Khamis, 11 Disember 2014

KREATIF DAN KRITIS

"Lekaslah besar, simanja ku sayang..minumlah susu cap junjung" masih tergiang lagi irama ini walaupun telah lama berlalu, di waktu itu hanya beberapa jenama sahaja susu yang dikeluarkan dan rasanya memang berbeza, rasa lemaknya memang berlainan dengan yang sekarang.
Mudah dan senang difahami senikata dan maksud yang ingin disampaikan dalam iklan susu ini. Dulu sudah menjadi "trademark" setiap produk. Sebagai contoh..sekiranya ubat gigi pastinya colgate..mee segera pastinya manggi... dan jika fastfoood atau jajan..mesti terus menyebut chickidies..Begitulah hebatnya iklan jika ianya melekat dihati pengguna.
Sekarang tertalu sukar untuk melekatkan dalam hati pengguna mengenai produk.adakah kaedah iklan sekarang lebih model menjadikan ianya tidak begitu diingati pada produk yang mahi diiklankan, atau mungkin tiada lagi kreatif dalam mengiklankan produk.Aku yang secara tidak langsung berada dalam industri ini kekadang rasa mual bila pandangan dan pemikiran kreatif terus dikritis tanpa kajian yang lebih mendalam pada sudut "melekat" di hati.

Rabu, 12 November 2014

POKET KERING DAN CARA MENGATASINYA

Biasanya dihujung bulan ayat yang selalu keluar ialah "poket kering" walaupun ianya bukan bidalan yang termaktub dalam tatacara bahasa tatapi ianya difahami ramai.Di era bahasa rocker sekitar 80an dan 90an " Wa.. dah dah kering... lu ada sen tak..bagi tapow wa sikit"....Mengeluh dan tidak dapat melakukan sesuatu yang digemari membuatkan seseorang itu merasa stress.
Bagaimana untuk mengelakkan poket kering :- ini adalah cara yang terbaik..cuma untuk bahan bacaan bukan ilmiah dan praktikal.
1.Bawalah sebotol air dalam poket ( jika poket kering )
2.Basuhlah poket sekerap mungkin
3.Letakkan ais kiub dalam poket.
3.Cepat ke tandas jika sudah mulai kering
4.Sebelum keluar, basuhlah poket terlebih dahulu
5.Keraplah mandi, dan pastikan pakaian basah
6.Kalau tiada orang boleh cuba meludah dalam poket..

Hanya guarauan sebelum masuk ke konti hehehhehe

Khamis, 30 Oktober 2014

GADIS PANTAI TIMUR

Terbaca dalam satu entri mengenai gadis-gadis di pantai timur, tapi tidak dipasti itu adalah kajian atau pendapat si penulis, antaranya :-DIKATAKAN Gadis dari Terengganu Dan Kelantan.
Gadis dari negeri-negeri ini adalah gadis yang sangat tradisional dan pemikiran sedikit primitif, akan menjadi isteri yang terbaik,pandai memasak dan mengemas rumah, Gadis dari negeri-negeri ini adalah "role model" isteri melayu, bekerja keras,menyayangi anak, pandai menghormati orang yang lebih tua, melayan kehendak suami melayani nafsu, fikiran yang simpel dan bertuah jika mereka adalah pasangan hidup.

Gadis Dari Pahang.
Sangat kreatif,suatu bakat yang jarang ditemui dari gadis lain namun mereka senang dipengaruhi oleh kawan dan tidak suka dikritik, boleh manjadi pendokong dan pembakar semangat yang terbaik, namun mereka harus ditunjuk jalan yang benar dalam perhubungan kerana mereka terlalu mudah diperdaya dan murah hati, kekadang mereka sayang orang yang salah, oleh demikian ramai diantara mereka senang dilukakan dan hati dipermain.Namun semua itu tidak melumpuhkan rasa kasih dan sayang mereka.


 

Khamis, 23 Oktober 2014

NAIK BAS BALIK KAMPUNG

Contoh Tiket Bas.







Pengangkutan awam yang paling banyak digunakan ialah Bas. Dulu zaman kana-kana selalu je pergi kebandar dengan menaiki bas, seronok walaupun berasak dan berebut, pernah berdiri dari rumah ke bandar, seingat aku zaman kanak-kanak nak naik bas untuk ke bandar terpaksa berjalan kaki hampir 4km, kerana bas tak masuk kawasan tempat tinggal, hanya melalui jalan simpang luar,
Dua Syarikat Bas utama waktu itu ialah Bas Leng Huat dari Kuantan ke Jerantut dan bas Sri Jengka dari Bandar Pusat Ke Jerantut
Kemudian perkhidmatan Bas Jelai, pernah dulu bangun seawal 6 pagi,berjalan kaki ke simpang luar ramai-ramai, sampai di Jerantut Feri,terpaksa naik feri ke seberang, kerana jambatan baru je dibina tak siap lagi, tapi sebelum sampai di situ terpaksa melalui jambatan Sg.Salan yang sangat uzur, kecut perut dibuatnya.Seberang Jerantut Feri waktu itu sangat meriah dengan jualan di pasar minggu hari sabtu, apabila jambatan dah siap sepenuhnya, pasar minggu di alihkan ke Bandar Jerantut Belakang Stesen Bas,
Bila aku balik ke kampung, pasti terimbau kenangan-kenangan dan pengalaman yang di lalui..

