Ahad, 28 Julai 2013

UMNO OR UM NO

PRU13 telah pun berakhir dan pengundi telah memilih apa yang mereka mahukan, ada juga tindakan-tindakan yang dilakukan oleh segeleintir mereka yang tidak berpuashati dengan mengatakan bahawa PRU tersebut dicemari dengan amalan2 yang tidak sihat, Bagi diriku yang bertugas secara langsung dari detik penamaan calun hinggalah hari membuang undi, aku berani menyatakan bahawa permilihan yang dilakukan oleh mereka yang berdaftar mengundi itu adalah bersih dan sah, cuma lagi sekiranya berlaku elemen2 tertentu tidaklah termasuk dalam penyelewengan, cuma dari segi kempen dari mereka yang bertanding dan menyokong ku lihat semakin biadap, bukan kempen terbuka seperti ceramah parti politik yang ku maksudkan, kalau siri ceramah itu biasalah sedikit "bergurau" sebagai umpan "gelak tawa" hadirin, dan sememang itu yang dilakukan untuk mengelakkan pendengar merasai bosan, cuma yang aku takuti ialah wabak fitnah yang kuat dan makin membahang ialah kempen melalui "media maya" makin teruk dan begitu menakutkan, memang akan terpesong bukan saja pegangan politik tapi akidah, bayangkan dengan hanya duduk dirumah semua perkara di coretkan melalui ketukan "keyboard" dari seribu yang membaca mungkin ada 10% hingga 30% yang mempercayai..dan kesannya ialah pada perpaduan...
Tidak jua aku mempersoalkan sangat bagaimana semuanya berlaku, tetapi sekurang2 mereka yang menyebarkan kempen melalui Media Maya menpunyi sedikit sebanyak elemen tanggungjawab sosial, biarlah selepas PRU ini rakyat hidup bersatu dengan pengangan fahaman politik masing-masing, jangan disambungkan atau dinyalakan api kebencian..
Dalam hal kemenangan BN masih lagi kekal memerintah Kerajaan Malaysia dan juga kekal sebagai peneraju pada BN ialah UMNO..Mereka masih lagi relevan utuk memimpin Negara ini, tetapi beberapa perkara perlu dikaji dan dibaiki.. terutama Tradisi dalam UMNO.. dan mentaliti pemimpin2 UMNO peringkat Cawangan, bahagian mahupun peringkat tertinggi.
Di Melaka, Apabila bekas ketua menterinya kalah beliau menyatakan bahawa rakyat setempat tidak mengenang jasa, mungkin ya mungkin tidak, bagi aku sepatutnya, rasional itu yang menjadi asas utamnya, kenapa beliau kalah..tidak dapat dinafikan semasa beliau menjadi Ketua Menteri, terlalu banyak yang dilakukan untuk menaikkan imej Melaka yang yang menjadi Mercu tanda melayu nusantara sewaktu dahalu, tapi itu yang dimahukan, bagi aku mudahnya, Air muka beliau yang bengis dan bercakap lepas yang menjadi titik tolak kejatuhan beliau, walaupuan Ketua Menteri sebelum beliau juga menpunyai cara yang sama ketika bercakap tapi Ali Rustam dalam wawancara lebih kepada nada2 sombong walaupun beliau bukanlah yang sombong, Begitu juga dengan bekas Menteri Besar Johor, kalau diperhatikan cara beliau itu yang membuatkan dia tewas, bukan cara beliau bekerja.Di Pahang, kawasan yang dipegang oleh Menteri Besar iatu Bentong kerusi DUN nya ditawan oleh parti pembangkang, bukan rakyat kawasan tersebut tidak mengenang jasa yang dilakukan oleh Datuk Nan.. tapi kekadaang orang cuak dan muak serta mual dengan "memek" muka.. tidak mesra terutama dengan golongan wartawan seperti kami ini, tidak mesra disini bukan beliau tidak menjawab atau mengherdik tapi mutu jawapan dan gaya menjawab itu menjadikan ianya seperti bongkak walhal beliau bukanlah orang yang sombong..
Beberpa orang exco di Terengganu tewas dalam PRU13, dan perkara ini pernah aku bincangkan dengan beberapa orang kawan dan kami setuju dan awal2 lagi sudah menjangkakan mereka ini akan kalah, bukan mereka tidak popular, bukan mereka tidak bekerja, tetapi kerana sikap mereka yang berlagak dan sombong apabila dkritik, mereka lebih senang mendengar pujian dari orang2 sokongan atau kata lain tukang kipas, mereka tidak sedar yang kesibukan mereka dalam bekerja sebagai exco telah membuatkan pengundi dikawasan mereka berkecil hati dengan sikap2 pengawai yang dilantik oleh mereka,pada PRU13 yang lalu terus terang aku katakan calun BN yang kalah itu sebenarnya mereka tidak buat kerja dan cuma pandai mengipas dan Kesannya Menteri Besar Terengganu yang menanggung akibat, Dalam banyak2 menteri Besar di Malaysia ini aku tidak pernah berjumpa lagi seseorang seperti Mohd Said, bukan saja menpunyai pandangan hadapan tapi nilai kerja yang betul2 komited, tapi sayang beliau terkontang-kanting keseorangan, mengharapkan Kakitangan sokongan dari Kerajaan persekutuan dan Negeri yang bertugas di Terengganu, sebenar beliau ditipu terus,Maaf cakap, Kakitangan Perkhidmatan Di Terengganu,Kuat Bodek.. tidak mahu menerima pandangan luar, terlalu berpuak-puak... aku tidak menulis jika aku tidak mengalaminya, Syarikat GLC yang diterajui oleh orang Terengganu kebanyakkan bertahan tahap cukup makan,jika tidak dibantu oleh kerajaan negeri, terlalu banyak dan terlalu mementingkan urusan kendiri, dan terlalu kuat membodek untuk kenaikkan pangkat..
Seterusnya mengenai permilihan calun yang bertanding, sudah menjadi kebiasaan calun yang dipilih adalah calun yang layak dari segi akademik dan penampilan, susur galur itu menjadi panduan untuk pucuk pimpinan memilih, tapi tidak sebagai seorang pengundi, Sejak akhir2 ini, UMNO cukup gemar memilih calun mereka dikalangan kumpulan Pertadbiran, asalkan mereka ahli UMNO, cukuplah, tidak salah sebenarnya tapi kekadang ianya mengundang risiko, Seorang pegawai di Jabatan dipilih untuk menjadi calun sebenar satu perjudian yang berisiko, kerana pegawai yang berkhidmat ini selalunya menjadi naluri mereka ialah "memerintah dan mengarah" dan peel ini terbawa-bawa dan ini tidak disenangi oleh masyarakat setempat yang tidak menpunyai kepentingan dalam pemilihan wakil, Mungkin calun yang dipilih tip-top dalam bidang kerja di Jabatan masing2 tapi tidak top dikalangan Masyarakat, UMNO perlu ingat yang banyak mendokong pergerakan dan aktiviti UMNO itu sendiri adalah mereka yang berkejaya rapat dengan orang ramai, seperti Guru, Doktor, Nilai mendidik dan membantu ada pada mereka ini... Jika dilantik Jurutera Daerah, Pegawai Daerah, orang yang berkaitan sahaja mengenali mereka, tambahan lagi jika kemana saja pergi berkereta mewah dengan ada pemandu pribadi.. orang ramai segan untuk merapati, malu untuk beramah mesra, mengapa tidak pilih dikalangan mereka yang rapat dengan orang ramai... Kalau kawasan nelayan cari nelayan yang berjaya dan ada karisma, sekarang tidak susah kerana ada juga nelayan  yang berijazah..Jika kawasan Peneroka, Pilih saja dikalangan peneroka, kalau tidak pun anak2 Peneroka, ramai yang berjaya, ramai yang mesra, sama2 mengait buah sama2 menoreh getah,, barulah UMNO itu sendiri tidak kena KITAI oleh bangsa yang mereka perjuangkan...
Sebenarnya aku bukan sesiapa dikalangan masyarakat, ini cuma tulisan dari pandangan pribadi.

