap.. persediaan dah buat.. apa ni mak... gini ke nasib along mak... mak... along tak sanggup nak hadapi semuanya ni.".  ibu diam membisu.. air mata jernih mengalir dari celahan kelopak matanya..." makkkk..along dah buntu.. " "sabarlah along" dalam menahan sebak ibu berkata... aku mengadu kepada abg zam... memang abg zam seorang yang tabah dan sentiasa tenang.." nadia..kalau jodoh kita , kita akan bersama.. abg dah pergi pejabat agama.. dan mereka kata masalah nadia boleh diselesaikan..tapi perlukan masa" ujar abg zam.. " hahh..kena tunggu lagi..tapi semua dah siap..jemputan kenduri pun dah siap...macamana.. " anggap je kita belanja dia orang makan"..
Berkat kesabaran abg zam.. dan juga ketabahan aku... "Syukur abg..hari ini nadia dah jadi isteri abang"
------------- Lagu ----------- lagu-----------------------------
BERKAT KESABARAN DAN KALAU JODOH TIDAK KEMANA..

Sabtu, 27 Februari 2016

MEREKA YANG MENGUBAH

"Anak punai anak merbah,anak sungai lagi kan berubah ini kan pula hati manusia" itu adalah bait kata dalam lirik lagu "mengapa dirindu" nyanyian Puan Sri Saloma dan dinyanyikan semula oleh Uji Rashid.Biduanita Negara, Normadiah juga pernah melantunkan suara mengalunkan lagu yang sama dalam versi yang lebih rare dan klasik.Terimbau kembali semasa bekerja dulu, ada seorang engineer baru grade yang sama bekerja begitu tertarik dengan lagu tersebut, setiap kali dia masuk ke departmentku pasti dia minta ku "onkan" lagu tersebut di PC..
Perihal yang aku mahu sentuh bukan berkenaan dengan melodi tetapi berkenaan bait lirik yang ku perhatikan dalam perjalananan seorang pemimpin.Ketika dalam lingkungan 20an dan 30an.. dia mengatakan bahawa mereka yang berumur 40an dan keatas tidak mampu menangani isu berkaitan orang muda, baginya mereka yang lingkungan itu tiada idea..dan monopaus kreativiti..
Apabila dia berijak ke angka 40an..kenyataannya berubah..katanya dalam usia itu, seseorang itu akan berfikiran matang dan rasional dalam tindakan..dia menyelar yang berusia 60an sudah tidak gagah.
Syukur.. dalam 50an dia masih lagi diterima dan katanya dia masih lagi relevan untuk memimpin berdasarkan pengalaman..
Dilanjutkan usia pada angka 60an.. masih lagi diberi kepercayaan untuk meneraju.. katanya.. masih kuat..otak masih cergas..
Bila berada di 70an.. masih lagi mahu memegang tampuk ketua.. kerana katanya.. masa tidak cukup..dan banyak lagi yang belum selesai..
ANAK PUNAI DAN ANAK MERBAH ITUPUN telah mati...pemimpin itu tetap mahu jadi ketua.

Selasa, 23 Februari 2016

AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH.

Tak faham aku dengan aktiviti sekolah sekarang.. tak tahulah ini adalah perancangan pihak sekolah atau dari Jabatan Pendidikan.. bukan aktiviti itu yang aku persoalkan kerana aku juga dulu, zaman sekolah aktif juga dan aku sedar akan peri pentingnya aktiviti kokurikulum yang boleh membina daya tahan pelajar..TETAPI MASALAHNYA adalah waktu.. gambar yang ku ambil ini adalah permandangan aktiviti yang melibatkan pelajar dan guru berarak ketika waktu jam ditanganku pukul 3:05 petang.. dengan cuaca yang terik.. perrghhhh.. kalau ini perancangan dari pihak atasan.. harus difikirkan kembali.. kalau ini perlaksanaan dari pihak sekolah.. emmm..rancang tu..biarlah berpatutan.. sebenarnya dalam gambar tu.. tak ada seorang pun yang aku kenali.. tapi ini adalah naluriku yang mengasihani guru dan anak murid yang berpanas dibawah terik mentari.. kejadian ini ku rakamkan di sebuah sekolah rendah dalam daerah Kuala Terengganu.