Ahad, 12 Oktober 2014

RUMAH PENEROKA RANCANGAN FELDA


Replika Rumah Peneroka


Pada Tahun 70an,80an dan sewal 90an,jika masuk ke tanah rancangan Felda, permandangan seperti ini adalah biasa, Rumah kayu yang didiami keluarga peneroka felda, tapi kini kini sudah berubah secara totalnya, Kesukaran bagi kami anak peneroka membesar dalam rumah yang begini,masih lagi terasa, tapi bersyukur masih punya tempat berteduh dan berlindung
Biasanya dibawah rumah itu, tempat kami bermain, ada buaian yang dibuat dari guni beras, di hadapan rumah biasanya ada pokok bunga kertas dan bunga puding, Bunga Raya dijadikan pagar di hadapan rumah atau pagar pemisah antara jiran sebelah.Segala jenis tanaman dan hiasan biasanya diarahkan oleh Pegawai Rancangan iatu SDA. Terlalu banyak kenangan dan cerita disebaliknya.Hanya Peneroka Rancangan dan anak mereka yang membesar diwaktu itu sahaja yang memahami.

Khamis, 2 Oktober 2014

RAHSIA HOTEL YANG PERLU DIKETAHUI

AWAS! 5 RAHSIA BILIK HOTEL YANG WAJIB ANDA TAHU | Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.
Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.

Selasa, 23 September 2014

CARI JODOH CARA LAMA

Lucu pun ada, kadang hilang sabar juga dibuatnya,gara-gara pendengar yang suka sangat buat panggilan nak berkenalan dengan orang itu,orang ini, perbagai gelagat dan usaha yang dilakukan, dalam zaman canggih sekarang ini orang boleh berkenalan dalam berbagai medium yang ada, bukan seperti zaman dahalu, tapi orang dulu kira cam "gentleman" bila berkenan kepada seorang itu usahanya tidak putus hinggakan berjumpa dengan bomoh. apapun bila lihat kembali kaedah orang terdahalu mendapat kenalan tidak terduga oleh kita zaman sekarang,begitu jua orang dulu,tidak terfikir oleh mereka..zaman sekarang ni lebih mudah....

Beginilah mereka yang dahalu, tapi itulah cara yang terbaik waktu itu, cuma dulu mereka berkawan dengan sesungguh, ikhlas,jujur dan luhur itu diletakkan pada aras yang paling tinggi, bukan seperti sekarang umpama duit syiling " depan gambar lain,belakang gambar lain"...

Isnin, 22 September 2014

MUSUH DALAM PEJABAT

Makan sama-sama, berbual,bercerita, seperti tiada apa yang terpendam.lagaknya tiada agenda yang tersembunyi, tapi akhirnya letusan "hati busuk" menguasai dirinya. Begitulah tentang manusia dalam lingkungan kerja.
Kisahnya aku mengikuti mereka melakukan kerja-kerja yang diamanahkan, sebenarnya bukan bidang aku pun. Aku pergi sekadar untuk memenuhi ruang masa dan juga mengetahui dan belajar serba sedikit.Di Penghujungnya dia bagitau kat admin " Jangan benarkan atau luluskan claim aku"... Emmm.. aku pun faham dan sedar ruang litup aku dalam hal ini. Sedangkan aku bersengkang mata melakukan kerja2 yang menjadi rutin aku sendiri pun tak pernah aku nak claim.... Hampas punya manusia jenis ni... " Rencong di luar pepat didalam" Akhir kata Betina tidak akan menjadi perempuan.

Khamis, 18 September 2014

RAHSIA LELAKI MEMPAMERKAN RASA CINTA

Wanita ini kekadang tidak sedar atau terlepas pandang perbuatan suami atau teman lelaki yang mempamerkan rasa cintanya,kerana tidak semua lelaki mampu meluahkan perasaan melalui cara terbuka.Wanita perlu tahu tanda-tanda lelaki mempamerkan rasa cintanya melalui perbuatan yang membawa maksud tersirat :-

1.Tidak pernah mampu memberikan alasan mengapa dia cintakan anda walaupun berulangkali anda bertanya kepadanya.

2.Menerima anda seadanya, pada pandangan matanya,anda adalah wanita yang kelihatan cantik dan sempurna walaupun kadang-kadang anda merasakan berat badan makin meningkat dan muka tidak berseri.

3.Sering bertanya keadaan diri anda menerusi khidmat pesanan ringkas ataupun applikasi pesanan sosial,menerusi cara ini lelaki menyatakan rasanya dengan cara berbeza.

4.Sering mengingati tarikh penting mengenai diri anda atau kenangan bersama yang mungkin anda sendiri telah melupainya, tapi jangan terlalu berharap lelaki mengingati tarikh lahir dan tarikh statik yang selalu menjadi penanda aras bagi wanita.

