Sabtu, 5 Julai 2014

HIRUP KUAH DENGAN SENDUK

Tidak puas hati itu memang satu perasaan yang lazim dalam kehidupan, kerana tidak semua yang berlaku adalah kehendak kita,dalam hal ini sabar adalah satu yang tepat dilakukan, sabar itu adalah menerima apa yang berlaku dengan lapag dada.
Bercakap memang mudah tapi untuk melakukan memang sukar,bagaimana untuk menjadi seorang yang penyabar, itu persoalan dan seringkali kita mendengar nasihat dari mereka yang pakar, tapi tak jalan juga kerana semuanya bukan kerana orang lain tapi kerana kita.
Sebagai seorang penyampai radio ( dj) yang kadang kala bertugas sebagai wartawan lokasi untuk menyampaikan maklumat dan makluman sesuatu perkara memerlukan kesabaran, banyak kerenah yang harus ditempuhi.
Dalam memberikan pendapat dan kritikn dalam satu hal, kami biasanya berpandukan kepada fakta dan perkara sebenar (Peristiwa dan kejadian), mereka yang menerima kritikan jarang yang sedar bahawa kritikan itu dibuat kerana mahukan perubahan kearah kebaikan.Sememangnya kritikan secara terbuka akan mengaibkan tapi ada masa tindakan itu perlu untuk menyedarkan, tapi saya lebih suka bersemuka dalam memberikan pendapat dan idea.
Selama lebih tujuh tahun terjebak serius secara serius dalam penyiaran dan kewartawanan dapatlah disimpulkan bahawa kakitangan kerajaan yang berjawatan eksekutif tidak boleh ditegur secara terbuka atau tertutup, mereka berada dalam litup ego sendiri, seolah-olah mereka ini adalah waris kolonial, pemikiran mereka dalam menerima kritikan seperti zaman penjajah.Jika ini terus berlaku dan tidak terus diperbaiki akan menjadi wabak dan "lompang" kepada kerajaan yang memerintah, usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah akan terus menjadi sinisan oleh orang ramai kerana kakitangan kerajaan, bukan sahaja melibatkan kerajaan yg diperintah oleh BN, tetapi juga berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS,DAP dan PKR... lebih sudu dari kuah, pemerintah melakukan sesuatu itu adalah untuk rakyat dan khalayak tapi yang lebihnya KAKITANGAN berkaitan.

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...