Selasa, 24 Januari 2012

APA NAK DITAKUTKAN......


Kadang aku menjadi hairan kenapalah antara kita ni terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri,tak yakin dengan kebolehan yang ada.Ada setengah manusia menpunyai peluang dan ruang yang secukupnya untuk mencurahkan apa yang terpendam,lontaran idea atau mungkin kita terlalu kerap dijamukan dengan " kau budak higusan,apa kau tahu,...aku dulu yang makan garam dari kau"..... lantaran itu mungkin ianya menjadi trauma dan kita tidak berani dan yakin dengan apa yang kita ada,dengan apa yang kita tahu,
 "Kecil jangan disangkakan anak,besar jangan dikatakan bapak"..Mentaliti dalam menerima dan memberi idea harus sekali ditukar, lantaran itu adakah kita mahu terus membunuh "Hang Nadim" kerana kepintarannya,dalam kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini,gunalah sebaik peluang yang ada....
Dulu manusia menggunakan kecanggihan teknologi untuk mencari kebenaran,tetapi sekarang teknologi digunakan untuk memanipulasikan isu...Memang benarlah...umat atau kaum itu akan hancur kerana fitnah..dan fitnah itu datangnya dari umat/kaum itu sendiri.
Apa keadaan sekalipun seharus berani bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan." Asal kapas menjadi benang,dari benang dibuat kain,barang lepas jangan dikenang,sudah menjadi hak orang lain " biasa kita dengar ungkapan ini atau kita sendiri menggunakan bila kecewa dalam percintaan, usah dikenang..usah dikenang.. usah dikenang.... tapi kalau tak dikenang tak diingat perkara yang sama akan berlaku... sejarah mungkin berulang... sanggupkah kita terus terjun dengan labu...Penipu akan tetap berbohong, jadi waspadalah....

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...