Ahad, 26 Februari 2017

STESEN MINYAK DI LPT2

Tiga Stesen Minyak bakal beroperasi sepenuhnya di laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 ( LPT2), perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur,Kemudahan Awam,Tenaga Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu YB Rosli Othman, Menurutnya Dua Stesen Akan dibina di Hentian Rehat Dan Rawat( R&R) PAKA dan satu di Perasing. Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di R&R Paka di sebelah kanan dan kiri menghala ke Kuala Terengganu dan Kuantan,dijangka beroperasi selewatnya penghujung tahun 2017,Pembinaan Stesen Minyak di R&R Perasing dijangka meningkatkan lagi bilangan mereka yang akan singgah di R&R tersebut yang mendapat rungutan dari para peniaga kerana kekurangan pengunjung.

Buat waktu ini terdapat hanya satu stesen minyak mini sepanjang LPT2

Stesen Minyak Mini Di R&R Kijal.

OH KWSP....


Dia Kata Ekonomi Stabil... Dia Kata Perlaburan Menguntungkan!!! Dia Kata Akan Jalankan Amanah Yang Dipertanggungjawabkan...tapi kenapa ini Belaku???
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan semula untuk mengekalkan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.4% bagi 2016.
MTUC menerusi kenyataan berkata, pengekalan kadar dividen itu bagi memberi keuntungan terhadap pekerja yang bergantung kepada wang simpanan itu bagi tujuan persaraan mereka.
Pada masa sama, MTUC turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Samsuddin Osman yang memuji pendapatan pelaburan bagi 2016 merupakan pendapatan pelaburan tertinggi sejak pertubuhan KWSP pada 1951.
“Namun begitu, penyumbang hanya menerima 5.7% berbanding 6.4% pada tahun sebelumnya. Ia menyaksikan penurunan sebanyak 0.7% walaupun terdapat pendapatan lebih baik.
“Seharusnya, KWSP membayar kadar dividen lebih tinggi,” kata kesatuan itu menerusi kenyataan.
Baru-baru ini, KWSP mengistiharkan kadar dividen sebanyak 5.7% bagi 2016 dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion.
Jumlah dividen itu lebih rendah berbanding 6.4% yang diumumkan pada 2015.
“Sesuatu yang menghairankan kerana KWSP tidak membayar kadar dividen lebih tinggi atau sama seperti tahun sebelumnya.
“Sebaliknya, mengurangkan bahagian yang besar sebanyak 0.7% dan kadar sebanyak 5.7% merupakan kadar paling rendah dalam tempoh 6 tahun. Ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Khamis, 23 Februari 2017

TAK ADA KERJA,TAK DAPAT KERJA!!!


Cabaran untuk mencari pekerjaan bergantung kelulusan dan minat bukan "TREND" pada zaman sekarang, Situasi Ekonomi yang lembab serta suram memberikan kesan kepada negara kita, walaupun sering dimomok oleh SANG MENTERI apabila diajukan soalan mengenai keadaan EKONOMI negara..paling klise jawapan yang diterima ialah KEJATUHAN nilai Ringgit akan meningkatkan sektor perlancongan..perghhhh!!!!

Lebih ramai pekerja dijangka diberhentikan sepanjang tahun ini berpunca daripada suasana ekonomi yang le­bih mencabar selain adaptasi teknologi-teknologi baharu.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, antara sektor yang diramalkan terlibat ialah industri perbankan, insurans, pembinaan dan pembuatan.
Menurutnya, berdasarkan angka rasmi, setakat September 2016, jumlah pekerja yang telah diberhentikan mencecah 40,000 orang manakala bagi tahun 2015, jumlah mereka adalah kira-kira 44,000 orang.
“Situasi ekonomi sekarang serta pengenalan teknologi baharu membuatkan banyak majikan melihat semula keperluan tenaga kerja mereka.
“Saya percaya bilangan pekerja yang akan diberhentikan tahun ini mungkin sedikit lebih tinggi berbanding sebe­lumnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Seminar MEF-Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung topik Majikan dan Pencukaian.



