Selasa, 28 Februari 2012

Evolusi Bukan Turbo........

Berdasarkan pemerhatian dan pendapat secara pribadi tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bukanlah aku nak kupaskan secara terperinci kerana sekarang dah tak gunakan sistem inci nie..Menolak sama sekali teori Darwin kita kena akui sekarang ini Evolusi wajah dan fizikal orang-orang dulu dan sekarang jauh sangat berbeza, Lihat kembali album-album gambar orang dulu-dulu.. kira dah hebat sangatlah bila wanita remaja zaman dahalu dapat bergambar depan Televesyen yang boleh tutup buka seperti jendela,,tak pun boleh bergambar sambil memegang ganggang telefon warna oren..habis tidak pun boleh bergambar sambil memegang hujung daun bunga kertas ataupun bunga puding...Cuma bandingkan dengan remaja sekarang nie.. paling lekeh pun mereka akan bergambar dengan menunjukkan muka ( ambil sendiri )... itu yang standard paling rendah..
Mengenai muka pulak.orang dulu kecantikkannya asli... tapi ramai yang comot.. bebudak sekarang nie tak ada yang asli muka pun dah makin cun.. itu waktu ini.. bayangkan kalau ianya 200 tahun lagi.. cuba pejamkan mata.. bayanggggkannn!!!!.. makin cunlah jawabnya..dari segi fizikal pula..orang lelaki dulu,.kasar tubuh mereka..lasak dan mancho penampilan..tapi kini makin lama..yang lelaki makin lembutlah pulak.. mudah sangat sensitif.. tengok AKASIA kat tv pun boleh leleh.. Penyanyi pujaan tak menang Anugerah juara lagu tak lena nak tidur.
Keadaan ini mungkin dipengaruhi pelbagai faktor.misalnya soal geografi dan lingkungan sosial..Kalau dulu nak cari hidung mancung memang sukar..ramai yang kemek2 je hidung nyer..sama paras jer dengan pelepah kelapa... tapi sekarang dan mancung2... bayangkan masa depan..pastinya akan meruncing..
Dulu wajah kita kita adalah wajah melayu..tetapi sekarang ini adunan perbagai bangsa..satu malaysialah katakan... cuma aku terfikir..bayangkanlah perangai dan pegangan orang melayu akan menjadi perbagai mengikut bangsa yang ada dalam dunia..tanda2 kearah itu sememang sudah sekarang...dan seandainya perkara ini berlaku... amankah roh nenek moyang kita????.... kalau rasa was2 nak jawab dan rasa pening nak memikirkan..ayuhlah kita bersama mengajak diri sendiri dan anak2 kita mulai sekarang supaya melangkah kebelakang balik kepada jati melayu yg asal dan sesungguhnya " SERIBU KALI LEBIH BAIK BERPATAH BALIK KERUMAH SENDIRI DARIPADA TERUS MARA SEMATA-MATA UNTUK BERKONGSI RUMAH DENGAN ORANG".... lebih baik cari bangsa sendiri.... dari ikut MAT BANGLA atau TOKSEH KARPET...........

Tiada ulasan:

BERJAYA ITU SUKAR

Impian semua pelajar mendapat anugerah tertinggi. Jadi Kenangan kerana usaha sendiri. Bukan senang untuk capai impia...