Rabu, 25 Januari 2012

BANYAKLAH PULAK

Sekejap je dah nak berakhir bulan Jan 2012..Perayaan Tahun baru Cina pun selesai sudah. Perghhh Tahun Naga Air.. Berbual sekejap dengan Mr Lim mengenai horoskop dan kepercayaan masyarakat cina mengenai tahun naga.. seperti yang ku baca didada akhbar..begitulah apa yang diceritakan oleh Mr.Lim Pemilik Gudang "Spare Part ".. " Ada manyak ong maa ini tahun ".... itu yang selalu keluar dari mulut beliau.
Bercerita tentang tuah nie.. semuanya orang bertuah sebenarnya..bertuah kerana lahir kedunia..bertuah dapat menjadi salah seorang Umat Nabi Muhammad S.A.W.. pendek kata hang hang hangpa semua bertuahlah..
Meletakkan satu penanda aras dalam mencapai sesuatu objektif adalah bagus,kerana kita akan berusaha ke arah itu. Sejak dari Hujung Dec 2011 hingga sekarang ni.. banyak pulaklah tawaran2 yang datang,sekali fikir memang seronok..ada masanya tak lena tidur pulak bila memikirkan apa yang ditawarkan, semuanya bagus2 dan memberikan aku ruang untuk mengembangkan pemikiran kreatif yang agak kritis, sebenarnya aku pun tak tahu yang aku kreatif dan kritis..cuma "dia orang" yang kata. melalui apa yang aku lakukan dan perkatakan...eeeemmm..Haruskan aku melangkah pergi??????... fikir!!!!!!!! fikir!!!!!!!!! fikirrr!!!!!..Aku sebenarnya menpunyai terma dan syarat...... aku tidak digalakkan untuk ke Ibukota... Bukan akau takut kepada cabaran,kerana duduk disini beribu cabaran telah aku tempuhi... Apa-apapun aku kena fikirkan impikasi, target setting yang telah aku tetapkan...fikirrrrrrrr !!!!!! kemudian bertindakkkk... mengikut akal dan petunjuk yang aku boleh percayai... Sampai waktu ini...aku masih setia disini...


Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...