Khamis, 20 Jun 2013

ALAHAI ORANG BESAR .......

Negara Malaysia ni dah pun merdeka lebih dari 50 tahun, tapi ciri-ciri penjajahan dalam pemikiran masih lagi tidak bebas sebenarnya, terutama bagi mereka yang berpangkat atau dengan kata lain mereka yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan.. Bongkak dan Ego mereka begitu ketara, walaupun tidak semua tapi unsur Kolonial itu masih lagi wujud..
Kebanyakkan dari Kakitangan Kerajaan yang berpangkat ni sukar untuk merima kritikan dan teguran terutama dari golongan yang mereka "Andaikan" tidak setaraf dengan mereka.. tapi mereka tidak sedar sebenar jawatan yang mereka sandang itu bukannya lama, akhir sekali memerlukan orang lain juga untuk memakaikan baju, bawa mereka dan tolong mereka masuk dalam rumah... Wahai yang berkenaan tak ingat mati ke... tak perlu nak bongkak sangat dengan jawatan dunia yang tidak kemana....

Ahad, 16 Jun 2013

HARI AKU BERBICARA

Salam kepada semuanya semoga diberkati apa yang dilakukan, kerana dalam apa jua yang berlaku dan yang dihadapi serta yang dialakukan jika tidak mendapat keberkatan memang akan menjadi kegelisahan dalam hidup.
PRU13 telah pun mendapat keputusannya dan pemenang elah pun membentuk kerajaan dan yang tewas membentuk pembangkang, Aku tidak berminat  sangat untuk menyentuh tentanh kemenangan dan ketewasan parti2 politik yang bertanding, cuma yang menang itu sewajarnya menang dengan apa yang mereka lakukan dan yang tewas itu sepatutnya lebih menjurus kepada nilai tambah untuk memenangi dan akhirnya boleh mengubah keputusan pada masa akan datang cuma satu perkara yang perlu diingatkan " KETENTUANNYA" tidak ada siapa dari kalangan manusia mampu mengubahnya cuma kita mampu merancang..............
Kalau di Era tahun 70an 80an dan Awal 90an.. YB adalah seorang yang sukar ditemui, tapi jika "peel" ini diteruskan diwaktu ini maka "KALAH" adalah pasti.. dan apa yang menarik minat aku ialah bagaimana isu "racist" dijadikan propaganda yang sungguh berkesan sehinggakan mereka yang berada diluar arus media akan terpedaya..memutarkan kata2 memang kekadang menjadi sesuatu yang memberikan manafaat jika pandai menggunakannya sebagai contoh " UMNO telah meneraju Kerajaan sejak 60 tahun yang dulu.. terlalu banyak penyelewengan yang berlaku " itu kata seorang penceramah dan tambah beliau  lagi " Sepatut kita semuanya telah menukarnya kepada yang baru"... kemudian, ditanya kepada penceramah tersebut " Kalau yang kita tukar ini juga menyeleweng camana?"... maka dijawab oleh penceramah " Tak boleh elak dah sebab mereka juga manusia bukan malaikat".... disini aku melihat kebijaksanaan dalam bermain dengan kata2 yang boleh membuatkan orang ramai "terkalih"... dan ini adalah anugerah yang hanya dimiliki sesetengah orang sahaja.. apapun hingga waktu ini..apa jua yang dilakukan oleh kerajaan memerintah dikatakan "POLITIK" dan apa jua tindak tanduk atau kesalahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang di katakan " ITU SEMUA FITNAH"...................... sekian

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...