Selasa, 31 Januari 2012

Aku bukanlah pakar Motivasi cuma sekadar penyampai radio yang tidaklah besar mana hanya meliputi sebahagian Pantai Timur je.. tetapi kekadang aku sering ditanya mengenai persoalan2 mengenai jiwa dan perasaan, yang mana boleh aku jawab,aku jawablah dengan sebaik mungkin, lebih kepada memberi sedikit nasihat.
Restu keluarga punca bahagia, adalah salah satu PSA yang ku hasilkan bersama dengan rakan setugas, idea untuk menghasilkannya adalah dari kalangan pendengarku yang memberi banyak ilham untuk aku mencetuskan sedikit idea dan kritis sketsa masyarakat.
Sememangnya sekarang ini,mencari pasangan adalah pilihan hati sendiri, padahal kekadang orang ( keluarga ) telah ada yang mereka berkenan untuk dijadikan menantu... perghhhh!! jika ini berlaku, bagaimana ye? pada mereka yang telah ada pilihan hati sendiri pastinya berada dalam keadaan dilema bab kata pepatah " Dibuang mati bapak,ditelan mati emak"... jesteru itu cubalah :-
1.Berikan alasan yang kukuh dan paling konkrit serta fakta2 yang menarik mengapa menolak pilihan keluarga.
2.Bincang dengan baik dan jangan sesekali berkasar ( Durhaka) dengan kedua orang tua.
3.Minta mereka faham tentang pendirian kita.
4.Kenalkan kepada keluarga pasangan yang kita pilih
5.Buktikan kesungguhan kepada keluarga tentang kesungguhan dalam menentukan hala hidup
6.Jika berlaku persengketaan,segeralah memohon maaf.
7.Sentiasa berusaha untuk mengambil hati keluarga dan buktikan kuputusan kita adalah terbaik
8.Jangan lupa untuk berdoa agar keputusan kita diterima oleh keluarga.


Ingat!!!! restu keluarga punca bahagia... jangan lari ke lombok ya!!!

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...