DAGING PACAK

Daging pacak adalah sesuatu yang istimewa semasa majlis kenduri di Pahang terutama majli kenduri kahwin.. tapi makin berkurangan sekarang kerana amalan bergotong royong menyediakan hidangan sudah berkurangan.. namyn begitu saya kongsikan menu daging pacak..
Ini dia menu daging pacok 1. 1 kg daging kerbau (bahagian batang pinang) 2. Bahan perencah - kunyit hidup, serai (kalau suka serai) garam. Cara membuatnya. potong daging ( sebesar penumbuk bayi 3 bulan. Kalau nak lebih besar tak pelah tapi lambatlah masaknya). Gaulkan dengan garam dan kunyit@ serai yg tlh ditumbuk. Kemudian cucuk daging itu menggunakan penyucuk buluh(lidi tak boleh nanti patah) dan bolehlah ganggang pada bara api hingga masak. Masak ikut sukasama ada raw, sedang @ garing. Selamat mencuba
*Boleh juga guna daging rusa..kambing..

Isnin, 22 Februari 2016

LOGHAT PAHANG ( Bahagian 1 )

Lepaih abih belajor dulu koi ander lah mencuba membuat kajian sikit pasei loghat dlm daeroh di Pahang.. kononnya nok nambohkan kualiti pada kelulusan.. berangan je yg lebih sebenornya sbnya bile siap semernya, tak diterime.. sbnya hok yg nok melulus te bukan org Pahang.. koi tak pedahaje je.. baru2 koi ander terbace kajian yg ngatekan ada lebih kurang 50 dialek loghat di pahang.. kek nyer bagi koi lebih.. sbnya masa koi buat kajian dulu.. koi pecahkan kepada beberapa segmen loghat.. orang di ulu..hilir..baruh..tengoh...bukit dan sempadan.. koi ngambek yg mudoh bagi menjelaskan dialek tu lebih dari 50.. dlm satu perjalanan dari pangkei ke hujung... satu mukim dlm satu daeroh.. koi pilih mukim Pulau Tawar dlm Daeroh Jerantut.. Bermula dari Bukit Rang..masuk ke Perian..terus ke Kg Bandar..singgah di Kedondong..pastu berborok ngn org Kg Masjid.. Kubang Sekendei.. lajok ke Kelola..ngeteh di Bukit Nikmat.. ngayuh perahu ke Gintong lepas tu jln kaki ke Sokti..Perjalanan satu hala je.. kek nyer koi dengar org tempatan menggunakan dialek loghat yg berbeza..walaupun perkataan sama.. sebenornya.. dengan dialek tu.. org akan tahu..dimana penutur tu..Dalam perjalanan tersebut sahaja ada 5 dialek yg berbeza.. itu belum lagi..menyelusur dari Padang Piol terus ke Mat Daling.. Belum lagi dari Jerantut Feri ke Jeransang.. dan itu baru sebahagian dari Daerah Jerantut.. Kata Kunci pada penerangan tentang dialek koi.. ialah perkataan KAS..yang membawa maksud SAYA.. bunyi yg disebut seakan sama..tp nahu idram memang berbeza.. ada yg dlm bunyinya. ada yg seakan menghidung bunyi.. dan ada yg menyebut secara laju..dan ada yg perlahan..

Ahad, 21 Februari 2016

NASI AYAM

Kalau bab makan kat kedai  ni aku memang cerewet sikit.. bukan memilih tapi kebanyakkan kedai kat kawasan aku ni menjual masakan panas..  bukan aku tak suka..tapinya sebab tak menepati citarasa,mungkin sebab aku selalu makan masakan panas yang sedap mada di Kota Bharu dulu.. jadi yang lain hambar..
Kalau Nasi Ayam.. memang tak boleh lawan nasi ayam yang kat Temerloh,kedai nasi ayam yang sebelah kedai kunci..tapi sekarang tak tahulah ada lagi ke tak, sb tu zaman aku sekolah lagi.. tapi semalam aku singgah kat kedai di Pengadang Baru, depan Desa Murni selepas traffic light jalan ke Pengkalan Stor.. ada nasi ayam..aku cubalah.. emm sedap juga.. tu je lah nak bagitau..