Jumaat, 26 Julai 2013

HON BERBUNYI

MAKSUD TERSIRAT.....


Kadang-kala sesuatu isyarat atau hint itu tidak dipelajari dari mana2 sekolah atau pusat2 pengajian tinggi.. sebagai contoh bahasa2 isyarat diwarisi secara turun menurun yang tidak tahu mana asalnya... Contoh ketika memandu dan berselisih, kenderaan dari depan memberikan lampu tinggi sebanyak dua kali..itu bermakna ada sekatan jalanraya dihadapan,sekiraya lampu diberikan tiga kali atau lebih..bermakna ada kemalangan..

Begitu juga apabila ada kereta parking di tepian jalan, dan di atas bumbung kenderaan tersebut diletakkan botol air atau tabung minyak pelincir, fahamlah kita bahawa kenderaan tersebut ingin dijual. Sekiranya memandu dan melihat Bonet kereta dibahagian depan dibuka, begitu juga bahagian belakang..ini bermakna kenderaan tersebut rosak dan memerlukan pertolongan, Isyarat2 ini sebenarnya tidak diajar di sekolah2 memandu atau terdapat dalam buku undang2 lalulintas.. Di Semenanjung, pemandu sesuka hati membunyikan Hon Kenderaan dalam apa keadaan sekalipun.. tetapi jika anda berada di Sabah atau Sarawak janganlah membunyikn hon kenderaan sesuka hati, akibatnya boleh mendatang kemudaratan.. Disini saya kongsikan beberapa kaedah bunyian hon yang selalu digunakan.. betul atau tidak anda yang menentukannya
Maksud disebalik bunyi-bunyi hon :
1x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ... 2x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
1x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
4X atau lebih HON PENDEK -pemandu tu cakap ; “TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA,
sekian.........

JERAWAT OH JERAWAT

SEKADAR BAHAN BACAAN.........

Kenapa Jerawat Tumbuh Di Kawasan Tertentu Di Muka?
Antara tempat- tempat yang sering diterjah oleh jerawat iaitu :- (bahagian muka je)

DAHI - Jerawat di dahi ini kemungkinan disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Oleh itu, amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut yang melampau dan sistem penghadaman anda bermasalah. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi. Oleh itu, berhati-hati ek bagi kaum wanita.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyaktoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru- paru mungkin tidak normal

PADA BADAN ( BELAKANG DAN DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan diikuti piramid makanan bagi memastikan toksin dapan disingkirkan dengan lebih baik.

Sekadar perkongsian, kadang- kadang jerawat juga punca daripada masalah resdung, dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan faktor genetik.

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...