5.Lelaki yang mencintai anda,akan memberikan barangan miliknya yang mungkin bagi anda barangan itu adalah biasa tapi tidak bagi seorang lelaki.

6.Ketika berbual kekadang lelaki akan terdiam seketika, sehinggakan perbualan tidak lancar seperti yang diharapkan, itu tandanya lelaki tersebut gugup kerana anda telah membuatkan lelaki tersebut berdebar-debar

7.Sentiasa ingin berada dalam perhatian anda, walaupun ianya mungkin merimaskan, walaupun anda membebel ataupun rasa sakit hati dengan sikapnya.

8.Saat dia merindukan anda dia akan membuat "perangai gila" seperti memandu ketempat anda tanpa pengetahuan anda.

9.Jika anda menjauhkan diri darinya dia akan menyedari dan akan menghilangkan diri dari kehidupan anda,walaupun tindakan itu sangat melukakannya.

10.Jika anda pernah memberikan dia harapan dan kesempatan, dia akan sentiasa menunggu anda walaupun tanpa bicara, sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.

* Tulisan kali ini saya garap dari pembacaan dalam majalah mingguan wanita Bil 1580.


TANDA OTAK KANAN LEMAH

Tiba je rasa malas, malas nak fikir, malas nak memotivasikan diri, pemikiran pula sentiasa yang negatif, tiada semangat dalam apa jua perkara.... Sebenarnya itu tanda-tanda otak kanan kita lemah dan ada masanya tidak ada fungsinya.. Tanda-tanda otak kanan kita lemah ialah secara monolog kita berbicara dan bertanya pada diri sendiri..
1.Mana idea ni, tak ada idea aku hari ini.
2.Malasnya aku nak ambil tahu.
3.Aku tak kreatif macam dia tu.
4.Elehhh..macam bagus je...padahal displin dia pun kelaut.
5.Peduli apa aku, biar lantaklah dia lah..
6.Tak ada mood lah...
7.Aku yang tolong dia dulu.
8.Macamana nak buat ni,
Begitulah antaranya yang membawa makna kita tak ada disiplin,tidak prihatin,kurang ikhlas tiada fokus tidak pernah ada inovasi
Jika ini berlaku pada kita, otak kanan kita lemah, otak kanan ini adalah lebih kepada jiwa dan sifat kita yang tentunya boleh diubah dan ditukar jika kita mahu melakukannya.


Selasa, 16 September 2014

BICARA PENJURU PANDANG

Melihat gelagat di sekeliling, cara pengendalian sesuatu hal dengan cara yang berhemah serta bijaksana menjadi intipati kematangan seseorang,sebagai seorang yang agak lama dalam bidang ini, yang banyak melibatkan masyarakat walaupun hanya ruangan yang terhad.Aku tak mahu melatah dengan karenah dengan semangat "budak baru nak naik", sebagai orang yang banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sekilas jelingan sudah ku tahu apa maksud tersirat, apatah lagi dengan tingkah laku, sekiranya aku "di pulau" sekalipun oleh yang "hebat" ini, tidak rasa terjejas pun. Permainan itu telah lama ku ketahui dan sudah tahu apa penghujungnya, Semangat bangga dengan identiti dan entiti diri itu bagus, tapi jika terlalu sangat, ianya akan jadi takbur dan riak dan akhirnya tidak akan kemana.

Isnin, 15 September 2014

Kenali Personaliti Melalui Kumpulan Darah

Kenali Personaliti Melalui Kumpulan Darah
Anda seorang yang disenangi ramai? Anda pendiam dan suka menyendiri? Anda peramah dan suka bercakap? Anda seorang yang sensitif dan peka terhadap perasaan orang lain? Ramai yang percaya bahawa kumpulan darah kita boleh menggambarkan sifat seseorang itu. Artikel ini akan cuba menerangkan profil personaliti berdasarkan empat kumpulan darah: A, B, AB, dan O. Cuba bandingkan personaliti anda dengan profil di bawah, dan lihat sejauh manakah kebenarannya!

Kumpulan darah A
Mereka yang memiliki darah kumpulan A lazimnya merupakan individu yang tegas. Mereka lebih bersifat konservatif, bertanggungjawab dan sering menepati masa. Merekalah idola di kalangan rakan-rakan. Kerja rumah dan tugasan sentiasa siap pada waktunya. Paling berjimat-cermat dengan wang – sanggup tawar-menawar sehabisnya ketika membeli-belah. Setiap sen adalah saat dihargai. Tetapi sikap berhemah inilah yang menjadikan mereka lebih berjaya dan paling kukuh kewangannya berbanding mereka daripada kumpulan darah yang lain. Ramai pemilik darah kumpulan A kini berjaya sebagai ahli perniagaan, pakar ekonomi dan saintis.
Mereka mudah mesra dengan individu daripada kumpulan darah yang sama. Mereka juga lebih selesa bergaul dengan individu daripada kumpulan darah AB dan O. Mungkin kerana sifat mereka yang lebih konservatif dan berhati-hati, maka mereka lebih tertarik kepada sifat rasional dan sistematik yang dimiliki individu daripada kumpulan AB. Mereka juga lebih menghargai sifat kepimpinan yang ada pada individu kumpulan O, terutamanya yang dapat membimbing hidup mereka supaya lebih teratur dan sempurna.