Sabtu, 20 Februari 2016

TAUTAN KEMESRAAN

Baru baru ni pada 13hb Feb 2016 saya berkesempatan untuk merasai kemeriahan orang kampung menyertai pertandingan mengail (memancing) yang diadakan di Sg Cenera Kampung Banggol Katong yang dianjurkan oleh pihak JKKK,bermula 2 petang hingga 6 petang.Segenap warga kampung turun memeriahkan suasana yang pada pandangan saya mengeratkan silatulrahim dan ukwah sesama.Berbagai keletah dan kerenah yang menyenangkan dan disitu terlihat bukan pertandingan yang menjadi objektif tapi tautan kasih.Tahniah kepada pihak JKKK yang berjaya menganjurkan sesuatu yang memberi kesan kepada penduduk kampung.

Jumaat, 19 Februari 2016

REMANG SENJA

Bukan sifat semulajadi ku untuk mentafsir atau menilai orang lain kemudian menghamburkan ungkapan.Biasa yang ku lalui itulah yang dihadapi,cuma lagi jika aku tak suka,aku diamkan aje..Tiada orang yang terus berjaya dan tidak selamanya akan gagal kerana akhir sekali yang dipenghujung itu adalah suratan,tapi jangan itu yang melemahkan semangat,jika diberi peluang atau menpunyai peluang, gunakan sebaik mungkin kerana tidak semua orang menpunyai peluang yang sama dan seorang "sifu" yang hebat pernah berkata padaku..carilah peluang..gunakanlah peluang tapi orang yang hebat sentiasa akan mencipta peluang.Dalam hal ini aku suka mendengar cerita dari mereka yang hebat.

Ahad, 14 Februari 2016

Secawan Kopi

Pada 10hb Feb 2016 Dengan rasminya stesen tempat aku bekerja menggunakan pihak perunding bagi menaik taraf sistem,kandungan dan penyampaian.Bukan calang-calang juga yang dilantik tu,memang berpengalaman dan sememang harus dilakukan oleh mana-mana stesen radio komersial.
Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk terus bersaing atau menyaingi,terutama dalam perlumbaan menawan hati pendengar pantai timur.Dalam banyak hal aku sangat bersetuju dan sedikit sebanyak dapat aku menceduk ilmu.. cuma bila target "rating age" menjadi elemen pengukuran aku tak setuju kerana situasi di Pantai Timur ini unik dan berbeza.. pada hari ini 14hb.Feb 2016 tarikh aku menulis blog ni..aku mengatakan AKAN GAGAL jika penetapan untuk menaikkan rating pendengar tertumpu kepada mereka yang berumur antara 20 hingga 39 Tahun.Bukan aku membantah tapi seperti yang ku nyatakan pada awalnya..Pantai Timur ini budaya dan cara fikir tentang hiburan adalah berbeza.BUDU..SINGGANG..TEMPOYAK adalah intipati.. jika nak masuk atau berkawan dengan mereka..itulah juadah yang mesti dimakan..jika tidak lupakan sahaja.. Aku hanya menzahirkan rasa.

HARI RADIO SEDUNIA

Rasa terharu ada yg mengucapkan sesuatu melalui kreativiti..kehadiran saya mewarnai masa dengar mereka berbaloi.. jutaan terima kasih..

Rabu, 10 Februari 2016

Sesekali Berkampung

Penat!! memang memenatkan bila sesekali bersiaran luar.. pada hari ni 10hb Feb Manis.Fm turut serta menjayakan majlis perlancaran jersi dan memperkenalkan pemain dari skuad Terengganu FA dan TTeam untuk saingan liga super 2016.
Rata rata pengunjung melahir hasrat untuk melihat kejayaan kedua dua pasukan kesayangan mereka merangkul kejayaan.
Ini ada julung kali Persatuan Bolasepak dengan kerjasama penaja dan kelab penyokong mengadakan perlancaran sebegini luar dari kawasan stadium. Semoga para pemain tidak menghampakan peminat.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...