Rabu, 8 Februari 2012

TAK APALAH NAK WAT CAMANA

Masuk bulan Feb 2012 Stesen tempat kerjaku www.manis.fm masih lagi beroperasi dari Wisma Manis Kota Bharu dan dijangkakan kami akan berpindah bila2 masa sahaja dari sekarang.. ramai jua yang bertanya apakah frekuensi akan berubah.. yang pastinya tetap sama..kalau berubah pun dijadikan satu Frekuensi je untuk siaran pantai timur dan dengarkan online boleh terus ke http://www.manis.fm/?player=true ..
Tanpa ku sedari telah lama jua akan bekerja di stesen ni walaupun banyak juga tawaran2 dari tempat lain tapi memikirkan aku tak mahu keluar dari Kawasan Pantai Timur buat masa ini...jadi KIV je lah..
Antara keseronokkan bekerja di Manis.FM nie ialah berkenaan dengan lagu..kalau Di stesen Radio Swasta yang lain susunan lagu disiap sediakan oleh Music Director..Kat sini bebas sikit jadi masalah kongkongan berkurangan walaupun pada hakikatnya terma dan syarat penyiaran harus dipatuhi,,itu memanggglahhhh.. Kerana lagu yang pelbagai dan agak "masyuk" bagi penduduk pantai timur..kemana saja aku pergi bila ditanya mengenai siaran radio tempat aku bekerja..mereka kata lagu semer best..cuma quality agak kurang... quality dari segi penerimaan..itu memang diakui..almaklummmm sajalah kan... Tentang Deejay tu biasalah pendengar ada hak memilih siapa yang mereka nak dengar..siapa yang bagi mereka menghiburkan...yang pastinya setiap Deejay ada pengikutnya..cuma ramai dengan tidak aje.
Bekerja di Kota Bharu nie..banyak jugalah aku menghadirkan diri dengan pelbagai aktiviti samada yang berkaitan dengan tempat kerjaku atau tidak.Tapi kebiasaannya semuanya berkaitan tentang pengacaraan.Aku dapat mengenali perbagai lapisan masyarakat..mana yang berfikiran agak liberal mudahlah sikit untuk berinteraksi manakala yang autodoks tu aku buat2 dek aje..maklumlah!!!! bukan senang nak bawak diri ditempat orang yang penuh dengan semangat "kekitaan" kot mana pun..luar tetap luar.. tapi yang pastinya kalau kita tak buat hal..takkan orang nak wat hal dengan kita...ataupun kalau ada yang cuba provok... buat2 tak tahu je..
Pengalaman yang mungkin tidak ku  lupakan.. ialah dihalau ketika mahu mencedok nasi dalam pinggan.. di salah satu program anjuran Sebuah kelab.. Kelab ni pada mulanya sentiasa mendapat liputan meluas dari rakan2 sekerjaku..almaklumlah mereka tak kena yang kena aku...
Waktu itu aku dengan rakan setugas Deejay Ewan menghadiri diri disatu majlis.. kerana sebelum majlis tersebut rakan2ku yang lain selalu bercerita mengenai majlis. Tambahan pula Pengerusi Kelab tersebut memang kenalan rapat..
"Para Tetamu bolehlah mengambil makanan yang disediakan dibahagian belakang".. begitulah pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Pada malam tersebut. Apalagi aku dengan si Deejay Ewan pun mengambil pinggan dan beratur.. bila tiba "turn" kami.. ada suara yang menghendik sambil memandang tepat ke wajahku.." Ooooii tak reti bahasa ke..VVIP tak tiba lagi..siapa suruh memandai ambil makanan".... Perghhhhh aku rasa cam nak campak je pinggan yang ada nasi kuah kari kemuka orang tu...Walhal insan yang berkata demikian,bukan aku tak kenal dan dia bukan tak kenal kami..kalau tak kenal aku mungkinlah sebab aku tak popular tapi kalau tak kenal dengan Deejay Ewan ..memanggggg nawokkk...
Emmm..majlis bermula...Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Stesen Radio yang menguar-uarkan program tersebut....makkkk aaaaiii... tak disebut pun stesen radio tempat aku kerja... padahal berbuih2 macam orang kena sawan rakan2ku bercerita dan mempromosikan majlis tersebut.. Kalau dengan Aiman Lim, rakanku itu kecik2 mata bila bercerita... bila Ira Fathiran...gincu dibibir sampai pudar warna.. begitu jua dengan rakan2ku yang lain...
Dalam hatiku pun berkata " Tak apalah nak wat camana"... kan kan kan..sambil berjalan ke kereta dan terus memecut laju pergi kedai " Senoh janda"........itulah antara coretan memori yang akan kukenang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alahaiiiiii

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...