Kumpulan darah B
Mereka yang memiliki darah kumpulan B lazimnya lebih ceria dan suka bergembira ,merekalah yang paling senang teruja, impulsif dan sering bertindak di luar jangkaan. Mereka gemar melakukan sesuatu secara mengejut dan tiba-tiba. Mereka mungkin sanggup memandu selama 3 jam untuk mencuba gerai nasi lemak enak yang dibaca di dalam akhbar pagi ini. Mereka juga mungkin terus sahaja menempah tiket ke Sabah untuk mendaki Gunung Kinabalu hanya kerana beberapa rakan baru bercakap mengenainya. Mereka menceriakan suasana kerana mereka menghargai kehidupan dan akan berbuat apa sahaja untuk menikmatinya. Mereka juga lebih kreatif dan dengan mempunyai bakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah jika ramai yang telah berjaya sebagai artis, ahli muzik dan pelakon komedi. Mereka daripada kumpulan B selalunya berkawan baik dengan individu daripada kumpulan darah yang sama dan juga rakan-rakan daripada kumpulan AB. Sifat mereka yang bersemangat dan impulsif adalah sesuai dengan sifat kumpulan AB yang lebih tenang dan rasional. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua kumpulan ini lebih berpotensi untuk kekal dalam jangka panjang.

 Kumpulan darah AB
 Mereka yang memiliki darah kumpulan AB adalah pemikir yang hebat ,mereka lebih tenang, rasional dan teratur. Mereka menghargai banyak pendapat sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka mudah mengenali dan memahami orang lain. Mereka selalu dipuji atau sebaliknya apabila kelihatan terlalu tenang dan bersahaja meskipun krisis melanda. Mereka terkenal dengan kecenderungan untuk memberikan penjelasan panjang lebar mengenai sesuatu isu, lagaknya seperti seorang profesor. Selain mampu bersikap analitikal, individu berdarah AB juga seorang yang teratur. Contohnya, rak buku di rumah juga mungkin tersusun rapi dan mengikut aturan abjad yang betul! Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai individu daripada kumpulan darah ini yang berjaya sebagai penganalisis, diplomat dan akauntan.
Mereka daripada kumpulan AB mudah mesra dengan semua orang daripada setiap kumpulan darah. Sikap mereka yang rasional dan kemampuan untuk memahami orang lain memudahkan mereka mengelakkan diri daripada percanggahan pendapat yang mungkin menyebabkan pertengkaran. Kawalan emosi yang baik juga bermakna mereka jarang terjejas akibat sebarang perbalahan.

Kumpulan darah O
Mereka yang memiliki darah kumpulan O lahir sebagai seorang pemimpin ,mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah. Anda mungkin keberatan untuk memandu selama 3 jam semata-mata mencari gerai nasi lemak yang enak di luar bandar. Tetapi rakan anda yang berdarah O dengan mudah boleh memujuk dan menukar fikiran anda. Mereka memiliki karisma dan keyakinan yang cukup tinggi untuk membuatkan anda bersetuju dengan cadangan atau pendapat mereka. Malah, merekalah yang pertama mengangkat tangan apabila guru bertanya di dalam kelas. Mereka jugalah yang mula-mula memberikan pendapat di dalam mesyuarat di pejabat. Keyakinan yang tinggi serta keberanian yang menyerlah menjadikan ramai yang kini berjaya sebagai peguam, pengacara televisyen dan penceramah motivasi.
Mereka yang berdarah O lebih berkemungkinan untuk berkawan rapat dengan individu daripada kumpulan AB kerana sifat mereka yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat rasional dan tenang yang dimiliki oleh mereka yang berdarah AB membantu mereka membuat analisis dan menyelesaikan masalah. Mereka daripada kumpulan O pula boleh menunjukkan cara-cara menyerlahkan karisma dan membentuk keyakinan dalam pergaulan.Namun begitu, mereka di dalam kumpulan O lazimnya tidak begitu mesra antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing bercita-cita tinggi dan mungkin sahaja saling bersaing, sama ada di pejabat mahupun di rumah. Oleh yang demikian, individu berdarah O harus lebih berhati-hati dan belajar bertolak-ansur.
Kita semua berbeza, tetapi sebenarnya sama .Bagaimana? Tepatkah keterangan personaliti anda? Sebenarnya, tiada asas saintifik untuk mengenal pasti profil personaliti berdasarkan kumpulan darah. Itu hanyalah mitos dan stereotaip. Namun yang pasti, kita mungkin berbeza kumpulan darah, atau kumpulan sosial ,tetapi kita semua bersatu melalui darah yang sama merah.



SENARAI HARGA PROTON IRIZ


Khamis, 11 September 2014

SENDIRI............ SENDIRI LAGI



KITARAN KEJAYAAN SESEORANG

Pada...Usia 4 Thn,kejayaan anda ialah tidak kencing dalam seluar
Usia 8 thn, kejayaan anda mengenali jalan pulang ke rumah
Usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan)
Usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali...
yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut sunnah Rasulullah SAW...
Beramal soleh...