Rabu, 8 Februari 2017

AYAH LONG

Ayah Long Dan Cucunya

Semasa zaman kanak-kanak, sebelum memasuki alam persekolahan aku dibesarkan di suatu tempat yang dinamakan JANGKANG , terpisah antara paya ( sawah padi) dan kebun getah dengan tempat terhampir iatu PAYA LADANG.
Catatan yang aku nukil kan ini, adalah dalam ingatan sewaktu kanak-kanak ( ingat-ingat lupa ). Antara perkataan yang selalu aku dengar tentang penempatan di waktu itu ialah PUPUK,BARUH,CAROK dan berbagai lagi yang merujuk kepada lokasi sesuatu.Aku tinggal bersama datuk dan nenek yang ku panggil Tokki dan Tuk. Seminggu sekali aku dan mereka akan ke BARUH kerana setiap hari Khamis akan ke Pekan sehari di Chenor. Rumah Tokki di BARUH bersebelahan dengan rumah orang terkenal di Kg Bantal Chenor, iatu Syed Agil.masa tu berhampiran rumahnya ada Injin Api,di depan rumah, Tokki Ali iatu adik beradik dengan Tokki aku, Hassan.. yang sebelah kanan aku tak ingat namanya tapi yang sebelahnya lagi, melalui tanah perkuburan lama namanya ku panggil Wan Tekoh,. Aku suka sangat ke Pekan Sehari kerana dapat menikmati kuih PENE dan kuih BALIK BOKOR atau lebih dikenali kuih badak berendam.aku juga menyukai kuih KARAS yang dibuat oleh Mak Saudaraku yang ku Panggil Cik Zarah atau orang kampung mengenali sebagai MAKCHU.. dia tinggal di kampung Teluk Melati anaknya yang bongsu menjadi rakanku iatu POK ADIK kiranya aku dengan dia ni sepupu, dia ada adik beradik yang lain tapi aku tak kenal pun sebab mereka semuanya tinggal di asrama, yang ku tahu nama mereka je yang sering disebut oleh Pok Adik iatu Abang Mie dan Abang Mat.. sekarang ni pun, kalau jumpa, mesti tak kenal cuma yang aku tahu mereka ni dah jadi orang penting dalam politik dan perniagaan.Ada masanya bila ke BARUH aku tidur di rumah PAK ADIK... seram weiii..sebab rumahnya sebelah je ngan kubur..buka je pintu bilik terus nampak...
Di JANGKANG aku tak de kawan.. segala aktiviti aku lakukan sorang-sorang, tahan tajur, kayuh perahu, buat perangkap.. ada seekor beruk peliharaan tokki yang ku beri  nama PAT dan juga seekor anjing yang ku namakan POK.. Pagi-pagi lagi tokki akan ke paya, tok pulak menoreh getah,.
Di satu kawasan yang tidak jauh dari rumahku, tinggal seorang bapa saudaraku yang ku panggil PAK LONG..orangnya memang Gagah walaupun bertubuh kecil, bersamanya ada dua orang anak yang ku panggil Abang Jamil dan Abang Keria tapi beliau lebih dikenali sebagai Abang Mahat, anak PAK LONG yang sorang lagi duduk di BARUH ku panggil Abang Jak, rumah dia berdepan dengan rumah Syed Agil.. ada sorang lagi yang ku kenal namanya KOMENG, beliau anak kepada AyahNgah Aziz, ada masanya ada yang dari BARUH datang ke Jangkang untuk mengerjakan sawah padi antara yang ku ingat namanya Tok Empat PA, Pakcik Yusuf, aku mengenali anaknya yang waktu tu sebaya denganku iatu Ceri dan kakaknya yang ku panggil Kak Ijan.. Masa tu Kak Ijan ada warung sebelah dengan masjid.Ayah pada Pok Adik juga datang ke JANGKANG iatu PAK CHU HAMID.. orangnya sungguh berhemah dan lemah lembut sehingga kini aku masih tergiang ucapannya..
Di KG PAYA LADANG tinggal sepupuku, aku panggil dia dengan nama Zaham, walaupun ramai yang mengenalinya sebagai ATAN MEZAH, Ayah bernama Hamzah dan datuknya ku panggil tokki Hussin.Tokki Hussin dan Tokki ku adalah kawan baik, mereka adalah orang PERAN iatu orang yang menjadi rujukan ketika memburu tertutama musim rusa ( ada kesempatan ku ceritakan kisah aku bersama mereka )
Berbalik dengan kisah Pak Long, dia ni seorang yang berjiwa kental dan menpunyai semangat yang tinggi, ada masa aku melihat dia memikul getah keping yang bertimbun untuk dijual ke kedai POTET seberang Chenor. Aku selalu melihat dia menyimpan duitnya dalam sarung bantal dan tempayan, katanya kepada ku " Ayah Long simpan duit nak ke Mekah dan hantar Abang Jamil Ngaji Pondok, lepas balik Mekah ayah long nak pindah dari sini" aku hanya terdiam je..sebabnya aku tak amik peduli pun, sebab aku kerumahnya nak makan cekodok pisang yang dia buat dan getah gelang milik abang KERIA ( umurku waktu itu dalam lingkungan 5 ke 6 tahun )... memang aku rapat sangat, ada masa dia kata nak Ke Kg Lada di Jerantut Feri untuk belajar Agama dengan Ustaz Mahmud ( Tak pasti nama sebenar ).Ustaz Mahmud sebenarnya adalah besan kepada Tok, kerana anak Tok yang ku panggil Ayahchik Ghani berkahwin dengan anak Ustaz Mahmud iatu Makcik Hajar,Ada juga sesekali Ayahchik Ghani Balik Ke JANGKANG dengan Makcik HAJAR dan adiknya LEHA yang tua sedikit je dariku..Abang KERIA atau Abang MAHAT juga pernah tinggal bersama dengan mereka untuk belajar AGAMA.
Apabila aku dah Sekolah menengah, jumpa semula dengan Pak Long, masa tu dia kayuh Basikal dari Kelantan ke Kota Gelanggi, Dalam guni yang dibawa bersama basikalnya ada jaring, periuk,beras, aku sangat kagum dengannya kerana begitu kental kayuh basikal dengan jarak yang jauh, paling  mengharukan " Ayah Long ni, rindukan amie" kata-katanya membuat aku menitiskan airmata,,, "Nanti amie nak basikal ayah long ni.. boleh???" tanyaku, dia senyum je tak jawab, tapi aku paling suka melihat senyumnya dari dengar dia bercakap sebabnya, dia kecek kelate supo ore alik siam..hahahaha... sebenarnya Ayah Long Ku ngaji pondok di Lubuk Tapah dan akhir di Pasir Tumbuh dan dia mengakhiri kehidupannya di Negeri Kelantan - Al Fatihah untuk Ayah Long.



