Selasa, 31 Januari 2012

Aku bukanlah pakar Motivasi cuma sekadar penyampai radio yang tidaklah besar mana hanya meliputi sebahagian Pantai Timur je.. tetapi kekadang aku sering ditanya mengenai persoalan2 mengenai jiwa dan perasaan, yang mana boleh aku jawab,aku jawablah dengan sebaik mungkin, lebih kepada memberi sedikit nasihat.
Restu keluarga punca bahagia, adalah salah satu PSA yang ku hasilkan bersama dengan rakan setugas, idea untuk menghasilkannya adalah dari kalangan pendengarku yang memberi banyak ilham untuk aku mencetuskan sedikit idea dan kritis sketsa masyarakat.
Sememangnya sekarang ini,mencari pasangan adalah pilihan hati sendiri, padahal kekadang orang ( keluarga ) telah ada yang mereka berkenan untuk dijadikan menantu... perghhhh!! jika ini berlaku, bagaimana ye? pada mereka yang telah ada pilihan hati sendiri pastinya berada dalam keadaan dilema bab kata pepatah " Dibuang mati bapak,ditelan mati emak"... jesteru itu cubalah :-
1.Berikan alasan yang kukuh dan paling konkrit serta fakta2 yang menarik mengapa menolak pilihan keluarga.
2.Bincang dengan baik dan jangan sesekali berkasar ( Durhaka) dengan kedua orang tua.
3.Minta mereka faham tentang pendirian kita.
4.Kenalkan kepada keluarga pasangan yang kita pilih
5.Buktikan kesungguhan kepada keluarga tentang kesungguhan dalam menentukan hala hidup
6.Jika berlaku persengketaan,segeralah memohon maaf.
7.Sentiasa berusaha untuk mengambil hati keluarga dan buktikan kuputusan kita adalah terbaik
8.Jangan lupa untuk berdoa agar keputusan kita diterima oleh keluarga.


Ingat!!!! restu keluarga punca bahagia... jangan lari ke lombok ya!!!

Isnin, 30 Januari 2012

KEJAMNYA.

Kekejaman yang melampau, sekarang nie membuang bayi merupakan sesuatu yang biasa di kalangan masyarakat kita, apa yang mendorong melakukan sebegini... eeemmm jawapan yang pasti ialah nak menyorok indentiti, malu dan tidak dapat diterima ahli keluarga,
Ramai yang menyeru dan ramai yang melaung-laungkan keadilan pada kekejaman, sememangnya yang kejam itu tidak akan disukai ramai.
Membuang bayi adalah langkah drastik yang paling singkat pemikiran oleh pelaku..mereka hanya memikirkan untuk menyelamatkan diri waktu itu, sebenarnya diri mereka sendiri meronta2 diburu penyesalan selepas itu,kerana naluri dan fitrah makhluk pasti ada kasih walau sekejam manapun manusia itu.. sedangkan Firaun yang memang terkenal dengan kejam jua ada rasa belas..
Pemikiran dan ilmu perlu ada dalam membuat sesuatu perkara, jika sebelum melakukan sesuatu perkara kita memikirkan pro dan kontra, perkara atau gejala yang tidak sihat pasti tidak akan menular dalam masyarakat kita....yang sedihhhh!!!! peratusan yang membuang bayi ini adalah di kalangan orang MALAYU dan Beragama ISLAM.. aduhaaaaaaaaaaaaaaiiiiiii....