Rabu, 10 September 2014

CARTA ROCK DI RADIO MANIS.FM

SENARAI LAGU DALAM CARTA ROCK 10.09.2014 JAM 10.MALAM..DI RADIO MANIS.FM
Dengarkan di www.manis.fm Bagi Negeri Kelantan 90.60.. Terengganu 102.0 dan Pahang 95.1.

Lagu Yang Tersenarai

Selasa, 9 September 2014

PAKSI LAGU DI NEGARA JIRAN.

Senarai lagu lama... jarang dapat dengar lagu2 ni di corong-corong radio, kerana kebanyakkan penerbit atau dj2 di radio yang popular di Malaysia ni berpaksikan lagu-lagu Indonesia, penyanyi baru pun banyak mengambil atau meniru gaya pencipta dari sana, bukan sekarang tapi sejak dari dulu, cuma antara tahun Pertengahan tahun 80an hingga penghujung 90an, lagu banyak dihasilkan oleh pengkarya tempatan, antaranya Manan Ngah, M.Nasir ( Walaupun asal Singapura ) Ahmad Nawab,Akhbar Nawab, Saari Amri dan juga mereka yang berkecimpung dalam era "Rock Kapak"... selepas itu barulah ada Ajai, Pak Ngah dan beberapa orang lagi...Bukan tak ada bakat tapi, gitulah.... BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Ahad, 7 September 2014

GAYA TIDUR DAN SIFAT WANITA

Mana satu gaya anda...
1. GAYA BAYI
Ramai wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih kuat,lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.

2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.

3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.

4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.

5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.

6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.

Apa yang ditulis ini tidak semestinya betul,tapi kemungkinan tepat itu ada, Masalahnya kita tak tahu kita tidur gaya mana, sebabnya kita kan tidur.. hehhehehhee

Khamis, 4 September 2014

BUDAYA BODEK


BUDAYA bodek atau pengampu berlaku tanpa mengira sempadan masa atau tempat. Ia akan terus berakar umbi dan membiak, selagi ada faedah yang boleh diperoleh walaupun bertentangan dengan nilai adat dan agama.
Walaupun pada hakikatnya, ramai yang membenci budaya bodek itu kerana akan meninggal kesan negatif, sama ada kepada pembodek, orang yang kena bodek dan juga mangsanya.
Tetapi manusia secara lumrahnya, tidak akan pernah puas dengan apa yang diperoleh dan lebih cenderung kepada sikap tamak.
Bagi menangani budaya tersebut,KEJUJURAN adalah kuncinya segalanya. Sama ada dalam institusi keluarga atau organisasi,  pembodek dan mereka yang kena bodek adalah kelompok manusia yang mempunyai masalah akhlak.
 "Sekiranya anda bukan pembodek, maka janganlah cuba-cuba membodek. Jika anda sebagai bos yang telah termakan bodek, maka perbaikilah kesilapan."

Selasa, 2 September 2014

CARA MENIPU KAD KREDIT DAN DEBIT

Contoh...  
SILA BERRHATI-HATI KEPADA SEMUA!!
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan2 , just nk share pe yang berlaku pada kawan saya hari ni.
lebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:
Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya.....daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan mengenai kad maybank en.
Mz: Oh ok...( sbb penah dapat kol dari maybank sebelum ni ckp perkara yg sme, jadi sy percya kan dia)
Wi: ok en, sy cuma nak buat pengesahan mengenai kad bank yang en gunakan skrang.
boleh saya tau alamt penuh en?
Mz: alamat sya....
Wi: boleh dapatkan no ic...
Mz:90xxxxxxxx
Wi: ok..en masih lagi menggunakan kad ini ye?
Mz: ye sy...
Wi: dah brapa lama ia digunakan?
Mz: hampir 2 tahun...
Wi: ok sy ingin membuat pengesahan, kad debit en bermula dengan 4283 3210
Mz: ye btol...
Wi: boleh en lengkapkan no 8 terakhir
Mz:16xx xxxx
Wi: terima kasih atas kerjasama diberikan...skrang, en ada tanda tangan dibelakang kad debit en ke?
Mz: ye ad...
Wi: disebelah tanda tangan ada no. ahli...boleh bacakan sya no ahli kad en?
Mz: xxx...
Wi: ok..skrang sy ingin memberitahu en zufri kad en gunakan adalah mengikut laporan kami. Kami daripada pihak kerajaan ada menyediakan kad i-klnik dimana semua rakyat malaysia berhak mendaptkan kad ini. dia boleh digunakan ketika en..mintak maaf, andai kata kemalangan atau ditimpa musibah, dia akan memberi en potongan 30-70% di klinik2 terlibat.
En juga boleh membawa ibu dan ayah ke klinik dengan percuma dn en juga boleh diberikan diskau pelancongan dengan kad ini. Saya akan menghantar kad ke alamt yg en berikan. jad ini berharagaRM299.00. Saya telah pon membuat penolakan dari kad maybnk en.
Mz: eh.a..awk ckp tdi nk buat pengesahan kad saya, npe plak tibe2 awk nk amek duit sy? ada sy ckp sy nk bli kad awk ni..jgn nk memandai lah.
Wi: en telah berikan sy butiran en dan bermakna en stuju..
Mz: awk jgn ingat sy nk sgt dgn kad tu.
Wi: ok xpe..kalau en xnak, sy xkn hantar kad tu..tpi duit cek telah ditolak..bila2 masa en nak kad tu, boleh hubungi kami dan kmi akan hantrkan...en kerja mana?
Mz: sy kerja tnb..sy xperlukan kad awk..sy dapat semua kemudahan perubatan..mak bapak sy pon dapat kemudahan jgk...npe perlu sy nk gunakan kad awk..sy xnk, tolong batalkan...
Wi: (dah mula bengang) skrang ni, sy dah tolak, en xboleh wat pe2 lagi..nk xnk sy dan tolak duit en.
Mz: awk kerja mana ni..awk keja dengan spe?
Wi: sy kerja di rawang dan ini adalh dari goverment...ok en, ada pe2 lagi, kalau xde pe2 terima kasih kerna berikan kerjasama...( trus letak phone)
darah dah xtenteram, bukak trus maybank2u...
nasib baik, duit masih ada...apa lagi, cepat2 kol maybnk wat pengesahan...
pegawai bank maklum, ia adalh sendikit yang cuba nk dapatkan butir peribadi kad bank. no 8 digit pertama disebutkan adalah no sama untuk pemegang kad, no 8 dijit terakhir dia akan mintak kepada kita. untuk no ahli kad sebelah tanda tangan tu adalh no. yng penting untuk pengesahan kad.(3 DIGIT NO BELAKANG KAD JGN SESEKALI BG PADA SESIAPA) en xperlu risau...dia xberjaya mengambil duit dari akaun en...sy telah batalkan kad dan en perlu membuat kad lain bagi memastikan keselamatn dari pihak kami.......Kan dah jadi masalah besar.........!!!!
Sila share kepada rakan-rakan anda.

