Salam Penghujung Ramadhan, berapa hari sahaja akan menyambut hari raya, hari meraikan kemenangan dalam jihad melawan nafsu, tahniah kepada yang berjaya, kepada yang tidak, jangan kecewa,terus pertingkatkan apa yang kurang, hanya kita yang mengetahui akan dimana kita, apabila kita sudah mengetahui kedudukkan kita, barulah kita boleh menanyakan dimana kedudukkan orang lain.
Rasa seronok pastinya akan melingkari kehidupan apabila meraikan perayaan bersama dengan keluarga,insan yang kita sayang dan menyayangi kita, Harapan yang berseorangan pasti ingin bersama dengan seseorang sebagai pasangan, dalam soal memilih pasangan ini, apabila saya bertanya kepada khalayak ketika mengendalikan program/segmen, seorang wanita pastinya mereka akan meletakkan kriteria tertentu yang harus ada lelaki untuk dijadikan pasangan, antaranya :-Baik,berbudi bahasa,penyayang,tampan,tinggi,tidak gemuk,ada pekerjaan tetap yang menjamin masa depan,hormat orang tua,tidak tinggal sembahyang..Bagi lelaki, ktiteria yang mereka tetapkan, antaranya, pandai masak,penyayang,cantik,bertudung,berkeyakinan dan macam2 lagi kalau nak disenaraikan panjang berjela-jela..Panjangnya senarai itu sebenarnya disebabkan kita tidak tahu apa yang kita mahu sebenarnya, kita rambang permikiran.
Namun pun begitu,Akhirnya jodoh itu adalah ketentuan dan tak tidak siapa dapat menduga siapakah dia?, dan selama manakah dia itu menjadi jodoh kita?.
Jika kita dapat segala yang kita impikan, beranikah kita membuat jaminan kita akan bahagia ?.. Kerana akhirnya, yang kita harapkan ialah PASANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN FAHAM TANGGUNGJAWAB..........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERJAYA ITU SUKAR
Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...
-
Sebelum bekerja atau masuk konti kebiasaan, dengar dulu lagu yang nak disiarkan dan membaca buku atau membaca apa jua tulisan yang mungkin m...
-
CARA URUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN Korang tau, ramai lagi yang belum tahu pasal cara yang betul untuk uruskan urusa...
-
Gambar Hiasan - Buah Cempedak. BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN SAYA BUDAK BARU BELAJAR KALAU SALAH TOLONG...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan