Sabtu, 11 Februari 2012

FB punya Citer...Kasanova Facebook

Dengan Kecanggihan teknologi sekarang khususnya dalam komunikasi membuatkan aku kekadang rasa seperti ketinggalan seperti tertinggalnya aku ketika nak menghadiri satu temuduga di Bukit Jalil disuatu ketika dulu..Ketinggalan Komuter lantaran kebinggungan dengan Star LRT...
Dunia tanpa sempadan itulah gelaran yang tepat bagi menceritakan keadaan sekarang..kalau dulu untuk berhubung dengan jiran sebelah rumah terpaksa pergi kepintu dapur..itu bagi perempuanlah hehehe.. tapi sekarang hanya dihujung jari dan didalam selimut pun boleh berinteraksi dengan jiran sebelah..itu yang sebelah..yang dihujung dunia pun boleh.. belum lagi cerita yang "paranormal".. kononnya boleh berhubung dengan yang dah lama meninggalkan dunia ini.
Aku sebenarnya telah diperkenalkan dengan Facebook ini semenjak tahun 2005 lagi..ketika itu aku rapat dengan seorang Jurutera tempat aku bekerja ketika itu, sememangnya dia adalah antara yang pakar dalam bidang IT walaupun dia lebih kepada Teknologi Atom dan mekanikal..ketika itu aku hanya ada akaun FB jer. dan sambutannya tidaklah sehebat 3 tahun kebelakangan ini..sejak tahun 2009 FB ini telah mengalami satu perubahan yang agak ketara dan mendapat perhatian menyeluruh dari masyarakat dunia..kalau dulu pengguna akaun FB ini banyak dari negara India.. perggghhhh memanglah india hebat dalam bidang IT nie..
Sekarang ini,ramai orang menjadikan FB sebagai tempat meluahkan isi hati umpama "Diary" segalanya dicatatkan di "pos" di status..cuma bezanya dulu kita mencatatkan semua dalam diary dan hanya kita membacanya dan diary itu merupakan rahsia kita..tetapi sekarang dengan FB satu dunia tahu apa yang kita rasa..
Fenomena ini sebenar telah meruntuhkan tembok "malu" yang dalam diri kita, dan kesempatan ini diambil oleh sang kasanova ataupun "KASANOMEN"... mereka menjadikan wanita2 yang kesepian sebagai mangsa tanpa disedari melalui post wall.Ramai di antara wanita tidak menyedari bahawa mereka telah "membogel" kan diri mereka untuk tatapan umum.bukan bermakna bogel tanpa seurat benang tapi membogelkan perasaan.
Sudah menjadi lumrah bahawa skill menipu itu tiada pada ramai wanita..kalau ada pun mereka hanya boleh menipu hanya untuk hari ini dan esok tapi bukan untuk lusa dan hari seterusnya..
Apabila sudah terperangkap, seorang wanita akan mula bercerita dan disini akan tersingkap dan runtuhnya tembok malu yang saya perkatakan tadi..maka akan berakhirnya status itu kepada kecurangan kepada yang tidak seharusnya curang...
Sebenarnya wanita itu lemah dengan ayat2 cinta yang memujuk rayu..keras sewalnya tapi akhirnya akan cair..percayalahhhh!!!!... umpama kerak nasi.. akan lembut jua jika lama terendam di air..
Bagaimana kaedah untuk menghidari..jawapannya mudah je.. kerana ianya ada pada diri anda sebagai seorang wanita.......bukan betina....




Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...