Jumaat, 29 Ogos 2014

PELUKAN KASIH SAYANG


# Jangan peluk orang yang tidak boleh kita peluk... nanti peluk bertukar penumbuk

Khamis, 28 Ogos 2014

ISTERI BERGETAH SUAMI MELEKAT

PETUA SUAMI MELEKAT HANYA PADA ISTERINYA :-
Berikut adalah kaedahnya yang saya perolehi melalui pembacaan dan program dialog yang pernah saya kendalikan bersama dengan pakar motivasi, rasanya tak salah mencuba, tak rugi pun kan??..

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

*Catitan.. Saya bukan pakar kaunseling..

Rabu, 27 Ogos 2014

IBU WANITA

Kenapa wanita itu sangat mulia, kenapa dalam banyak perkara sentiasa memerlukan kehadiran seorang wanita.Dalam Islam wanita diletakkan ditingkat yang mulia... Kerana lelaki itu rapat dengan wanita,wanitalah yang memberikan sumber segalanya.Kerana setiap dari kita pernah menpunyai ibu.


Selasa, 26 Ogos 2014

PENYANYI TAK POPULAR LAGU PUN HANCUS

Kenapa Penyanyi/Kumpulan atau lagu nyanyian mereka tak popular???.
Seringkali jua soalan ini menerpa ruang dengarku, sebenarnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan tersebut kerana semuanya bergantung pada nasib.
Popular itu mengambarkan,apabila disebut, ramai yang mengetahui, untuk mempularkan sesuatu itu memerlukan promosi, cuma kadang-kadang tersilap dalam aspek promosi.Banyak Medium yang boleh digunakan bagi promosi namun "TV,Radio,akhbar dan majalah" adalah tempat yang paling sesuai untuk promosi penyanyi dan lagu..Bukan setakat penyanyi tempatan,bahkan penyanyi peringkat antarabangsa pun melakukan demikian.Lagu akan popular jika kerap disiarkan di saluran radio pada  waktu yang tepat.
Ramai penyanyi di Negara kita waktu ini melupakan aspek promosi, mereka terlalu mengharapkan tapi tidak banyak usaha.Perlu jua difahami oleh golongan ini, jangan letakkan sentimen kenegerian jika ingin menjadi penyanyi dalam negara ini, kerana kaedah ini akan menghadkan pasaran, lebih kepada sikap "natural" dan konsep kena tepat walaupun genre lagu itu ditujukan kepada lapisan tertentu.
Sekiranya ada pengurusan yang bagus, mereka akan mewujudkan "Kelab Peminat" dan mereka yang berada dalam kelab ini perlu "VIRAL" kan lagu dan penyanyi di media maya zaman ini.Tapi perlu diingat yang berada di "MAYA" ini tidak semestinya akan menyokong.
Kemudian jika ada promosi di TV atau Radio..Kelab Peminat ini akan memainkan peranan.. Bagaimana??? tak kan itu pun saya nak bagitau..hehhehehhe
Jangan terlalu sombong dengan penyampai radio ataupun deejay, walaupun lagu bagus macamana sekalipun jika dengan mereka ini ada " rasa bongkak".. lagu jarang disiarkan, seperkara lagi sistem sekarang tidak sama seperti dulu..kerana sekarang pergerakkan maklumat itu pantas, saya perasan ada dua tiga orang penyanyi yang buat "klik".. maksudnya disini..contohnya di FB rasmi radio atau Deejay, ada individu yang minta lagu disiarkan... satu kaedah yang bagus sebenarnya...tapi kesilapannya.. dia masuk dengan nama yang sama di semua stesen radio pada waktu yang hampir sama.Zaman sekarang ini, kebanyakkan Deejay terutama stesen yang ternama telah menyediakan senarai lagu mereka terlebih awal... sebab tu jangan sombong....
Aura, adalah peranan yang penting dalam aspek popular ni.. bagaimana nak menaikkan aura dan mengeluarkan aura????.... Cari dalam diri...hehhehehehhe....