Jumaat, 27 Januari 2012

DIKIR PUNYA CERITA

Irama lagu2 langgam.inang,joget dan perbagai lagi sememang sinonim dengan masyarakat melayu terutama bagi golongan bawahan, kalau dari mereka yang bangsawan pastinya muzik gamelan menjadi keutamaan, tapi itu dulu,orang2 dulu inilah genre muzik yang mereka dengari dan jika ada keramaian maka, berduyun-duyun datang memenuhi ruang,tapi kini semuanya menjadi tempelan majlis dan  menjadi sejarah muzium.
Irama dendangan khalayak adalah rasa luahan jiwa,dikala sedih,senang,gembira,putus kasih dan sebagainya.Sebab itu mereka akan melahirkan melodi melalui lirik yang spontan bergantung kepada keadaan semasa, mana mungkin ketika berduka akan berjoget kan?...
Di Pantai Timur ini Khususnya di Kelantan memang terkenal dengan satu irama, yakni irama kita "DIKIR BARAT" yang dipercayai berasal dari Selatan Thai. Selalu irama ini akan berkumandang di sebelah malam setelah seharian bekerja bagi golongan bawahan..
Zaman Berubah dan kaedah penyampaian juga turut berganjak, Dikir Barat juga tidak terkecuali, kalau dulu penyanyi dikir ini menpunyai alunan suara yang begitu memukau, dikatakan dari penceritaan orang2 lama yang pernah aku temui, Ripin Ana, Penyanyi dikir boleh membuatkan anak gadis berlari dan terus keribaan apabila mendengarkan kelunakkan suaranya..Hebatkan????...
Walaupun irama dikir ini dari golongan bawahan,tapi mereka yang bermain muzik dan bernyayi menpunyai ilmu dan idea serta ilham..kalau tidak manakan mungkin tukang karut boleh bertingkah,berlawan kata dengan keadaan setempat dan isu semasa...
Aku sendiri,amat kagum dengan kebolehan mereka ini...golongan pendikir irama kita.tapi akhir2 ini aku lihat ianya telah menyimpang jauh, dengan alasan untuk hiburan generasi muda... perghhhh..kalau begitulah alasannya nescaya keaslian akan terpupus suatu hari nanti.Bagi aku tidak salah menambah baik elemen2 intrumen dalam lagu tapi mengubah terus...memanggggggggglah aku tak suka....
Pernah seorang kawan dari UK meminta aku mengirimkan satu DVD.. aku hantarkan satu yang disampaikan oleh Halim Yazid..dan Satu Lagu Gabungan Penyanyi2 baru...Sepeti yang diduga,, masyarakat eropah,mereka sangat " Respect" pada seni, Kritikan kawanku dari nyanyian penyanyi2 baru.." Kalau macam ini..setakat golek2 punggung,pakai singkat2 kat sini banyak"...mengenai yang disampaikan Halim Yazid.." Ini Barulah dikatakan seni ".... emmmm begitulah...
Bercerita mengenai Halim Yazid nie.. sebenarnya Stesen Radio Manis.FM antara pelopor lagu2 nyanyian beliau dan Program rakanku Aiman Lim Memang Mengentengahkan lagu irama dikir walaupun sukar baginya mendapatkan lagu2 dikir yang benar ada "jiwa"...
Zaman Belajarku..aku pernah disuruh untuk membuat kajian tentang lagu Halim Yazid iatu "Anak tupai".. kenapa halim memilih tupai untuk diangkat menjadi tema...kenapa?..apa?.. Sebab apa??.. sedangkan ada pepatah melayu mengenai tupai ini " sepandai2 tupai melompat,akan ketanah jua"...
Kini Halim Yazid terus melangkah dengan mem"BLUES" kan irama dikir bukan menjadikan irama dikir itu blues,,tetapi menjadi irama blues itu sebagai dikir.. Sebenarnya sukar untuk beliau melakukan,tetapi dia berjaya, irama blues ini adalah irama golongan kulit hitam yang menjadi abdi..mereka luahkan dan lahirkan tentang jiwa mereka melalui irama blues... irama ini telah bertapak sejak 1800 masihi lagi....
Halim Yazid sebenarnya tidak berapa disenangi oleh beberapa orang yang mendakwa mereka pejuang pendikir... kenapa dan mengapa ???? aku tak tahu..yang pastinya golongan hasad dengki tak akan kemana.
Kepada penyanyi baru,,, Dikir asli diterima dengar di Korea dan Jepun,dan jangan jadi alasan atas dasar pasaran dan menarik minat orang muda... bangsa korea dan jepun jauh lebih maju boleh terima..inikan kita yang tak berapa nak maju ni...Tolong jangan jadi perogol kepada budaya sendiri..... Adakah mahu dikenali kerana kehebatan " Gemlek Pungom" sampai bila nak buat macam tu..bila usia dah lanjut... takkkk rokkkk bohhhh!!!!!!....

