Jumaat, 3 Februari 2012

AWAN NANO PUNYA CITER


Aduhai!!!! banyak pulak yang bertanya "Apa itu Awan Nano" Semenjak lagu " Awan Nano" memenangi AJL terbitan TV3 baru2 nie.. camana aku nak jawab ye... aku bukan ahli Geografi..
Tapi lagu tu memang "best" dengan lirik yang penuh bermakna dan membolehkan beribu terjemahan melalui abstrak nyer senikata.. Lagu yang akan menjadi siulan waktu ini. dan pastinya dalam masa 10 tahun lagi akan terus diminati, seperti mana karya2 M.Nasir sebelum ini...Mengangkat tema kemasyarakatan yang rapat dengan orang melayu... memangggglah mudah tersentuh...
Jadi Aku jawablah persoalan mengenai awan tu erk...MAAF lah kalau jawapan ku tidak menepati apa yang ditanya...

PENBENTUKAN DAN JENIS-JENIS AWAN
Troposfera adalah tempat berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera.
Hampir keseluruhan awan terbentuk di bahagian tersebut. Terdapat dua kumpulan besar awan:
1) Kumulus ( Cumiliform )
2) Berlapis-lapis ( Stratiform )

Kandungan kelembapan dan kestabilan atmosfera mempengaruhi saiz, bentuk dan warna. Terdapat tiga peringkat atmosfera yang dibahagikan mengikut garis lintang, paras ketinggian dan kekerapan kewujudan awan-awan tertentu. Manakala awan pula diklasifikasikan kepada 10 jenis yang tergolong ke dalam peringkat-peringkat tertentu:
1) Stratokumulus dan Stratus : Awan Peringkat rendah
2) Altokumulus : Awan Peringkat pertengahan
3) Sirus, Sirokumulus dan : Awan Peringkat tinggi
Sirostratus

Awan-awan berkecenderungan mengembang dari satu peringkat ke peringkat lain seperti berikut:
1) Altostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang
ke peringkat tinggi.
2) Nimbostratus : Awan Peringkat pertengahan tetapi boleh mengembang
ke peringkat tinggi dan rendah.
3) Kumulus dan Kumulosnimbus : Awan Peringkat rendah tetapi boleh mengembang
ke peringkat pertengahan dan tinggi..

Kalau dah begitu keadaanya, mana dia "Awan Nano "... Aduhai....
Tak ramai antara kita memperdulikan kehadiran awan dilangit..tak ramai yang menghargai akan kewujudannya.. Tapi tidak bagi masyarakat Nelayan yang menjadi awan sebagai asas untuk mereka turun kelaut, dari segi jumlah ikan,keadaan cuaca dan laut semuanya bergantung kepada keadaan awan..  Alaaaa..tak jawab lagi apa tu awan nano..nanananannonono...
Bila bahang mentari begitu terik membakar pipi... huhh patutlah panas..awan tak x ada... bila malam terasa dingin... oooo..awan nipis je...
"Hari nak hujan nie"...." mana kau tau"... tu awan dan hitam...tanya pada awan apa sebab hujan..berarak awan kelabu,mengekori langkahku..sepanjang kehidupan yang penuh cabaran....lirik lagu tu sebenarnya..
Persoalan Awan Nano tidak lagi dijawab....eemm..sebenarnya awan nano itu kehadiranya kita tak rasa..tp bila dia tak ada baru kita tercari-cari.... bila kita menyedari dan ambil tahu tentang kehadiran awan.... itulah awan nano... rintik rintik air yang terbentuk dalam proses sejatan..camana erk..KUASA ALLAH TIADA MAMPU TERCAPAI OLEH AKAL MAKHLUK"...

1 ulasan:

DJ ZEK berkata...

Paling Best...pencipta lagu tu Ketua Keadilan di Johor....hihihi..maaf bro, org politik ni takleh tinggal sebut politik..kihikihikih...

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...