Isnin, 25 Ogos 2014

PEHA SEKSI DIBAYAR

Peha Ayam.





Pergi ke kedai nak dapatkan peha ayam kena bayar,nak masak sendiri malas, jadi beli jelah.. kat pasar malam pun ada jual peha ayam bukan kat  tempat "highclass" je. Dalam perjalanan nak ke tempat tersebut untuk beli peha ayam, nampak banyak peha2 wanita.. tak perlu "bayar" free je..ada yang bersalut ramai juga yang tak bersalut, tapi yang nyata itu adalah peha... Terfikir dalam benak "Nak dapat peha ayam kena bayar,Peha orang tak pula"...
Wahai adik2, kaum wanita... jangan merendahkan martabat anda lebih rendah dari ayam....

SIFAT ATAU PERANGAI BERDASARKAN PEMAKAIAN JAM


mana satu cara anda ?????

NUKILAN LARA

LARA JANJI


Tidak berani mempastikan janji

Kita merancang, tuhan penentu segala

Jangan dipersalahkan pada tafsiran akal

Aku mengaku hal ini,bukan ku tidak meyayangi..

Samalah kita  sedar dan menginsafi diri

Segalanya untuk terjadi adalah berkemungkinan.

Mencuba mempertahan sebuah kejujuran

Bersamamu ke akhir hayatku,impian ini.

Kini

Tiada maknanya bila cinta hanya nestapa

Janji dengan segenap hati, tapi kau pergi

Hilang segalanya..bukan hanya kabur

Terus lenyap, hatiku terobek 

Kerana sikapmu.......

Spontan ketika bertugas 25Hb.Ogos 2014
12:27 Tghmlam.

Ahad, 24 Ogos 2014

HARAM BERTAFAKUR?

Ramai jua yang mempertikaikan apabila kerajaan mengumumkan sambil mengesa seluruh rakyat bertafakur seminit, biasalah semua perkara akan ada pro dan kontra.mencungklil segala hujah menyokong bagi yang dapat menerimanya, berhujah membangkang dengan perbagai alasan.. bagi aku..perkara yang baik dan diterima ramai,baiklah kita turuti lagipun pihak kerajaan melakukan sesuatu itu pasti ada alasan dan yang penting ada rujukan yang mereka lakukan.
Sempat bertanya seorang ustaz, berkenaan dengan hal ini dan antaranya beliau menjelaskan... haram bertafakur sekiranya ada yang menghukumkan sesuatu itu, maksudnya... kena berpakaian hitam..mesti berdiri..dan banyak hal2 "mesti" dalam melaksanakannya.Bagi kita umat Islam memang tidak ada adat bertafakur ini, tapi menzahir serta melahirkan rasa simpati dan empati adalah dituntut.
Bagi aku peristiwa ini adalah satu penghormatan dari pihak kerajaan kepada rakyat biasa.

Jumaat, 22 Ogos 2014

GURINDAM PENEROKA PART 1

SUATU MASA DI SUATU KETIKA
Suatu masa di satu ketika
Mula berfikir ubah nasib keluarga
Risau nasib tak tentu hala
Peluang yg datang tidak dipersia
Tawaran diterima menjadi peneroka

Suatu masa disatu ketika
Datang bersama isteri tersayang
Di tempat baru mula bersemayam
Semak dan hutan semua ditebang
Mengharung nasib tidak terbayang.

Satu masa disatu ketika
Anak kecil menangis sayu
Ditengah malam lapar susu
Kepada siapa mahu mengadu
Jiran Prihatin  datang membantu           


Suatu masa di satu ketika,
Bangun pagi berbekal cekodok dan air kopi
Berjalan kaki berduyun pergi
Kepada Pegawai ladang mendaftar diri,
Kalau tak hadir maka tak ada gaji,

Suatu Masa di satu ketika
Isteri cuba membantu sama
Hiba sedih kendong bersama
Anak kecil ditinggal melara
Demi mencari hidup selesa.

