Jumaat, 25 Julai 2014

SEPI TIADA BERTEMAN

Salam Penghujung Ramadhan, berapa hari sahaja akan menyambut hari raya, hari meraikan kemenangan dalam jihad melawan nafsu, tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak, jangan kecewa,terus pertingkatkan apa yang kurang, hanya kita yang mengetahui akan dimana kita, apabila kita sudah mengetahui kedudukkan kita, barulah kita boleh menanyakan dimana kedudukkan orang lain.
Rasa seronok pastinya akan melingkari kehidupan apabila meraikan perayaan bersama dengan keluarga,insan yang kita sayang dan menyayangi kita, Harapan yang berseorangan pasti ingin bersama dengan seseorang sebagai pasangan, dalam soal memilih pasangan ini, apabila saya bertanya kepada khalayak ketika mengendalikan program/segmen, seorang wanita pastinya mereka akan meletakkan kriteria tertentu yang harus ada lelaki untuk dijadikan pasangan, antaranya :-Baik,berbudi bahasa,penyayang,tampan,tinggi,tidak gemuk,ada pekerjaan tetap yang menjamin masa depan,hormat orang tua,tidak tinggal sembahyang..Bagi lelaki, ktiteria yang mereka tetapkan, antaranya, pandai masak,penyayang,cantik,bertudung,berkeyakinan dan macam2 lagi kalau nak disenaraikan panjang berjela-jela..Panjangnya senarai itu sebenarnya disebabkan kita tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya, kita rambang permikiran.
Namun pun begitu,Akhirnya jodoh itu adalah ketentuan dan tak tidak siapa dapat menduga siapakah dia?, dan selama manakah dia itu menjadi jodoh kita?.
Jika kita dapat segala yang kita impikan, beranikah kita membuat jaminan kita akan bahagia ?.. Kerana akhirnya, yang kita harapkan ialah  PASANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN FAHAM TANGGUNGJAWAB..........

Sabtu, 19 Julai 2014

PATAH SAUH HALUAN KEMUDI.

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, tidaklah dalam kategori miskin tapi ada masanya terpaksa juga makan nasi hanya berlaukkan ikan masin, Menpunyai 3 orang kakak yang sudah berjaya dalam kehidupan masing-masing serta dua lagi orang adik yang masih menuntut di pusat pegajian tinggi, Dugaan melanda apabila ayah yang disayangi pergi untuk selama-lamanya,tinggallah bersama ibunya yang berniaga secara kecil-kecilan, perubahan ibunya mulai ketara apabilam ula merasai beban yang terpikul, sebagai anak, dia tempat ibunya melempiaskan amarah, setiap perbuatan akan dibandingkan dengan adik beradik yang lain, jiwanya makin mendesak dan memberontak apabila hasratnya untuk membantu ibu diperlekehkan oleh adik beradik yang lain, akhirnya, dia nekad dengan azam terpahat, GELOMBANG PERJALANAN DAN KEPERITAN DALAM REALITI KEHIDUPAN, mulai dirasa, Gelombang mengganas, badai menderu menanti setiap langkah, Apakah Dia berjaya ???? siapakah dia...
Ini adalah sinopsis sebuah Novel yang untuk sekian kalinya dari saya, jika tidak sesuai untuk terbitan akan saya muatnaikan di halaman ini...

Sabtu, 5 Julai 2014

HIRUP KUAH DENGAN SENDUK

Tidak puas hati itu memang satu perasaan yang lazim dalam kehidupan, kerana tidak semua yang berlaku adalah kehendak kita,dalam hal ini sabar adalah satu yang tepat dilakukan, sabar itu adalah menerima apa yang berlaku dengan lapag dada.
Bercakap memang mudah tapi untuk melakukan memang sukar,bagaimana untuk menjadi seorang yang penyabar, itu persoalan dan seringkali kita mendengar nasihat dari mereka yang pakar, tapi tak jalan juga kerana semuanya bukan kerana orang lain tapi kerana kita.
Sebagai seorang penyampai radio ( dj) yang kadang kala bertugas sebagai wartawan lokasi untuk menyampaikan maklumat dan makluman sesuatu perkara memerlukan kesabaran, banyak kerenah yang harus ditempuhi.
Dalam memberikan pendapat dan kritikn dalam satu hal, kami biasanya berpandukan kepada fakta dan perkara sebenar (Peristiwa dan kejadian), mereka yang menerima kritikan jarang yang sedar bahawa kritikan itu dibuat kerana mahukan perubahan kearah kebaikan.Sememangnya kritikan secara terbuka akan mengaibkan tapi ada masa tindakan itu perlu untuk menyedarkan, tapi saya lebih suka bersemuka dalam memberikan pendapat dan idea.
Selama lebih tujuh tahun terjebak serius secara serius dalam penyiaran dan kewartawanan dapatlah disimpulkan bahawa kakitangan kerajaan yang berjawatan eksekutif tidak boleh ditegur secara terbuka atau tertutup, mereka berada dalam litup ego sendiri, seolah-olah mereka ini adalah waris kolonial, pemikiran mereka dalam menerima kritikan seperti zaman penjajah.Jika ini terus berlaku dan tidak terus diperbaiki akan menjadi wabak dan "lompang" kepada kerajaan yang memerintah, usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah akan terus menjadi sinisan oleh orang ramai kerana kakitangan kerajaan, bukan sahaja melibatkan kerajaan yg diperintah oleh BN, tetapi juga berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS,DAP dan PKR... lebih sudu dari kuah, pemerintah melakukan sesuatu itu adalah untuk rakyat dan khalayak tapi yang lebihnya KAKITANGAN berkaitan.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...