Contoh Tiket Bas. |
Dua Syarikat Bas utama waktu itu ialah Bas Leng Huat dari Kuantan ke Jerantut dan bas Sri Jengka dari Bandar Pusat Ke Jerantut
Kemudian perkhidmatan Bas Jelai, pernah dulu bangun seawal 6 pagi,berjalan kaki ke simpang luar ramai-ramai, sampai di Jerantut Feri,terpaksa naik feri ke seberang, kerana jambatan baru je dibina tak siap lagi, tapi sebelum sampai di situ terpaksa melalui jambatan Sg.Salan yang sangat uzur, kecut perut dibuatnya.Seberang Jerantut Feri waktu itu sangat meriah dengan jualan di pasar minggu hari sabtu, apabila jambatan dah siap sepenuhnya, pasar minggu di alihkan ke Bandar Jerantut Belakang Stesen Bas,
Bila aku balik ke kampung, pasti terimbau kenangan-kenangan dan pengalaman yang di lalui..
1 ulasan:
Gambar tiket bas memang rare...sekarang susah nak jumpa lagi bas² yang pakai tiket cenggini di bandaraya besar seperti Kuala Lumpur... :)
Catat Ulasan