Ahad, 5 Februari 2017

SELERA MANIS MEE CHAMPA MAK WAN.


EKSKLUSIF MEE CHAMPA MAKWAN


CARA NAK KE MEE CHAMPA MAKWAN



Bagi penduduk tempatan Mee Champa Mak Wan memang terkenal, baru-baru ini crew Manis.TV telah berkunjung dan merasai sendiri.Memang berbaloi!!!!!! tidak rugi perjalanan kami dari Kuala Terengganu.... Jom sama-sama merasai..#dekatje.

Rabu, 1 Februari 2017

TAHUN MELAWAT PAHANG HOGOH


2017 bakal menyaksikan beberapa negeri menlancarkan tahun melawat negeri masing-masing,Pahang, Terengganu dan Perak menampilkan perancangan yang berbeza untuk menarik pelancong seterusnya menjana ekonomi negeri masing-masing.
Pelancong domestik dan antarabangsa menpunyai banyak pilihan kerana tempat yang menarik dan acara yang bakal dilaksanakan.


PERANG TELAH PUN BERMULA


Musim Bolasepak 2017 telahpun bermula, setiap pasukan mengadakan persiapan "seakan" rapi dari segi permilihan pemain dan juga yang paling ditunggu-tunggu ialah perlancaran jersi pasukan, Crew Manis.TV berpeluang meninjau perlancaran jersi untuk pasukan bolasepak Terengganu iatu Terengganu FA, T.Team dan Hanelang FC.
Keterujaan awal para peminat harus diterjemahkan kepada keputusan perlawanan, tiada gunanya berbelanja jutaan ringgit jika hasil tidak seberapa.
Semoga tahun 2017 akan menyaksikan kebangkitan pasukan bolasepak dari pantai timur.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...