Suatu Masa di satu ketika
Sistem Rocall ditukar sudah
Sistem Block mula diubah
Potongan paysheet ramai berbalah
Hati hiba pokok tak berbuah

Sebuah catatan dari anak Peneroka

BAHANA WEBCHAT

Kisah ini diceritakan oleh seorang pendengar,pada awalnya dia hanya menghantar sms ke sistem di konti,kemudian dia datang sendiri berjumpa denganku, katanya dah tak mampu menyimpan cerita yang terbuku dihati, di sebuah warung,mulalah dia bercerita bersama deraian airmata, apabila seorang lelaki bercerita akan kisahnya bersama esakan tangis,pastinya betul2 menyentuh perasaan dan ikhlas terpancar.
Beliau berasal dari Kuala Terengganu, telah 3 tahun mendirikan rumahtangga, melayari bahtera kehidupan bersama dengan gadis pilihan hati yang berasal dari Kedah, dikurniakan 2 orang anak, putra dan putri pengikat kasih sayang.Beliau bekerja siang malam bagi menampung keperluan keluarga. Beliau tidak membenarkan isterinya bekerja, mahu isterinya menumpukan perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar,lagipun kalau bekerja akan meningkatkan kos menghantar ke rumah pengasuh.
Oleh kerana tidak mahu isterinya bosan duduk dirumah, beliau mengesyorkan isterinya masuk dan bersembang dengan "group webchat" rakan2nya sendiri, pada awalnya tiada perubahan, lama kelamaan isterinya telah berubah, dari seorang isteri yg penuh kesantunan,menjadi garang dan meminta yang tak berpatutan..
Ramai juga rakan2 menasihatkan beliau dan bercerita perihal isterinya,tapi dia tidak mengendahkan hinggalah pada suatu hari dia balik awal kerumah tidak seperti biasa, alangkah terkejutnya apabila dirumah hanya ada dua orang anaknya sahaja, isterinya tiada dirumah, apabila dihubungi isterinya menyatakan dia pergi ke "Karaoke" bersama dengan rakan yang juga rakan baiknya.Pada malam tersebut berlaku pergaduhan, dengan penuh pertimbangan dia telah menceraikan isterinya, apa yg dikesalkan di akhir bicaranya , kawan sanggup meruntuhkan rumahtangga. Kini proses hak menjaga anak sedang dibicarakan...... 

PELIHARA JIN

Berakhirlah tugasan untuk minggu ini, pergggghhhh banyak juga cabaran yang mendatang, bab kata orang "kedatangan yang tidak diundang" Peristiwa yang tak dapat dilupakan sepanjang minggu ini dituduh memelihara jin... Tak faham saya pada mulanya, tapi setelah diterangkan barulah saya faham, kalau tidak kerana yang menuduh sedang dalam keadaan marah, mahu saya terguling-guling ketawa di pintu lif nak naik opis... Itulah cabarannya...

Rabu, 20 Ogos 2014

SIJIL SAKIT MALAS KERJA

Kajian oleh JobStreet.com mendapati 3 sebab utama pekerja kemuka cuti sakit:
1> Tiada keinginan untuk bekerja
2> Kepenatan
3> Berpura-pura sakit untuk menghadiri temuduga pekerjaan.
Ini adalah kajian yang dilakukan oleh mereka yang berkompeten, bukan dibuat secara rawak.
Mereka yang seringkali mengumukakan sijil sakit ada dua kategori
a) Memang sakit
b) Memang malas nak bekerja
Jika betul-betul sakit pasti akan mendapat rawatan secara berkala,biasanya diketahui oleh pihak majikan atau rakan-rakan sekerja, tapi yang memang malas ini, mereka akan sering mendapatkan cuti sakit bagi menyambung cuti mingguan atau cuti kelepasan am.Ada majikan yang tidak membenarkan perkara ini berlaku sebagai contoh selepas cuti mingguan jika ada pekerja mengambil cuti sakit, ianya dikira "tidak hadir bertugas". Ramai juga yang memberitahu pihak pengurusan mereka cuti sakit sedangkan tak pergi pun ke klinik .Salah satu tempat saya bekerja dulu, sekiranya ingin ke klinik kerana sakit terlebih dahalu mendapat kelulusan dengan mengemukakan buku rawatan, jika mendapat "cuti sakit" perlulah diserahkan sijil sakit ( surat mc) pada hari tersebut juga sebelum tamatnya waktu pejabat, Langkah ini sememangnya berkesan.
Kepenatan dalam bekerja biasanya menghilangkan "mood" untuk bekerja, atau juga jika ada sesuatu kerja yang ada "dateline" akan membuatkan penat,resah dan risau, ia menjadikan fikiran jadi penat, langkah yang sering diambil  ialah pergi ambil "mc".
Sebenarnya perkara ini tidak timbul jika seorang itu mengambil pendekatan kerja itu adalah amanah dan ibadah, seronok dalam bekerja adalah faktor menjadi seorang itu produktif disamping mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak majikan

Selasa, 19 Ogos 2014

SIFAT PRIBADI MELALUI BULAN KELAHIRAN

PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN
KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi
MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros
JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas ,berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka munasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja
OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan
SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik
OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat
NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
anda berada di bulan mana??

Ahad, 17 Ogos 2014

MANA EMAK

Sebuah kisah mengenai MANA MAK??? baik jadikan renungan. Renung2kan.... Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu . Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak -anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. 

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...