Rabu, 25 Januari 2012

BANYAKLAH PULAK

Sekejap je dah nak berakhir bulan Jan 2012..Perayaan Tahun baru Cina pun selesai sudah. Perghhh Tahun Naga Air.. Berbual sekejap dengan Mr Lim mengenai horoskop dan kepercayaan masyarakat cina mengenai tahun naga.. seperti yang ku baca didada akhbar..begitulah apa yang diceritakan oleh Mr.Lim Pemilik Gudang "Spare Part ".. " Ada manyak ong maa ini tahun ".... itu yang selalu keluar dari mulut beliau.
Bercerita tentang tuah nie.. semuanya orang bertuah sebenarnya..bertuah kerana lahir kedunia..bertuah dapat menjadi salah seorang Umat Nabi Muhammad S.A.W.. pendek kata hang hang hangpa semua bertuahlah..
Meletakkan satu penanda aras dalam mencapai sesuatu objektif adalah bagus,kerana kita akan berusaha ke arah itu. Sejak dari Hujung Dec 2011 hingga sekarang ni.. banyak pulaklah tawaran2 yang datang,sekali fikir memang seronok..ada masanya tak lena tidur pulak bila memikirkan apa yang ditawarkan, semuanya bagus2 dan memberikan aku ruang untuk mengembangkan pemikiran kreatif yang agak kritis, sebenarnya aku pun tak tahu yang aku kreatif dan kritis..cuma "dia orang" yang kata. melalui apa yang aku lakukan dan perkatakan...eeeemmm..Haruskan aku melangkah pergi??????... fikir!!!!!!!! fikir!!!!!!!!! fikirrr!!!!!..Aku sebenarnya menpunyai terma dan syarat...... aku tidak digalakkan untuk ke Ibukota... Bukan akau takut kepada cabaran,kerana duduk disini beribu cabaran telah aku tempuhi... Apa-apapun aku kena fikirkan impikasi, target setting yang telah aku tetapkan...fikirrrrrrrr !!!!!! kemudian bertindakkkk... mengikut akal dan petunjuk yang aku boleh percayai... Sampai waktu ini...aku masih setia disini...


Selasa, 24 Januari 2012

PEMBELIAN ONLINE YANG SELAMAT

Sudah menjadi trend orang zaman sekarang suka membeli barang2 melalui "online" dan inilah cara sistem perniagaan dizaman kecanggihan sekarang agaknya.. tetapi banyak juga yang kena tipu kerana percayakan sangat perniagaan barangan di "online" nie.. macam2 hal yerk.. kecanggihan diambik kesempatan oleh mereka yang tak bertanggungjawab.
Kepada yang nak wat bisnes gini..kenalah telus dan ada tanggungjawab terhadap pelanggan barulah boleh maju.. untuk rakan2ku kalau dan membeli barangan melalui online sila add insan nie..kawan saya.. saya berani beri jaminan yang dia telus, kalau dia tipu bolehlah cari saya kerana saya mudah untuk dicari heheeh
http://www.facebook.com/siti.mat  cubalah berhubung dengan dia.

BERCUTII DI KELANTAN..





APA NAK DITAKUTKAN......


Sabtu, 21 Januari 2012

Kan..Kan Kan...

Kan..kan..kan... semuanya sudah jadi terbalik kan?.. apa yg dirancang tak menjadi kan?... siapa nak disalahkan.. Bila manusia lupa yang ketentuan itu adalah telah dimaktubkan walaupun hakikatnya kita tidak harus berpegang kepada " Yang Secupak tak akan jadi segantang "...
Kita harus berusaha kerana yang pipih takkan datang melayang dan yang bulat takkan datang bergolek..
Usaha membaiki diri dan mengubah diri adalah terletak pada diri kita, mengharapkan orang untuk terus memberikan kita " Tongkat " untuk berdiri, tapi kita seharusnya belajar bagaimana nak membuat tongkat yang kuat agar dapat menampung berat agar tidak patah.
menghadiri satu sessi temubual dengan seorang pemimpin yang terkenal dengan ilmu agamanya..eeemm aku tidak menghadapi masalah dengan hujah2 yang diberikan aku faham dan sangat berbesar hati dapat mendengar tazkirah yang disampaikan..masalahnya bukan mengenai tazkirah ataupun ceramahnya..tetapi yang membuat aku tersikit rasa jengkel ialah..sewaktu sidang media dia mengatakan " Remaja Melayu Negeri K******* Pemalas adalah Kerana Disebabkan oleh Parti U***... bukan kesilapan dia menyatakan demekian tetapi orang yang diamanahkan untuk menyalurkan bahan untuk dia berucap itu yang mengambil kesempatan untuk menghangatkan... biasalah kalau tak panas..tak berpeluh..kalau tak berpeluh takkan nak berkipas..kalau tak berkipas..jadi tukang kipas tak ada kerja pulak..kan kan kan...
Remaja adalah Golongan Antara 12 tahun hingga ke 25 tahun.... setahu aku..dah berkuasa 20 tahun... jadi tidakkah itu kenyataan yang menjerat diri..terlajak kata..ginilah akibatnya..kalau kata2 itu keluar dari mulut pakcik " Debar keto galo...atau pun kete somdok " ...tak apa... ini dari mulut seorang pemimpin.. aku kagumi dia...tapi aku tak suka barua...baruaa..baruaaa... kan kan kan kan suasah jadinya..

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...